Friday, 30 June 2023

Alhamdulillah Atas Segalanya





Aku rasa akan teruskan je blogging ni walaupun semua orang da beralih ke instagram, fb..tapi aku rasa blog ni macam my own space. hehe

so here we go

2023, September insyaallah amin2 doakan semua k, aku grad master in business administration (MBA). walaupun macam tersasar jauh dari bachelor degree dulu tapi aku rasa bisnes lagi sesuai dan 'sihat', nice environment. very postive circle and everyone want to strive for self development and improvement. Aku suka sangat. especially bila da lama sangat duduk di rumah, yes, best je tapi macam quite boring jugak ...memang aku still jalankan online business but why not gain more deeper knowledge. 2022-2023 memang tahun aku belajar MBA. sekarang pun aku ada dua lagi subjek untuk dihabiskan iaitu project management and project paper.

anak-anak aku masih empat orang. aku tak plan nak tambah lagi. just fokus yang ada ni dulu. a lot of patience and struggle to 'tarbah' educate the kids. not easy.

english bm campur2 hahaha..excited lagi bila password dah recovered. masalah password je aku ni.. padahal 2,3 je emailnya. aishhh.. okay tu je nanti aku update lagi insyaallah


bulan 8 ni aku dah 33 tahun tau. my blog aku start masa umur 19 tahun. weheheheiii :)

Monday, 30 August 2021

4th baby 27.2.2020




hai assalamualaikum semua

ada orang lagi ke yg berblog zaman skrg ni haha

okey my life is going good

syukur selalu

got one more pretty baby we called him

Yousef 

may Allah bless him always amin

masa ni baru 5 hari tapi husb ajak keluar mkn picnic kt putrajaya

helper kak ida kerja sebulan je utk tlg aku jaga anak2

yousef my boy 






sekarang 30.8 
yousef sekarang da berumur 6 bln nak masuk 7 bln dah
aktif merangkak dan da ganti tempat abg2 dia dulu buat mess hehe




Wednesday, 24 June 2020

post kedua




Okey ni post kedua :) :)

Bukan senang ni nak cari masa update blog ni.. sekarang ni aku stay da nak 4 pagi semata-mata nak throwback life aku dulu-dulu ekeke. 

Sebenarnya aku nak update gambar aku pergi pulau perhentian haritu. kenapa la aku baru pergi ya allah masyaallah aku rasa macam best sangat.. sebelum ni aku rasa macam serabut banyak masalah je, pergi sana terus  lupa masalah tu, rasa macam hidup kembali seusai sampai di Selangor balik haha over betul kak mai.

Memang betul-betul refresh.

Korang pergi laa kalau belum pergi lagi oh yaa aku pergi lepas habis pkp .. musim coronavirus kan haritu duduk rumah je semua orang tak boleh rentas negeri kecuali dengan surat keizinan dari pdrm

lepas tu berpanjangan sampai ke bulan puasa pkp masa tu, suami aku punya stress tahap max kot sebab niaga kurma banyak order alhamdulillah .semua orang beli online je, pkp kan, rumah aku pennnuh dengan stok kurma. suami aku install aircond takut kurma rosak sebab panas, kurma kena stay in cool and dry place, peti sejuk memang penuh kurma sampai aku stress nak letak lauk pauk sayur-mayur kat mana adakah aku tak perlu memasak lagi? adakah aku perlu bercuti tak payah masak ekeke.. itu adalah mimpi (housemaker mana ada cuti :P)

  takleyh keluar rumah lepastu raya pun kat rumah jugak ya rabbi ujian betul .. tak meriah tak happy sangat .. berkurung je dalam rumah

habis je pm tan sri muhyiddin umum dah boleh rentas negeri aku tak ingat bila ..aku rasa 12 jun, suami aku terus tempah 14 jun 2020 pulau perhentian resort dan bot by seven seas company. 

Walla

Pantai bersih dah la takde orang resort baru je buka, normal price rm450 semalaman tapi aku dapat rm270-rm290 tak sure, of kos la duit suami kan ekekee.. mat salleh ada la dua tiga family tak ramai alhamdulillah.. terjaga mataku..

Laptop aku ni agak kuno sikit processor lambat
Nanti la bila2 aku letaak gambar pulau perhentian

Boleh tengok dasar laut . sangat cantik airnya masyaallah







Throwback 2018-2019






Hai assalamualaikum 2020

Ini adalah post pertama saya di blog hehe. Sebabnya aktif di Instagram dan facebook pula jarang-jarang jugak.

Beberapa tahun yang lepas ni nak throwback, selepas pulang ke Malaysia saya melahirkan Ab dan bermula perniagaan Bersama nurraysa dan seterusnya sendayu tinggi sampai sekarang, nurraysa tu da berhenti, st masih on. Lepas setahun menunggu aactually lambat apply 😊 dapat merasa jadi doctor aka houseman dekat hospital di bandar dekat KL. Atas nasihat suami dan keadaan masa tu suami suruh aku berhenti, so dengan tak berapa rela sangat aku berhenti ☹. Suami masa tu berniaga syawerma dan falafel dah sebelum tu berniaga jus.. niaga syawerma dan falafel ni agak lama juga so kami berdua sangat sibuk, dua-dua balik malam. Pity on kids ☹ berterusan sampai 7 bln jadi doctor so aku berhenti.. tak lama kemudian suami aku pulak berhenti niaga oleh sebab masalah bisnes ada naik turun, masalah tempat niaga sebab suami aku non Malaysian. Arab kan. So procedure tak berapa nak senang..ada je yang dengki.. suami aku cakap masa dia masak syaawerma dia perasan ramai mata-mata yang sedang memerhati,, keesokannya orang tu pula pergi buka gerai depan dia niaga syawerma jugak, ya allah dengki betul.. suami aku niaga pasar malam la, pernah jugak niaga depan masjid hasanah kat bangi tu,, kenangan betul.

Sepanjang tahun 2018-2019 suami aku asyik apply kerja dan kena reject/accept, banyak kot hantar resume kat arab Saudi. Malaysia ada je dapat. Bila gi onterview la awak arab ke,,,susah kot sbb nak Malaysian je..melayu je, malay speakers ..suami aku start lama dah cakap melayu masa jual falafel haritu lagi tapi tak fasih la. Dapat jugak interview dari Arab Saudi tapi bila tahu suami warganegara Jordanian susah jugak nak dapat. Ada dapat susah pulak nak gi interview nk dapat visa dan sebagainya, masa ni aku rasa ya Allah kenapa la perit sangat hidup kami ni.. macam life is too hard. Sbb aku niaga online je, suami pula kerja tak tetap…ada la syarikat arab ambil kerja dekat Malaysia tapi diorang pun tak berapa stabil..masa ni gaji husband aku rm2300-rm3000 jugak, tapi dah sewa rumah pun rm1000 nak kata ape kan.. foreigner pula kena cas macam2 double price, imigresen sahaja selalu je ada bayaran yang kena bayar. Masa ni family husband aku ada bantu dari sudut kewangan alhamdulillah

Masa aku niaga online (instagram.shopee) suami kadan-kadang tolong hantar parcel, masa tu dia dah berhenti kerja,, dia kata why not dia pun niaga online jugak..selepas beberapa bulan dia pun start la sampai sekarang.

Sekarang ni aku rasa lebih bahagia walaupun biasa- biasa je alhamdulillah. Bisnes suami aku makin okey bisnes aku pun makin ok. Lagipun aku da nak masuk 30 an. Suami aku dah 30 an haha, padahal dia 6 bln je tua dari aku. Nak juga kata muda lagi dari husband haha



AR book


masa ni belum beli meja makan lagi

Ab dengan pak cik dia



masa ni tak igt berapa bulan skrg ARU dah berumur 1 tahun

ni hasil nukilan baba diorang

selain bisnes aku ngajar kelas al-quran, anak murid 10 org je lbh kurang tp skrg da stop utk fokus bisnes dan sbb covid jgk


ni raya 2019 punya gambar dekat cameron highland



 ingat nak attach banyak lagi gambar kat sini tapi sebab hang pulak dah phone, nanti kita update lagi :)

tu la serba sedikit throwback buat masa ni

plan aku nak buat master tu aku tak buat pun

priority untuk anak-anak dan bisnes je buat masa sekarang


alhamdulillah

Saturday, 29 June 2019

3rd Baby (baby Ramadhan)




Assalamualaikum semua

alhamdulillah seminggu sebelum hari raya aidilfitri lahirlah seorang puteri yang memang aku tunggu2 selama ni nak buat geng dapur ^_^

a'isha ruqayyah nama diberi:)
panjang sikit


beranak normal saje macam yang lepas2 alhamdulillah,, emosi aku pun lebih terkawal sbb anak pun yang ketiga da kan. lepas beranak terus senyum seharian sampai aku sentuh pipi aku laaa lamanya aku senyum, sampai tak sedar senyum dari pagi sampai malam, terasa urat muka tu mcm da lenguh sikit. bukan ape aku rasa macam segar tak penat sangat pun. alhamdulillah. Allah nak bagi senang sikit kot kali ni. sebelum2 ni senang jugak. tapi yang ini lagi senang. 


dlm wad

gambar slps sejam lahir, 29 Mei 2019




esok da sebulan la umur baby aku

alhamdulillahm sengaja letak gambar kat sini.
perit sgt bila gambar abd allah anak aku yg kedua gambar banyak sgt dlm phone pastu phone rosak
frust sgt, aku pun kutip semua gambar dia dalam facebook, dlm blog, sd card terus g tempah print buat photobook
nanti dia besar mesti dia marah kat aku sbb gambar dia sikit dari adik-beradik  yang lain
maafkan mommy tau :'(

ni aku dalam pantang macam setiap jam je nak ambil gambar anak, lumrah seorang ibu kekeke



abang dia prihatin sgt kat adik, nangis sikit terus dtg :)

umur 13 hari, dia ni 1st day pun da pandai selfie
rambut cukur botak pd hari yg ke 7

29 jun 2019

Ab sangat sayang kat adik
2-3 hari lahir tu dia memang frust sebab aku jaga baby je kan , da tak peduli sangat dekat dia
sampai dia tidur malamnya tu mengigau cakap "remove baby remove baby", haaa sampai camtu sekali

tapi sekarang hehe pantang adik nangis terus datang
cium adik tepuk adik
kadang2 adik nangis lagi kuat sebab cium sampai terpenyek hidung adik, adik pun jadi serabut dgn abg haha

tadi pula, adik nangis, aku cek diapers ohh poop pula
terus dia bangun naik tangga nak naik atas ambil diapers baru. pastu dia pusing balik turun

aisyh kenapa pula budak ni, rupa2nya dia teringat yang aku ada selit diapers sekeping dekat TV hehe
prihatin sangat dia ni,, bila masa pula dia perasan yang aku ada selit kat situ
aku ingat je diapers tu ada kat situ tapi saje nak tengok tindakan dia

datang dekat aku mommy ni pampers, nak nak nak
katanya
nak tolong aku tukarkan diapers adik haha
awak ni baru 3 tahun , da nak tukar diapers adik ye, untung ruqayyah dapat abg macam awak, nanti pergi sekolah jangan bagi adik hilang kasut tau ehehe tiber2


berat baby: 3.1kg set berpantang kali ini : Set Amme Sendayu Tinggi (sape nak order, blh roger2)
berpantang di rumah mak shj
baju baby-sabun-losyen: kebanyakkannya dari Aeon mall
tempat lahir: Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya
Puasa kena ganti: 7 hari*
katil baby: guna abg dia punya je

baju tak boleh kongsi dgn abg2 dia sebab takkan nak pki romper ' i am handsome like daddy ' kan... cam tak kena sgt je 

satu je yang tak best. tak boleh pergi dan makan makanan open house! tahun depan punye raya nak makan banyak2 qada' tahun ni punye. wajib!





Tuesday, 18 September 2018

Morning Choc





i told you

choc cake in the morning is never fail !!

sekejap lagi i akan pergi mengajar dekat kelas tajwid

yes alhamdulillah i da berjaya buat 2 kelas al-quran & tajwid utk kanak2 kat taman ni

dan anak2 i pun start learning together with me :) -- refer to previous post-

selepas sebulam i buat utk kanak2, i buat utk dewasa pula

so jumlah kelas setiap minggu 4 kelas alhamdulillah

dan i still belajar utk my second degree ni 

so just 5 subjects,, insyaallah i taknak drop mana2 subjek then lepas ni da boleh buat master

amin 


have a nice day & may Allah bless you!





rak ikea ni my hubby yg assemble
lepas tu dia tinggalkan note tu hikhikhik

okay la. bolehla, 80% of sweetness detected :P


ps: Allah s.w.t. still loves and shows mercy to those who disobey Him. So imagine how much he loves those who obey him | Dr Bilal Philips


click to donate=)