Showing posts with label people. Show all posts
Showing posts with label people. Show all posts

Monday, 10 August 2015

10 Sebab Kenapa Tak perlu Sambung Belajar di Mesir


Assalamualaikum

Ini adalah cebisan pendapat aku. kalau tak setuju takpe. klu setuju pun takpe...pendapat masing-masing.orait.. =)) ~


1.   Kurang fasiliti dan kualiti di mana-mana fakulti perubatan/farmasi dibandingkan dengan Malaysia, Indonesia, India. Buku lama-lama je kat library, bukan yang latest. Yg latest boleh beli sendiri, selalunya beli yang copy je (less quality compared to original book). Kelas xde aircond, klu g kelas selalunya mandi kali kedua sbb sekarang 36-38 celcius klu siang. Huhu. Ada kipas je tapi sebab bahang sgt, memang tak terasa la kipas tu. Dah msg HOD dan juga minta kawan2 komen di post aku kt FB, tapi tak tau la apa tindakan beliau utk kelas minggu depan. Sekarang ni da lepas seminggu dah. Ataupun buat lecture di bilik beliau mungkin? @_@
2.   Kurang keselamatan disebabkan oleh negara mesir yang tidak stabil. Bila-bila je boleh berlaku revolusi seperti yang berlaku semasa aku tahun 3. Rujuk pos ini >http://dhoobitohsaradocsarimood.blogspot.com/2011/02/catatanku-zaman-darurat-di-mesir-akhir.html … contoh lain, kau kena rompak, pastu buat laporan polis, polis sekarang busy sama ada nak layan kes ni atau selesaikan kes2 yg besar dlu seperti kes pergaduhan, bunuh, perdagangan organ budak (skg byk kes ni) dll. So tak payah la lapor klu kena rompak. Buang masa je huhu.
3.   Sikap arab mesir yang kadang2 menaikkan darah iaitu menipu, cakap tak serupa bikin. Foreigner senang ditipu tambah2 klu tak pandai berbahasa arab. Tapi ramai lagi yg baik-baik alhamdulillah
4.   Layanan kelas kedua kalau tidak bersuara.. jangan nak redha sgt klu hak anda diambil (semasa melancong, pendidikan….). orang arab sini sanjung sgt dgn mat saleh/western (mcm sstgh org msia), klu org msia, indonesia yg Islam ni diorang pandang sipi je
5.   Kotor. Sampah di sana sini yang kadang2 di luar jangkaan. Mereka tidak berasa bersalah, buka tingkap kereta dan buang tin minuman keluar tingkap. Kalau kat kedai makan pun yang tepi jalan tengok juga kalau2 ada kaki lipas dlm makanan. Celah-celah bangunan pun ada longgokan sampah. Memang masa mula-mula dtg egypt thn 1 dulu terkejut jugak, ada jgk negara macam ni. Public toilet pun memang tak payah masuk. My mom dulu dia datang (sbb I kahwin =)), dia kata teruk sgt tandas. Huhu. Tandas perhentian yang askar selalunya guna dekat2 dengan pelabuhan kapal.
6.   Elektrik selalu on & off. Kes ni semakin menjadi-jadi pada musim panas a.k.a musim exam. Selalu tahap kesabaran teruji. Masa study, lalat suka bermanja-manja hinggap kt muka & panas membahang, klu malam xde letrik, heart broken sangaaat huhu. Sbb tu ramai dlm kalangan kami da ada siap2 lampu rechargeable. Kipas rechargable pn ade skg hikhik.aku je yg tak beli. Mesir tak mampu tampung elektrik tapi pres egypt sgt la tak fikir ttg rakyat pergi labur duit utk pembukaan terusan suez kedua iaitu cawangan dari terusan yang utama sepanjang 35km (pendek tp mahal) bernilai kira-kira 8 million dollar. Padahal tak payah buat takpe sbb dah ade yg main canal. Priority yg mana dulu? Tapi sbb na tunjuk kat rakyat dia ni hebat, buat jugak. (sbb sebelum ni asyik bina penjara baru je). Si rakyat pula mostly tak pakai internet, memang dok kena suap berita2 palsu oleh geng media. Media barat pula kompromi sekali sbb ape? tahu dah pres egy takkan bawa Islam. klu nak bawa Islam, kenapa ade persembahan penyanyi wanita yg pakai gaun nampak ketiak semasa perasmian terusan suez..yuu huu
7.   Harga majoriti barang-barang semakin mahal. Nak dekat2 dgn Malaysia dah. rm16 bagi 1.2kg ayam frozen). Rumah 3 bilik rm450-600 (zagazig-bandar bagi Syarqiah, bukan di cairo, klu cairo lagi mahal). Rumah yg ada perabot macam rumah saya sekarang ni tinggal dgn hubby rm1050(2 bilik, tak termasuk elektrik) juga di Zagazig, Syarqiah
8.   Kalau pengurusan universiti, kurang sistematik. Tak tau cuti bila dan tak tau bila final exam. Tapi sekarang da bertambah baik atas gesaan persatuan pelajar Malaysia minta uni bgtau agak2 bila final. Huhu. Haritu ada junior aku cakap markah carry mark diorang takde. Kosong. Padahal diorang ambik exam tu. Dan klu nak recheck paper…baca isu ini pada point nombor 10
9.   Kadang-kadang persepsi Arab kat sini yang fikir pelajar Malaysia sangat kaya. Kadang2 orang sini bayar rm2.50 je untuk teksi, tapi kita kena rm5 or more untuk destinasi yg sama. Kat sni, kalau kata miskin, miskin sungguh. Maybe 2 tahun sekali baru beli baju baru. Anak-anak kelaparan. So kadang2 aku halal je sebab diorang sekarang ni di aniaya/stress. Negara kaya tapi rakyat miskin tahap korek sampah untuk cari makanan. Kesian kn? Tahap miskin org Msia takdela sampai korek sampah. Alhamdulillah ramai NGO dan pihak berkuasa bantu.
10.Bila pentadbiran cc ni, semua la dia tukar. Dari kabinet dia sampai pentadbiran universiti ni. Semua head of department dia tukar jadi orang dia. Koordinator Msia (berlainan pegangan politik) pun kena tukar, presiden uni pun kena tukar. Dulu klu nak recheck paper, bayar rm5 je tapi sekarang rm50 satu paper. Kesian adik2 junior haritu nak recheck paper pastu bagi masa dua hari je utk proses recheck. nak tak nak, terpaksa byr jugak. tak de masa nak deal dgn uni n lgpun benda tu dari kerajaan pusat..Huhu. Lain klu orang yg beragama di dalam (hati) dan diluar (bkn appearance shj) memimpin dgn orang makan rasuah memimpin sbb orang beragama dia nampak akhirat tu macam mana. Wallahu'alam


take your money and eat in your own grave with angels come
 hitting u every day & night

Secara konklusinya, akak ni nak habiskan tahun 6 je n grad .pastu nak blah da dari Mesir ni. Bila2 je mungkin akan berlaku revolusi. Sbb masa revolusi dlu, ramai ahli keluarga rakyat mesir mati syahid dan tak mustahil diorang akan balas balik.. isu ISIS lagi yang tiba2 jadi kuat dan sekarang asyik serang kat sempadan Sinai. Pelik2 ISIS ni..why u not bomb the Israel?? DO you get funded by Israel anyway?
Keluarga aku langgan news straits time untuk rumah. Hari-hari aku dapat baca NST. Pastu hari-hari kat tengah2 surat khabar mesti ade pasal ISIS yang menunjukkan wanita berniqab angkat 1 jari tunjuk ke langit. Si suami pula pegang senapang. Kadang2 aku rasa NST ni kan bos dia non muslim saje nak cari pasal buruk2kan Islam. ISIS ni satu dunia da tahu bukan Islam pun. Hanya orang yg tak selidik betul2 je ingat diorang ni Islam betul. Haritu ade yg msg aku, adakah aku join ISIS sbb aku pakai niqab? padahal da berthn da pki niqab. Huhu.sedih, terasa hati tapi x kisah pun sbb diorang mmg tak membaca. Masalah betul klu tak baca n tak kaji dari sumber yang betul ni. Huhu

Kalau nak belajar agama, better di Arab Saudi atau Jordan, Pakistan pun ade je rasanya orang Melayu yg pergi belajar agama kat sana…well, tak tau bila akan aman Mesir. Hanya Allah yg tahu. By the way, suami saya ckp sekarang ni klu mujahideen yg betul2 mujahideen, yg pegang betul pd Islam adalah Jabatul Nusra, di Syria.. kawasan taklukan diorang xde la sebesar ISIS (sesat,bunuh org tanpa fikir pjg, haritu gi letupkan masjid kt saudi..xke pelik.17 orang meninggal..huhu). Jabatul Nusra ni kumpulan kecil je tapi US hantar askar lawan diorang. Huhu. US kan nak lawan Allah. Lawan Taliban kat Afghanistan yg sikit tu pun bertahun2 tetapi US tak menang2. Habis berbillion dah. Nasrani n jewish takkan berputus asa untuk hancurkan Islam exactly same with what Allah said in the Quran





Sunday, 11 November 2012

Ucapan Pierre Andre yang Terbaik Dalam Anugerah Skrin 2012




and the greatest award is Laila haillallah...

Allahuakbar

After the award ceremony, director Adam Hamid (which now become a better muslim) calling him, congrulated him and asked him to join 'usrah' . alhamdulillah praise to Allah Pierre agreed to join it..

recently what we can see, some actors and actresses in Malaysia changed themselves into fitrah

alhamdulillah3x..this is good phenomenon in our country =)
and hoping this will keep on progress and will be more better than this

bravo Pierre! u were brave to say the holy kalimah in front of others while u were in entertainment prestige award ceremony~


*tiba-tiba teringat masalah Hisbah (couple laki perempuan kat universiti+pakai baju tangan tak pjg)
sometime I don't have courage enough to amal ma'ruf nahi mungkar~~
and got stress + grrr..., stress with that person & what inside me
stress tahu!
and last session of Hisbah, some ppls slandering me/publish a libel against me
alhamdulillah.. i didn't know and even I know, I just forgot it and i had no stress
haha=D----------------------------------------- selingan-------------------------------------------------


this 15 nov-16 nov: PharMed Seminar. I googled about Prof M.Mansor (Pharmacy)
Prof M.Mansor's writing (click) (I wish I have time to read this tremendous writing)


Iklan sikit>>


campaign


Help Her Look Forward to a Brighter Future

Marriage should be a time for celebration and joy – unless you are one of the 67 million girls around the world forced into marriage before the age of 18.

Imagine the life those girls — who are 7, 10 or even 16 years of age — endure. Child brides have a diminished chance of completing their education and are at a higher risk of being physically abused, contracting HIV and other diseases, and dying while pregnant or giving birth.

But it doesn't have to be this way. Please join CARE in helping bring an end to this gross human rights violation that puts the lives of 25,000 more young girls at risk every single day. Together we can end child marriage.

~Rohingya-Syria-Palestine~ hurm....


Friday, 3 August 2012

Pengalaman: Kos Medik melalui Kementerian/YIK

assalamualaikum readers!!


akhir-akhir ni ramai yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. mungkin ade yang pilih kos ni sebab minat ,mungkin jugak sebab ibu bapa yang menyuruh mereka ambik kos  ni ataupun sebab kerjaya ni nampak femes (famous)/ade peluang cerah/mudah dapat kerja. (banyak lagi sebenarnya kos best spt IT yang incomenye lbh besar berbanding jadi doktor,,doktor = kurang life)=)

sebenarnya sangat bagus kalau nak ambik kos kritikal macam ni dan negara pun amat memerlukan ahli perubatan. Antara cabaran yang akak (heee=) nampak sepanjang jadi pelajar perubatan ni bukannya mudah esp kepada sesiapa yang berminat sangat nak melanjutkan pelajaran ke Mesir. antara cabaran tu adalah dari segi bahasa, kemudahan dan kelengkapan belajar. bahasa tu takpe, kita boleh belajar la sikit2 lagipun pembelajaran dlm kelas mcm kat universiti zagazig/cairo/tanta/mansura/alex ni asing, kelas pelajar Melayu n kelas pelajar  Arab.

Kemudahan n kelengkapan tu kurang la. teknologi die kurang. contohnye, nak belajar anatomy bahagian larynx kan. kat sini, kurang  model-model patung untuk belajar anatomy tu,,tapi banyak yang betul-betul orang punye (cadaver-mayat). kekurangan belajar guna mayat ni tak nampak secara jelas n biasanye doktor akan ajar guna mayat utk bahagian abdomen, upper limb, lower limb,thorax..tapi untuk larynx takde..
lagi satu, mayat ni kuat la sikit bau formalin tu, kena  pakai glove la for sure, n takley g sorang-sorang, boleh je,kalau berani..hehe

yang tu akak nampak kurangnye universiti di Mesir ni,,haa, satu lagi kurang praktikal..skil2 kurang dipelajari kat sini sebab tu pelajar Mesir sangat-sangat digalakkan untuk buat attachment semasa cuti musim panas di Malaysia.. emm kalau nak diagnose penyakit pun maybe tahun 3 tu da boleh ar sket2..insyaallah..

kelebihan kat Mesir ni, banyak belajar teori. kitorang pun kena hafal banyak benda jugalah n kalau boleh hafal sebijik macam buku...wehehei..esp subjek ringan seperti psikologi (tahun 2)..kalau tempat lain, tak kisah sangat psl sebijik mcm buku ke tak, asalkan konsep tu betul. tapi kalau akak sendiri, lebih suka guna nota masa lecture tu+buku yang dikeluarkan oleh universiti+international books

ok berbalik pada tajuk,
(pengalaman akak dulu2)
kalau nak datang melalui Kemeterian Pelajaran Tinggi Malaysia, perlulah skor dalam SPM sekurang2nya 8A dan sekurang2nya B untuk mata pelajaran sains (FIzik, Kimia,Biologi)..akak dapat 10A,2B- SPM 2007 (EST B sbb tak berapa minat, Fizik B sbb tertinggal soalan<*_*~>

lepas tu isi borang, dan proses ambil masa dalam 2 bulan jugak..calon2 akan dikaji/ditapis.. selalulah berhubung dgn pihak KPT, tanya apekah status anda skg, =)
kalau akak dulu akak isi borang melalui yayasan islam kelantan(YIK), bayar dlm rm300 kot untuk yayasan proses kan dan hantar kepada KPT. kalau kerajaan negeri lain da guna sistem MoU ,,tapi kalau YIK ni selalunya akan letak bawah program G2G (government to government)
ade kekurangan la kalau letak bawah G2G,sebabnya fail kita tu macam chipsmore. macam tak konfem betul ke awak dapat universiti yang da diberitahu oleh KPT Malaysia @ KPT Mesir..tapi kalau MoU nye program, da tentu fail u akan sampai kat universiti yang dimaklumkan tu,,tapi wallahu'alam la sebabnya urusan dgn pihak Arab ni agak susah sikit..huhu ..kelebihan G2G pulak,yuran dy berkali ganda murah berbanding program MoU.. selalunya agen kalau hantar diorang pakai MoU nye program la..which is rm29000 setahun..tapi kalau yuran tuk G2G lagi2 murah la..

bila da dapat surat dari KPT, (akak mmg dapat universiti Zagazig sejak dari Malaysia,dan KPT Mesir pun tak tukar akak ke mana-mana, so stay je Zagazig,,actually akak tak apply pun zagazig,,apply cairo,alex,mansura,,wahaha,,tapi maybe tempat tu da full,so kena datang sini la..

lepas tu, siap2 semua, akak tak dapat mana2 bantuan pengajian masa tahun 1, sebab YAKIN(associated with YIK) akan bagi bantuan pelajaran kepada orang yang betul2 susah je..ni masa akak gi interview,,orang katsana tanya "anak Encik Mahmood kan,yang keje kat bank tu? o da duit banyak kan?" huhu,,,senyum kambing je sambil jawab, encik, en mahmood tu memang ayah saya tapi bank tu bukan kami yang punyer..huhu..aku pun keluar bilik,, sugul dan keciwaa..actually masa ni aku stay umah nenek, tumpang keta uncle. uncle pecut laju gile dari tanah merah ke kota bharu semata-mata nak interview,,tapi tak pela,,nak wat camne, bukan rezeki aku, lagipun perlu ingat ramai lagi yang lagi susah dari aku...

bila tiket flight da dibeli,,gi la KLIA, waa ramainye orang..anak-anak kelantan (bawah YIK), medik n pelajar jurusan agama(dirasat),,diorang diberitahu pakai kot, aku plop gi pakai jaket sejuk warna pink,,huhu,,tak tahu la plak kena pakai kot..hurm

ok, sampai ke Mesir, maka katsini la bermulanya titik2 kehidupan..
aku tinggal selama sebulan dekat rumah kelantan di Mesir (RKB), dalam tempoh tu akak dan kawan-kawan yang lain pergi belajar kat universiti terdekat iaitu Ain Shams University .. sebabnya ape,kitorang G2G kan,,so fail kitorang dgr katanya belum sampai lagi (dari Malaysia ke MEsir) ..so tunggu la..dalam 2 minggu je akak belajar kat Ain Shams, (2minggu sebelum tu duduk saje2), dan lepas beberapa sesi perjumpaan dengan pimpinan KPKM(keluarga kelantan mesir),, akak dengan yakinnya =), dengan kawan, farah fateema =),, pergila ARMA, jumpa Encik Sulaiman..kitorang cek nama katsitu,, waa betulla,, nama kita memang kat uni zagazig, KPT Mesir pun tulis katsitu zagazig,,ok,tapi masa ni fail belum sampai tau..huhu..dengan tawakal nye, kitorang pun packing barang2, ustaz hantar ke zagazig,,(sebab kalau tak cofirm fail katmana, sebaiknya tak perlu pergi, kan bawa barang2 sume, tengok2 uni cairo ke an,,contohnye la, tak pasal2 ke hulu ke hilir pulak)

akak smpai zagazig dalam bulan 11 ,akhir, 2008..hurm..masuk kuliah,,wuish memang banyak giler da diorang study dan bermulalah kehidupan kitorang katsini...selepas seminggu lepas tu, barulah Izyan, Ikah, Inirah dan Tema (also under YIK) sampai ke zagazig. Selepas dalm sebulan camtu, semua fail pelajar YIK sampai kecuali fail akak, punyela bedebar..diorang da siap buat visa sume, akak lom ade lagi...debar je, tapi wat2 cool..senior cakap aku ni pendatang haram.haha..akak call ayah, ayah call KPT, KPT kata belum sampai, fail naik trip yang lain sebabnya fail akak orang terlepas pandang,, hampir2 tak dikumpulkan bersama  fail2 lain yang akan dibawa ke Mesir!! dalam bulan 4 ke, baru sampai fail aku...final exam bulan 4-5 la start..wahaha..sebelum bayar yuran pengajian utk tahun 1, banyak kali akak tanya officer kat syuun tulab (pejabat yang uruskan pelajar2), "betulke da sampai fail saya? ( وقد وصلت ملفاتي
(actually sukar utk dipercayai fail ni da sampai,, sampai la tahun 2, urusan result aku n segala urusan nampak ok, so akak assume mmg fail tu mmg da ade la kat uni zagazig,,hehe)

sebelum sampai fail akak tu, akak study je, akak bersama 6 pelajar YIK yang lain kitorang study giler2 time ni sebab kejar slibus n also akak, belum ade ape2 bantuan pengajian for sure la study hard jgk..alhamdulillah result tahun 1 ok, jayyid jiddan (8 markah ag nak mumtaz :p), dapat JPA, dan tahun 1 tu lembaga zakat selangor bagi zakat rm5000, tahun 2 zakat bagi pulak dalam rm ribu jgk, tak ingat..skgni JPA je, no more zakat la =)..alhamdulillah dan hari kemudiannya akak da tak stress pasal duit belajar..wew, haru tau sbb masa tahun 1 tu, akak apply jadi part time writer/typist kat sebuah syarikat ni dan diterima la..whehei,,tapi aku tny ape tugas aku, puan tu cakap, takpe,nanti tugasan akan diberi,,sampai sekarang dy tak bagi2 lagi tugasan ..wheheii..tapi aku syukur la sangat, ape yang allah da bagi kat aku selama ni..thank you Allah =))



shopping complex @cairo



sertai dikir barat, cuti tahun 1 (2009) kat rumah kelantan Mesir

otw masuk negeri: sharqiah, ibu negeri: zagazig



p/s: disini dinasihatkan agar adik-adik junior yang teringin belajar kat Mesir khususnya datanglah dibawah kerajaan negeri/yayasan/KPT sebabnya anda akan kurang terbeban dgn masalah kewangan. kadan-kadang kesian dgr cerita adik-adik junior yang datang melalui pihak tertentu terbeban dgn masalah duit. Proses untuk datang ke Mesir tidaklah semahal mana, tak sampai rm6-7ribu pun..huhu..

datanglah ke Mesir dan kutiplah segala ilmu disebalik debu-debu mesir
kat mesir ni ade 2 je benda, sama ada nak jadi seperti nabi atau fir'aun
..dan kerenah-kerenah Arab yang kadang2 akan membuatkan anda ketawa, sedih, rasa nak marah sangat2, terharu, dan macam2 lagi lah...mim sod ro,, musibah sabar redha~ negara yang satu dalam seribu  =)

**kalau ade ape2 soalan nak tanya,,feel free to do it..fb n comment kt sini pun ok..i'm willing to help u!! =))

boleh tengok entry terbaru akak di sini berkenaan belajar di Mesir.. tq for reading  =)
http://dhoobitohsaradocsarimood.blogspot.com/2015/08/10-sebab-kenapa-tak-perlu-sambung.html

Sunday, 1 July 2012

Video Ceramah Politik Mesir & random photos[march-may]





saya tak pergi pun masa ceramah ni (sebab study tak abes ag utk exam ophthal),,alhamdulillah,,dapat jugak peluang untuk mengetahui serba sedikit...
so, 1 julai hari ni,,da abes la paper ke 2 iaitu ophthal
moga Allah permudahkan segalanya
amin
usaha-doa-tawakal =)
assalamualaikum


Menikmati mocha sebelum buat kajian lapangan [community medicine] ke salah sebuah health centre

antara mesin/alat yang ada kat Lab of the hospital

zagazig university stadium

soalan forensic / toxic utk final round exam haritu

masa tengok kump. nasyid Insoff(malaysian nasyid group in Zagazig also students, doctors&ustazs=)

pengenalan Medical Team di Zagazig


almost finish


flowers from Wiwin <3


bye bye commed...

4th year exam schedule



kaya bahasa kelate,,

Sunday, 17 June 2012

Cara Hidup Musim Panas (coping in hot weather)

with juniors@ Port Said few months ago~

sista @ Port Dickson,, water water water,,so cOoL
assalamualaikum
about May-June-July-August- =Hot summer
and i not worry whether it is summer or winter,,
but since it can affect our daily life..

okay, I have sleeping problem now
five hours i slept, then woke up to read notes,,only five minutes then I continued reading them on bed
then after few hours,, eh, i was sleeping??
So, i just think about maybe hot weather can affect my daily routine sleep~
I also asked some friends, they agreed too, so i google here, what to do heh?
 really, i only read note about 1 hour and few minutes before today's exam :(

tips on coping in hot weather.
How To Survive Hot Weather
  • Foods generate metabolic heat when the body breaks it down. So, to beat the heat, avoid larger meals. Instead, have small meals more often. Also, avoid foods that are rich in protein.
  • Eat plenty of spicy food as these stimulate the heat receptors in the mouth and increase the sweating thus cooling the body down.
  • Another way is to keep your wrists under a cold tap of water every couple of hours. This will cool your blood as the main vein passes through the wrists.
  • Before going to bed take a bath in lukewarm water. A cold shower will only generate the heat afterwards to compensate for the heat loss.
  • If there is a basement in the house then you can take recourse in it during very hot days, as basements are generally 15 to 20 degrees cooler than the rest of the house.
  • During hot weather, cotton clothes are the best. Wear loose, lightweight and light colored cotton clothes. This is because synthetic fibers trap the heat while cotton cloths reflect the sun’s radiation. In addition, the cotton also helps in the evaporation of sweat that makes the body cooler.
  • To stop the heat from coming to your house, cover all the doors and windows with curtains.
  • Drink plenty of water and fruit juices throughout the day. Avoid caffeine-based drinks like coffee and also avoid colas as they increase the metabolic heat. Also, stay away from alcohol (haram to drink it) as it dehydrates the body.
  • Aloe Vera is an excellent moisturizer that you can use to lower the skin temperature.
  • Avoid strenuous activity as it increases the body temperature. During hot weather, it is best to exercise early in the morning or late in the evening.
  • Another method to cool the skin is to use liquid ice. They come with reusable ice wrap that can be directly wrapped on the skin to cool it.
  • Chrysanthemum is a cooling herb that is very effective in reducing the body heat. Drink chrysanthemum tea, three to four times a day to get relief from heat.
  • Invest in an air conditioning unit. This can cool your house thus providing relief from the heat.
  • Apply cold mudpack to the stomach and the eyes twice a day. This will cool down your entire body.
  • Another good option is to go for aromatherapy. This uses essential oils that calm the body.
  • To treat sunburns, mix one tablespoon of aloe vera with three drops of lavender essential oil. Apply this mixture to the affected area.
euro promo @ aL-iKhSan

lawa tapi sayang klu nak wat masuk lumpur aka jungle trekking


 trivia~Don't confuse needing to rest with being lazy~
 A scientist named Thomas A. Wehr did research in the 1990s to answer this question. He found that under natural conditions, sleep patterns change as night grows longer, but not in the way you imagine.
Wehr discovered that under simulated natural conditions, as night becomes longer, the amount of sleep increases (as you suggest), but sleep also becomes biphasic (also known as bimodal). That means we sleep for a few hours, then wake for a couple of hours, then sleep again for a few hours. In other words, during long nights, people naturally wake in the middle of the night and stay up for a few hours before going back to sleep.
Biphasic sleep is the normal pattern for many animals, and people used to sleep that way in Europe until a few hundred years ago. We know this about Europe from the work of an historian named A. Roger Ekirch. He discovered that European languages used to have terms for the two periods of sleep. In English, the first period of sleep was called "dead sleep" or "first sleep." The second period was called "morning sleep" or "second sleep." These terms were ordinary parts of our language until the industrial revolution, when artificial lighting changed the sleep-wake cycle.

ini BEST

Saturday, 16 June 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 *akan datang>> Julai ini



untuk maklumat lanjut & utk pendaftaran > http://k-fiqh.com/

kagum sangat dengan YB Husam Musa~ =)
Red Warrior City~



Thursday, 14 June 2012

Felda Raises $3.1 Billion in Asia’s Biggest I.P.O.@NYT

By NEIL GOUGH (NYT)
HONG KONG– Felda Global Venture Holdings has successfully raised $3.1 billion by selling shares in Malaysia in the world’s second-largest initial public offering this year after Facebook’s botched Nasdaq listing last month.
The palm oil producer successfully priced Asia’s biggest deal this year at 4.55 ringgit per share, or $1.43, near the high end of its indicated price range of 4 ringgit to 4.65 ringgit, a person with direct knowledge of the matter said Thursday. The shares are scheduled to start trading in Kuala Lumpur on June 28.
The high-profile deal came after a recent series of I.P.O.s in Asia and elsewhere were withdrawn or postponed due to slumping markets. Those included a planned $3 billion offering by Formula One in Singapore and a $1 billion Hong Kong share sale by Britain’s Graff Diamonds.
Felda, which is being privatized by the Malaysian government, was selling 1.92 billion shares to institutional investors at the offer price and 273 million shares to retail investors at a 2 percent discount, according to its prospectus.
Of the total I.P.O. proceeds of 9.93 billion ringgit, or $3.12 billion, about 55 percent will go to the government, which sold off a 33 percent stake, and about 45 percent will go to the company, mainly for the purchase of new plantations. Felda already has about 356,000 hectares, or 880,000 acres, of palm plantations in Malaysia.
The Felda offering is the brightest spot in a gloomy market for new listings in Asia this year. Prior to the deal, total funds raised by I.P.O.’s in Asia, excluding Japan, had declined 68 percent, to $13.9 billion, this year from the period a year earlier, the weakest year-to-date performance since 2009, according to data from Dealogic.

Felda’s success was bolstered by cornerstone investors who bought nearly 20 percent of the I.P.O., the person with knowledge of the deal said. Those included the Qatar investment authority; AIA; Fidelity; Value Partners, a Hong Kong-based funds management firm; and several Malaysian state-affiliated pension funds.
A stake of about 11 percent will go to state governments in Malaysia, while about 13 percent will be offered to foreign and domestic institutional investors. The remaining 19 percent stake is being offered to domestic investors, employees and affiliates of the company, the person said.
CIMB, Maybank and Morgan Stanley are the joint bookrunners for the Felda I.P.O., while the same three plus Deutsche Bank and JPMorgan Chase are the underwriters for the retail offering.

Tuesday, 12 June 2012

Mi berlapis pertama di dunia (atasi obesiti)

Mi berlapis bantu atasi obesiti Oleh Nur Izzati Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2012/06/08

 

 

USM berjaya hasil produk zat serbuk cili percepat proses bakar lemak

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan produk mi berlapis pertama di dunia yang diperkaya dengan serbuk cili atau zat kapsaicin bagi membantu mengurangkan masalah obesiti.
Kapsaicin adalah zat cili pedas yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri, Prof Azhar Mat Easa, berkata walaupun mengandungi 17 miligram kapsaicin dalam setiap 100 gram mi, ia tidak pedas sebaliknya perut hanya akan berasa panas apabila ia bertindak membakar lemak.

“Ia sudah diuji beberapa kali dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak yang tidak boleh makan makanan pedas sekali gus membantu menangani kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan,” katanya pada sidang media di USM, di sini semalam.

Prof Azhar berkata, berat badan seseorang itu akan turun satu kilogram atau lebih dalam masa seminggu jika diambil secara konsisten dengan kuantiti 50 gram sehari.

“Produk menguruskan badan dengan memakan mi tidak pernah diperkenalkan di dunia, bahkan ia adalah produk pertama yang dicipta dengan menggunakan bahan yang sangat murah.
“Di Barat, pengambilan kapsaicin lazimnya dalam bentuk kapsul dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna kerana ia mengandungi bahan kimia di samping menelan belanja besar,” katanya.

Kajian selama dua tahun yang dibangunkan bersama dua lagi penyelidik Prof Madya Dr Liong Min Tze dan Li Ling Yung itu dihasilkan dengan menggunakan geran tajaan Kementerian Pengajian Tinggi dan dana kecil dari Institut Pengajian Siswazah USM.

Inovasi itu turut memenangi anugerah emas dalam International Invention and Technology Exhibition (ITEX) 2012 di Kuala Lumpur, bulan lalu.

Azhar berkata, USM juga dalam proses perbincangan dengan beberapa syarikat untuk mengkomersialkan produk itu dan dijangka berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga RM7 bagi setiap 100 gram.

Sementara itu, Penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM, Dr Suzylawati Ismail, berkata selain produk mi, USM juga berjaya menghasilkan produk baru diberi nama Chi-Sorb iaitu sejenis penjerap minyak yang digunakan dalam proses rawatan air sisa menggunakan kulit udang, yang turut menjadi alternatif dalam penggunaan bahan kimia yang mengancam alam sekitar.

Katanya, bahan penjerap daripada kulit udang itu bertindak dengan tiga fungsi utama iaitu menjerap minyak, mengental dan menggumpal keladak sisa bagi menjadikan proses rawatan air sisa menjadi lebih mudah dan berkesan.

“Produk ini disifatkan sangat efektif dalam menyingkirkan sisa minyak kerana bahannya yang semula jadi bebas dari logam berat, tidak bertoksik, tiada kesan sampingan, mudah untuk dibuang dan mesra alam,” katanya.

INFO

Mi berlapis


  • Diperkaya serbuk cili dengan penambahbaikan pada pegangan kapsaicin.
  • Pertama kali dihasilkan di dunia.
  • Mi berlapis membolehkan kapsaicin masuk ke dalam badan tanpa iritasi, kesakitan dan pedas mulut.
  • Boleh menguruskan badan jika kerap dimakan.
  • Lebih praktikal dan murah.
  • Penggunaan serbuk cili dalam kapsul seperti di negara maju untuk pengurusan berat badan adalah lebih mahal dan tidak sesuai digunakan di Asia.
  • Kajian dijalankan selama dua tahun.
  • Sedang dipatenkan dan beberapa syarikat sedang menguji produk ini.
  • Inovasi ini memenangi anugerah emas International Invention and Technology Exhibition (ITEX) 2012.

trivia~ ada kawan share kat FB..dan ini buku yang disyorkan oleh Syeikh *klik*



    Saturday, 28 April 2012

    Analogy: Clean?

    "when I’m alone and need someone to
    support me, no one comes to help me
    except Allah. When I pretend to be
    strong,
    no one sees my hidden tears except
    Allah.
    When I’m sad and need a shoulder to
    cry
    on, no one supports me but Allah.
    Pleasing a human is very difficult,
    pleasing
    Allah is the easiest. People sometimes
    punish me for mistakes I have not done,
    Allah ignores and excuses the ones that
    I did. This is Allah, The Greatest, The
    Most
    Almighty, The Most Beneficent, The
    Most
    Merciful, and all praise belongs to Him.“
    -Tariq Ramadan-

    Ini hanya cerita rekaan....

    Situasi 1:


    Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

    Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

    Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :


    "Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

    Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :


    "Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”


    Situasi 2:


    Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.

    Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.

    Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.

    Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.

    Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.

    Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.

    Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:

    "Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."

    Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.

    Orang yang betul memahami agama pula berkata:

    "Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.

    Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?

    Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."

    Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.

    Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

    Tuesday, 10 April 2012

    All The Best (Comrades 1st,2nd,3rd,4th year)

    All the Best..

    Simple words but for someone, these words are really meaningful that if someone said to them, they appreciate so much even tears can roll down. over cheek :)

    I am here wishing my juniors and comrades can do their best. Yes, we can

    We deserve it

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)
    Semua orang boleh, nak ke tak nak je..
    Semua orang boleh buat, ada kesungguhan atau tidak, itu aje..
    (am I repeating?..ahha :B)

    Saya nak bagi awak kad ni..

    klik: aKumUmtaZ 

    sape tak minat rabbit, i give u this card aKuyAkin, akuMaMpu

    :)

     Allah Most High said,

    My love is merited by those who love one another for My sake; My love is merited by those who maintain relationships for My sake; My love is merited by those who offer advice to each other for My sake; My love is merited by those who visit one another for My sake; and My love is merited by those strive to help one another for My sake. Those who love one another for My sake shall be on pulpits of light. Their position shall be envied by the Prophets, veracious, and martyrs.
       

     He says ""Truly, it is by the Remembrance/zikr of Allah that hearts find rest/peace." (13:29)

    Thursday, 29 March 2012

    Males and Females: Differences in Decision Making Under Stress



    Decision Making Under Stress
    Are decisions already hard? Don't stress.
    If an important decision looms but your mind is consumed with the fear that you’ve lost your wallet, better save decision making for later. Multiple studies show that stress significantly affects decision making. What’s more, men and women react differently to stress.

    A 2009 study by Lighthall et al. from the Unversity of Southern California gives a good overview of how sex differences manifest. Researchers had 45 subjects play a balloon game that was really a risk-reward evaluation in disguise: the goal was to win the most money by pumping the balloon. But as the balloon’s value grew, so too did the risk of it popping.

    Males and females performed similarly in unstressed scenarios, but when they played after a stressful situation (having their hands dunked in cold water), results shifted. Males responded to stress by taking more risks (12.5% more balloon pumps), while stressed females took fewer risks (21% fewer pumps).

    How does the model of risk avoidance transfer to real life? A 2011 study from the University of California Davis looked at one real-life task—investing—with a measurable high-risk activity (trades). Out of 27,000 investors, men made 45% more trades on their portfolios. The high trading rates led to worse performance, causing male investors to lose more value on their portfolios than female investors.

    Further studies must be done to to seek out the possible gender biases in other occupations, but the University of Davis research is an interesting start. As scientists learn more about the processes involved in decision making, there are steps you can take to ensure that your decisions are made clearly and calmly.
    Tips for clear, calm decision making
    Think through each consequence before you make a decision. Reward yourself for good choices. And try training with a few Lumosity games. Speed Match is great practice for staying accurate and calm in time-sensitive situations. Or try Route to Sproute, which may help with strategic planning and problem solving. Unlock full access and stay calm and clear-headed in all your decision making.

    trivia~nyawa pengawal keselamatan lebih penting atau wang berjuta-juta yang disimpan dalam bank lebih penting?? 
    Lelaki yang menjadi pelindung wanita atau wanita yang dilindungi ,yang mana lebih utama? haa...:)
    mereka sama tetapi berbeza...saya sekang ni tengah nak habiskan buku pahrol mohd juoi. kupasan beliau sangat menarik..ok study dulu *_^

    Friday, 9 March 2012

    JPC(dis2011)/Enucleation&Evisceration vids

     Semalam adalah kenangan
    esok ?? kenangan untuk keesokan harinya..
    Jadi, jom kita cipta kenangan...hehe :)

    JPC=jawatankuasa pemilihan cawangan (mcm spr, utk memudahkan orang ramai pilih AJKT :)


    ni dewan lama..skg da cantik sgt daa.meriah nmpak dgn poster2 calon~.

    nama calon.ok.takyah zoom, tak nampak pun
    mengira undi




    otw g dewan, tgk ni..klu awak bt mcm ni, mst tak comel kn? spongebob xpe. photogenic..hehe :P

    otw to dewan..kampung aman damai salam sadnawi

    dgn kuasa yg ada pada beta, mereka mengambil takhta dgn jayaaanyaaaa...
     ok, apa beza evisceration n enucleation?
    jom ikut saya..saya nak operate orang hari ni..ini adalah video yg berjaya dirakam...jom :)

     

     

    Saturday, 25 February 2012

    watchiiing videosss 2







    three cuties cows..

    great videos isn't ? hebaak ahh :)





    ALLAH ALLAHUAKBAR..SAVE SYRIA!!


    ada orang tanya saya, macam mana saya boleh bersemangat untuk study??
    saya kata, ni semangat palestin...sbb saya nak jatuhkan benda yang batil, nak jelaskan apa yang benar...

    sanggupkah melihat org palestin diseksa? tak..tak sanggup...
    dan ni salah satu cara untuk jihad lawan balik..

    oihh, semangatnyeee
    belajar itu kewajipan
    ulama dulu banyak ilmu, n why not us to do the same? orr better?? =)

    best sangat ustaz ceramah pasal syria malam ni..sgt2...insyaallah nt sy upload videonya ..okey :)

    salam~~

    Saturday, 18 February 2012

    Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai Fitnah terhadap Anwar Ibrahim



    Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

    Soalan
    Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.
    Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

    Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

    Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

    4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

    Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

    "11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).


    Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

    Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

    Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

    Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

    Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan"

    .

    Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

    Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

    Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba'ath (Kebangsaan Arab).

    Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

    Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

    Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia , pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

    Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

    Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha' melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu 'Qazaf'.

    Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

    Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

    Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

    Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

    Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

    Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.

    http://suhazeli.blogspot.com/2008/07/fatwa-dr-taha-jabir-al-ulwani-mengenai.html

    click to donate=)