Friday 3 August 2012

Pengalaman: Kos Medik melalui Kementerian/YIK

assalamualaikum readers!!


akhir-akhir ni ramai yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. mungkin ade yang pilih kos ni sebab minat ,mungkin jugak sebab ibu bapa yang menyuruh mereka ambik kos  ni ataupun sebab kerjaya ni nampak femes (famous)/ade peluang cerah/mudah dapat kerja. (banyak lagi sebenarnya kos best spt IT yang incomenye lbh besar berbanding jadi doktor,,doktor = kurang life)=)

sebenarnya sangat bagus kalau nak ambik kos kritikal macam ni dan negara pun amat memerlukan ahli perubatan. Antara cabaran yang akak (heee=) nampak sepanjang jadi pelajar perubatan ni bukannya mudah esp kepada sesiapa yang berminat sangat nak melanjutkan pelajaran ke Mesir. antara cabaran tu adalah dari segi bahasa, kemudahan dan kelengkapan belajar. bahasa tu takpe, kita boleh belajar la sikit2 lagipun pembelajaran dlm kelas mcm kat universiti zagazig/cairo/tanta/mansura/alex ni asing, kelas pelajar Melayu n kelas pelajar  Arab.

Kemudahan n kelengkapan tu kurang la. teknologi die kurang. contohnye, nak belajar anatomy bahagian larynx kan. kat sini, kurang  model-model patung untuk belajar anatomy tu,,tapi banyak yang betul-betul orang punye (cadaver-mayat). kekurangan belajar guna mayat ni tak nampak secara jelas n biasanye doktor akan ajar guna mayat utk bahagian abdomen, upper limb, lower limb,thorax..tapi untuk larynx takde..
lagi satu, mayat ni kuat la sikit bau formalin tu, kena  pakai glove la for sure, n takley g sorang-sorang, boleh je,kalau berani..hehe

yang tu akak nampak kurangnye universiti di Mesir ni,,haa, satu lagi kurang praktikal..skil2 kurang dipelajari kat sini sebab tu pelajar Mesir sangat-sangat digalakkan untuk buat attachment semasa cuti musim panas di Malaysia.. emm kalau nak diagnose penyakit pun maybe tahun 3 tu da boleh ar sket2..insyaallah..

kelebihan kat Mesir ni, banyak belajar teori. kitorang pun kena hafal banyak benda jugalah n kalau boleh hafal sebijik macam buku...wehehei..esp subjek ringan seperti psikologi (tahun 2)..kalau tempat lain, tak kisah sangat psl sebijik mcm buku ke tak, asalkan konsep tu betul. tapi kalau akak sendiri, lebih suka guna nota masa lecture tu+buku yang dikeluarkan oleh universiti+international books

ok berbalik pada tajuk,
(pengalaman akak dulu2)
kalau nak datang melalui Kemeterian Pelajaran Tinggi Malaysia, perlulah skor dalam SPM sekurang2nya 8A dan sekurang2nya B untuk mata pelajaran sains (FIzik, Kimia,Biologi)..akak dapat 10A,2B- SPM 2007 (EST B sbb tak berapa minat, Fizik B sbb tertinggal soalan<*_*~>

lepas tu isi borang, dan proses ambil masa dalam 2 bulan jugak..calon2 akan dikaji/ditapis.. selalulah berhubung dgn pihak KPT, tanya apekah status anda skg, =)
kalau akak dulu akak isi borang melalui yayasan islam kelantan(YIK), bayar dlm rm300 kot untuk yayasan proses kan dan hantar kepada KPT. kalau kerajaan negeri lain da guna sistem MoU ,,tapi kalau YIK ni selalunya akan letak bawah program G2G (government to government)
ade kekurangan la kalau letak bawah G2G,sebabnya fail kita tu macam chipsmore. macam tak konfem betul ke awak dapat universiti yang da diberitahu oleh KPT Malaysia @ KPT Mesir..tapi kalau MoU nye program, da tentu fail u akan sampai kat universiti yang dimaklumkan tu,,tapi wallahu'alam la sebabnya urusan dgn pihak Arab ni agak susah sikit..huhu ..kelebihan G2G pulak,yuran dy berkali ganda murah berbanding program MoU.. selalunya agen kalau hantar diorang pakai MoU nye program la..which is rm29000 setahun..tapi kalau yuran tuk G2G lagi2 murah la..

bila da dapat surat dari KPT, (akak mmg dapat universiti Zagazig sejak dari Malaysia,dan KPT Mesir pun tak tukar akak ke mana-mana, so stay je Zagazig,,actually akak tak apply pun zagazig,,apply cairo,alex,mansura,,wahaha,,tapi maybe tempat tu da full,so kena datang sini la..

lepas tu, siap2 semua, akak tak dapat mana2 bantuan pengajian masa tahun 1, sebab YAKIN(associated with YIK) akan bagi bantuan pelajaran kepada orang yang betul2 susah je..ni masa akak gi interview,,orang katsana tanya "anak Encik Mahmood kan,yang keje kat bank tu? o da duit banyak kan?" huhu,,,senyum kambing je sambil jawab, encik, en mahmood tu memang ayah saya tapi bank tu bukan kami yang punyer..huhu..aku pun keluar bilik,, sugul dan keciwaa..actually masa ni aku stay umah nenek, tumpang keta uncle. uncle pecut laju gile dari tanah merah ke kota bharu semata-mata nak interview,,tapi tak pela,,nak wat camne, bukan rezeki aku, lagipun perlu ingat ramai lagi yang lagi susah dari aku...

bila tiket flight da dibeli,,gi la KLIA, waa ramainye orang..anak-anak kelantan (bawah YIK), medik n pelajar jurusan agama(dirasat),,diorang diberitahu pakai kot, aku plop gi pakai jaket sejuk warna pink,,huhu,,tak tahu la plak kena pakai kot..hurm

ok, sampai ke Mesir, maka katsini la bermulanya titik2 kehidupan..
aku tinggal selama sebulan dekat rumah kelantan di Mesir (RKB), dalam tempoh tu akak dan kawan-kawan yang lain pergi belajar kat universiti terdekat iaitu Ain Shams University .. sebabnya ape,kitorang G2G kan,,so fail kitorang dgr katanya belum sampai lagi (dari Malaysia ke MEsir) ..so tunggu la..dalam 2 minggu je akak belajar kat Ain Shams, (2minggu sebelum tu duduk saje2), dan lepas beberapa sesi perjumpaan dengan pimpinan KPKM(keluarga kelantan mesir),, akak dengan yakinnya =), dengan kawan, farah fateema =),, pergila ARMA, jumpa Encik Sulaiman..kitorang cek nama katsitu,, waa betulla,, nama kita memang kat uni zagazig, KPT Mesir pun tulis katsitu zagazig,,ok,tapi masa ni fail belum sampai tau..huhu..dengan tawakal nye, kitorang pun packing barang2, ustaz hantar ke zagazig,,(sebab kalau tak cofirm fail katmana, sebaiknya tak perlu pergi, kan bawa barang2 sume, tengok2 uni cairo ke an,,contohnye la, tak pasal2 ke hulu ke hilir pulak)

akak smpai zagazig dalam bulan 11 ,akhir, 2008..hurm..masuk kuliah,,wuish memang banyak giler da diorang study dan bermulalah kehidupan kitorang katsini...selepas seminggu lepas tu, barulah Izyan, Ikah, Inirah dan Tema (also under YIK) sampai ke zagazig. Selepas dalm sebulan camtu, semua fail pelajar YIK sampai kecuali fail akak, punyela bedebar..diorang da siap buat visa sume, akak lom ade lagi...debar je, tapi wat2 cool..senior cakap aku ni pendatang haram.haha..akak call ayah, ayah call KPT, KPT kata belum sampai, fail naik trip yang lain sebabnya fail akak orang terlepas pandang,, hampir2 tak dikumpulkan bersama  fail2 lain yang akan dibawa ke Mesir!! dalam bulan 4 ke, baru sampai fail aku...final exam bulan 4-5 la start..wahaha..sebelum bayar yuran pengajian utk tahun 1, banyak kali akak tanya officer kat syuun tulab (pejabat yang uruskan pelajar2), "betulke da sampai fail saya? ( وقد وصلت ملفاتي
(actually sukar utk dipercayai fail ni da sampai,, sampai la tahun 2, urusan result aku n segala urusan nampak ok, so akak assume mmg fail tu mmg da ade la kat uni zagazig,,hehe)

sebelum sampai fail akak tu, akak study je, akak bersama 6 pelajar YIK yang lain kitorang study giler2 time ni sebab kejar slibus n also akak, belum ade ape2 bantuan pengajian for sure la study hard jgk..alhamdulillah result tahun 1 ok, jayyid jiddan (8 markah ag nak mumtaz :p), dapat JPA, dan tahun 1 tu lembaga zakat selangor bagi zakat rm5000, tahun 2 zakat bagi pulak dalam rm ribu jgk, tak ingat..skgni JPA je, no more zakat la =)..alhamdulillah dan hari kemudiannya akak da tak stress pasal duit belajar..wew, haru tau sbb masa tahun 1 tu, akak apply jadi part time writer/typist kat sebuah syarikat ni dan diterima la..whehei,,tapi aku tny ape tugas aku, puan tu cakap, takpe,nanti tugasan akan diberi,,sampai sekarang dy tak bagi2 lagi tugasan ..wheheii..tapi aku syukur la sangat, ape yang allah da bagi kat aku selama ni..thank you Allah =))



shopping complex @cairo



sertai dikir barat, cuti tahun 1 (2009) kat rumah kelantan Mesir

otw masuk negeri: sharqiah, ibu negeri: zagazig



p/s: disini dinasihatkan agar adik-adik junior yang teringin belajar kat Mesir khususnya datanglah dibawah kerajaan negeri/yayasan/KPT sebabnya anda akan kurang terbeban dgn masalah kewangan. kadan-kadang kesian dgr cerita adik-adik junior yang datang melalui pihak tertentu terbeban dgn masalah duit. Proses untuk datang ke Mesir tidaklah semahal mana, tak sampai rm6-7ribu pun..huhu..

datanglah ke Mesir dan kutiplah segala ilmu disebalik debu-debu mesir
kat mesir ni ade 2 je benda, sama ada nak jadi seperti nabi atau fir'aun
..dan kerenah-kerenah Arab yang kadang2 akan membuatkan anda ketawa, sedih, rasa nak marah sangat2, terharu, dan macam2 lagi lah...mim sod ro,, musibah sabar redha~ negara yang satu dalam seribu  =)

**kalau ade ape2 soalan nak tanya,,feel free to do it..fb n comment kt sini pun ok..i'm willing to help u!! =))

boleh tengok entry terbaru akak di sini berkenaan belajar di Mesir.. tq for reading  =)
http://dhoobitohsaradocsarimood.blogspot.com/2015/08/10-sebab-kenapa-tak-perlu-sambung.html

52 comments:

Anonymous said...

salam. woah panjang betul cerita akak haha. Anyway, saya student asasi di UIA dalam jurusan human sciences and saya terfikir nak sambung degree di timur tengah tak kisah lah mana mana asal ada course psychology atau sociology. Akak tahu tak university apa yg ada courses tu di middle east? Saya takut juga nak study luar tapi saya memang nak belajar di sana. Harap akak dapat beri respon yang positive kepada saya! Syukran jazilan! :)

Anonymous said...

Akak, saya calon spm 2012 dan dah terima results. Saya aliran pure science dan mengambil 9 subjects. Results saya adalah 6A (campur campur) dan 3B+. Subjects yang mendapat B+ ialah Physics, additional maths dan sejarah. Apakah saya layak untuk mengambil medic dan memohon KPT/yik/yakin kerana saya memang anak jati kelantan.

mysa said...

@salam anonymous 1: ooh ade je,, apply mana2 uni kat jordan la,,tp belajar dlm bhs arab rasanye... yup, psychology n sociology adalah 2 bidang yg bagus sgt.. esp sociology sbb blh belajar ttg manusia, pemikiran n cm lebih kpd media gitu

@salam anonymous 2: sblm itu akak ucapkan tahniah atas kejayaan adik dlm spm =) akak tak pasti sbb sistem kita da bertukar. dulu ada 2 jenis A je, skg ade 3... jd akak tak pasti ttg syarat2 melalui KPT/YIK yg terkini... maybe adik blh contact sendiri pihak berkenaan utk tahu lbh lanjut..bergantung jgk sbnrnye, klu rmi tahun ni mohon, persaingan agk sengit la utk mendapat tempat,,jd akak sarankan adik utk rujuk KPT/YIK terus,,anyway all the best, wallahualam.:)

mysa said...

@anonymous 1: akak sarankan awak surf mana2 university di middle east...tp yg antara negara moden & kemudahan yg berkualiti adalah jordan, ksa, dubai --tp duit sara hidup agak mahal di jordan sbb 1 dinar=rm4, dubai pun mahal jgk, ksa@arab saudi okey sikit, lbh kurg malaysia...

Anonymous said...

Saya baru sahaja mengikuti taklimat medic mesir di upm. Selepas mengikuti taklimat tersebut, saya berhajat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di university alexandria, egypt. Pada pendapat akak yang mana sekarang sedang menuntut di egypt, apakah nasihat akak kepada saya dan selama pengalaman akak belajar di sana, apakah medic di alexandria bagus dan berkualiti? Andai kata saya mendapat markah yang tinggi pada tahun pertama, adakah saya berpeluang untuk mendapat tajaan mara?

mysa said...

@anonymous 24 mac
dtgla dgn kpt,murah n klu alex uni(klu dgn kpt) myb msuk kls skli dgn egyptian
yup sgt berkualiti,sama taraf dgn cairo uni
yes daptkan mumtaz which is 85% keatas sbb skg rmi pljar under agent dtg mnyebabkn agk sengit utk dptkn pnjmn..wallahu'alam

Unknown said...

akak..klau under agent mcm medicmesir,gmn tuh mhal eh? klau under yik,,mcm mna nk apply eh?

mysa said...

@syazana a'ah quite mahal la
try google yayasan islam kelantan
ambik no phone n do a call for details.ok
all the best nana =)

Anonymous said...

Akak, saya bercdg nak lnjutkan pljrn dlm medicine di university Alexandria bulan 9 ni.saya pergi privately dulu and ramai ckp kalau score first year boleh dpt sponsor.nak tanya pengalaman first year..subjects dia, and susah tak nak score?

mysa said...

insyaallah blhnye skor...kne stdy sungguh2 xley main2...igt lg time exam wajib hfl 1 buku huhu...okey all the best nt :)

Anonymous said...

Akak saya akan berlepas ke mesir bulan 9 nanti, medic kat university alexandria. Saya selalu baca blog tentang belajar kat mesir dan banyak senior yang saya baca tulis "fikir masak2 sblum dtg belajar ke mesir, jgn menyesal di kemudian hari" "mesir bukan sprti yg korang sangka" "belajar di malaysia lg bagus dan best" Betul ke? Senior dkt alex dan mansoura jg ada tulis di twitter mereka tidak mnggalakan untuk bljr di mesir. Saya pening dan tidak tau apa yg kena buat

mysa said...

@anonymous yes belajar di malaysia lagi best brbnding di mesir..yup fikir masak2..sbb ktsini byk teori brbanding praktikal...teori berbanding praktikal meaning tahun 4 pun belum belajar lagi nak psang itu ini..okey

Mr Muhammad said...

salam. tumpg lalu. klu utk course dentistry or pharmacy pn lbih krg jugak ke?

mysa said...

dentistry: mansoura (machester programme) sy tgk bagus jgk
pharmacy sy xbrpe pasti sorry yep ^_^

Anonymous said...

salam, sy nak tanya,kak nampak pelajar2 yang ambil medic kat azhar mcm mana?depa kata susah dak dgn kena hafal quran n belajar silibus agama? terima kasih

mysa said...

wslm wallahu'alam,, nmpk cm biasa je diorg tu..normal la..bergantung pd keupayaan msg2.pndai bahagi masa antara slibus agma n medik...insyaallah hfl quran blh bntu utk hfl medik..actually uni akk pn ade hfl jgk..cumanye 1 surah je setiap thn n surah tu pula dr juz 28,29 gitu..

Anonymous said...

assalamualaikum...kak rase mase iv untk YAKIN tu nk prepare pe...n ape yng dyeorng akan tnye...??

Anonymous said...

salam akk blogger.saya nak minta pandangan akk,orang kata kalau nak ambil medic ni kena betol2 strong kimia n bio masa spm 2?betol ka.sbb saya minat nak ambil medic tapi biasa la dah setaun hbes spm byk dah menda yang lupa masa belajar dulu.kalau saya p dalam keadaan lupa macam ni macam mana ok ka dak akk? :)

mysa said...

@anony 1: wassalam, em masa interview yakin tu maybe die akan tny awak knpe nk dtg middle east, soalan2 yg lbh kpd menguji kematangan seorang pelajar yg nk masuk uni cmtu...act masa akk dlu,,masuk2 tu mmg org yg tny tu die kenal ayah akk, so dy maksudkan cm u awk da ade duit, nape nk mohon yakin lagi..cmtu arr lbh kurg...so, xsmpt rsenye ditny ape2 soalan huhu~

anony2: wassalam...okey je...janji awk da skor masa spm dlu, kiranye awk da fhm konsep yg ade dlm 2 sbjek tu...awk nk p mana? klu jordan, cth JUST diorg akan bljar balik kimia n bio pd thn 1 sem 1 klu x silap...klu mesir, terus belajar basic medic iaitu histology,anatomy, biochemistry, physiology~

Anonymous said...

kak.. overall,akak rasa belajar di malaysia atau di mesir yang lebih baik. saya dapat dua tawaran..tak tahu nak pilih yang mana?

mysa said...

anony: tahniah =)
belajar la medik kt malaysia
insyaallah senang nanti bila jd house officer
penyakit pun bljr penyakit3 yg common kt msia
dua2 ade cbrn, dua2 ade klbhn
lgpn mesir skgni bkn aman sgt pun
bt la jadual pro cons, timbg2
n jgn lupa istikharah..
okey =)

nazifa halim said...

assalamualaikum kak,,trima ksih ats prkongsian...(*_*)..insyaAllah bln 9 ni sye pon akn g mesir jgk ngan YIK,,amik medic kt alexandria..jd sye nk tnye ..kan kak ada bgtau y mesir lbihkan teori drpd praktikal..so,xada effect ke mse bkrja kat malaysia nnt..?pastu pluang pkrjaan nnt mcm mne?pastu ada stu lg soalan..hehe mse akak prgi ngan yik dlu akak dpt srt twran univrsiti 2 ble??sbbnya nk mnx duit zkt drpd maik kan kna ada srt twrn...mntak maaf klau bnyak tnya...:)

mysa said...

@nazifa
a'ah teori lg byk dr praktikal...ade la efeknye..kita kurang mahir nk handle alat2 kt hospital, sbbtu digalakkan buat attachment kt msia or hosp uni sendiri..insyaallah peluang pekerjaan tu sentiasa ade, lps grad, interview dan dipanggil utk berkhidmat sbg HO insyaallah...tak ingat la ble awk dpt surat twrn tu...mula2 dpt dr yik,,cpt je rsenye, tawaran dr kementerian tu yg lmbt sket (akn dpt 2 surat tawaran)...akk dpt duit zakat juga, tp bukan maik, akk dpt masa da smpi di mesir..maksudnya proses permohonan & penerimaan zakat tu mkn masa juga...tryla rujuk details dgn maik ttg perkara ni insyaallah...doa banyak2 k :)

Anonymous said...

owhh..oke akk..terima kaseh bnyak2..*_*

Anonymous said...

salam kak?boleh ker ambik skali medik ngan pengajian islam?kalau mcm 2 best la ..

mysa said...

:)boleh aje..kne kuatkn semangat n doa byk2 kt ALLAh

Unknown said...

Salam...akak sya ade bbrapa soalan dcni..sya ada mmhon untk mlnjutkan peljaran dlm bidang medik di mesir melalui yik... sya dpt thu yik xmentukan sma ada seseorg pljar i2 dltakkan under mou ata g2g program ttp phak kptm yg mnentukannya (sya sndri krang pasti.klau slah sya mhon maaf)...soalan sya dcni dgn result sya 7a adkh sya akan dltakan di bwah program mou atau g2g...sya lbih brmnat dgn program mou krana pljran dbwah prgram i2 100% dlm bhasa inggris n smua pljarnya pljar malysia...stu lgi...akak bljar medik di zagazig 100% dlm bhasa arab ke? Pljar yg dbwah g2g program ni rsult mreka tggi2 mcm akak ke? Sori bnyk soalan...sya still konfius...

mysa said...

Klu nak g2g, spm 8a keatas, subjek sains at least b3, skg xtau ape..b minus ke..sbb sistem lain kn..tak, akk masuk bljr skli dgn student mou sbb uni senang nk urus,so dlm english la..act byk klbhn bljr dlm kls dgn arab..nt klinikal sng nak deal dgn patient...cuma kena studynhard sikit la..sbb bhs lain kn..ade jgk dgr2 yik pn da letak student bwh mou...myb senang lg kot urusan brbndg g2g...tp pls la melalui kementrian..lg secure la... actually spm tu bukan satu2nya gol kita dlm hidup..xbermakna tinggi spm,berjaya la kehidupan kamu tu..bukan cmtu..n xbermakna rendah spm,so ur life stop..bukan cmtu...cumanya dpt result baik,senang lg urusan nak Pilih mana2 kos....ade je ktsini spm rendah,tp setiap thn kt uni,dpt mumtaz every year...klu spm tinggi pn dlu kala, masuk uni, mls study, tk ke mama jugak...so all the best... usaha n tawakal :-)

Anonymous said...

Kak, kalau mintak melalui kpt kan. Dan kte lepas kelayakan minimum. Sy mintak pergigian. Agak agak boleh dpt ke eh nak ke mesir tu?

Anonymous said...

Salam kak.. attachment yg macam mana tu. Boleh saya tau lebih lanjut.??

mysa said...

insyaallah boleh
attachment tu belajar secara klinikal kat hospital
attachment=elektif posting
maksudnya kita belajar skill yg kita belajar dlm kelas ,dan praktik kat patient
selalunya pelajar medik luar negara la buat ni sbb lack of skill,n sbb nak expose dgn patient malaysia n disease yg ade
clinical assessment: history,physical exam,diagnose,investigation n management of patient
klu clinical year kot baru best wat attachment sbb da terdedah sedikit sbyk
okey harap menjawab

Anonymous said...

slm akak...saya spm 2013..saya nk aplly medic kt mesir..mcm mnew nk apply melalui mou??dan satu lg..saya ad penyakit mata sikit..senang x nk dpt rwatan mata dan ubat mata kt university mansoura??dan dikenakan kos ke akak??

mysa said...

wasslam
sekarang ni da kurang agen hantar pelajar ke mesir..sbb mslh politik kan..pilihla negara lain yg lbh stabil cth; Jordan.. klu spm ada C, nasihat akak, boleh je teruskan niat ambil medik, tapi study habis2an la..jangan main2..pilih kawan yg study betul2
penyakit mata tu ape? banyak penyakit kat mata ni.. biasanya doktor bg nasihat n prescribe ubat.. then pesakit pergi farmasi beli ubat @ boleh je ambil ubat kat farmasi hospital uni..tapi klu akk prefer beli kat farmasi luar je sbb ramai lg egyptian yg lbh susah dan tak mampu utk beli ubat sendiri..okey

Dayang Anis said...

Assalamualaikum akk...

Sy ni student SPM 2015, huhuhu lame lagi kot, tapi sy nak buat prtimbgn awal nak ke u mane sbb nanti tkt x tau nak pilih yg u mane bile dh akhir2 sgt nak mmpertimbgkan kputusan...

Nak tnye, ape pendpt akak psl medic dkt uni al-azhar? :)

Anonymous said...

Assalamualaikum akak...
saya pelejar lepasan SPM thun 2013(aliran sains agama)...and then saya amik STAM(2014)...result SPM 7A 3B tpi ada 1C+(add math)...result STAM Alhamdulillah Mumtaz... bleh x saya mohon utk program G2G... adakah program ini Medik+Syariah... mohon penjelasan...syukran..

mysa said...

@ani
waalaikumussalam. sekarang ni mesir tak berapa aman adik..akk pun tunggu grad je..tak digalakkan la dtg sini wt masa skrg..sllu ade letupan kt cairo, baru2 ni ade kt alex... akk suggest; mcm indonesia ke, india pun okey je..try minta kt sana..

@anonymous
waalaikumussalam
adik, spm addmath klu c,, nt balik msia kne ambik exam addmath lg skli, myb lps grad medik or sblm tu...program g2g atleast b je dik..klu c xblh huhu...tak, akk ambik pengajian islam di uni lain..bkn uni yg sama akk bljr medik

Anonymous said...

Kak ... 1) kalau nak ambil farmasi dekat mesir , universiti mana yang ok? 2) Kalau farmasi di universiti zagazig ok tak? 3)kalau pergi bawah KPM selalunya diorang akan letak kita bawah MOU atau G2G? Mesir sekarang aman atau masih tak?

Anonymous said...

Kak ... 1) kalau nak ambil farmasi dekat mesir , universiti mana yang ok? 2) Kalau farmasi di universiti zagazig ok tak? 3)kalau pergi bawah KPM selalunya diorang akan letak kita bawah MOU atau G2G? 4) Mesir sekarang aman atau masih tak?

mysa said...

ye.. universiti zgzg okey je.. x sure uni lain cmne..sbb skg da tak ikut perkembangan sgt..sllunye skg KPM letak bawah MOU sbb lebih senang urusan..akk dlu dapat melalui yayasan islam kelantan dan mereka hantar document utk kelulusan kpd kpm. YIK sllunye pilih G2G.. tapi skg pun ade je student yik pergi dgn MOU..
honestly Mesir skg tak stabil
sbb ade serangan dari ISIS lagi, pastu rakyat sendiri tak puas hati...byk demostrasi esp bandar2 besar spt cairo n alex..
akk galakkan adik pilih negara yg lebih stabil utk sambung pelajaran spt India
all the best :)

AISYAH said...

Assalamualaikum akak. Saya lepasn spm 2015 dan ada mohon di bawah kpt untuk ke mesir bidang perubatan . Dalam borang tu ada tanya pasal penajaan. Saya cuba bukak yayasan negeri, zakat punya web dan pihak mereka minta surat tawaran dari universiti dulu. Jadi apa patut saya tulis pada ruang penajaan dlm borang kpt tu ye kak?

Unknown said...

Assalamualaikum kak..sye nk tnyer..ape beza prgi dgn mdicmesir dn yik...sye mohon dgn mdicmsir skrg..tpi nk thu klbihan klu bwh yik??

Unknown said...

Assalamualaikum kak..sye nk tnyer..ape beza prgi dgn mdicmesir dn yik...sye mohon dgn mdicmsir skrg..tpi nk thu klbihan klu bwh yik??

Yusni said...

assalamualaikum, kak..
saya ex-spm 2015 n dah dapat pun tawaran ke university mansoura bidang farmasi under kpt. dalam blog akak, akak ada kata kos ke sana x sampai pun 6-7k, so, saya nak tanya kalau untuk sesi 2016 pun kos masa sama ke atau tinggi lagi? kalau nak terjemah spm result dgn sijil lahir boleh buat dekat mana? kena bayar tak? n satu lg. mmg klau pergi dgn kpt, diorang urus semua trmsuk penginapan n sebagainya ke?

Anonymous said...

salam kak, saya lepasan spm 2015 dan saya dah dapat tawaran ke mesir dalam bidan medik under yik

tapi dalam pilhan universiti tu, 1st choice saya pilih azhar untuk medik.
Azhar ada ke medik dan ok ker? or nanti dia bagi Universiti kat mesir tu atas kekosongan yang ada ker?

mysa said...

AISYAH: salam awak ke yg email akk haritu? tulis je belum mendapat tajaan atau tinggalkan kosong

SHAMSUL:medicmesir tu syarikat yang bawa pelajar2 yg memohon utk ke mesir..YIK ni yayasan negeri..bekerja utk rakyat..medicmesir tu syarikat..mmg bisnes/niaga bawa pelajar ke sana

YUSNI: wassalam tahniah dik
kos skg tak pasti la sbb ringgit jatuh kan..junaiyh mesir pun jatuh..so xtau rate dia skg..blh terjemah dkt embassy malaysia..buat ramai2 dgn kawan2..biasanye pergi ramai2 la..tak payah bayar..kpt tak urus dik..diorg bukan agen macam medic mesir..dan ade jgk agen yg hantar dan tak urus pun..last2 persatuan pelajar yg urus..biasanya klu kpt, persatuan pelajar yg uruskan..kita ade unit sambutan pelajar/minggu orientasi yg persatuan pelajar buat..PERUBATAN..PERUBATAN.ORG..boleh search kat google :) persatuan PERUBATAN ni utk semua kos sains kesihatan yg ade kt mesir

anonymous haah azhar pun ok sgt..awak akan belajar double..agama n medik..n ade hafaz2
surah skli..ye..kadang2 terlalu penuh uni lain,, diorg letak je kat uni yg kosong..bukan yik yg letak,,kpt..sbb yik diorang akan hantar application ke kpt..klu awak nak tukar boleh je..tapi kne bayar..zaman akak dlu kena bayar rm250 utk tukar uni..tapi akk xnak tukar sbb takut tertukar fail,hilang fail, n everything possible la sbb mesir diorg x guna sistem komputer..semua paper huhu..bergantung la..tukar uni kat dewan malaysia kaherah (DMAK) or orang selalu panggil ARMA

Anonymous said...

Kak kos farmasi di universiti zagazig campur dengan bangsa arab tak?

mysa said...

ye campur

Anonymous said...

kalau pilih farmasi bawah mou pon masih campur dgn bngsa arab juga ke kak? kalau medik mou campur dgn arab tak?

mysa said...

kat zagazig uni, campur
sbnrnye bagus je campur..nanti fasih bahasa arab
cuma awal2 je blur2 sket..
kat zagazig uni xde kls farmasi asing.campur.
medik mou tak campur dgn arab
klu adik nak akk reply cpt, email ok? sarraalbakri@gmail.com..sbb kdg2 xbuka pun blog ni

arifzawawi said...

akakn.sya dapat 8A1C..layak tak saya mohon under yik..c english

mysa said...

hai dik
u need to ask to latest requirement

Anonymous said...

Hi nak tanya, kalau zaman 2013 yang ada revolusi kt mesir dulu kan, mcm mana cara nak tukar dari uni mesir ke uni di malaysia ye? Tahu tk kalau ada kawan2 ke yg tukar dr mesir ke uni di malaysia?

click to donate=)