Friday 17 September 2010

Khasiat Kayu Manis ( cinnamon )

assalamualaikum semua

apakah itu sinam uyak?

sinam uyak ialah = kayu manis :)

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang kayu manis. kayu manis adalah sejenis kayu yang agak manis. ok. :) hee, saya tipu. 

Kayu manis sering dijadikan perasa roti di Amerika Syarikat. ( nak kata sedap, bolehlah..tapi rempah la kan, ade juga kedai roti kat Malaysia yang letak kulit kayu manis atas roti ).

Apakah manfaat kulit kayu manis ini sebenarnya?

Antara manfaat pengambilan kulit kayu manis ialah :

-menurunkan kolesterol LDL dan mengawal paras gula
-mengurangkan pembiakan sel kanser
-mencegah pembekuan platlet darah yang tidak diperlukan
-anti-inflammation- makanan bergoreng, berlemak boleh menyebabkan keradangan terhadap tisu dan organ dalaman. Keradangan telah dikaitkan dengan penyakit jantung
-bahan pengawet semula jadi- melambatkan makanan basi
-mencerdaskan otak ( dgn menghidu kulit kayu manis akan meningkatkan fungsi kognitif dan memori
-sumber mineral dan serat ( sumber mangan, zat besi, serat dan kalsium )
-anti-kulat, anti-parasit dan anti-bakteria( berkesat melawan jangkitan yis vagina, jangkitan yis mulut, ulser perut dan kutu rambut
-memperbaiki proses penghadaman
-melegakan sesak nafas
-membaiki tisu
-melegakan sakit otot dan sendi
-melegakan kesakitan semasa haid ( masukkan dalam makanan )
-meningkatkan pengedaran darah
-mencegah jangkitan saluran kencing
-mencegah masalah mulut

*jangan ambil terlalu banyak. Kulit kayu manis ada kesan sampingan seperti, cirit-birit, mengantuk, kejang, ulser mulut, gusi merah dan berdarah

Majalah Anis Ogos 2010


trivia~ 
saya ;ayah, kenapa buah strawberi je orang letak kat atas kek, kenapa tak letak manggis ke, durian ke, kan hebat tu guna buah-buahan tempatan
ayah : FAMA tidur
saya : em??

saya : abang, lepas najis masuk septic tank, najis akan dialirkan ke mana?
abang : entah, abang tak ingat

abang pun baca kuat-kuat pasal septic tank. Tetapi diselit dengan bualan, adik-adik menyampuk..abang dan saya baca sama-sama. Oo, najis akan dialirkan ke filter bed yang rendah sedikit dari septic tank.

abang : baguslah k.ngah tanya. Boleh abang baca juga. Hehe
saya : abang patut amalkan kenapa, bagaimana, apa, bila bagi sesuatu topik. Masa tu, kita akan tahu, kefahaman kita mantap atau tidak terhadap sesuatu topik itu
abang : em, ye lah. ( sambil tersenyum )

No comments:

click to donate=)