Sunday 28 April 2013

Enam Kelebihan Mandi Sebelum Subuh





Assalamualaikum..
Jom ketahui 6 kelebihan mandi sebelum subuh.. :)

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang water heater untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami tekanan/depression, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. 

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi menggunakan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Insyaallah, badan anda tidak akan mudah dijangkiti penyakit.



klu bilik air cmni, agk2 senang tak nak bangun sblm subuh??

Wednesday 24 April 2013

Minggu yang Ceria!

@Lebnani Snacks Restaurant





 assalamualaikum semua
minggu lepas adalah minggu yang sangat ceria & sangat2 bermakna buat saya hehe

yang pertamanya saya dan hubby keluar makan kat Lebnani Snack
kat atas ni adalah fruit salad with ice-creams (choc-strawberry-etc flavorss sangat sedap!!)
kat sini jugak saya makan zenger sandwich , hubby makan sausage sandwich
apa yang bermakna sangat ni kan, makanan biase je pun meheheii
bermakna sbbnye kitorang da tak keluar makan da sebulan lebih da kot..
makan kat rumah + makan kat rumah teyta je (panggilan nenek sebelah hubby), dgn tidak makan diluar kita save money la utk keperluan mendatang ye. Jordan ni lbh kurg europe. fruit sld icecream ni JD 3.55 (-_-)' garu kepala(*_*)

keduanya adalah : Donuts Factory =)
ini adalah pertama kali aku makan makanan dari DF .jakun ko? hehe
kat Cairo maybe ade, kat Zagazig takde. Zagazig hanyalah small town. supermarket pun ade dua je (sbb tu duk zgzg save money hihi=))




apple pie, sugar donut, blueberry donut & blueberry cheesecake

semua spesis2 donat di atas sedap n memuaskan hati para pembeli
cheesecake kureng sket myb terlebih sour cream ke ape hoho tp bagi hubby sedap hingga menjilat jari dah 

ketiga: taara =)
mom-to-be =)
check ari sabtu lepas
alhamdulillah
embryo da nak masuk dua bulan. aku tengok ultrasound rasa cam cute giler anak aku ngeyngeyyy, sebesar raspberry je masa ni. klu masuk 9th week tu baru kita panggil fetus

keempatnya pertama kali aku bersua muka dengan ibu mertua ku hehe
sebelum kahwin aku skype je
selepas kahwin masa jumpa tu eei cantiknya mama dieee
mama sampai dari US petang, Sabtu
tapi sebab aku pregnant, aku rasa penat+headache+nausea semua cam nak pitam so aku banyak diam je masa kat airport. Semua ahli keluarga datang sambut bestnye...ku kini merindui ibuku huhu

banyak hadiah mama bagi. antaranya:
mama bagi hubby guess for men, aku lak euphoria from CK
2 pasang pijama, handbag Franco Sarto, socks, Clinique stuff & Maybelline Liquid Mousse, chocs (hershey,kit kat etc.....)

hari kedua mama kat Jordan, petang tu mama ajak aku masuk dalam bilik. dalam bilik tu ada kak ipar & teyta. diorang ni nak wat pe ni? oh mama nak buat facial treatment hihi. lepas teyta & kak ipar, tibalah giliran aku. aku cakap kulit aku cepat kering blablabla. mama sabar je mendengar omongan menantunya ni hihi.lepas tu, mama put cherry lipbalm (mmg kering bibir aku ni, sampaikan bila aku gi klinik gigi doktor gigi sapukan vaseline hihi), lepas tu bubuh tu bubuh ni, yes die make up muka aku
dia rasa sesuai aku pakai clinique, dia bagi clinique n all those make up things dlm photo. baru lagi.baiknye mama... terharu T_T~ 






Kat Jordan Post, ambil kiriman dari family =)


Sabah t-shirt for us! =)
 thanks for my family for these adorable t-shirts
yang merah jambu tu siap ade map gunung kinabalu lagi
ada 1 stop kat gunung tu dipanggil Ugly Sister Peak, at mile 4 half 
kenapa orang zaman2 dulu suka letak nama yg pelik2 dan sungguh tidak positif eh?? banyak jugak nama-nama tempat yang lebih teruk namanya selain dari ini...contohnye.... kedai lalat kat kelantan hihi tapi rasanya da di ubah sekang, ade lagi Pantai Cinta Berahi jadi Pantai Cahaya Bulan...ni la yg aku ingat..ape nama tempat yg huduuh kat tempat korang? ade?  




trivia dari blog Ustaz Saiful Islam 
Ceramah motivasi makin kembali terasa seperti berniaga air liur basi. Ia seperti memanipulasi kelemahan masyarakat yang menagih benda lemah, tanpa berusaha mengukuhkan mereka dalam erti kata yang sebenar.
Apa sahaja pilihan, kita adalah umat dakwah sebelum segala-galanya.
Motivasi adalah pilihan. Dakwah adalah kewajipan

*hari ni befday yaya yg ke-14
aku send msg kat die cabar buat pan cake yg fluffy n gebu hoho
biasalah every year kita kena ada peningkatan diri ye tak? =))

Thursday 11 April 2013

Resepi Fusilli Cendawan (Mushroom Pasta)



Assalamualaikum semua
Sihat tak hari ni? ape takde mood?? oh try makan favorite food or chocolate. insyaallah u can regain ur mood back yeeha~~



ni kubu salahuddin al-ayyubi kat alex,egypt. besar ni. main hide n seek 25malam tak jumpa2



okey harini kita nak kongsi resepi. Pasta Cendawan. Fusilli tu nama pasta yang bentuknya spiral.

resepi ni ringkas je pun. dalam 20-30 minit iA siap. 

> separuh tin cendawan (keluar dari tin, basuh dulu, potong sedan)
> blackpepper
> 5-7 ulas bawang putih (di lenyek2, crushed)
> minyak zaitun
> 7 sudu besar mentega (unsalted butter)
> brokolli potong sedan2, buang sket tangkai yang keras tu
> sayur hijau daun hijau. taktahu nama ape camne eh dy macam salad tapi terang kaler hijaunye berbanding salad.ada di tanah arab. malaysia taksureade ke tak. rasanya nama dy khuf. nk ltk sawi pun boleh
> 2 cawan susu kotak, high fat milk ke ok jugak (i use skimmed milk here)
> tepung 9-10 sudu besar 
> fusilli 400gram
> garam
> 2 sb cream cheese (optional)
> air 2 cawan


panaskan minyak. masukkan 3 sb butter. da larut masuk bwg putih. masuk sayur2an.
nampak sayur-sayuran kita (cendawan, brokoli, khuf/sawi) da lembut tu, masuk la susu & remaining butter.& tepung & air dalam 2 cawan & cream cheese
kacau-kacau-kacau sambil zikir klu boleh (zikir ni penerang hati, pelembut hati insyaallah suami, kita senang terima ilmu & nasihat giteww hehe 

pastu masuk garam & blackpepper
then bila rasa cam kuah pasta kita da pekat, bukan cair (act bergantung pada korangnye suka, klu pekat rasa berkrim gitew

pastu palagi semua bahan2 da masuk,,then terjunkan pasta ke dalam sos, gaul-gaul dalam 5 minit tutup api. makan aauum.. baco bismillah jangey lupo

*makan sementara masih panas. sbb kita letak butter,so kalau sejuk da tak rasa creamy dah..

okey selamat mencubaaa =))


snap pic melalui jaring. ni la beranda rumahku

mushroom pasta- ready to serve- ^_^




Sunday 7 April 2013

Goyang Kaki vs.Sibuk

Assalamualaikum semua

sebenarnya kadang-kadang kita rasa kita sibuk
dek kerana terlampau sibuk, ada masa pulak goyang kaki buat benda2 tak berfaedah
kenapa begitu?
sebab stress maybe~

ye, kita tak boleh nak press diri kita sangat
I should do this, should do that.... tanpa kita sedari kita stress, badan kita stress otak stress

ye dop?

anak daddy


Semalam, tengahari
hubby goyang kaki je main2 dengan Lassy sebab Sabtu, holiday
aku kat sebelah dia buat homework+assignment
also prepare for quiz
aku tak sedap tengok orang goyang kaki ni, so
I: h****y, u should do something
He: What should i do?
I: yes, dont be like this. Turn on TV watch al-jazeera or do something
He: H****y, it is okey. I do something now.
I: What u do? play with Lassy?
He: No, i'm relax
I: err, relax is considered a 'thing', a hobby??
He: yes h****y. also now i'm thinking while relaxing. Who tell u u must do something in every sec? eh? ur dad?
I: no, i'm just feel u waste ur time
I pun search man hobbies on internet.
do u like fishing? yes u like but i dont like,
i like blogging but u dont...
hunting? diving? car fans? knitting? ehh..
and last got few same hobbies which included this >> camping =)) (baru tahu dia suka camping) =))

#indahnya bila kita tak couple sebelum kahwin. Kita bercinta lepas kahwin. Kita kenal lepas kahwin. Kita bersweet2 lepas kahwin. Kita makan suap2 lepas kahwin. Masak sama-sama. Bersih rumah sama-sama. Baca buku sama-sama... ye tak? heeii =)
#saya start slow2 nak paham. ye. orang laki kadang2 pun susah nak faham.~~
#Organize in a good way, u'll be success in your life insyaallah
#all my friends da nak exam,, all the best .. junior pun all the best k? Jangan stress2
Ngaji quran banyak2...join usrah so u get urself socialise wt ppls. jangan berkurung di bilik shj!!
 okeyy love ^_^


video ni hadiah buat readers hehe


click to donate=)