Sunday 28 November 2010

Klinik 3 ( Belajar & Bekerja ) + First Aid Course ( CPR ) ( FIESTA PCZ 2010 )

semalam alhamdulillah, niat yg dah lama dah tersimpan di hati akhirnya terlunas juga. Unit Kebajikan PCZ sempena FIESTA PCZ telah menganjurkan program selama 2 jam lebih iaitu First Aid Course di dewan kat hospital Zagazig. Saya da belajar buat CPR. da lama da nak belajar benda ni. Saya percaya ramai dah orang kat luar sana belajar tertamanya yang kat Malaysia la an. Saya tahun 3 baru nak belajar.huhu..tp xpe..anyway, it is interesting to know wt we don't know. :)

dulu, saya pernah buat attachment kat klinik swasta. Dr Rohaya ajar saya bagaimana nak buat palpation to check any inflammation in any organ in abdomen ..pesakit tu polis dan pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan spleen dan juga pancreas ( klu tak silap saya la ). Saya nampak ada kesan-kesan luka di bahagian perut ( untuk bekalkan insulin kpd encik polis ni ). muka dia agak nampak garang la. tapi saya cool je sebab dia macam baik je.dia berbual2 la sebelum tu dgn Dr Rohaya. Dr Rohaya pun cakap kat saya,'em,cuba buat palpations macam saya buat tadi. Encik, dia ni student', sambil tersenyum. saya pun tanpa melengahkan masa, terus take part. hehe. masa saya tekan-tekan dan cari any abnormal organ kat dia punya abdomen tu, tiba-tiba dia jerkah saya. wooo!!

pastu dia tergelak. saya macam biasa la. cool je..hoho..sebab saya kalau fokus kat 1 benda, saya tak ingat sangat dah kat dunia sekeliling. ngeh2.. dia jerkah saya tu saje die je...nak memeranjatkan saya kononnya..haha..tapi saya cool je kan..tak jadi la dia nak usik saya lagi lepas2 tu..huhu. Dr Rohaya pun cakap, 'eh, die nak belajarla, nak main2 pulak,' hehe...

sebenarnya setiap pesakit itu mengajar seseorang doktor tu untuk menjadi lebih baik

trivia¬ agak cuak bila assist doktor bagi rawatan kat pesakit lelaki dewasa. kanak-kanak dan bayi lelaki tak pe. huhu

agak semput juga buat CPR. Senior yang ajar tu dari Medical Science Club of Zagazig University. Compress more deeper. 4-5 cm. saya takut juga.takut mematahkan ribs patung itu. huhu. alasan..padahal semput. ye la. chest compression kena buat 30 kali, semalam buat baru 20 kali, da semput da.huhu...

bolehkah kita menyertai mana-mana sahaja persatuan? kaji dan selidik dulu pembawakan, objektif dan misi sesebuah persatuan itu dulu. barulah sertai. bolehke banyak-banyak persatuan diwujudkan? kebanyakkan ulama' mngatakan haram. kenapa? sebab ia membawa kepada perpecahan. kalau misalnya persatuan itu khusus, seperti persatuan wanita, persatuan orang kurang upaya, tak pe. tapi ini persatuan yang sudah ada di Mesir secara rasminya yang membawa fikrah Islam hanyalah PMRAM dan bagi pelajar sains kesihatan ialah PERUBATAN. kalau PMRAM tu memang da lama da kat Mesir, sangat mantap dalam memperjuangkan kebajikan anak-anak Melayu di Mesir, jadi, kenapa cari yang lain lagi? berpeganglah dengan syari'at yang sebenar-benarnya. Bukankah kita dianugerahkan akal untuk berfikir. Berfikirlah dengan berpandukan agama, agar tidak menyerong dan tidak tersasar ke mana-mana.
p/s: persatuan yg dimaksudkan di sini bukan macam persatuan2 di sekolah :)

Thursday 25 November 2010

Sedikit coretan- Kempen Biah Solehah PCZ 2010

alhamdulillah, bertemu lagi kita hari ini sahabat-sahabat. Seperti biasa, ini bukanlah kata-kata formal memandangkan saya pun lebih suka menggunakan kata-kata yang tidak berbunga dan tidak berjela-jela, asalkan maksud itu difahami.

saya menulis bukan kerana populariti. saya takut untuk menjadi seorang yang popular. Dalam hal ini, saya mesti juga meluahkan apa yang saya rasa sekarang ini.
alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kempen Biah Solehah yang saya kemudikan disamping Ketua Unit Pembangunan Insan dan Timb. Ketua, serta pengarah KBS telah berjalan hampir sebulan. tinggal 5 hari saja lagi ( p/s: kempen ini secara formalnya, tiada majlis penutupan , so, terus amalkan item2 dalam biah solehah ye :)



Antara objektif Kempen Biah Solehah ialah :
-mewujudkan biah solehah dalam kalangan PERUBATAN
-mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar PERUBATAN
-membina kesatuan dalam kalangan pelajar PERUBATAN
-memastikan pelajar PERUBATAN mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar dalam kalangan mereka
-melahirkan doktor mukmin yang berkualiti dari segi akhlak dan peribadinya dalam kalangan pelajar PERUBATAN.


Antara Item-item kempen Biah Solehah pada tahun ini ialah:

-Kempen Jauhi Ikhtilat Tidak Syari'ie
-Kempen Solat Jemaah
-Kempen Puasa Sunat
-Jom ke smart Circle
-Cintai Allah dan Rasul
-Kemantapan Ukhuwah
-Jom Berpakaian Mengikut Syari'at Islam


artikel sudah diedarkan ke rumah-rumah,flyer,ym dan facebook juga sudah. solat jemaah bersama-sama, smart circle gabungan, penerangan di setiap rumah, kempen dan terus kempen..kesannya harapnya sentiasa ada peningkatan dari sehari ke sehari..

Sambutan yang diterima agak menggalakkan. Cumanya bagi saya sendiri, mungkin saya boleh bagi B-. huhu. Terutamanya dalam masalah ikhtilat tidak syari'ie dan juga pemakaian. Mengenai ikhtilat tidak syari'ie tu, saya rasa mungkin adik-adik baru masih lagi tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan walaupun sudah banyak penerangan demi penerangan. emm,tak sampai hidayat lagi agaknya. Sebab itu, saya mengajak sahabat-sahabat untuk hadir ke forum Simbiosis Cinta pada 26 Nov ini. kalau ada kerja yang membabitkan lelaki dan perempuan, pakat2 jagalah batas2nya. saya terima berita yang tidak berapa enak didengar iaitu pendebat-pendebat sempena FIESTA menggunakan peluang ini untuk berikhtilat tidak syari'ie. Kadang-kadang terkeluar dari topik perbincangan. pesan saya, jaga2lah batas2. Kenapa? senang je. kita kan muslim. hamba Allah. try tengok dalam al-Quran, kan ade sebut pasal ikhtilat2 ni. harap semua pihak ambil cakna tentang perkara ini.

yang kedua, penggalakan untuk memakai baju kurung dan jubah sahaja untuk Nov ini. kalau saya survey, tahun 2 dan 3, alhamdulillah, adalah peningkatan. 23% ..huhu

ok, jom terus bersama UPI, jom kempen, amar makruf nahi mungkar ( suruh benda baik, larang benda maksiat dan kemungkaran ). Elakkan diri dari gugup dalam menjawab amanah anda di padang mahsyar kelak. padahal anda adalah orang yang mengetahui...

assalamualaikum :)


timb pengarah KBS 2010

ini adalah pandangan saya sendiri. tiada kaitan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. bukan suara PCZ. bukan suara orang lain. tetapi terbit dari diri hamba yang lemah ini..

trivia¬ kempen biah solehah. if u feel this campaign is nothing, means u don't have any intention to get involve n support what we want to deliver to the community-this is wt i mean. not the others- timb. pengarah kempen biah solehah pcz 2010-

p/s-hasbi rabbi jallallah--fried pasta tonight :)--Kempen Biah Solehah--Fatayat Games-jom singgah di KBS Booth (ada tayangan, pop one dan pop up games. jom :))& jangan lupa tau, Forum Simbiosis Cinta di Dewan Darul Wehdah, 5.30 petang, pandangan dari dua panel yang tidak asing lagi di Mesir. jumpa di sana :)

group MITOCHONDRIA - Generate power oF ukhuwah, insyaallah~

Tuesday 23 November 2010

ZzZzZz

when people around u don't give their respond,
don't look sad
it's happening rarely..
when the time walks slowly
don't only look your back
but search for the value


trivia¬ alhamdulillah, da habis shahadah, kita berFIESTA pula :)

SONG FROM SAMI YUSUF FOR THE FLOOD VICTIMS OF PAKISTAN!

Don’t despair, don’t lose hope

Hold onto the rope,

Don’t let go, don’t let go

I hear your call

Though you feel so cold

Abandoned and alone

But don’t let go, don’t let go

I hear your call

VIDEO

Monday 15 November 2010

eLegs Exoskeleton + Filem Melayu

For paraplegic patients, being able to stand — not to mention take a few steps — under their own power is a cruelly unattainable goal. Or at least it has been. But the makers of eLegs, an innovative exoskeleton, are hoping to change that, one step at a time. The robotic prosthetic legs use artificial intelligence to "read" the wearer's arm gestures via a set of crutches, simulating a natural human gait. It's the first such device to do so without a tether, and it was inspired by military exoskeletons that soldiers strap on to lift heavy packs. The device requires some getting used to, so it will initially be available only at rehabilitation centers for use with a trained physical therapist, but it may hit the home market by 2013.

trivia~Angela Merkel, Chancellor of Germany telah dinobatkan sebagai politikus wanita paling berpengaruh di dunia ( 2010 )

eLegs Exoskeleton ni agak menarik..kepada bakal2 doktor, jom kita pula yang reka sesuatu..tak best ar, asyik non-muslim je yang reka2 ni..huhu :(

-----------------------------------------------------------------------------------
sungguh memalukan filem yang bertemakan kehidupan seorang “GAY” bakal ditayangkan di pawagam tanah air kita tidak lama lagi, sudahlah filem “COMOLOT” pada tahun 2008 telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan masyarakat kita di Malaysia, namum susulan daripada filem tersebut, timbul lagi filem yang berunsurkan seorang “GAY” yang berjudul “ANU DALAM BOTOL”. Melihat kepada tajuk filem ini, sudah menimbulkan 1001 persoalan kepada kita, apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan? Timbul persoalan disini, adakah masyarakat kita sekarang sudah tidak merasa jijik lagi dengan perbuatan yang kotor ini? sudah banyak budaya liar ini telah menular dalam Negara kita. Disamping itu juga, tindakan kerajaan yang membenarkan artis luar yang membawa imej “GAY” seperti Adam Lambert seolah-olah tidak ada pengawasan yang ketat lagi dari pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan akhlak dan moral anak-anak muda terjaga dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.

Berkenaan pembikinan filem ini merupakan salah satu wasilah untuk mempengaruhi anak-anak muda kita dengan budaya yang tidak sihat dan bercanggah dengan fitrah manusia. Menurut sumber yang dipercayai, filem ini dibintangi oleh Arja Lee, Daina Danielle,Wan Raja, Norma Damanhuri, Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Rosnah Rahman dan Pekin Ibrahim. Manakala penerbit dan penulis skrip filem ini adalah Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini pernah di labelkan sebagai seorang produser yang menimbulkan pelbagai kontroversi dalam dunia seni di tanah air kita. Walaupun penerbit filem ini bertujuan untuk berkongsi satu cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar sebuah cinta yang mustahil, tidak semestinya perlu ditayang dan dilakonkan semula kisah sebenar tersebut sebagai tontonan umum. Banyak lagi wasilah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat, bukannya dengan kita mempamerkan semula perbuatan yang terkutuk itu kepada sidang penonton. Sebaliknya mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mencegah perkara tersebut melalui tindakan pihak berkuasa bagi menghalang perbuatan yang tidak syari'e ini. Kes ini juga perlu dikategorikan sebagai jenayah dan memerlukan kepada tindakan yang sewajarnya untuk membendong budaya homoseksual ini dari terus menular dalam masyarakat kita. Jika kita melihat pembikinan filem ini seolah-olah meperkenalkan dan menghangatkan lagi budaya tersebut dalam masyarakat kita.

Menurut pandangan dari segi hukum pula, jelas kepada kita bahawa perbuatan hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki ( liwat ) adalah perbuatan yang terkutuk dan diharamkan sekeras-kerasnya oleh agama kita. Pengharaman ini jelas bedasarkan dalil Al-Quran dan Hadis seperti berikut :

Dalil Al-Quran


Maksudnya : “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?, Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Dalil Hadis
i) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari;
kata Nabi saw, "Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang
lelaki yang lain dalam keadaan kedua-duanya rela merelakan, maka
kedua-dua lelaki itu adalah berzina." ( Syarah al-Muhazzab : 18/263 )
(Ini menunjukkan bahawa kesalahan bagi seseorang yang melakukan liwat dengan orang yang berzina adalah sama hukumnya).

ii) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra; Nabi
saw bersabda, "Sesiapa telah mendapatinya melakukan perbuatan kaum Nabi
Lut (meliwat), maka rejamlah yang di atas dan yang di bawah." (Riwayat Abu
Daud, Tirmizi dan Ibn Majah ) (Yang dimaksudkan oleh Nabi saw "orang yang diatas"ialah orang yang meliwat. Dan "orang yang dibawah" ialah orang yang diliwat).

Daripada dalil ini, jelas kepada kita bahawa pengharaman perbuatan tersebut. Justeru adakah wajar bagi filem yang menayangkan kisah berkisar liwat ini diluluskan oleh kerajaan untuk tayangan umum? Penayangan filem ini juga boleh menyebabkan dikalangan remaja kita akan terpengaruh dengan adegan-adegan ditayangkan dalam filem tersebut. Kita tidak menginginkan budaya ini terus menular dikalangan masyarakat kita sehingga menjadi suatu perkara yang biasa dan tidak ada langsung sensitiviti oleh semua pihak yang bertanggungjawab terhadap isu ini. Ingatlah sidang pembaca sekalian, suatu perkara yang perlu dibimbangi bersama adalah melalui kisah kaum Nabi Luth yang dibinasakan oleh Allah S.W.T dengan tingkah laku yang sama, bala’ yang pernah ditimpakan oleh ummat yang terdahulu tidak mustahil akan berlaku di Negara kita jika tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk membendong budaya ini dari terus berlaku, na’uzubillah min zalik.

Pihak MANHAL PMRAM juga rasa terpanggil untuk menjawab dan mengetengahkan isu ini kepada masyarakat umum, setelah mengetahui dari salah satu sebuah akhbar di Malaysia yang melaporkan bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di tanah air selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran. Jadi menjadi kewajiban kepada kita seluruh ummat Islam untuk bangkit dan membantah sekeras-kerasnya agar filem ini tidak diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa untuk ditayangkan. Bantahan ini patut mendapat sambutan oleh semua pihak, kerana kita yakin bahawa dengan tayangan filem ini boleh membawa unsur-unsur songsang yang mampu mempengaruhi masyarakat umum di Malaysia khususnya kepada golongan remaja kita. Bersama artikel ini kami lampirkan beberapa cadangan kepada pihak Lembaga Penapisan Filem Negara seperti berikut :
1) Memastikan filem-filem yang ditayangkan di Negara kita tidak mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum hakam Islam.
2) Filem tersebut tidak mempunyai adegan-adegan lucah yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.
3) Pihak lembaga Penapisan Filem Negara sendiri perlu mewujudkan khidmat nasihat agama, untuk memastikan segala filem yang ditayangkan mempunyai nilai-nilai agama yang sebenar.

Isu yang berlaku ini perlu diambil tindakan segera . Ini adalah kerana nilai murni akhlak-akhlak remaja kita mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan untuk merosakkan pemikiran masyarakat kita di Malaysia. Tanpa kawalan segera, keadaan ini mungkin berjaya dimanipulasi oleh beberapa pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru-hara dalam negara kita dengan memperkenalkan budaya-budaya barat yang bercanggah dengan kehendak dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama Islam .

Kerajaan sebagai pihak yang paling bertanggungjawab untuk memelihara dan membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan kaum, janganlah menganggap remeh tentang apa yang sedang berlaku dalam Negara kita, dan isu ini memerlukan kepada tindakan yang bersifat segera bagi memastikan masyarakat kita tidak terdedah dengan budaya homoseksual yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Disediakan oleh :

Mohamad Hanif B Haron
Pengerusi MANHAL PMRAM



http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/11/filem-anu-dalam-botol-budaya.html

trivia~ aku rase macam da lama da cter ni..huhu..dahsyat la.kalau aku, tak sanggup buat tajuk cter gitu.jijik. tak berlapik langsung..yang mana satu raja azmi? ala..yg buat cter__.huhu..padahalnye aku rase banyak lagi nilai2 lain yg boleh dipamerkan. malu dgn negara2 jiran, negara2 Islam yg lain sbb Malaysia ada filem yang bertajuk begini. Isi kandungan pun entah ape2..huhu..

Thursday 4 November 2010

Kempen Biah Solehah~ KAmi memerlukan anda untuk memeriahkannya- jom amalkan biah solehah!!

Kempen Biah Solehah

Jom amalkan biah solehah....semoga kita termasuk dalam golongan2 yang terpilih..amiin :)




Assalamualaikum, sepanjang bulan November ini, Unit Pembangunan Insan, PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2010/2011 menganjurkan Kempen Biah Solehah 2010. Bulan November pada tahun ini dinobatkan sebagai bulan Biah Solehah.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti "Permata yang dicari", Forum 'simbiosis CINTA", Kuiz Penghayatan Islam, Bait Mithali, Tokoh "Tauladan Terbaik" dan banyak lagi program yang menanti untuk pengisian kepada ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig sepanjang bulan November ini.

nantikan iklan-iklan seterusnya...


Apakah yang dimaksudkan dengan biah solehah?
Nyatakan contoh2 yang dilakukan oleh Rasulullah dalam mewujudkan biah solehah semasa berada di kota Mekah
sebagai seorang mahasiswa Islam apakah contoh biah solehah yang boleh diamalkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama

http://4.bp.blogspot.com/_AkThyXTzeQM/TNKXOOUXzUI/AAAAAAAAAIU/SGWDIO3uQjc/s1600/Kuiz+Kempen+Biah+Solehah.jpg


Terma dan Syarat penyertaan:
1. Peserta hendaklah ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig.
2. Terdapat 4 siri soalan yang akan dipamerkan pada Blog UPI Zagazig dan masing-masing akan di"upload" pada setiap minggu(Selasa) bagi setiap siri.
3. Jawapan yang telah dijawab hendaklah dikumpul sehingga siri ke IV dan hendaklah dihantar kepada email UPI Zagazig di alamat ( upizagazig@gmail.com ) selewat-lewatnya 26 November 2010.Setiap penghantaran akan dibalas untuk tujuan pengesahan penghantaran.
4. Pemenang akan dikira berdasarkan ketepatan menjawab soalan, dua ikhwah dan dua akhawat yang berjaya mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang.
5. Keputusan para hakim adalah muktamad.




aa, lupa nak tulis...antara program menarik menanti anda..hehe :

Permata yang dicari
simbiosis cinta
Zikir minggu ini
Bait Mithali
Kuiz Penghayatan Islam
Anugerah Teladan Terbaik


Kuiz tu yang 3 tadi tu la.. jawab jangan tak jawab..
kami mengucapkan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat, yang menolong, yang ambil bahagian dan etc.....em sambung sendiri la..huhu

ok, assalamualaikum...

click to donate=)