Thursday, 4 November 2010

Kempen Biah Solehah~ KAmi memerlukan anda untuk memeriahkannya- jom amalkan biah solehah!!

Kempen Biah Solehah

Jom amalkan biah solehah....semoga kita termasuk dalam golongan2 yang terpilih..amiin :)




Assalamualaikum, sepanjang bulan November ini, Unit Pembangunan Insan, PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2010/2011 menganjurkan Kempen Biah Solehah 2010. Bulan November pada tahun ini dinobatkan sebagai bulan Biah Solehah.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti "Permata yang dicari", Forum 'simbiosis CINTA", Kuiz Penghayatan Islam, Bait Mithali, Tokoh "Tauladan Terbaik" dan banyak lagi program yang menanti untuk pengisian kepada ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig sepanjang bulan November ini.

nantikan iklan-iklan seterusnya...


Apakah yang dimaksudkan dengan biah solehah?
Nyatakan contoh2 yang dilakukan oleh Rasulullah dalam mewujudkan biah solehah semasa berada di kota Mekah
sebagai seorang mahasiswa Islam apakah contoh biah solehah yang boleh diamalkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama

http://4.bp.blogspot.com/_AkThyXTzeQM/TNKXOOUXzUI/AAAAAAAAAIU/SGWDIO3uQjc/s1600/Kuiz+Kempen+Biah+Solehah.jpg


Terma dan Syarat penyertaan:
1. Peserta hendaklah ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig.
2. Terdapat 4 siri soalan yang akan dipamerkan pada Blog UPI Zagazig dan masing-masing akan di"upload" pada setiap minggu(Selasa) bagi setiap siri.
3. Jawapan yang telah dijawab hendaklah dikumpul sehingga siri ke IV dan hendaklah dihantar kepada email UPI Zagazig di alamat ( upizagazig@gmail.com ) selewat-lewatnya 26 November 2010.Setiap penghantaran akan dibalas untuk tujuan pengesahan penghantaran.
4. Pemenang akan dikira berdasarkan ketepatan menjawab soalan, dua ikhwah dan dua akhawat yang berjaya mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang.
5. Keputusan para hakim adalah muktamad.




aa, lupa nak tulis...antara program menarik menanti anda..hehe :

Permata yang dicari
simbiosis cinta
Zikir minggu ini
Bait Mithali
Kuiz Penghayatan Islam
Anugerah Teladan Terbaik


Kuiz tu yang 3 tadi tu la.. jawab jangan tak jawab..
kami mengucapkan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat, yang menolong, yang ambil bahagian dan etc.....em sambung sendiri la..huhu

ok, assalamualaikum...

No comments:

click to donate=)