Sunday 24 April 2016

Baby AB (8/4/2016)




Assalamualaikum

harini saya nak memperkenalkan ahli terbaru keluarga kami iaitu Abdul Allah atau orang Melayu selalu eja Abdullah.

harini baby AB da masuk 17 hari. alhamdulillah

saya lahirkan dia pada 38 minggu 4 hari (8 April 2016, Jumaat). haa awal tu. orang kata memang awal kalau bersalin anak kedua. Memang kalau belajar Obstetrics pun memang itula yang ditulis. engagement & effacement in multipara just in few hours :)

Saya lahirkan baby Ab ni kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Hosp Putrajaya

haa haritu macam ragu2..pastu pergi Hosp Putrajaya memang penuh. Ada pesakit tunggu nak bersalin pun kena tunggu dalam labour room. memang tahap kritikal tu tempat menunggu nak bersalin pun penuh.(kalau nak masuk labour room bukaan 6cm ke atas da boleh masuk) Maka dengan tawakal yang tingginya kami suami isteri pergi la ke PBBR ni.
Alhamdulillah Allah permudahkan. doktor masa tu doktor perempuan. sebelum ni saya memang survey da PBBR ni. masa survey haritu pun doktor perempuan jugak.. kalau tak suami saya kata kita kena pecut la ke Hospital Zahrah Bangi atau Islamic Specialist Hospital. hehe

Kat PBBR ni sebenarnya jururawat/bidan terlatih yang sambut. Doktor datang tengok CTG n kalau2 ada emergency je doktor datangla. diorang jururawat semua supportive. emm satu je..diorang tak galakkan guna painkiller. so I gave birth 100% natural birth. memang macam nak mati. memang I ingat nak mati pun waktu tu. alhamdulillah hidup lagi. :D
suami pun ade kat sebelah. support I la kononnye kehkehkeh


Syarat nak bersalin kat PBBR ni adalah: anak ke 2-5 sahaja. anak pertama tak boleh tau
pastu takde komplikasi bersalin sebelum2 ni. kena ada buku rekod kesihatan yang klinik kesihatan punye.. buku pink dari klinik kesihatan memang terperinci, siap ade fetal kick chart dgn cara senaman lagi. I bersalin 10.30 pagi discharge dari ward 6.00 petang lebih. makan nasi pun kat labour room. labour room ade aircond, bersih & memang privasi 5 star. nasi/orange/sayur/ayam blackpepper/air tak ingat air ape.. tapi I tak berani makan ayam. I pantang ayam... Sebelum balik tu ada makan jugak. kuih pau dengan air coklat. nak tau kos dia berapa? haaa I ingatkan dalam RM50 tau..rupa-rupanya...RM13 je RM 13 je..sapu sket cermin laptop ni biar nampak clear.. ya Allah..alhamdulillah save sangat2..kalaula dulu I booking kat Zahrah maunye RM1688-RM2000++ termasuk booking..suami I pun sengih jugak.siap simpan bil RM 13 tu lagi buat kenangan untuk kita lebih bersyukur pada Allah katanya. simpan letak dalam fail kemas2. hehe

Baby AB 3.23kg. panjang 50cm. Apgar score 9/10 je (sbb mula2 nangis pastu dia diam kejap. pastu nangis balik . nurse pun terus hantar ke bilik untuk keluarkan lendir2 ke ape, lap-lap..) 

jeng jeng jeng





Moga Abdul Allah jadi orang soleh dan baik2. itu je harapan mommy


My Precious AR and AB






cheezy bowl ni sedap sangat. keju cheddar+ayam rebus+macaroni (elbow)
utk mommy: Mashed Potato 

hari ke 14 ni. Lost weight about 11kg . 66kg last day pregnancy. now 55kg. original weight 48kg T_T~



visit my Instagram: sarramood_shop


thank you for reading :))

click to donate=)