Thursday 30 December 2010

Ciri-ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak bersendirian dengan lelaki yang boleh dikahwini
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya punca rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukan faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Tidak mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.”
(Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca mushaf Al-Quran dan sebagainya.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak. Ramai wanita yang terpedaya dengannya. Bukan itu saja, malah syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita solehah.

sumber: lupa nak copy link..hehe [ubah sikit2, artikel yg asal mcm guna Bahasa Indonesia je..] 

trivia¬"sahabat sejati bukanlah orang yang selalu membenarkan kata-kata kita,tapi orang yang selalu berkata benar kepada kita"..

sama2 kita berusaha jadi orang yg lebih baik dari hari ini dan semalam
P/s: saya agak sukar nak berubah setiap hari, jadi utk saya, minggu depan insyaallah lebih baik dari minggu ini.. :)

Tuesday 21 December 2010

Kelas, Ubat dan Sila Datang Kelas :P

beg bermotifkan 'save Earth' dari my bestfren :)




gambar2 semua ni saje2 je tangkap. Ubat2 kat bawah tu utk sahabat saya yg demam, em ade infection juga lah. Acute bronchitis

sepanjang 3 hari kena inject. macam tak munasabah pun ada. ada 2 jenis ubat intramuscular, 1 jenis ubat intravenous. 1 oral dose, Brufen

yang nayanya, kena inject sendiri. Doktor bg prescription, dan kita sbg pesakit kena inject sendiri. masalahnya, kalau orang yang tak tahu menahu psl inject2 ni mcmana? tetapi itulah sistemnya di sini. (teringat kat Malaysia..huhu)

saya tengok prescriptions. ah? IV, IM?? sape yg akan buat semua ni? lepas ambil surat MC kawan saya tu, terus pergi tanya doktor. nak oral dose. kan senang :)


saya: doctor, can u give me the oral dose medicine?
doctor: why? em, where is ur friend? (saya suruh kawan saya duduk kat ruang menunggu, so dia xde masa ni)
saya: coz no one can give her IM, IV
doctor: u're sttudent from faculty of medicine, right? ni la yg saya malas ni nk ckp
saya: but it is too dangerous
doctor: ok. you can ask doctor in your faculty@pharmacist@bla..bla..bla...
saya:(em, ye tak ye jugak..hehe)..ohh, ok doctor. syukran

*syukran to k.najwa sazali and k.hana rahmat. mereka datang rumah saya malam ni utk injection tu.hehe
tp...for the next 2 days...sape yg akn buat?
adoi, takut juga nak buat without supervision from doctor...huhu
izzaty+ma dpn Lab m.biology-xpnh lg msk lab ni act ^^*

jom kita cucuk2 :P
 insyaallah, saya akan cuba kalau diminta. dan kalau kawan saya tu yakin dgn saya.. (mana blh bt kerja, klu org tak yakin dgn kerja kita)..hehe
suka beli ubat&g hospital*adakah sy dilahirkan utk menjd seorg doktor? :)


saya akan exam tak lama lagi. doakan kami tahun 3 semua.. utk exam carry mark ni..ade orang tak nak pergi kelas microb. sikit je tinggal kat kelas. korang pergi la ye.best da bab2 bacteriology, virologi...rugi tak datang~ kelas  bukan ke kita dtg Mesir ni nak belajar? aiyoo~Bahasa Arab pun sikit juga. orang yang da habis hafaz al-insaan, hafaz al-mursalat pula..jiran surah al-insaan tu je. banyak juga perkataan baru yg ustaz ajar. a'war=buta
ha idh(huruf to)=dinding...etc...ustaz ade cter pasal Musailamah Al-Kazzab ( muslim tetapi pada akhirnya kafir, kerana mengaku dirinya nabi ) 

ok lah, stop typing

saya belum tidur lagi. mungkin bahang pilihanraya kot. semangat sampai tak ley nak tidur. ;P   


ok, bye2. ad jodoh, type2 lagi :)


*jangan lupa utk doakan kesihatan sahabat saya tu~

assalamualaikum  

1 genih+ ubat dlm botol kaca 'ampoule'

sulbin
bilik kt jabatan parasitologi

pandai parasite mksdnye blh mguasai dunia ye adik2 :P

buku kecil yg padat

         rajinnye awak! :) *tgh bc microb*-syifak sakir-




Sunday 19 December 2010

subhanallah..bermusafirlah







cantikkan tempat2 ni. subhanallah. kalau dunia cantik, syurga berkali ganda lagi

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu. -Ar-Ra'd: 2

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. - Al-Anbiya': 33

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." - Fusshilat : 11
 
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Fusshilat: 12  

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. - Al-Anbiya' : 31

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, - An-Naba' - 6

dan gunung-gunung sebagai pasak?, - Al-Anbiya' : 7

Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. - Al-naml :88

dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.- A-Hijr : 22

Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur). - Az-Zukhruf :11

trivia¬ cuba teka, tempat ni kat mana ye agak2? hehe..:) klu: pernah dijajah oleh negara Rusia

Thursday 16 December 2010

Muslimat PAS Gesa Kerajaan Tambah Doktor

Muslimat PAS gesa kerajaan tambah doktor

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah doktor perubatan yang meletak jawatan.

Justeru, ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap kerajaan mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan dari tempoh 2007 hingga September lalu.

Katanya, DMPP melihat jumlah 884 orang adalah jumlah yang agak kritikal bagi kategori golongan profesional seperti doktor perubatan.

Menurutnyha, meskipun pelbagai faktor diberikan seperti menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ianya tidak boleh menjadi sandaran.

Kerajaan, ujarnya perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan.

“Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas.

“Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini,” ujarnya.

Ini, tambahnya tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stress, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang.

Justeru, DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

Beliau berkata, untuk mengikat doktor perubatan dengan kerjaya mereka, seharusnya insentif yang berpatutan diberi kepada mereka.

“Elaun tambahan, serta kenaikan gaji selaras dengan kelayakan mereka perlu dipertimbangkan semula,” katanya lagi.

Katanya, kebanyakan doktor perubatan di hospital kerajaan meletak jawatan hanya kerana mereka menerima peluang kenaikan gaji dan pangkat yang jauh lebih tinggi di hospital swasta.

Bahkan, ujarnya ramai doktor terpaksa melakukan kerja tambahan di klinik lain bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, katanya kerajaan wajar menggalakkan mahasiswa beramai-ramai mengambil kursus kedoktoran bagi menampung jumlah pegawai perubatan di Malaysia.

“Dengan biasiswa, tajaan selain memudahkan sistem pembelajaran akan menyuntik motivasi mahasiswa untuk menceburi bidang ini.

“Kewujudan kampus serta fakulti yang menawarkan ijazah kedoktoran boleh menambah bilangan doktor di negara ini,” ujarnya.

Secara realistik, tambahnya para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10 hingga 15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.


trivia~ jika rindukan saya, doakan kejayaan saya ya sahabat2. hehe :)



Tuesday 14 December 2010

10 Sifat Muslim ~

Gift #10


10 MUWASAFAT TARBIYYAH

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islamaspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang
Gift #1 1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

Gift #3 3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Gift #4 4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

Gift #5

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Gift #6

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Gift #8 8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah

Thursday 9 December 2010

Ujian Paras Gula Dalam Darah

Pengenalan

Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah sekiranya:
• Anda mempunyai berat badan yang berlebihan
• Anda mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan
• Ibu atau bapa anda penghidap diabetes
• Anda kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing
• Anda kerap kali mendapat kudis dan jangkitan
• Anda mengandung

Sekiranya keputusan ujian paras gula darah anda tinggi, anda berkemungkinan seorang
penghidap Diabetes. Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja walaupun ia
lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa.

Ramai penghidap Diabetes berasa sihat dan hanya menyedari mereka mengidap penyakit
Diabetes apabila mereka menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimana ujian ini boleh dijalankan?
Terdapat dua cara ujian ini boleh dilakukan:

• Satu tusukan kecil jarum di hujung jari anda akan
menghasilkan setitis dua darah. Titisan darah ini akan
diletakkan di atas jaluran kertas khas dan dimasukkan
ke dalam mesin kecil yang dipanggil glucometer.
Dalam beberapa saat sahaja anda akan mengetahui
keputusan paras gula darah

• Ujian kedua memerlukan pengambilan beberapa
mililiter darah dari salur darah vena di lengan dengan
menggunakan jarum yang lebih besar. Darah ini akan
dimasukkan ke dalam botol khas dan dihantar ke
makmal untuk ujian. Anda boleh memperoleh
keputusan ujian ini dalam masa beberapa jam ataupun
dalam masa sehari
Anda boleh melakukan ujian ini pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda. Ia boleh
dilakukan sebelum atau selepas makan.

Di mana saya boleh menjalani ujian?
Anda boleh menjalani ujian ini di:
• Klinik panel keluarga anda
• Di mana-mana poliklinik kerajaan atau pusat kesihatan
• Di farmasi
• Di semua hospital
• Di makmal swasta

Apa keputusan yang teruk?

• Jika keputusan paras gula darah di bawah 7mmol/l itu bermakna anda bukanlah
penghidap diabetes. Walau bagaimanapun anda berkemungkinan mendapat Diabetes
kemudian hari. Adalah menjadi amalan yang baik jika anda melakukan ujian paras
gula darah setahun sekali

• Sekiranya keputusan darah anda melebihi 7mmol/l kemungkinan anda seorang
penghidap Diabetes. Doktor anda akan meminta ujian seterusnya dilakukan untuk
tujuan pengesahan

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengidap Diabetes?
Ramai penghidap Diabetes boleh hidup dengan normal, sihat dan hidup dalam jangka hayat
yang panjang. Belajarlah berkenaan Diabetes dan berjumpalah dengan doktor anda secara
berkala. Dengan cara ini anda dapat menguruskan keadaan anda dengan betul.
Bolehkah diabetes dicegah?

Terdapat 2 jenis Diabetes:
Jenis I: Diabetes jenis ini sering terjadi semasa anda masih muda dan mereka yang terlibat
perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayat mereka. Buat masa sekarang
keadaan ini tidak dapat dicegah.
Jenis II: Jenis ini lebih banyak terjadi dan ianya berkait rapat dengan corak kehidupan
seseorang. Mengamalkan cara hidup yang sihat dapat melengahkan terjadinya
Diabetes dan mungkin mencegahnya:
• Lakukan senaman setiap hari
• Kurangkan makanan yang manis atau cuba elakkannya
~miliary tuberculosis of the lung~
• Dapatkan berat badan yang unggul

sumber: info sihat (KKM)

trivia¬masa belajar Pathology tadi, tiba2 dengar bunyi mercun/bunga api. habis kelas, terus mengatur langkah ke musolla. tanya kawan arab, ada perayaan apa tu? ( saya ingatkan keputusan pilihanraya Mesir ke ape..rupa2nya...'no,there are celebration for the 6th year students..their graduation day'...huhu..best kan diorang..tengok2 da habis da rupanya. enam tahun :)~ senior2 arab pakai kot, main alat muzik ape entah..sangat bising..ramai pelajar yang tengok kat bangunan. sutuh (bumbung bangunan) pun ade orang naik..hehe..all the best to our Zagazig University seniors~(sangat tak sabar menanti detik itu..hoho~

Tuesday 7 December 2010

20 Fakta Penting Dalam Islam

saya kacau kopi~ sumber UPI Zagazig~

20 Fakta Penting Dalam Islam
01 Dec, 2010
Author: Unit Pembangunan Insan | Filed Under: Fakta |

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Monday 6 December 2010

alkisahnya...~~ ( mgss )

petang tadi, ade masalah dgn lap top dan cik printer. bertenang2..huhu..meeting ade dalam 1/2 jam lagi. marah, geram, sedih, sebak, semuanya ada. baca bismillah, doa kat Allah supaya cik printer dan lap top hidup sihat seperti biasa. ye lah. dah dua hari kot tak off kan lap top. ( p/s : jangan pakai acer, pakai lap top jenama lain. seperti toshiba ke, lebih mantap..huhu. )


da geram2 tadi, pandang kanan, pandang kiri, hehe..automatik..girangnya hati. ade nussa chocolate kat tepi. buka, sapu kat roti . rasa lega hati ni. macam placebo da bagi saya coklat ni.

ting ting. dapat idea, off kan lap top, wat keje lain dlu..2 minit, 4 minit...saya on lap top balik. alhamdulillah. berjaya. akhirnya dapat juga print..:) ( gembira itu menenangkan hati :) )


sila klik~ ini bukan cerita hantu, tetapi kisah antara kau dan aku :?

ape lah..membebel~


klik untuk tengok doa~
Doa Akhir Tahun 1431H dan Doa Awal Tahun 1432H


symptoms of Ancylostoma duodenale ¬ Light infection causes abdominal pain, loss of appetite and geophagy. Heavy infection causes severe protein deficiency or iron deficiency anemia. Protein deficiency might have dry skin, edema and potbelly, while iron deficiency anemia might have mental dullness and heart failure.

click to donate=)