Friday 21 November 2014

Cadangan Menu Masakan Pada Musim Peperiksaan


assalamualaikum semua

selalunya korang makan apa pada masa musim periksa? Mesti tak care sangat kan pasal makanan kan? mehehei. Dulu masa aku kahwin dengan suami, dia tanya..kenapa ye awak ni kurus sangat? mungkin medik menjadikan awak kurus..haa ade dua makna tu..pertama study menyebabkan takde masa utk makan,,haa satu lagi malas masak?.. .eheh ye ke

kalau dulu, sebelum kahwin, masa musim exam, memang tak berapa nak masak. goreng2 je. pastu beli. banyak je restoran ustaz Indonesia kat Mesir ni. bagi aku, masak ni penat, ambil masa banyak, pastu kena tukar baju @ mandi sebab bau (klu x pakai apron), .ye la..tumis itu ini w/pn pki apron pun bau jugak..nak nak tumis udang kering ..oh semerbak baju kau eheh

haa tapi tu dulu sebelum kahwin, sekarang da lepas kahwin hari2 la masak..sbb hari2 masak, so aku nampak masak tu not a big matter..ala setakat 4o minit tu no hal la..masa kalau aku masak standard 1 jam....kalau masak chicken chop haa 2 jam stgh baru siap. lepas masak lenguh satu badan huhu. Masakan arab laks selalu ambik masa 2-3 jam..tapi itu daging la. tak pyh terperap kat dapur masa nak lembutkan daging tu..pegi la masuk bilik, baca buku ke, sembang ngan kawan2 kat fb ke gitu sambil2 tunggu kepulangan suami ke rumah.

well, setahun aku postpone tahun 5 dulu, banyakla ilmu masakan yang aku belajar..mostly through internet..ilmu rumahtangga, jadi isteri yang membahagiakan suami, cara pikat hati suami, cara berdiplomasi dengan suami,,semua aku baca..sampai sekarang kalau gaduh, cepat2 buka ustaz Azhar Idrus punye ceramah, bukan apa, aku takut syaitan datang cakap bisik benda bukan2..kalau dengar ceramah tu, sejuk sikit hati aku.da tergelak2 dgr ceramah tu, sejuk la hehe..setahun lebih baru kahwin, banyak lagi bendanya nak kena tahu.

okey back to the topic

Cadangan Menu Masakan Pada Musim Peperiksaan


okey yang pertama


mee kari

30 minit



mee sup

30 minit
(klu ada masa lg, cerai2kan la isi ayam tu
jgn hidang camni kt org ramai hehe)




Telur dan mentimun (lada hitam penambah perasa)

5 minit
breakfast




mee sup kicap

30 minit
(beza dgn mee sup, tambah je
lada hitam n kicap, just that..)



ayam masak kicap

30 minit



nasi goreng telur

15 minit




Kofta saute with tomato

20 minit 




Telur masak merah

20 minit



Kurma daging cincang

(guna dgg cincang utk jimat masa)
25 minit



Lempeng Coklat

15 minit
breakfast
(better buat pancake,
tak kisah American ke ape asalkan pancake
sebab lempeng tak berapa
masuk dgn rasa coklat, this is 
my first time making lempeng with choc)




Mee Bandung

40 minit


keledek lenyek untuk memekat dan memaniskan kuah..slurrpp 



Keropok dan chicken pane sebagai snek

10 minit
yg chicken pane ni pun ade MSG jugak
nak wat camne, hundreds of notes nak kena revise
no time to cook, but tummy said
I'M HUNGRY
and make funny sound inside oh oh




Kari ayam

25 minit



French Toast

5 minit




prinsipnya; 
1) masak banyak2, letak dalam tupperware ke or letak dalam periuk je, khas utk makan selama tiga hari..Letak dalam freezer klu nak makan utk minggu depan.. tapi aku tak buat berminggu2..setakat 3 hari je..tak suka sgt kalau makanan xberapa fresh...setakat 3-4 hari tu aku okey je :)
2) kau masak makanan yang kau suka dan kau pasti sedap..sampai kau boleh makan 2-3 hari.. masak makanan yang kau teringin sangat2 (untuk elakkan perasaan bosan)
bagi aku, masakan yang berkicap la..sbb kalau tinggal dgn suami, tak masak kicap la aku, sebab dia tak berapa suka..kalau 3 bulan, 3 bulan la aku tak makan kicap..tapi klu aku teringin sgt2, aku masak je la menu lebih sikit..menu aku n menu dia..tp tak best la bg aku gitu..cm tak sehati sejiwa je..sbb tu aku masak ape yg memang kitorang dua2 suka..haa adil n saksama gitu..ahakss
3) dalam masakan, jangan pernah lupa sayur...vitamin tuu..tak kisah...sekadar mentimun mentah pun okey
4) sediakan biskut, kekacang, coklat, air mineral dll bagi menemani hari-hari pembelajaran anda!!

masa di atas adalah anggaran

plus minus la :)


p/s: sebenarnya aku galakkan korang buat benda2 ni semua supaya kita semua tak terjebak dengan MAGGI. Maggi ni bahaya tau..banyak perasa..sedap kat lidah je.. kalau minum green tea pun, tak tau banyak mana kena minum utk nyahkan ia dari badanmu.sorry to say, but for me maggi is a silent killer (toxic), tapi ramai je kawan2 aku makan w/pn diorang tahu maggi tak baik untuk kesihatan..well nak wat camne kan..siapa lagi nak sayang diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan..


alhamdulillah

aku dah habis exam 13/11/2014
doakan2 kami tahun 5..insyaallah semua berjaya naik tahun 6!




have a nice day


beribadat seperti esok dah nak mati

tp bekerja seperti nak hidup seribu tahun 
okey :)

click to donate=)