Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Sunday, 18 October 2015

Eidul Adha Holiday; Dumyat@Damiette




Assalamualaikum semua

pada hari raya haji hari tu I masak simple2 je, x buat biskut raya pun sbb fikiran ni da melayang jauh ke Dumyat kiki

pada hari raya kedua, I n my small family naik train pergi sana. Perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke sana. Dumyat ni aku suka sebab dia tak crowd macam Alex/Iskandariah...maybe dia macam kampung pertanian sikit la..tapi kat kawasan Ra's elbar tu, haa kat situ bangunan rumah2 lawa sangat. this is not my first time dtg Dumyat. dulu jalan2 dengan persatuan yg bawa n selalu dtg musim sejuk, jadi aktiviti utamanya adalah bukan menyelam atau naik jetski tapi kutip kerang buat balik zagazig, masak sambal..sedapnyaa!! haa lagi satu pergi tengok kawasan yg sebelah kiri sungai sblh kanan laut..nampak garisan antara dua2 jenis air ni.. (I pernah tulis psl Dumyat sblm ni)

bila sampai tu, train tak berhenti dekat stesen dia. dia berhenti kt kampung mana entah tapi dekat dgn jalan raya. bila keluar tu, memang ade la tempat menunggu tu semua, n pak cik2 van pun sedia untuk ambil penumpang. so, kami 3 beranak ni macam tak tau kat mana la kami ni so tunggu je teksi, kita pergi hotel terus. hotel yg suami tempah nama dia Zam zam Hotel, New damiette.. setengah jam jugak rasanya..then bila sampai, jauh rupanya hotel dgn pantai..so New Damiette (Dumyat Baru) ni jauh rupanya dari panatai..macam kena guna kereta utk ke pantai.. so gerak balik. tanya punya tanya, hanya ra's ulbarr je tempat yg macam ramai org gi situ, melancong, aktiviti pantai memang orang tumpu kat situ...so another 30 minutes pergi ra's elbarr. Aku memang pernah pergi sini, tapi xpernah naik train, dua tahun lepas kot last pergi ke 3 tahun lepas. memang karat la tak ingat.tengok dlm google map mcm dekat..tapi 30 minit jgk la rupanya...bila sampai, teksi berhentikan kami kat area hotel. banyak la hotel kt situ.ade juga apartment utk disewa (yg kami tny le500/mlm).. hotel al-wadi, Green house..dan banyak lagi..kami pilih Green House Le300/mlm.. ade lagi murah lagi dari ni le250, nama tak ingat, tapi depan green house je.suami aku tak minat sebab dia kata takde perabot sangat..maybe kurang katil kot, or takde table lamp??aku n AR tunggu je tepi jalan..dia yg g cari hotel masa tengah panas-panas tu. AR laks tarik tangan aku nak main tengah jalan tempat kereta lalu lalang tu..uuii la...da la penat mommy ni..


Bila check in Green House, sunyi je,,takde orang sgt pun...maybe skrg ekonomi egypt tak berapa bagus.. so sampai je terus rehat, makan, solat semua sbb petang nak g pantai..yeay!!


bila sampai je, hubby aku buang semua cadar,comforter..takut hotel tak basuh.yela.ekonomi merosot,
mana mampu gaji ramai pekerja nak basuh.bila aku bau bantal dia, uui betolla memang bau.aku lapik sejadah jadi alas bantal





aku suka sgt AR time ni..mula2 nangis sbb takut. hubby aku bawa ke tengah2 nun..mula2 pinggir laut je bagi biasakan dia. maklumla first time jumpa pantai.. then hubby aku bawa ke tengah,letak dia atas pelampung. kalau aku, aku rasa tak berapa mampu nak lepas anak tak sampai 2 tahun kat tengah laut. budak umur 5 tahun pun perempuan tak nk g situ

sentuh2 dulu sebab takut T_T

nangis tengah laut
masa nangis tu, aku dengar macam sedih giler. tapi hubby aku kn didik style military sikit ke tak tau la nak describe mcm mana,, dia tahan AR nangis kuat giler..aku senyum je la..sbb aku yakin pasni mesti AR jadi berani..masa ni jugak pelampung dia terbalik..kaki dua2 kat atas sbb ombak kuat sgt,, pelampung tu x lekat sgt dkt tubuh AR...so tertelan la kot air masin secawan dua (tipu)..hubby aku cepat2 tangkap dia, n bawa ke pinggir


haa see, u look so brave facing the waves..waa good job anak mommy =))


kat sini kami sewa kerusi 2 biji, beli beg utk letak baju basah dgn air minum, dgn cangkul budak yg bina istana pantai tu..mcm2 peniaga jual ktsini; beg, baju blouse, selipar sandal, pelampung, mainan budak2.dll...
malamnya kami pergi ke kedai makan seafood.. nama dia Restoran Alauddin. kecik je tempat makan tu.. di dalam kawasan pasar campur banyak sangat kedai makan. dekat jugak dengan Hussien Mall. kawasan pasar ni di hujung jalan pantai dekat masjid besar Ar-Rahmah,. Kawasan ni ramai sangat orang. pelancong + orang tempatan. Restoran Alauddin ni ade 2 tempat, satu tempat pilih menu yg da siap cthnye udang grill, sotong bakar camtu..kita pilih dlm kedai dia je hidupan laut yg mana yg nak dimakan. ade satu ruang lg, restoran Alauddin jugak, tapi kita kena bawa hidupan laut dari mana2 gerai yg jual hidupan laut. gerai tu berlambak je kt depan restoran, blh tawar menawar pulak, then kurang busy dari tempat restoran tadi. so kitorg pilih kt gerai, sampai kt restoran tu, minta la yg udang ni, grill ke goreng, ikan merah grill ke goreng cmtu. sekilo udang utk grill RM12=le20 jugak la..huhu..pstu harga seafood ktsana tak murah pun.sama mcm harga kt zagazig or mayb mahal lg..kt zagazig aku rasa le80-90 je/kg..kat dumyat ade yg jual smpai le120/kg.. tapi aku jumpa je gerai yg jual le90-95 gitu ktsana..okey la tu..bkn selalu pun mkn seafood kt Mesir ni. susah nak jumpa.


cantik kan rumah ktsini? hehe (Ra's Elbarr, sebut dia Raksulba)





tapau je, kedai makan tu penuh


katsini gak ade kedai makan syria...
suami aku suka kedai makan ktsini sebb dia kata w/pn ramai org tapi bersih
jalan2 pun bersih alhamdulillah
sekitar area tu, ade macam2 restoran, ayam grill, kedai manisan pun banyak sgt, kedai mcm KFC tu pn aku rasa ade..sbb kitorg tak explore banyak.. penat perjalanan dr zagazig ke dumyat masih terasa..hikhik..pergi Hussien Mall. aku grab niqab sehelai..abaya pun lawa2..design takde kt zagazig..tapi utk save, lupakan ye niatmu itu..pasni nak balik msia, susah nak kargo.tak payah ngada2 nak beli baju sgt bisik hatiku.
malam tu memang tidur nyenyak, AR je main2 lompat atas orang

pagi tu ingat nak g pantai dkt2 dgn hotel je, bayar masuk pantai le20 tapi kotor..sbb hujung pantai kot..yg pantai AR main air kt atas ni awal pantai.. Palm Beach nama tempat tu..kat sini takde pantai free rasanya..sbb semua kerajaan egypt bagi kt swasta utk niaga & develop...sedih x? huhu...so Palm beach tu pn kena bayar jgk,,tapi jauh dr hotel 10 minit dgn teksi,,da la pelusuk,, jrg2 teksi lalu sana...so bila pantai yg nampak tak berapa bersih ni,, kitorg naik teksi, ter'pergi' ke Water Park. drebar teksi yg promosi..nampak dari luar nampak dah tak best.masuk le50/org..aku kata klu mahal gini baik tak payah masuk..baik kita pergi makan udang sekilo lg kenyang. suami aku desak suh jugak masuk tengok. then kitorg masuk cek dlu..tempat swimming utk budak2 pun ade..swimming pool yg utk ladies pun ade tapi budak2 laki masuk berenang ktsitu..pastu tempat tu jadi berbau dgn peluh..euw..huhu..terus hilang selera...tak payah la..ambil balik duit le100, naik teksi gi lepak kt sini..

ni hujung pantai.ramai..lepak ktsini je sementara tunggu nak check out





kami check out dlm kol 12, lps zohor... dan depan hotel tu, suami aku tny, kita nak balik zagazig terus ke,, ke nak lepak mana2 dlu? akucakap ,,em balik je la..sbb otak aku takde la relax mana..dok igt nak exam, study pun kureng ..emm hati aku kuat mengatakan bhwsnye hubby aku ni mcm tak puas lagi ktsini so aku pun cadangkan jom kita pergi restoran hujung pantai tu..dkt dgn tempat kitorg lepak tadi..diorang buka pukul dua. so okey la. kitorang pergi tu lama la nak tunggu minuman dtg, kan da kata pukul 2 ..hehe..best la..udara fresh, tenang jee...

Restoran ni muka pintu je pinggir pantai, pastu memanjang ke laut 'Island Retaurant' :)

strawberry, mint n lemon, mango juice..bukan jus natural (fresh).waiter tu kata natural #_#






minum air & makan kek coklat je katsini sbb kalau da tengahari sangat, panas membahang..so lepas minum2, kami pun angkat beg naik teksi bertolak ke Zagazig. teksi le235 Dumyat-->Zagazig

walaupun percutian ni hanya sehari semalam, tapi aku puas hati. husband n my son pun happy. muka AR pun berubah merah2 lepas balik Dumyat. kuat sgt jalan kiki.. hubby ckp nanti lepas awak grad kita g lagi sekali..best sgt Dumyat, nak main pantai n explore restoran yg tak pergi lagi tu katanya hikhik....

Friday, 1 August 2014

Eidul-Fitri di Iskandariah (Alexandria), Mesir (2014)





Assalamualaikum semua
Alhamdulillah hari ini da masuk lima hari da kami satu keluarga bercuti di Iskandariah (Alexandria), Mesir
28.7.2014 (1 Syawal), baba (bapa mertua saya) tiba di lapangan terbang Borg Al-Arab.. kesian kat baba.. ada masalah beg..hilang..tak tau tersangkut kat mana.. bila kami sampai, ramai sangat orang kat luar, bukan duduk atas kerusi kat dlm ruang lobi..pelik..taktahu kenapa..kesian jugak dekat orang ramai musim panas pula tu huhu..sabar je la..
dari lapangan terbang ke apartment ..hu lamaa.. dua jam atau 
kurang..kami sewa di belakang bangunan Faisal Islamic Bank

dua bilik tidur, dapur, bilik air dan ruang tamu yang besar..perabot lengkap, le 600/hari..huuu mahal bagi saya..tapi bila fikir balik, murah sikit berbanding sewa bilik hotel le350/hari.. kalau dua bilik, bilik kami dan baba: le700/hari…hurm baikla apartment…kami tiba di Alex 27.7, sehari sblm baba sampai..hotel termurah la le350 tu..lagi satu, skg ni musim raya eidul-fitri..dan Alex ni mmg Bandar pelancongan..so okey la 
    kan

le100=lebih kurang rm50



okey terus cerita satu2



Restoran
Saya penggemar makanan laut. Sangat..heeeii
Kalau boleh nak makan udang hari-hari tapi en.suami akan 'sound', eh udang takde daging, vitamin sikit, nanti awak tak sihat..haa gitu..so xley obsess sgt huu
Saya paling suka restoran GAD.. sup seafood dia masyaAllah sedapnye.. I wish I can make it in future amin
Sup seafood, dlm tu ade udang kecil je, saiz separuh ibu jari, baby crab dan sotong (le16)
Lagi satu, ayam panggang, separuh le24 makan dengan sup tomato(order asing le11 rasanya)
Restoran Imperial, dekat dgn Cecil Hotel, katsitu saya suka sangat Spring Roll dia..ape entah nama spring roll tu..macam bahasa Portugal Sepanyol kot kehkeh..tapi sedapp..saya makan sambil tulis resepi n bahan ape yg ade dalam tu sbb kan kdg2 klu kita makan kita dpt agak dia letak ape..ingat nak buat..klu jadi rasa dia lebih kurang Imperial, saya akan kongsi kat sini, kalau tak makan diam2 je kuikui

Zoo Iskandariah
(harga tiket masuk:le20/non-Egyptian)
Ramai sangat orang katsini musim2 raya ni..maklumlah orang Arab dia tak macam orang Melayu raya lawat rumah sanak-saudara..diorang akan pergi berkelah atau lawat tempat-tempat menarik.. daan kat zoo ni ada juga orang berkelah..tak tahulah duduk saje makan nak hilang lapar ke atau memang betul2 berkelah huhu..nampak diorang siap baring2 lagi hoho

Bila masuk zoo ni, kosong je sangkar-sangkar.. sepatutnya ada hyena strips, tinggal sangkar kosong je, beruang pun macam kurus je..nampak serabai je..zookeeper takde masa kot nak sikat rambut bear ni uhuhu..
snap yg comel je ahaks :)



ramai org kt sini..rupanye tunggu hippo timbul haha.. hippo lak suka sgt berendam.bila timbul,semua bersorak..ahaha.ye la ..panas kan omomo

hyena blackdot

singa berumur..yg muda remaja ade dlm bangunan kuning..khas utk singa je..takde binatang lain dlmtu

ambil gambar dgn mahram je haha ..singa betina

Haa..meh nak cerita..ada kuda(boleh tunggang:le5/sorang,dlm bulatan je,tak keluar mana2), monyet, unta, beruang, hippopotamus, singa, angsa, burung unta dan banyak lagi.. tapi….takde harimau

bagi makan .. pieces of fish for them


Taman Diraja Montazah
Ni tadi baru lawat. Dulu-dulu ingatkan Istana Raja Farouk je ada dalam ni rupa-rupanya…. Ada pelbagai restoran, hotel dan resort, dan semestinya taman la kan.
Sebenarnya kami datang ke Montazah untuk makan.. tapi pemandu teksi kata takde restoran katsini, ada hotel je..jadi, baba cakap okey, saya nak hotel..kami singgah la dekat Helnan Palestine Hotel..makan katsitu..aku order Prawn Noodles, baba Grilled Salmon, en.suami order Steak..cantik sangat hotel ni, tepi pantai..kami makan kat dalam pun boleh tengok pantai sbb dinding kaca semua..yang saya tak berapa suka, pelayan perempuan katsitu..hotel kemain nama Palestine..tapi waiter pakai skirt..menyampah la saya..okey..calm down huu..takde sensitivity langung kot management hotel ni..okey..geram sangat..bila tapau makanan sbb saya makan tak habis, paperbag kat situ tertulis Helnan International Hotel..apee keerr..(prayforGaza)
Lagi satu, servis lambat, takde pelanggan pun tapi lambaat sangat masak..huu klu baba ajak datang restoran tu rasa taknak pergi da..huhu
okey


resort @Helnan

Istana Raja Farouk

boleh jogging

Resort betul2 mengadap pantai

esok plan nak shopping yeay!
kosong rasa klu bercuti tak shopping, tp bagi hubby n baba diorang cool je.. yg penting, makanan kat restoran/buffet mesti best 
tu la beza perempuan dgn lelaki heeii
okey
tu jep
pasni bolehla jalan2 di Iskandariah
dan lawat tempat2 menarik

saya bulan madu tahun lepas 2013 pun kat Alex juga..
tahun lepas sebenarnya baru kahwin..rasa macam sekejap puleer masa..eheh 


Monday, 16 September 2013

Raya Jordan dan Bukit Al-Qal'a


Assalamualaikum

Raya eidulfitri tahun ni lain dari tahun-tahun lain sebab tahun ni ade suami, ade baby dlm perut ade adik laki tapi ahli keluarga lain takde pula :( masuk tahun ni, da 2 tahun la raya tanpa parents. Sehari sebelum hari raya, kami berdua aku & adik laki dok pom pam pom pam kat dapur buat kuih raya. 3 jenis kuih raya da buat sebelum ni, so malam tu buat almond London je.. 

Eid: 8.8.2013

Eid 2nd day: 9.8.2013




badam bakar dan adunan


model biskut rayaku :)

Aku buat adunan pastu Mu'ez tolong bentuk-bentukkan ke dalam cawan kertas. Mula-mula tu aku buat bentuk lonjong la kan, Mu'ez wat bentuk kuboid, sekali tengok cam spongebob je. Bila da siap bakar, tengok-tengok biskut bertukar menjadi bulat. Aik macam mana jadi camni, so review in mind la seingat aku umi buat biskut almond london ni masa darjah 4. 13 tahun yang lalu. cet kabuuur.. em tiba-tiba Mu'ez bagaikan seorang pro almond kekeke, kita kena rapat-rapatkan susunan, biar jadi lonjong...oo let's try... bila da bakar alhamdulillah. normal :).. da siap bakar segala tu, dok relax2 la.. biskut da ade...baju je kat tailor lagi.

Pada pagi raya tu, takde mood sbb baju still kat tailor. ramai orang hantar baju utk di outer. Aku pun pagi tu sarung baju akad nikah yang kaler pink tu je.alhamdulillah. orang Syria tak beraya tau. ingat tu!


aik sikit orang. tak penuh. (from Mu'ez)




Lepas solat raya, dok melipat samosa. goreng & makan. kacang2 mu'ez bawa dari Irbid


Nak dijadikan cerita,
hubby aku pergi la tunggu kat tailor lepas semayang.. hehe... senyum ..
lepas tu dia kata nak pergi keluar. Rupa-rupanya ada sedara dia meninggal... innalillah...
aku tak ikut. lepas balik rumah, baru dia kabo perihal yang meninggal ni..dy drive ke Irbid. jauhnye..sbb tu dy tak bagi aku ikut... tinggallah aku & Mu'ez kat umah...

alahai boringnye raya......
pastu..heei ajak adik aku main ni....





 dan petang tu, gi shopping :)
shopping kol 6.30ptg, sampai rumah masa iqamah 'Isya' ...yezza
sekurang-kurangnya ade benda yang boleh dibuat selain dari melepak di rumah kaaaann hehe






beli crab stick, fish finger... then buat dinner, goreng dgn butter, tabur daun parsely, makan dengan nasi kabsah yang aku masak hari sebelumnya, minum instant banana milkshake ...:)





Hubby aku cakap, kalau budaya Arab katsini, semasa hari raya eidulfitri, lepas solat raya, terus akan ke rumah saudara-mara..kalau perempuan mak mak la selalunya akan stay kat umah untuk memasak kalau2 tetamu datang. Hari kedua, mereka akan berjalan-jalan di tempat-tempat menarik, berkelah di kawasan pelancongan...haa style camtu... Hubby aku da janji nak bawa kami keluar pada hari kedua raya
Aku katsini sebenarnya sangat jarang keluar..tambah2 preggy lagi la kann..suka dok umah je..nak keluar tunggu malam je

kitorang keluar lepas Zohor... Lunch dekat Restoran Al-Quds



mutton with youghurt.terkejut aku bila waiter bawa lada.mmg order pn..tp dia tak kerat kecil2. gedabak cmni dlm mangkuk hoho


Mu'ez order yang ni.. bahgn betis. 'Muz'


hubby order mansaf. mansaf ni sgt2 popular. macam nasi lemak. semua org Malaysia makan, macam tu la juga dgn mansaf ni, semua orang Jordan makan & suka sgt2 :)


kat bwh restoran ni, ade jual manisan.aku&muez beli cheesecake&aiskrim campur2 je.sedaap sgt2




Dan lepas tu, kami membawa diri ke Amman Citadel
Tak jauh mana pun dari rumah kami, dalam 40 minit sampaila dekat sini. Kalau nak tahu, Jordan kaya dengan pelbagai tempat bersejarah. Tahun lepas adalah pertama kali aku datang Jordan, aku lawat bersama kawan-kawan & adik aku, Mu'ez. Masa ni aku tak berapa kenal lagi tunang aku@suami aku skgni. Masa aku dtg Jordan thn lepas, dia buat umrah..so mmg aku tak jumpa sampailah beberapa hari nak kahwin tu, masa dia hantar gaun & gifts. eh memori lama pulakss..

okey Amman Citadel ni agak besarla kawasan dia.
Tempat ni cam tempat rahsia gitu. Lorong masuk pun menyelit-menyelit kat satu bukit yang penuh dengan rumah penduduk, dan puncaknya adalah Amman Citadel ni. Bukit tu dipanggil Jabal Al-Qal'a.
Kat atas ni berangin je, cuma cahaya matahari yang kuat tu. Ambik gambar pun nak sepet-style je 




Kita akan pergi ke bangunan kubah biru itu, teduh sikit mehehei
Amman Citadel ni adalah simbol kepada tiga agama; Islam, Judaism & Kristian.
Kesan peninggalan sejarah yang beribu tahun lamanya ini banyak lagi yang belum dikaji (undisturbed). Jalan-jalan nampak ada dinding di sana, batu besar di situ, arches, tombs dan banyak lagi
Macam kota dulu-dulu yang tidak berpenghuni
Kalau-kalau nak buat citer khalifah-khalifah ke bolehla buat perfileman di sini. Saya boleh guide hehe

*Sila rujuk peta di bawah & link pin rambut di bawaaah sana

mula-mula masuk teruja sangat, tak snap peta dulu, pastu malas nak susun apabila update blog. Harap korang rajinkan diri la main scroll2 ehehe


ni pintu masuk ke bangunan kubah biru tadi
Kawasan yang telah diduduki sejak zaman Neolitik penuh dengan unknown structure.
Kadang-kadang adelah pernyataan sebelah tu, kadang takde, tapi tak perlu risau sebenarnya sebab ade tour guide kat depan pintu masuk yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Cuma kitorang je tak nak ambil perkhidmatan tu.




ni dibina semula


"Wahai rakyat beta, di manakah kamu menyorok??

Dalam banyak2 gambar ni, hubby la yg banyak snap. Pastu suruh orang posing begitu dan begini. meheheii
Wearing Abaya raya, bukan untuk melawat sanak-saudara sahaja, tapi boleh juga melawat yang dah tiada beribu2 tahun lamanya hehe :)


Nah, full story ye:


The Hill of the Citadel (Jabal al-Qal'a) in the middle of Amman was occupied as early as the Neolithic period, and fortified during the Bronze Age (1800 BC). The ruins on the hill today are Roman through early Islamic. The name "Amman" comes from "Rabbath Ammon," or "Great City of the Ammonites," who settled in the region some time after 1200 BC. The Bible records that King David captured the city in the early 10th century BC; Uriah the Hittite, husband of King David's paramour Bathsheba, was killed here after the king ordered him to the front line of battle.

In ancient times, Amman with its surrounding region was successively ruled by the then-superpowers of the Middle East: Assyria (8th century BC), Babylonia (6th century), the Ptolemies, the Seleucids (third century BC), Rome (1st century BC), and the Umayyads (7th century AD). Renamed "Philadelphia" after himself by Ptolemy II Philadelphus, the city was incorporated into Pompey the Great's province of Syria, and later into the province of Arabia created by Trajan (106 AD). As the southernmost city of the Decapolis, Philadelphia prospered during Imperial times due to its advantageous location alongside Trajan's new trade and administrative road, the Via Nova Traiana.

When Transjordan passed into Arab rule in the 7th century AD, its Umayyad rulers restored the city's original name of Amman. Neglected under the Abbasids and abandoned by the Mamlukes, the city's fortunes did not revive until the late 19th century, under the Ottoman empire. Amman became the capital of the Emirate of Transjordan in 1921, and of the newly-created Hashemite Kingdom of Jordan in 1947. Greater Amman (the core city plus suburbs) today remains by far the most important urban area in Jordan, containing over half of the country's population or about 3 million out of 5 million people.






pemandangan dari belakang. Saki-baki istana di belakang bangunan kubah biru

Di atas puncak dapat tengok jutaaaan rumah..subhanallah cantiknya pemandangan. (ni kat kawasan baki istana blkg bgnn kubah biru tadi)


ni pun kawasan istana, ada dua orang hulubalang ttuuu sdg merancang strategi perang~


Saki-baki Temples of Hercules


Filadelfia ni salah satu nama bagi Amman zaman dulu2, setiap pemerintahan diorang tukar
teringat kat Philadelphia Cheese..hee ingat kat barat je ade nama ni


coklat: Jalan, biru bulat :telaga besar tempat simpan air (cistern)
*rujuk kat pin rama-rama di bawah ye :)


Lepas habis melencong pekena aiskrim mata coklat.yummy :)

Balik tu memang penat sangat. Masa ni da mengandung 23 minggu (skg nak masuk 29 minggu dah), mendaki bukit dan berjalan di tengah2 pancaran matahari memang aktiviti 'terbaik' la kan mehheii, tapi I felt good this time, sbb 2nd trimester adalah tempoh yang paling bertenaga bagi orang mengandung. Kalau 1st & 3rd (skg da masuk 3rd), mudah pening2, lenguh-lenguh badan.
Kadang-kadang main kejar-kejar dgn Ni'mah a.k.a Lassy, lupa sekejap perut da 36 inci....Takpelah. asalkan bahagiaaaaaa ^_*


nah, pin rambut rama-rama :)

click to donate=)