Monday 16 September 2013

Raya Jordan dan Bukit Al-Qal'a


Assalamualaikum

Raya eidulfitri tahun ni lain dari tahun-tahun lain sebab tahun ni ade suami, ade baby dlm perut ade adik laki tapi ahli keluarga lain takde pula :( masuk tahun ni, da 2 tahun la raya tanpa parents. Sehari sebelum hari raya, kami berdua aku & adik laki dok pom pam pom pam kat dapur buat kuih raya. 3 jenis kuih raya da buat sebelum ni, so malam tu buat almond London je.. 

Eid: 8.8.2013

Eid 2nd day: 9.8.2013




badam bakar dan adunan


model biskut rayaku :)

Aku buat adunan pastu Mu'ez tolong bentuk-bentukkan ke dalam cawan kertas. Mula-mula tu aku buat bentuk lonjong la kan, Mu'ez wat bentuk kuboid, sekali tengok cam spongebob je. Bila da siap bakar, tengok-tengok biskut bertukar menjadi bulat. Aik macam mana jadi camni, so review in mind la seingat aku umi buat biskut almond london ni masa darjah 4. 13 tahun yang lalu. cet kabuuur.. em tiba-tiba Mu'ez bagaikan seorang pro almond kekeke, kita kena rapat-rapatkan susunan, biar jadi lonjong...oo let's try... bila da bakar alhamdulillah. normal :).. da siap bakar segala tu, dok relax2 la.. biskut da ade...baju je kat tailor lagi.

Pada pagi raya tu, takde mood sbb baju still kat tailor. ramai orang hantar baju utk di outer. Aku pun pagi tu sarung baju akad nikah yang kaler pink tu je.alhamdulillah. orang Syria tak beraya tau. ingat tu!


aik sikit orang. tak penuh. (from Mu'ez)




Lepas solat raya, dok melipat samosa. goreng & makan. kacang2 mu'ez bawa dari Irbid


Nak dijadikan cerita,
hubby aku pergi la tunggu kat tailor lepas semayang.. hehe... senyum ..
lepas tu dia kata nak pergi keluar. Rupa-rupanya ada sedara dia meninggal... innalillah...
aku tak ikut. lepas balik rumah, baru dia kabo perihal yang meninggal ni..dy drive ke Irbid. jauhnye..sbb tu dy tak bagi aku ikut... tinggallah aku & Mu'ez kat umah...

alahai boringnye raya......
pastu..heei ajak adik aku main ni....





 dan petang tu, gi shopping :)
shopping kol 6.30ptg, sampai rumah masa iqamah 'Isya' ...yezza
sekurang-kurangnya ade benda yang boleh dibuat selain dari melepak di rumah kaaaann hehe






beli crab stick, fish finger... then buat dinner, goreng dgn butter, tabur daun parsely, makan dengan nasi kabsah yang aku masak hari sebelumnya, minum instant banana milkshake ...:)





Hubby aku cakap, kalau budaya Arab katsini, semasa hari raya eidulfitri, lepas solat raya, terus akan ke rumah saudara-mara..kalau perempuan mak mak la selalunya akan stay kat umah untuk memasak kalau2 tetamu datang. Hari kedua, mereka akan berjalan-jalan di tempat-tempat menarik, berkelah di kawasan pelancongan...haa style camtu... Hubby aku da janji nak bawa kami keluar pada hari kedua raya
Aku katsini sebenarnya sangat jarang keluar..tambah2 preggy lagi la kann..suka dok umah je..nak keluar tunggu malam je

kitorang keluar lepas Zohor... Lunch dekat Restoran Al-Quds



mutton with youghurt.terkejut aku bila waiter bawa lada.mmg order pn..tp dia tak kerat kecil2. gedabak cmni dlm mangkuk hoho


Mu'ez order yang ni.. bahgn betis. 'Muz'


hubby order mansaf. mansaf ni sgt2 popular. macam nasi lemak. semua org Malaysia makan, macam tu la juga dgn mansaf ni, semua orang Jordan makan & suka sgt2 :)


kat bwh restoran ni, ade jual manisan.aku&muez beli cheesecake&aiskrim campur2 je.sedaap sgt2




Dan lepas tu, kami membawa diri ke Amman Citadel
Tak jauh mana pun dari rumah kami, dalam 40 minit sampaila dekat sini. Kalau nak tahu, Jordan kaya dengan pelbagai tempat bersejarah. Tahun lepas adalah pertama kali aku datang Jordan, aku lawat bersama kawan-kawan & adik aku, Mu'ez. Masa ni aku tak berapa kenal lagi tunang aku@suami aku skgni. Masa aku dtg Jordan thn lepas, dia buat umrah..so mmg aku tak jumpa sampailah beberapa hari nak kahwin tu, masa dia hantar gaun & gifts. eh memori lama pulakss..

okey Amman Citadel ni agak besarla kawasan dia.
Tempat ni cam tempat rahsia gitu. Lorong masuk pun menyelit-menyelit kat satu bukit yang penuh dengan rumah penduduk, dan puncaknya adalah Amman Citadel ni. Bukit tu dipanggil Jabal Al-Qal'a.
Kat atas ni berangin je, cuma cahaya matahari yang kuat tu. Ambik gambar pun nak sepet-style je 




Kita akan pergi ke bangunan kubah biru itu, teduh sikit mehehei
Amman Citadel ni adalah simbol kepada tiga agama; Islam, Judaism & Kristian.
Kesan peninggalan sejarah yang beribu tahun lamanya ini banyak lagi yang belum dikaji (undisturbed). Jalan-jalan nampak ada dinding di sana, batu besar di situ, arches, tombs dan banyak lagi
Macam kota dulu-dulu yang tidak berpenghuni
Kalau-kalau nak buat citer khalifah-khalifah ke bolehla buat perfileman di sini. Saya boleh guide hehe

*Sila rujuk peta di bawah & link pin rambut di bawaaah sana

mula-mula masuk teruja sangat, tak snap peta dulu, pastu malas nak susun apabila update blog. Harap korang rajinkan diri la main scroll2 ehehe


ni pintu masuk ke bangunan kubah biru tadi
Kawasan yang telah diduduki sejak zaman Neolitik penuh dengan unknown structure.
Kadang-kadang adelah pernyataan sebelah tu, kadang takde, tapi tak perlu risau sebenarnya sebab ade tour guide kat depan pintu masuk yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Cuma kitorang je tak nak ambil perkhidmatan tu.




ni dibina semula


"Wahai rakyat beta, di manakah kamu menyorok??

Dalam banyak2 gambar ni, hubby la yg banyak snap. Pastu suruh orang posing begitu dan begini. meheheii
Wearing Abaya raya, bukan untuk melawat sanak-saudara sahaja, tapi boleh juga melawat yang dah tiada beribu2 tahun lamanya hehe :)


Nah, full story ye:


The Hill of the Citadel (Jabal al-Qal'a) in the middle of Amman was occupied as early as the Neolithic period, and fortified during the Bronze Age (1800 BC). The ruins on the hill today are Roman through early Islamic. The name "Amman" comes from "Rabbath Ammon," or "Great City of the Ammonites," who settled in the region some time after 1200 BC. The Bible records that King David captured the city in the early 10th century BC; Uriah the Hittite, husband of King David's paramour Bathsheba, was killed here after the king ordered him to the front line of battle.

In ancient times, Amman with its surrounding region was successively ruled by the then-superpowers of the Middle East: Assyria (8th century BC), Babylonia (6th century), the Ptolemies, the Seleucids (third century BC), Rome (1st century BC), and the Umayyads (7th century AD). Renamed "Philadelphia" after himself by Ptolemy II Philadelphus, the city was incorporated into Pompey the Great's province of Syria, and later into the province of Arabia created by Trajan (106 AD). As the southernmost city of the Decapolis, Philadelphia prospered during Imperial times due to its advantageous location alongside Trajan's new trade and administrative road, the Via Nova Traiana.

When Transjordan passed into Arab rule in the 7th century AD, its Umayyad rulers restored the city's original name of Amman. Neglected under the Abbasids and abandoned by the Mamlukes, the city's fortunes did not revive until the late 19th century, under the Ottoman empire. Amman became the capital of the Emirate of Transjordan in 1921, and of the newly-created Hashemite Kingdom of Jordan in 1947. Greater Amman (the core city plus suburbs) today remains by far the most important urban area in Jordan, containing over half of the country's population or about 3 million out of 5 million people.






pemandangan dari belakang. Saki-baki istana di belakang bangunan kubah biru

Di atas puncak dapat tengok jutaaaan rumah..subhanallah cantiknya pemandangan. (ni kat kawasan baki istana blkg bgnn kubah biru tadi)


ni pun kawasan istana, ada dua orang hulubalang ttuuu sdg merancang strategi perang~


Saki-baki Temples of Hercules


Filadelfia ni salah satu nama bagi Amman zaman dulu2, setiap pemerintahan diorang tukar
teringat kat Philadelphia Cheese..hee ingat kat barat je ade nama ni


coklat: Jalan, biru bulat :telaga besar tempat simpan air (cistern)
*rujuk kat pin rama-rama di bawah ye :)


Lepas habis melencong pekena aiskrim mata coklat.yummy :)

Balik tu memang penat sangat. Masa ni da mengandung 23 minggu (skg nak masuk 29 minggu dah), mendaki bukit dan berjalan di tengah2 pancaran matahari memang aktiviti 'terbaik' la kan mehheii, tapi I felt good this time, sbb 2nd trimester adalah tempoh yang paling bertenaga bagi orang mengandung. Kalau 1st & 3rd (skg da masuk 3rd), mudah pening2, lenguh-lenguh badan.
Kadang-kadang main kejar-kejar dgn Ni'mah a.k.a Lassy, lupa sekejap perut da 36 inci....Takpelah. asalkan bahagiaaaaaa ^_*


nah, pin rambut rama-rama :)

No comments:

click to donate=)