Sunday 6 December 2015

Suamiku Inspirasiku, Isteriku Bidadariku





Suamiku Inspirasiku, Isteriku Bidadariku

Prinsip Asas Perkahwinan
Perkahwinan itu indah memberi ketenangan, memenuhi fitrah dan jalan bahagia untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam) dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan namaNya serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu. (an-Nisaa:1)

Ciri-ciri Ketenangan Dalam Rumahtangga
1) Amanah: Melaksanakan hak suami/isteri dan keluarga
2) Tanggungjawab: Menjaga/memelihara hak-hak pasangan tentang akidah, ibadah dan akhlak
3) Sabar: Menghadapi ujian yang mendatang dalam diri dan rumahtangga. ……sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnaka pahala mereka dengan tidak terkira…(Az-Zumar:10)
4) Toleransi: Bertolak ansur dengan kelebihan dan kekurangan pasangan serta kesederhanaan
5) Ikhlas: Melaksanakan tanggungjawab semata-mata kerana Allah
6) Redha: Kesediaan menerima keadaan pasangan seadanya
7) Kesetiaan: Tidak berlaku curang terhadap pasangan
8) Kepercayaan: Bersangka baik terhadap pasangan dan saling percaya mempercayai di antara satu sama lain.

Kemahiran Interpersonal (Insaniah)
1. Komunikasi
Berbicara dengan lemah-lembut, menggunakan perkataan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami oleh pasangan:
-bersemuka
-pergerakan badan
-penggunaan alat telekomunikasi

2. Personaliti
Memperbaiki penampilan diri dan sentiasa menambah baik kekurangan dan kelemahan

3. Sikap
Mengubah sikap negatif kepada sikap yang positif
-cepat marah--> tenang
-cemburu buta-> bersangka baik
-Ego--> rendah diri/redha
-Berat tulang/malas--> rajin/saling membantu
-Boros-->Jimat cermat

4. Romantik
Beradab sopan dan pandai mengambil hati

5. Pergaulan
Menekankan prinsip-prinsip "makruf" dan "hikmah".
Contohnya:
-suami isteri menghormati kedua ibu bapa mertua (dalam pamplet: mentaati, saya ubah jadi menghormati sebab bagi saya ia  lebih tepat)
-suami isteri membina hubungan baik dengan jiran tetangga

6. Daya Tahan
Tidak merasa terbeban dengan tanggunggjawab dalam rumahtangga dan bersikap optimis terhadap pasangan dalam menangkis sebarang tanggapan negatif masyarakat.



Cabaran dan Penyelesaian Ke Arah Merealisasikan Keluarga Sakinah

1) Cabaran Dalaman

a. Longgarnya iman dalam diri (Supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan kamu kuatkan agamaNya dan memuliakanNya dan kamu bertasbih kepadaNya pagi dan petang) (Al-Fath:9)

b. Meninggalkan prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam (dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari hari Kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?) (Toha: 124-126)

c. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan
Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang celik (Faatir:19)

d. Godaan hawa nafsu
Dan tidaklah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Yusuf:53)

2) Cabaran Luaran
a. Kebendaan- isteri meminta sesuatu diluar kemampuan suami
b. Perbezaan adat dan budaya-Enggan menghormati dan memahami adat dan budaya masing-masing
c. Ekspektasi tinggi- meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan tetapi tidak menjadi kenyataan
d. Tiada persefahaman
e. Campur tangan pihak ketiga

Kesimpulan
Kita perlu terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki ketenangan itu, kerana kita yakin ketenangan bukan sahaja ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Jalan menuju tenang yang indah itu pun sudah indah.


Artikel ini saya taip semula untuk simpanan. Artikel diambil dari Pamplet Keluarga Sakinah JAIS semasa saya pergi ke sana pada awal tahun 2015 untuk membuat kad pintar Perkahwinan. Ringkas dan mudah difahami serta ada rujukan (dalil) dari al-Quran Alhamdulillah. Moga bermanfaat untuk semua. Hikhikhik =)
p/s: Boleh kongsi share2 tak perlu minta izin

click to donate=)