Monday 22 July 2013

Resepi Ayam Percik Merah Jordan/Perantau



Assalamualaikum

Ayam percik adalah salah satu masakan yang sangat popular di Kelantan. Kalau kat Kelantan selalunya ayam percik ni warna kuning gitu dan memang tak dapat dinafikan aromanya memang menusuk kalbu sampai jiwa meronta-ronta ketagih nak makan lagi dan lagi yo ko?
Kat mana2 pun hatta berada di Antartika pun korang boleh je masak ayam percik ni janji ade la bahannya kuikuikui

Apabila pergi pasar malam, ada pelbagai jenis ayam percik rupa-rupanya, tapi yang asasnya, resepi yang orinya, yg percik betul tu Kelate la...kalau kat pasar malam, macam2 inovasi dah ayam percik bubuh itu, taruk ini janji sedap ekekke

Begitula perihalnya bila tinggal jauh dari tanah sendiri sob sob sob 
tapi takpe kita buat asal sedap yoo
jom tengok resepi yang telah aku ubah2 n inovasi terkini =)

Resepi Ayam Percik Merah Jordan (-___-)

1 ekor ayam
200 gm bawang besar (kisar)
25 gm halia serbuk
1 biji @ setengah biji lemon 
25 gm bawang putih (kisar)
1 1/4 cawan gula, kalau tak suka manis, kurangkan jd 1 cwn pun da ok
Rempah ayam @ 1 kiub stok ayam (serbuk)
3 SB cili kisar
5 SB tomato puree
2 SB tomato sauce
2 biji cili api (hiris)
250 gm santan (klu serbuk, bancuh dgn air dlu sblm guna, jdkan 250gm)
Pewarna merah (utk sapu atas ayam)
Garam

-Campur semua bahan kecuali ayam dan pewarna merah. Kacau sebati.
-Masak hingga mendidih lepastu baru masuk ayam. Masak ayam dalam kuah 1/2 masak je.
-Pastu, asingkan ayam & bakar la ayam tu. Aku bakar dalam pan je. Letak minyak sket, pastu siram kuah atas ayam tu. Api sederhana je. Dalam 3 mint lpstu, sapu atas ayam pewarna merah. (Letak garam sket kat ayam ni sbb smlm aku tak letak, rasa dy tawar sket)  Aku buat sampai nampak cam terbakar je n bau memenuhi rumah ekeke
-Kuah yang lebih tu nanti boleh dimakan bersama nasi dan dituang ke atas ayam:)

Aku hidang ayam percik ni bersama bunga kubis goreng salut telur kaler merah jugak+ nasi kunyit campur cengkih. okeyla tu utk buka puasa kami berdua hoho

Selamat berbuka puasa  :)

Pedas-pedas manis gitu

triffle (hubby aku sumbat biskut finger, hancur jeliku :P, buah aloe vera (yg kuning tu)

trivia: Narrated Abu Huraira: Allah’s Messenger (peace and blessings of Allāh be upon him)said, Whoever says, ‘Subhan Allah wa bihamdihi,’ one hundred times a day, will be forgiven all his sins even if they were as much as the foam of the sea” [Sahih Al-Bukhari]

Dah Tahu Result...yeay :)



Assalamualaikum

Alhamdulillah lama dah tak buka ruangan ni nak menulis hehe
Sibuk kununnya

Harini aku dapat sesuatu yg aku tak sangka hee

Aku ade buat assignment ritu ye la dih sumo org buat assignment klu dah bergelar pelajar

Sebagai pelajar sem 1 pengajian Islam, dan tersilap register masa awal2 haritu tangan pergi mark subjek sem 2 yg agak mencabar mindaku untuk mikirinnya kok ayyoyo tup tup 98% syeikh bagi kat aku markah utk assignment. Aku tak sangka betul ni sebab dalam quiz 4 kali je dari 13 quiz dapat fullmark (5/5) untuk subjek beliau hoho. Syeikh juga tinggalkan komen ini :)

"Assalamu Alaikum, 
Your assignment was excellent.
 You demonstrated a clear understanding of the issue, and supported your arguments with evidences from relevant sources.


May Allah accept from you your effort and make you a source of inspiration for others. Ameen.




Markah 98% ni adalah markah yang plg tinggi aku dapat setakat assignment mark release. ade subjek sem 1 tu 86% je aku dapat. tapi takpela. alhamdulillah syukur2
oh ye, ade syeikh yang agak berkira dengan macam mana kita letak bibliografi. ade syeikh yang sangat cerewet ttg hal ni. so, sape2 yang kurang mahir wat bibliografi, bolehlah cari kt laman sesawang bagaimana kita nak tulis bibliografi dengan sebaiknya.

Plus2, bila buat assignment, tolonglah jangan kopi pasta. Syeikh2 aku pun serius bab ni. Diorang dapat detect sape kacau kopi je maklumlah pelajar ramai dlm satu2 subjek tu. Sape2 buat gini syeikh bagi zero je. Siap sindir2 lagi pelajar skgni banyak rujuk cik net je, bukan rujuk kitab/buku/media cetak pun. Uih pedaaaaaas!!

Masa wat assignment utk subjek medik dulu, aku main je kopi pasta ni sket2, celok n cedok and really not take care abt what  bibliography was wahaha. tobat da taknak lagi wat camtu

Entry ni kau rasa inspiring tak? agaga
Sungguh aku semangat n betul2 happy harini. rasa macam dapat result pmr dulo2 aje 



Wednesday 10 July 2013

Happy Ramadhan #Buku#


#aktiviti Ramadhan#
  Assalamualaikum semua!!

  hari ni hari pertama puasa !


ape yang korang da rancang nak buat
utk hari ini dan hari seterusnya???
 ________
___ ____ _____


ramai kawan2ku yg sdg buat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun pd bulan mulia ini...

aku bulan 8, selepas raya adalah final exam
lepas final exam, kena hantar jawapan quiz-quiz pula....

biasala tu..perang Badar pun bulan puasa juga. Orang Islam praktis sume dlm bulan ni jugak bahkan dlm panas terik+puasa pula tu 
kita ade kipas, air-cond sangat senangla berbanding dulu

tapi takpela kita usaha sikit2, yang mana boleh buat kita buat kan2? yg penting lebih baik dari Ramadhan tahun lepas..

Ramadhan tahun lepas adalah yang paling best la sbb aku dpt rasa puasa kat Mekah.
 Qiamullail dlm Baitullah. depan aku je tersegam indah kaabah... Allah Allah rindunyee~~

okey setakat ni aku rancang nak baca buku tentang Demokrasi. okey, semalam2 aku tanya ustaz dlm kelas Aqidah, what is the perfect way in choosing a leader? Is it by election??
Syeikh kata bukan..bukan melalui pilihanraya sebenarnya.. okey setakat tu je aku bagitahu..yg lain korang baca sendiri okeyy dekat Kalamullah... sekarang ni aku nak habiskan ttg demokrasi yg aku muat turun dari democracy@Kalamullah
aku muat turun yg link kt atas ni & satu lagi yg ni DoubtsRulingdemocracy@Kalamullah
banyak sangat buku2 yang ada kat Kalamullah ni, ceramah pun banyak, artikel pun banyak.. banyak perkara yang dibincangkan..Fiqh, Fatwa, Sirah.. 
 http://www.kalamullah.com/index.html
feel free to spend time on it =)
cerita korea boleh habis banyak episod sehari, dgr mp3 limaplohminit takkan tokley kot ..eh?


malam ni solat terawikh utk hr ke-2... jom sama-sama solat! :)

39 pages je yg ni. baca 6pages/hr, dlm 1minggu habislah tu.senangkan? :)
Ramadhan Tips =)

Light Suhr & Iftar : bcz not to be lazy to pray or do another 'ibadah and also decrease desire
Avoid socializing: to avoid gossiping & backbiting
Schedule: yes off course, plan ur Ramadhan to make it benefit
Weakness & solutions: in your habit, and try to change it.. make improvement in this Ramadhan and keep it till the other months..struggle & fight!! if we stick to a new habit for about 28 days, insyaallah that new habit will become our habit forever....insyaallah~ (e.g  u easily can get angry, try to not angry for a month  hee*peace** #dont be angry ;))#
~the others, u can understand right? hehe

Happy Ramadhan!!! :)

Wednesday 3 July 2013

Santai Petang @Hadiqah Hussien, Amman


Assalamualaikum

selamat pagi hehe
dah crite ttg mimpi, nk cerita psl Hadiqah Hussien lak spt yg dijanjikan pd entri yg lps

Hadiqah Hussien ni biase2 je klu nk dibandingkan dengan Malaysia
Taman Tasik Titiwangsa lagi best
kalau nak yang lebih semula jadi, kunjungilah Taman Tasik Perdana(TTP).
kat  TTP la best kot. ade taman rama-rama n taman orkid berdekatan. Kiranya boleh gi sekali harung.

okey back to Jordan. HH ni kan klu tambah kerusi, bunga2 lg best. Merata kami cari tempat nak duduk huhu sbb tak bawa tikar..~
oh yea, masjid die cantik.
dan selalunya petang Jumaat memang sgt ramai orang. Warga Amman akan kumpul kat HH lepas solat Jum n balik sebelum Maghrib.
Kagum dgn diorang ni. Masa maghrib tu penuh saf.
Memang ramai la orang ni. Tiba-tiba otak bisnes aku berkata, "Kalau jual cupcake/kuih-muih ni, gerenti habis nih" wahaha
okey2
ape2 pn, aku datang sini utk menghilangkan boring
n nak bersantai-santai jep
ni adalah kali pertama aku dtg sini hoho~

HH ni masuk free je
Ade gerai jual potato spongebob tp tak beli pun
Ade 2 padang bola besar. 1 tempat permainan kanak-kanak; buaian, gelongsor dll..
yang lain2 tu dlm 5 kot court utk tenis, badminton, bola jaring/keranjang
klu taknak ramai org, pergila selain dr Jumaat.
HH ni memang kurang kerusi. bawa la tikar masing2 ye hoho
Sesuai utk lelaki jogging.

bekalan: homemade fishball (boiled&fried)

yg coklat tu jemput pisang hehe. *tip:klu nk buat jemput, ltk soda bikarbonat, rangup yoo!!

pintu masuk HH

pokok ni mencuri perhatianku. kt bawah daun kecil2, kt ats pjg2 mcm aiskrim batang..subhanallah~

kat sebelah kiri ni, penuh dgn pokok. so blh pilih yg mana utk menjadi teduhanmu :)

katsini pun ade org pasang khemah tau. BBQ pun ade. kami tikar pn tak bawa.sebbek ade org tggal surt khabar & plastik pnjg. blhla bersantai dibwh pokok2 renek ini

makan!

nyam nyam nyam

bunga kecik2 comel kat kwsan masjid


Masjid Raja Hussien. ramai pengawal katsini. klu nak masuk, kne pki tutup aurat sempurna
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak =)

click to donate=)