Monday 22 July 2013

Resepi Ayam Percik Merah Jordan/Perantau



Assalamualaikum

Ayam percik adalah salah satu masakan yang sangat popular di Kelantan. Kalau kat Kelantan selalunya ayam percik ni warna kuning gitu dan memang tak dapat dinafikan aromanya memang menusuk kalbu sampai jiwa meronta-ronta ketagih nak makan lagi dan lagi yo ko?
Kat mana2 pun hatta berada di Antartika pun korang boleh je masak ayam percik ni janji ade la bahannya kuikuikui

Apabila pergi pasar malam, ada pelbagai jenis ayam percik rupa-rupanya, tapi yang asasnya, resepi yang orinya, yg percik betul tu Kelate la...kalau kat pasar malam, macam2 inovasi dah ayam percik bubuh itu, taruk ini janji sedap ekekke

Begitula perihalnya bila tinggal jauh dari tanah sendiri sob sob sob 
tapi takpe kita buat asal sedap yoo
jom tengok resepi yang telah aku ubah2 n inovasi terkini =)

Resepi Ayam Percik Merah Jordan (-___-)

1 ekor ayam
200 gm bawang besar (kisar)
25 gm halia serbuk
1 biji @ setengah biji lemon 
25 gm bawang putih (kisar)
1 1/4 cawan gula, kalau tak suka manis, kurangkan jd 1 cwn pun da ok
Rempah ayam @ 1 kiub stok ayam (serbuk)
3 SB cili kisar
5 SB tomato puree
2 SB tomato sauce
2 biji cili api (hiris)
250 gm santan (klu serbuk, bancuh dgn air dlu sblm guna, jdkan 250gm)
Pewarna merah (utk sapu atas ayam)
Garam

-Campur semua bahan kecuali ayam dan pewarna merah. Kacau sebati.
-Masak hingga mendidih lepastu baru masuk ayam. Masak ayam dalam kuah 1/2 masak je.
-Pastu, asingkan ayam & bakar la ayam tu. Aku bakar dalam pan je. Letak minyak sket, pastu siram kuah atas ayam tu. Api sederhana je. Dalam 3 mint lpstu, sapu atas ayam pewarna merah. (Letak garam sket kat ayam ni sbb smlm aku tak letak, rasa dy tawar sket)  Aku buat sampai nampak cam terbakar je n bau memenuhi rumah ekeke
-Kuah yang lebih tu nanti boleh dimakan bersama nasi dan dituang ke atas ayam:)

Aku hidang ayam percik ni bersama bunga kubis goreng salut telur kaler merah jugak+ nasi kunyit campur cengkih. okeyla tu utk buka puasa kami berdua hoho

Selamat berbuka puasa  :)

Pedas-pedas manis gitu

triffle (hubby aku sumbat biskut finger, hancur jeliku :P, buah aloe vera (yg kuning tu)

trivia: Narrated Abu Huraira: Allah’s Messenger (peace and blessings of Allāh be upon him)said, Whoever says, ‘Subhan Allah wa bihamdihi,’ one hundred times a day, will be forgiven all his sins even if they were as much as the foam of the sea” [Sahih Al-Bukhari]

No comments:

click to donate=)