Assalamualaikum semua
pada hari raya haji hari tu I masak simple2 je, x buat biskut raya pun sbb fikiran ni da melayang jauh ke Dumyat kiki
pada hari raya kedua, I n my small family naik train pergi sana. Perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke sana. Dumyat ni aku suka sebab dia tak crowd macam Alex/Iskandariah...maybe dia macam kampung pertanian sikit la..tapi kat kawasan Ra's elbar tu, haa kat situ bangunan rumah2 lawa sangat. this is not my first time dtg Dumyat. dulu jalan2 dengan persatuan yg bawa n selalu dtg musim sejuk, jadi aktiviti utamanya adalah bukan menyelam atau naik jetski tapi kutip kerang buat balik zagazig, masak sambal..sedapnyaa!! haa lagi satu pergi tengok kawasan yg sebelah kiri sungai sblh kanan laut..nampak garisan antara dua2 jenis air ni.. (I pernah tulis psl Dumyat sblm ni)
bila sampai tu, train tak berhenti dekat stesen dia. dia berhenti kt kampung mana entah tapi dekat dgn jalan raya. bila keluar tu, memang ade la tempat menunggu tu semua, n pak cik2 van pun sedia untuk ambil penumpang. so, kami 3 beranak ni macam tak tau kat mana la kami ni so tunggu je teksi, kita pergi hotel terus. hotel yg suami tempah nama dia Zam zam Hotel, New damiette.. setengah jam jugak rasanya..then bila sampai, jauh rupanya hotel dgn pantai..so New Damiette (Dumyat Baru) ni jauh rupanya dari panatai..macam kena guna kereta utk ke pantai.. so gerak balik. tanya punya tanya, hanya ra's ulbarr je tempat yg macam ramai org gi situ, melancong, aktiviti pantai memang orang tumpu kat situ...so another 30 minutes pergi ra's elbarr. Aku memang pernah pergi sini, tapi xpernah naik train, dua tahun lepas kot last pergi ke 3 tahun lepas. memang karat la tak ingat.tengok dlm google map mcm dekat..tapi 30 minit jgk la rupanya...bila sampai, teksi berhentikan kami kat area hotel. banyak la hotel kt situ.ade juga apartment utk disewa (yg kami tny le500/mlm).. hotel al-wadi, Green house..dan banyak lagi..kami pilih Green House Le300/mlm.. ade lagi murah lagi dari ni le250, nama tak ingat, tapi depan green house je.suami aku tak minat sebab dia kata takde perabot sangat..maybe kurang katil kot, or takde table lamp??aku n AR tunggu je tepi jalan..dia yg g cari hotel masa tengah panas-panas tu. AR laks tarik tangan aku nak main tengah jalan tempat kereta lalu lalang tu..uuii la...da la penat mommy ni..
Bila check in Green House, sunyi je,,takde orang sgt pun...maybe skrg ekonomi egypt tak berapa bagus.. so sampai je terus rehat, makan, solat semua sbb petang nak g pantai..yeay!!
aku suka sgt AR time ni..mula2 nangis sbb takut. hubby aku bawa ke tengah2 nun..mula2 pinggir laut je bagi biasakan dia. maklumla first time jumpa pantai.. then hubby aku bawa ke tengah,letak dia atas pelampung. kalau aku, aku rasa tak berapa mampu nak lepas anak tak sampai 2 tahun kat tengah laut. budak umur 5 tahun pun perempuan tak nk g situ
sentuh2 dulu sebab takut T_T |
nangis tengah laut |
haa see, u look so brave facing the waves..waa good job anak mommy =)) |
kat sini kami sewa kerusi 2 biji, beli beg utk letak baju basah dgn air minum, dgn cangkul budak yg bina istana pantai tu..mcm2 peniaga jual ktsini; beg, baju blouse, selipar sandal, pelampung, mainan budak2.dll...
malamnya kami pergi ke kedai makan seafood.. nama dia Restoran Alauddin. kecik je tempat makan tu.. di dalam kawasan pasar campur banyak sangat kedai makan. dekat jugak dengan Hussien Mall. kawasan pasar ni di hujung jalan pantai dekat masjid besar Ar-Rahmah,. Kawasan ni ramai sangat orang. pelancong + orang tempatan. Restoran Alauddin ni ade 2 tempat, satu tempat pilih menu yg da siap cthnye udang grill, sotong bakar camtu..kita pilih dlm kedai dia je hidupan laut yg mana yg nak dimakan. ade satu ruang lg, restoran Alauddin jugak, tapi kita kena bawa hidupan laut dari mana2 gerai yg jual hidupan laut. gerai tu berlambak je kt depan restoran, blh tawar menawar pulak, then kurang busy dari tempat restoran tadi. so kitorg pilih kt gerai, sampai kt restoran tu, minta la yg udang ni, grill ke goreng, ikan merah grill ke goreng cmtu. sekilo udang utk grill RM12=le20 jugak la..huhu..pstu harga seafood ktsana tak murah pun.sama mcm harga kt zagazig or mayb mahal lg..kt zagazig aku rasa le80-90 je/kg..kat dumyat ade yg jual smpai le120/kg.. tapi aku jumpa je gerai yg jual le90-95 gitu ktsana..okey la tu..bkn selalu pun mkn seafood kt Mesir ni. susah nak jumpa.
cantik kan rumah ktsini? hehe (Ra's Elbarr, sebut dia Raksulba) |
tapau je, kedai makan tu penuh |
katsini gak ade kedai makan syria...
suami aku suka kedai makan ktsini sebb dia kata w/pn ramai org tapi bersih
jalan2 pun bersih alhamdulillah
sekitar area tu, ade macam2 restoran, ayam grill, kedai manisan pun banyak sgt, kedai mcm KFC tu pn aku rasa ade..sbb kitorg tak explore banyak.. penat perjalanan dr zagazig ke dumyat masih terasa..hikhik..pergi Hussien Mall. aku grab niqab sehelai..abaya pun lawa2..design takde kt zagazig..tapi utk save, lupakan ye niatmu itu..pasni nak balik msia, susah nak kargo.tak payah ngada2 nak beli baju sgt bisik hatiku.
malam tu memang tidur nyenyak, AR je main2 lompat atas orang
pagi tu ingat nak g pantai dkt2 dgn hotel je, bayar masuk pantai le20 tapi kotor..sbb hujung pantai kot..yg pantai AR main air kt atas ni awal pantai.. Palm Beach nama tempat tu..kat sini takde pantai free rasanya..sbb semua kerajaan egypt bagi kt swasta utk niaga & develop...sedih x? huhu...so Palm beach tu pn kena bayar jgk,,tapi jauh dr hotel 10 minit dgn teksi,,da la pelusuk,, jrg2 teksi lalu sana...so bila pantai yg nampak tak berapa bersih ni,, kitorg naik teksi, ter'pergi' ke Water Park. drebar teksi yg promosi..nampak dari luar nampak dah tak best.masuk le50/org..aku kata klu mahal gini baik tak payah masuk..baik kita pergi makan udang sekilo lg kenyang. suami aku desak suh jugak masuk tengok. then kitorg masuk cek dlu..tempat swimming utk budak2 pun ade..swimming pool yg utk ladies pun ade tapi budak2 laki masuk berenang ktsitu..pastu tempat tu jadi berbau dgn peluh..euw..huhu..terus hilang selera...tak payah la..ambil balik duit le100, naik teksi gi lepak kt sini..
ni hujung pantai.ramai..lepak ktsini je sementara tunggu nak check out |
kami check out dlm kol 12, lps zohor... dan depan hotel tu, suami aku tny, kita nak balik zagazig terus ke,, ke nak lepak mana2 dlu? akucakap ,,em balik je la..sbb otak aku takde la relax mana..dok igt nak exam, study pun kureng ..emm hati aku kuat mengatakan bhwsnye hubby aku ni mcm tak puas lagi ktsini so aku pun cadangkan jom kita pergi restoran hujung pantai tu..dkt dgn tempat kitorg lepak tadi..diorang buka pukul dua. so okey la. kitorang pergi tu lama la nak tunggu minuman dtg, kan da kata pukul 2 ..hehe..best la..udara fresh, tenang jee...
Restoran ni muka pintu je pinggir pantai, pastu memanjang ke laut 'Island Retaurant' :) |
strawberry, mint n lemon, mango juice..bukan jus natural (fresh).waiter tu kata natural #_# |
minum air & makan kek coklat je katsini sbb kalau da tengahari sangat, panas membahang..so lepas minum2, kami pun angkat beg naik teksi bertolak ke Zagazig. teksi le235 Dumyat-->Zagazig
walaupun percutian ni hanya sehari semalam, tapi aku puas hati. husband n my son pun happy. muka AR pun berubah merah2 lepas balik Dumyat. kuat sgt jalan kiki.. hubby ckp nanti lepas awak grad kita g lagi sekali..best sgt Dumyat, nak main pantai n explore restoran yg tak pergi lagi tu katanya hikhik....
No comments:
Post a Comment