Thursday, 9 December 2010

Ujian Paras Gula Dalam Darah

Pengenalan

Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah sekiranya:
• Anda mempunyai berat badan yang berlebihan
• Anda mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan
• Ibu atau bapa anda penghidap diabetes
• Anda kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing
• Anda kerap kali mendapat kudis dan jangkitan
• Anda mengandung

Sekiranya keputusan ujian paras gula darah anda tinggi, anda berkemungkinan seorang
penghidap Diabetes. Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja walaupun ia
lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa.

Ramai penghidap Diabetes berasa sihat dan hanya menyedari mereka mengidap penyakit
Diabetes apabila mereka menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimana ujian ini boleh dijalankan?
Terdapat dua cara ujian ini boleh dilakukan:

• Satu tusukan kecil jarum di hujung jari anda akan
menghasilkan setitis dua darah. Titisan darah ini akan
diletakkan di atas jaluran kertas khas dan dimasukkan
ke dalam mesin kecil yang dipanggil glucometer.
Dalam beberapa saat sahaja anda akan mengetahui
keputusan paras gula darah

• Ujian kedua memerlukan pengambilan beberapa
mililiter darah dari salur darah vena di lengan dengan
menggunakan jarum yang lebih besar. Darah ini akan
dimasukkan ke dalam botol khas dan dihantar ke
makmal untuk ujian. Anda boleh memperoleh
keputusan ujian ini dalam masa beberapa jam ataupun
dalam masa sehari
Anda boleh melakukan ujian ini pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda. Ia boleh
dilakukan sebelum atau selepas makan.

Di mana saya boleh menjalani ujian?
Anda boleh menjalani ujian ini di:
• Klinik panel keluarga anda
• Di mana-mana poliklinik kerajaan atau pusat kesihatan
• Di farmasi
• Di semua hospital
• Di makmal swasta

Apa keputusan yang teruk?

• Jika keputusan paras gula darah di bawah 7mmol/l itu bermakna anda bukanlah
penghidap diabetes. Walau bagaimanapun anda berkemungkinan mendapat Diabetes
kemudian hari. Adalah menjadi amalan yang baik jika anda melakukan ujian paras
gula darah setahun sekali

• Sekiranya keputusan darah anda melebihi 7mmol/l kemungkinan anda seorang
penghidap Diabetes. Doktor anda akan meminta ujian seterusnya dilakukan untuk
tujuan pengesahan

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengidap Diabetes?
Ramai penghidap Diabetes boleh hidup dengan normal, sihat dan hidup dalam jangka hayat
yang panjang. Belajarlah berkenaan Diabetes dan berjumpalah dengan doktor anda secara
berkala. Dengan cara ini anda dapat menguruskan keadaan anda dengan betul.
Bolehkah diabetes dicegah?

Terdapat 2 jenis Diabetes:
Jenis I: Diabetes jenis ini sering terjadi semasa anda masih muda dan mereka yang terlibat
perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayat mereka. Buat masa sekarang
keadaan ini tidak dapat dicegah.
Jenis II: Jenis ini lebih banyak terjadi dan ianya berkait rapat dengan corak kehidupan
seseorang. Mengamalkan cara hidup yang sihat dapat melengahkan terjadinya
Diabetes dan mungkin mencegahnya:
• Lakukan senaman setiap hari
• Kurangkan makanan yang manis atau cuba elakkannya
~miliary tuberculosis of the lung~
• Dapatkan berat badan yang unggul

sumber: info sihat (KKM)

trivia¬masa belajar Pathology tadi, tiba2 dengar bunyi mercun/bunga api. habis kelas, terus mengatur langkah ke musolla. tanya kawan arab, ada perayaan apa tu? ( saya ingatkan keputusan pilihanraya Mesir ke ape..rupa2nya...'no,there are celebration for the 6th year students..their graduation day'...huhu..best kan diorang..tengok2 da habis da rupanya. enam tahun :)~ senior2 arab pakai kot, main alat muzik ape entah..sangat bising..ramai pelajar yang tengok kat bangunan. sutuh (bumbung bangunan) pun ade orang naik..hehe..all the best to our Zagazig University seniors~(sangat tak sabar menanti detik itu..hoho~

No comments:

click to donate=)