alhamdulillah, bertemu lagi kita hari ini sahabat-sahabat. Seperti biasa, ini bukanlah kata-kata formal memandangkan saya pun lebih suka menggunakan kata-kata yang tidak berbunga dan tidak berjela-jela, asalkan maksud itu difahami.
saya menulis bukan kerana populariti. saya takut untuk menjadi seorang yang popular. Dalam hal ini, saya mesti juga meluahkan apa yang saya rasa sekarang ini.
alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kempen Biah Solehah yang saya kemudikan disamping Ketua Unit Pembangunan Insan dan Timb. Ketua, serta pengarah KBS telah berjalan hampir sebulan. tinggal 5 hari saja lagi ( p/s: kempen ini secara formalnya, tiada majlis penutupan , so, terus amalkan item2 dalam biah solehah ye :)
Antara objektif Kempen Biah Solehah ialah :
-mewujudkan biah solehah dalam kalangan PERUBATAN
-mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar PERUBATAN
-membina kesatuan dalam kalangan pelajar PERUBATAN
-memastikan pelajar PERUBATAN mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar dalam kalangan mereka
-melahirkan doktor mukmin yang berkualiti dari segi akhlak dan peribadinya dalam kalangan pelajar PERUBATAN.
Antara Item-item kempen Biah Solehah pada tahun ini ialah:
-Kempen Jauhi Ikhtilat Tidak Syari'ie
-Kempen Solat Jemaah
-Kempen Puasa Sunat
-Jom ke smart Circle
-Cintai Allah dan Rasul
-Kemantapan Ukhuwah
-Jom Berpakaian Mengikut Syari'at Islam
artikel sudah diedarkan ke rumah-rumah,flyer,ym dan facebook juga sudah. solat jemaah bersama-sama, smart circle gabungan, penerangan di setiap rumah, kempen dan terus kempen..kesannya harapnya sentiasa ada peningkatan dari sehari ke sehari..
Sambutan yang diterima agak menggalakkan. Cumanya bagi saya sendiri, mungkin saya boleh bagi B-. huhu. Terutamanya dalam masalah ikhtilat tidak syari'ie dan juga pemakaian. Mengenai ikhtilat tidak syari'ie tu, saya rasa mungkin adik-adik baru masih lagi tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan walaupun sudah banyak penerangan demi penerangan. emm,tak sampai hidayat lagi agaknya. Sebab itu, saya mengajak sahabat-sahabat untuk hadir ke forum Simbiosis Cinta pada 26 Nov ini. kalau ada kerja yang membabitkan lelaki dan perempuan, pakat2 jagalah batas2nya. saya terima berita yang tidak berapa enak didengar iaitu pendebat-pendebat sempena FIESTA menggunakan peluang ini untuk berikhtilat tidak syari'ie. Kadang-kadang terkeluar dari topik perbincangan. pesan saya, jaga2lah batas2. Kenapa? senang je. kita kan muslim. hamba Allah. try tengok dalam al-Quran, kan ade sebut pasal ikhtilat2 ni. harap semua pihak ambil cakna tentang perkara ini.
yang kedua, penggalakan untuk memakai baju kurung dan jubah sahaja untuk Nov ini. kalau saya survey, tahun 2 dan 3, alhamdulillah, adalah peningkatan. 23% ..huhu
ok, jom terus bersama UPI, jom kempen, amar makruf nahi mungkar ( suruh benda baik, larang benda maksiat dan kemungkaran ). Elakkan diri dari gugup dalam menjawab amanah anda di padang mahsyar kelak. padahal anda adalah orang yang mengetahui...
assalamualaikum :)
timb pengarah KBS 2010
ini adalah pandangan saya sendiri. tiada kaitan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. bukan suara PCZ. bukan suara orang lain. tetapi terbit dari diri hamba yang lemah ini..
trivia¬ kempen biah solehah. if u feel this campaign is nothing, means u don't have any intention to get involve n support what we want to deliver to the community-this is wt i mean. not the others- timb. pengarah kempen biah solehah pcz 2010-
p/s-hasbi rabbi jallallah--fried pasta tonight :)--Kempen Biah Solehah--Fatayat Games-jom singgah di KBS Booth (ada tayangan, pop one dan pop up games. jom :))& jangan lupa tau, Forum Simbiosis Cinta di Dewan Darul Wehdah, 5.30 petang, pandangan dari dua panel yang tidak asing lagi di Mesir. jumpa di sana :)
group MITOCHONDRIA - Generate power oF ukhuwah, insyaallah~
No comments:
Post a Comment