Wednesday 24 April 2013

Minggu yang Ceria!

@Lebnani Snacks Restaurant





 assalamualaikum semua
minggu lepas adalah minggu yang sangat ceria & sangat2 bermakna buat saya hehe

yang pertamanya saya dan hubby keluar makan kat Lebnani Snack
kat atas ni adalah fruit salad with ice-creams (choc-strawberry-etc flavorss sangat sedap!!)
kat sini jugak saya makan zenger sandwich , hubby makan sausage sandwich
apa yang bermakna sangat ni kan, makanan biase je pun meheheii
bermakna sbbnye kitorang da tak keluar makan da sebulan lebih da kot..
makan kat rumah + makan kat rumah teyta je (panggilan nenek sebelah hubby), dgn tidak makan diluar kita save money la utk keperluan mendatang ye. Jordan ni lbh kurg europe. fruit sld icecream ni JD 3.55 (-_-)' garu kepala(*_*)

keduanya adalah : Donuts Factory =)
ini adalah pertama kali aku makan makanan dari DF .jakun ko? hehe
kat Cairo maybe ade, kat Zagazig takde. Zagazig hanyalah small town. supermarket pun ade dua je (sbb tu duk zgzg save money hihi=))




apple pie, sugar donut, blueberry donut & blueberry cheesecake

semua spesis2 donat di atas sedap n memuaskan hati para pembeli
cheesecake kureng sket myb terlebih sour cream ke ape hoho tp bagi hubby sedap hingga menjilat jari dah 

ketiga: taara =)
mom-to-be =)
check ari sabtu lepas
alhamdulillah
embryo da nak masuk dua bulan. aku tengok ultrasound rasa cam cute giler anak aku ngeyngeyyy, sebesar raspberry je masa ni. klu masuk 9th week tu baru kita panggil fetus

keempatnya pertama kali aku bersua muka dengan ibu mertua ku hehe
sebelum kahwin aku skype je
selepas kahwin masa jumpa tu eei cantiknya mama dieee
mama sampai dari US petang, Sabtu
tapi sebab aku pregnant, aku rasa penat+headache+nausea semua cam nak pitam so aku banyak diam je masa kat airport. Semua ahli keluarga datang sambut bestnye...ku kini merindui ibuku huhu

banyak hadiah mama bagi. antaranya:
mama bagi hubby guess for men, aku lak euphoria from CK
2 pasang pijama, handbag Franco Sarto, socks, Clinique stuff & Maybelline Liquid Mousse, chocs (hershey,kit kat etc.....)

hari kedua mama kat Jordan, petang tu mama ajak aku masuk dalam bilik. dalam bilik tu ada kak ipar & teyta. diorang ni nak wat pe ni? oh mama nak buat facial treatment hihi. lepas teyta & kak ipar, tibalah giliran aku. aku cakap kulit aku cepat kering blablabla. mama sabar je mendengar omongan menantunya ni hihi.lepas tu, mama put cherry lipbalm (mmg kering bibir aku ni, sampaikan bila aku gi klinik gigi doktor gigi sapukan vaseline hihi), lepas tu bubuh tu bubuh ni, yes die make up muka aku
dia rasa sesuai aku pakai clinique, dia bagi clinique n all those make up things dlm photo. baru lagi.baiknye mama... terharu T_T~ 






Kat Jordan Post, ambil kiriman dari family =)


Sabah t-shirt for us! =)
 thanks for my family for these adorable t-shirts
yang merah jambu tu siap ade map gunung kinabalu lagi
ada 1 stop kat gunung tu dipanggil Ugly Sister Peak, at mile 4 half 
kenapa orang zaman2 dulu suka letak nama yg pelik2 dan sungguh tidak positif eh?? banyak jugak nama-nama tempat yang lebih teruk namanya selain dari ini...contohnye.... kedai lalat kat kelantan hihi tapi rasanya da di ubah sekang, ade lagi Pantai Cinta Berahi jadi Pantai Cahaya Bulan...ni la yg aku ingat..ape nama tempat yg huduuh kat tempat korang? ade?  




trivia dari blog Ustaz Saiful Islam 
Ceramah motivasi makin kembali terasa seperti berniaga air liur basi. Ia seperti memanipulasi kelemahan masyarakat yang menagih benda lemah, tanpa berusaha mengukuhkan mereka dalam erti kata yang sebenar.
Apa sahaja pilihan, kita adalah umat dakwah sebelum segala-galanya.
Motivasi adalah pilihan. Dakwah adalah kewajipan

*hari ni befday yaya yg ke-14
aku send msg kat die cabar buat pan cake yg fluffy n gebu hoho
biasalah every year kita kena ada peningkatan diri ye tak? =))

4 comments:

Unknown said...

awwww..kak mai dah jd M2B..congrats kak mai!! rindu kakak sgt2x! =(

iek@fz said...

Congrates mai..tcare;)

Unknown said...

maiiiii...congratess!!wahhh,bahagia betull..doala ko saem awop ni etepp..huhu

mysa said...

@syan insyaallah mom-to-be hehe.. k.mai rindu kat awk jugak :')
@kak ieka thanks kak ieka...insyaallah semuanya baik2 belaka =))
@k.inirah thx k.nirah,,tu la..oghe suruh die nikah dlu taknak hehe..takdop la gurau2...insyaallah cayam, turn awok pulok pasni =))

click to donate=)