Thursday, 2 September 2010

Rancangan Sirah Nabi + Haiwan Teladan di TV 3


assalamualaikum semua. apa khabar? 

pagi tadi, saya menonton tv. Rancangan kanak-kanak yang bertajuk Sirah Nabi, sempena Ramadhan. bagus la saya kira rancangan ni. Bukan pasal nabi je, tapi sahabat-sahabat nabi. Ada tiga segmen : bersama ustaz Khairul, khalifah cilik dan tiru macam nabi. Segmen bersama ustaz tu, pagi tadi ustaz Khairul cerita 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga. Antaranya ialah : empat orang khalifah ar-rasyidin, Zubair bin Al-awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Abi Waqas, Abdurrahman al-auf, dua orang lagi lupa. hoho.. sori 

sejarah Zubair al-awwam dan Abu Ubaidah al-Jarrah ni saya da belajar masa darjah empat kot kalau tak silap. Saad bin Abi Waqas belajar masa sekolah menengah. Khalifah cilik ni pagi tadi adik2 dalam rancangan tu membuat persembahan nasyid. Dalam segmen tiru macam nabi pula, Abang Zaidey ( pengacara rancangan tu ) memperkatakan sedikit sebanyak tentang bagaimana nabi bergaul bersama para sahabat. 

Dikatakan juga sahabat2 nabi semuanya berjumlah 100 000 orang. waa banyak tu..siapakah yang digelarkan sahabat? Sahabat ialah orang yang pernah berjumpa, orang yang pernah hidup satu zaman dgn nabi dan orang yang pernah bercakap dgn nabi. Jika orang tu kafir, maka dia bukan digelar sahabat nabi. wallahu'alam.

lebih kurang pukul 10, maka tamatlah rancangan sirah nabi ini. Semasa ditayangkan nama adik-adik dan krew2 yang terlibat, maka lagu dalam video ini pun diperdengarkan..waa bestnya. :)

trivia¬ pagi ini baru saya tonton tv selepas 2 hari kat rumah kat malaysia ni :)
bagusla. tapi saya harap rancangan macam ni diteruskan, bukannya masa bulan Ramadhan sahaja dan bukannya pagi kol 9.30, tapi sebelum anak-anak pergi ke sekolah. ( adik2 saya balik skola tgk kartun je :( )

tajuk lagu ni, we are brothers and sisters, Genius Aulad with Raihan. best. macam international nye artis gitu. hehe. eh, korang yang duk kat luar negara boleh je tengok. layari www.tv3.com.my ..selamat menonton :) 

Haiwan Teladan best juga. pukul 9 pagi. kat TV 3..Amar dan Kak Di mengacarakan rancangan ini. Pagi tadi, pasal burung puyuh atau quail atau assalwa yang menjadi makanan pengikut nabi Musa (kaum bani Israel). Burung ini meminta kepada Allah supaya dirinya boleh berbakti kepada Allah. Maka, Allah memerintahkan burung puyuh turun dari syurga dan terbang rendah supaya dapat ditangkap oleh kaum bani Israel untuk dijadikan makanan. Tambahan pula, kaum ini juga pernah meminta kepada Allah supaya dapat makan makanan yang lain kerana sudah jemu dengan makanan yang ada.Mereka tidak pun berterima kasih kepada Allah. Lama- kelamaan, kaum ini menjadi sombong. Allah pun menarik balik nikmatNya dengan memerintahkan burung-burung puyuh tidak terbang rendah dan pulang ke syurga. em begitulah ceritanya.wallahu'alam~

Sirah Nabi dan Haiwan Teladan ni kalau tak silap Isnin hingga Jumaat. ok. sekian dulu :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ( salam yang paling sempurna bernilai 30 pahala )..selamat beramal :)

No comments:

click to donate=)