Saturday, 28 August 2010

Nikah Khitbah Satu Alternatif ~ Pendapat Dua Tokoh

assalamualaikum semua. harap sihat selalu. senyum sikit..no..not that fake smile..smile..smile..smile :)


Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
 
Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.
 
Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!



Agenda Ramadhan adalah melahirkan ketaqwaan dan rasa takut kepada Allah S.W.T. Saidina Ali mentakrifkan takwa sebagai ; Takut kepada Allah yang Agung, Beramal dengan apa yang diturunkanNya, Redha dengan kurniaan yang sedikit dan bersedia menghadapi Hari Perpindahan (hari Qiamat).

Proses mendapatkan ketakwaan dalam bulan Ramdhan ini dengan kita bersungguh melaksanakan ibadat kepadaNya. Maka aktiviti tadarrus Al-Quran, bertarawikh, Qiam dan tazkirah adalah proses untuk melahirkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Perkara yang paling penting adalah selepas melalui madrasah Ramadhan ini, apakah perlaksanaan yang sepatutnya dilakukan oleh hamba bagi membuktikan kejayaan tarbiyyah itu tad?. Sepatutnya agenda mengubati masalah masyarakat adalah agenda utama sebagai bukti kejayaan tarbiyyah di bulan Ramadhan.

Sungguh mendukacitakan, sepanjang Ramadhan ini media massa begitu istiqamah menyiarkan berita pembuangan bayi di seluruh tempat di Malaysia. Melaka menjadi kawasan popular tempat berlakunya pembuangan bayi. Seakan-akan masyarakat kita kembali ke dunia jahiliyyah.

Semua pokok permasalahan ini merujuk kepada didikan nilai kepada masyarakat semasa. Masyarakat sudah hilang nilai akhlaknya, sudah hilang identiti Islamnya. Cinta songsang menjadi pilihan, pembunuhan anak tidak berdosa adalah tafsiran kepada rosaknya nilai dan budi masyarakat. Semua kes ini berlaku dalam kalangan remaja lebih-lebih lagi remaja yang berpendidikan di universiti.

Dalam konteks USIM sebagai universiti Islam, sudah sampai masanya USIM menjadi peneraju kepada solusi masalah ummat. Perlaksanaan idea kepada penyelesaian masalah ini perlu diorganisasikan dan tadbir urus dengan bersungguh-sungguh dan cermat. Jika melihat suasana masyarakat kampus USIM, sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu bagi mengubat penyakit yang parah dan berjangkit ini.

Penyakit yang parah yang dimaksudkan di sini ialah penyakit cinta tanpa ikatan sah, ikhtilat yang mulai bermaharajalela, pertemuan lelaki dan perempuan dalam keadaan berdua-duaan, lelaki dan perempuan berada dalam kereta berpasangan, lelaki dan perempuan berbonceng menaiki motorsikal sehingga kadang-kadang membawa kepada peristiwa penangkapan khalwat di rumah sewa, mengaku berzina dan pelbagai lagi peristiwa yang mengaibkan kepada kita warga universiti.

Perhatian! Jika inilah masalahnya, adakah cukup dengan melarang mereka tanpa memberi apa-apa jalan penyelesaian untuk membantu mereka? Adilkah kita tidak befikir untuk membantu menyelesaikan masalah mereka?

Masalah hawa nafsu dan kemaruk cinta ini perlu disalurkan kepada tempat dan tindakan yang halal. Maka di sini cadangan terbaik ialah nikah khitbah.

Nikah khitbah adalah resolusi yang dicadangkan selepas perbincangan 10 NGO di peringkat pusat. Maka USIM perlu bertindak proaktif menjayakan resolusi ini.

Sesungguhnya, USIM adalah tempat berkumpulnya sejumlah besar pelajar aliran agama di Malaysia. USIM merekodkan jumlah mahasiswa terbanyak yang mengambil pengajian jurusan agama. Asas agama yang ada pada mahasiswa perlu dimanfaatkan secukupnya supaya mereka bertindak mengikut syariat juga.

Nikah khitbah adalah pendekatan fiqh yang memudahkan urusan perkahwinan. Ia bertujuan memberi ruang kepada pasangan itu bersedia untuk memasuki alam kekeluargaan yang sebenar. Perkahwinan ini begitu ideal untuk pasangan yang sukar dan tidak berkemampuan memegang tangunngjawab yang besar menyara kehidupan berkeluarga. Hak-hak memberi nafkah, menyediakan keperluan dan duduk bersama digugurkan dalam tempoh perkahwinan ini. Namun demikian rukun-rukun perkahwinan kekal diikuti tanpa apa-apa pengurangan.

Justeru, alangkah indahnya jika permasalahan sosial yang berlaku kepada masyarakat kampus USIM diatasi dan dibanteras menggunakan kaedah perkahwinan khitbah ini. Mahasiswa hanya perlu meminta kebenaran wali untuk bernikah tanpa perlu memikirkan tanggungan untuk isteri yang dinikahinya (mahasiswi).

Si suami (mahasiswa) tidak perlu pening berfikir untuk membahagikan wang biasiswanya untuk isteri (siswi). Kerana bukan dalam tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh ini (nikah khitbah).

Si suami juga tak perlu kalut mencari rumah sewa untuk tinggal bersama, kerana mereka diberi kelonggaran untuk tinggal berasingan. Maksudnya, yang berada di Desa jati boleh kekal berada di Desa Jati, manakala yang berada di Sutera indah kekal berada di Sutera Indah. begitu juga yang berada di Anggerik, Desa Kasia, Akasia dan Nilam. Kekallah kalian di tempat tinggal kalian tanpa perlu berpindah randah.

Apa yang menarik, apabila mereka berkahwin dengan cara ini, mereka tanpa perlu segan-silu untuk bertemu secara berdua-duaan di mana sahaja mereka suka. Mereka boleh duduk berdua-duaan di perpustakaan berbincang dan belajar. Mereka boleh bertemu di kedai makan dan makan bersama-sama. Malah boleh berjalan-jalan beriringan ke mana sahaja, jika mahu berdua-duaan di dalam kereta, silakan skuad AMAN tidak akan melarang dan membantah, malah bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian berdua.

Bahkan, jika kalian terlanjur sekalipun, kalian sebenarnya sudah halal untuk berhubungan, tiada masalah lagi. Kalian bukan lagi berzina tapi kalian sedang menuruti sunnah yang besar iaitu berkahwin. Maka keberkatan yang besar untuk kalian. Jika hamil sekalipun, tiada cercaan yang dikenakan, sebaliknya keluarga di kampung menyambut dengan kesyukuran. Kerana kalian telah menyambung nasab keturunan yang sah. malahan kalian pasti bangga menjadi ayah dan ibu muda untuk anak kalian.

Maka indahnya jika suasana halal dan soleh ini tercipta di bumi USIM tercinta ini. Bantulah mereka yang memerlukan ini. Bantu dalam sudut memberi penerangan, garisan syariat yang perlu dipatuhi dan cadangan serta nasihat yang terbaik supaya mereka memilih cara ini bagi menghalalkan hubungan mereka.

Malahan jika berkewangan, bantulah dari segi menyalurkan sedikit kewangan kepada mereka, supaya mereka kuat dan bersemangat menghadapi dunia baru dan mencabar, iaitu dunia perkahwinan. Saya pernah dengar, UIA menyediakan penginapan dan kewangan khas untuk pelajar yang berkahwin. Alangkah indahnya jika USIM juga melakukan perkara berkebajikan seperti ini.

Sedang berkhayalkah saya dengan segala cadangan ini? Atau saya sedang mimpi bagaikan bulan jatuh ke riba. Tapi saya yakin ini adalah mimpi soleh untuk perjuangan yang soleh. Tak tegar lagi hati ini melihat kemungkaran mulai masuk sedikit demi sedikit ke bumi tarbiyyah ini. Bumi USIM jangan dikotori dengan maksiat. Saya tidak sekali-sekali redha jika ini berlaku.

Ayuh kita organisasikan agenda ini. Kita susunkan ia. Tanzimkan ia. Jelas matlamatnya untuk dakwah kepada insan-insan di bumi USIM. Biar tahu erti cinta soleh, perkahwinan yang berkat dan kehidupan yang halal. Jangan biar mahasiswanya berijazahkan syariah tetapi menjadi musuh Allah. Takrif halal dan haram sudah sebati di mulut, tapi hatinya bergelojak dengan hawa nafsu jahat yang membunuh keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Salurkan kepada tempat yang syara' nescaya fitrah itu membantu ke arah keberkatan hidup.

Saya cuba melopori tuntutan ini, tuntutan untuk nikah khitbah. Tetapi bukan bermaksud saya yang memulakan perkahwinan, tapi sebagai pendesak kepada jemaah, organisasi dakwah dan tarbiah di bumi USIM, baik MPP atau SPMM. Cuba cetuskan syariat ini, jadikan ia satu fenomena dakwah di bumi USIM. Biar bersinar syariah Allah di bumi USIM. Ini proposal saya kepada kalian. Minta dibahaskan.
Bersabda nabi S.AW. : "Wahai sekalian pemuda, Jika sesiapa dikalangan kamu mampu berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya (perkahwinan) ini menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Jika tidak mampu, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya (puasa) itu adalah ubat.

P/s : Ini adalah terjemahan idea yang dicetus oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi di alamat blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com/








  • antara komen2 dari rakan facebook~








    • setuju dengan bersyarat.. Syarat kematangan, kesediaan dan banyak lagi..bukan kahwin untuk nafsu semata..





    •  justeru itu ana cadangkan ia diorganisasikan dan ditadbir urus.. biar masyarakat USIM memahaminya dgn erti kata sebenar..ia perlu mengambil masa utk difahami bersama





    • pro & kontra...bab kata pepatah arab :
      ركود الماء يغسده وفرغ الشاب يقتله
      " Air yang statik akan merosakanya..masa kosong bagi pemuda membunuhnya ".
      Nikah yang di cadangkan adalah satu penyelesaian yang baik bagi menanganni masalah...tp sebenar...nya punca msalah adalah waktu yang kosong yang tidak di isi dengan sumber Ilmiyyah yang sepatutnya...


      seseorg yang sentisa memikirkan stdy tidak akan terjerumus ke dalam lembah tersebut..melaikan mereka rasa jemu,bosan & sebagainya untuk mengisi waktu lapang yang ada...
      bukan juga masalah maksiat..tetapi JIHAD mereka melakukannya...bayangkan dari kolej kediaman wanita & lelaki adalah jauh..tetapi JIHAD mereka mengharunginya untuk berjaya melaksanakan JIHAD CINTA MAKSIAT mereka...




    • Cadangan nikah khitbah ini baik..namun seperti yg d nyatakn oleh rakan fb yg lain, perlu mencari punca d mana silapnya n perlu ambil kira kematangan dlm mendirikan rumah tangga...tangungjawab besar tu dik..lbh2 lg jika dikurniakan zuriat..kite tidak boleh menafikan keadaan ini ianya fitrah bg pasangan suami isteri..sokongan kuat keluarga mmg sangat2 perlu in case dua2 masih kuliah..pasti akan melibatkan aliran dana drpd ahli keluarga n jemaah...kalau setakat 20 @ 30 pasang suami isteri..InsyaAllah jemaah bleh tanggung lg..tp kalau dah beribu2 pasangan n zuriat sampai 2 @ 3 & masih kuliah..berat gk..YA mmg benar rezeki akn ada gk utk anak tu tp drp mana..ya mmg drp Allah..tp melalui siapa????????...isu pembuangan bayi, berpunca drpd diri individu itu sendiri..punca jauh drp nilai agama, akibat lalai!!...dlm konteks di USIM insyaAllah masih dlm keadaan terkawal. . .




    •  life is never black and white...cuma jangan idealistik sampai menyalahkan mereka yang bernikah khitbah, andai itu yang terbaik untuk mereka berbanding risiko zina dan buang anak yang berleluasa kini..tarbiyah boleh bermula selepas nikah..cuma mekanismanya perlu kerjasama dan komitmen semua..persoalannya, anda mahu menyertainya atau tidak





    •  tubuhkan Unit Baitul Muslim di USIM... ^_^







    • Ni pula komen seorang sahabat yg tak dpt ditulis -

      salam..ini sekadar pndpt..
      dr segi positifnye mmng nikah khitbah ni bgus sgt2 utk elakkn drpd b'lakunye p'kare mksiat y smkin b'leluase ni..tp kne nilai juge dr segi kesediaan pasangn n kluarge msing2..mslh akn tmbul bilamna pasangn nikah khitbah ni dkurniakn anak..sape y akn mmelihara n mnjg ank mrk sdangkn ibu bapanye tnggl b'asingn n sisuami tu plak xbkrja lg?nk hntr kt rmh atuk@nenek mrk n smpai bile atuk n neneknye tu nk mnjgenye?nnti silap2 ank tu dh xknl n xnk lngsung ngn mak ayah mrk..sape y ssah..cian kt ibu y mlahirkn tu..
      tp ia juge mrpakan slh satu usha n ikhtiar utk mmbndung p'kare mksiat drpd trus parah...pucuk pangkalnye kesediaan n p'setujuan phak2 td..n mrk kne lh fikir ngn smasak2nye utk wt kputusan..
      nk bndung p'kare mksiat bkn k'ja mdah..sdngkn mrk y lahir drpd glongn y baik2 pn blh terjebak..


      ini juge dpt mnilai sjauh mne tahap keImanan sseorg muslim tu n pengaplikasian ilmu agama y tlh dplajari sedari kcil..jnji Allah juge y mngatakn org y berIman pn xkn t'lpas dr diuji olehNya..
      ~wallahu a'lam~ 




    • ni komen kak min dlm blog - S
      alam...

      Tidak di nafikan ini adalah satu jalan penyelesaian yg baik bg mereka2 yg benar2 faham agama...tp bagi yg kurang arif atau jauh drpd nilai agama, mungkin mereka akan menjadikan ini satu jalan mudah bagi m...enghalalkan hubungan..bimbang kejahilan ilmu rumahtangga d kalangan pasangan muda menyebabkan lebih banyak kes penceraian...bergegar aras bila talak di lafazkan..Allah juga tidak menyukai penceraian.

      Kaedah ini bergantung kepada individu itu sendiri, ianya baik bagi mereka yg benar2 faham agama...manakala bagi yg kurang arif..mungkin mendatangkan permasalahan..contoh nasib ibu-ibu muda dan anak yg tak terbela setelah penceraian berlaku..

      Sebagaimana yg kita tahu, kes2 pembuangan bayi banyak berlaku di kalangan remaja yg hidupnya tidak bersendikan agama, berbanding remaja yg cukup didikan agama namun tenggelam di hanyutkan oleh badai cinta, gelodak nafsu juga hasutan syaitan laknatullah kerana lupa akan batasan yg telah ditetapkan oleh syariat..

      Ini sekadar pendapat..boleh di terima atau dibangkang...

      Wallahua`lam 





    • ni komen kak erma -
      Salam,

      hanya sekadar pendapat.
      kadang-kala perkahwinan boleh menjadi cara penyelesaian yg baik cuma,masih ada cara lain yang boleh dipraktikkan.
      ...
      kalau mereka ini berkahwin,pasti mereka akan mempunyai nilai tanggungjawab(akhlak baik)?

      Cuba fikir,mereka yang senang2 mempamerkan keaiban/kejahatan dengan 'berdating dsb' ini ada tanggungjawabkah??

      mereka yang punya nilai tanggungjawab untuk sesebuah rumahtangga tidak akan luntur nilai akhlaknya,

      maka dari mana datang akhlak?sudah tentu dari akidah yang teguh serta ikut syariat yang betul...

      maka kesimpulannya,

      mereka ini harus diperteguhkan dengan tauhid serta syariat dulu sebelum memasuki alam 'tanggungjawab'

      hak Allah tak selesai lagi,agak2 hak manusia akan terbayar?

      perkahwinan bukan penyelesaian,apatah lagi khitbah,

      ia sebuah permulaan tanggungjawab.





    • ni komen Si Pengemis Iman -
      salam..
      alhamdulillah..ana myokong usaha akhi utk memulakn dkwh ini..
      percepatkn dan usahakn dgn segera krn ana sndiri dpt melihat angin baru yg mula melanda usim..dikhuatiri ada warga usim yg akn myumbang kpd perma...salahan yg sdg hangat diperkatakn skrg..
      mencegah lebih baik dr mengubati..
      smntara ia bru btunas eloklah segera dicantas sblm tunasnye mula berbunga..







    • terdetik hati... andai perkara ini berlaku, adakah isu kahwin n cerai akan smakin berleluasa....?

      berkahwin skadar utk mnghalalkan yg haram...

      tiada rasa tanggungjawab... apabila sudah bosan, cerai...
      ...
      na'uzubillah..

      sebenarnya, kita perlu belajar mendidik n menguruskan emosi...

      ketidakstabilan emosi sewaktu tumbesaran itu normal,

      tapi menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mendidik, menguruskannya n menghalakannya ke jalan yg benar...

      mungkin isu untuk membanteras zina,cara ini mungkin berkesan...

      namun, bagaimana pula dgn generasi yg selepas ini... khuatir isu nikah n cerai menjadi suatu perkara yg di buat main... atau dijualbeli...

      nikah satu malam... nikah untuk setahun... ish, nau'zubillahiminzalik....

      jika tak mampu, mujahadahlah...

      nikah itu tanggungjawab, bukan sekadar tempat untuk melampiaskan nafsu!

      -sekadar pandangan-

      wallahua'lam..





    • kerana hidup ini ada fitrah, selagi kita menurut fitrah, ALlah akan bersama.. jangan melepasi hudud Allah dan tidak melnggar syara'..cukup ia membantu...




    •  bicara soal nikah.. ramai yg suka... tp perlaksanaannya, ramai yg kecut perut... lari~










    • komen dari Anonymous dlm blog -
      masyarakat PERLU melihat perkahwinan itu satu yang berat.bukan ringan...berat dari segi tanggungjawab..


      sebelum melaksanakannya kena tahu dulu tujuan perkahwinan ni..

      ...mungkin antara faktor yang nta ulas adalah kerana gejala sosial yang berleluasa dan perbuatan zina yang tidak dapat dibendung..

      tetapi...cuba nta fikir...adakah perkahwinan yang nta mahu syorkan hanya semata-mata unutk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan?

      jika itu tujuannya,maka hanya itu yang akan kita peroleh..

      perkahwinan hanya unutk memberi cop halal unutk 'hubungan'
      bukan untuk melahirkan generasi soleh solehah....

      ini malaysia,bukan keperluan pelajar2 di luar negara yang menuntut kepada keselamatan seperti di Mesir dan sebagainya.

      kesian ibu bapa,xdpat rasa lagi anak-anak menanggung mereka ketika di usia emas..

      Misi Usim xhabis lagi...

      sy tak rela masyarakat yang sebelum ini tidak pernah kenal nama USIM pun tiba-tiba terkenal kerana mahasiswa2nya yang cepat berkahwin(untuk elak zina),bukan kerana kegemilangan serta keizzahan mahasiswa-mahasiswi usim itu sendiri...

      Jika kamu masih tidak mampu,bersabarlah....
      nilai kesabaran itu kelak dihapuskan jika pelaksanaan ini dianjurkan




    • komen dari fazarez fauzi dlm blog - Salam Ramadhan,

      Post yg menarik. Memanglah setiap perkara ada pro n contranya. Sebagai seorg muslim, perlulah menimbang manfaat melebihi kemudharatan. Krn syariat dtg utk mencari maslahah dan menolak mafsa...dah (جلب المصالح ودرء المفاسد)

      Saya menyambut baik saranan penulis dgn melihat fenomena yg berlaku skrg. Drpd hubungan cinta terlarang terjalin dgn melahirkn lbih bnyk yg haram, lebih baik ambil cinta yg halal biarpun ada sedikit kekurangan dan keburukan berbanding yang haram. Berpaksikan qaedah fiqh jika bertembung 2 mafsadah, ambillah yg plg ringan (إرتكاب أخف الضررين).

      Adakah anda rela melihat usim dilimpahi maksiat
      Ini adalah 1 alternatif. Hr ini org melarang tanpa memeberi jaln penyelesaian. Inilah 1 permasalahan. Anda rela melihat rakan2 dibuang u hanya kerana cinta yg x halal. dicemuh masyarakat, dibuang keluarga etc..

      Menurut pendapat penulis, jdkn usim sbg pelopor berkaitan perkara ini memandangkan kita membawa imej Islam adalh cdgn yg baik.

      Memetik kata2 seorg lecturer FPQS, di usim xda susana nikah ketika belajar spt di UIA. Bnda sebegini ptut disemarakkan. Sy ykin ada shbt dikalangan anda suma yg sudah berkahwin swaktu belajar. Sengsarakah hdup mereka? Kebulurkah mereka? Xdpt studykah mereka?

      Berkata ustaz tersebut lagi, menurut hadis yg shohih(x ingt matan), 3 golongan yg Allah cnfirm akan tolong, antara slh satunya, orrg yg berkahwin krn ingin menjaga maruah(hati) mereka dr bergelumang maksiat. Usah bohong jika muda remaja x pernah memikirkan soal ini.

      Setuju dgn penulis, bhw hr ini org memeberatkan perkahwinan, sehingga mereka mengambil jln mudh mencari yg haram.

      Sy rs x slh jika nikah khitbah ini dianggap seolah hanya utk cater mslh 'hubungan suami ister' krn itulah solution permasalahn yg kita cr skrg dlm masyarakat.Jikalau sekalipun penulis menganggap bhw pernikahan hanya utk mendapatkn 'hubungan' tersebut shj, bg sy tdk ada salahnya. Krn takrif pernikahan dlm kitab fiqh sendiri pn menyebut bahawa Nikah itu adlh "aqad yg membolehkan berseronok(hubungan suami isteri)" عقد يتضمن إباحة استمتاع

      Mohon maaf atas kekhilafan. Ini adlh pndpt peribadi, blh dicadang @ dibangkang..p/s: jikalau hal ini menjadi 1 keprluan dn bknnya kehendak, sy rela menjadi org 1 yg menyahutnya.



trivia¬apa ertinya kita menganut Islam? Kita mesti muslim dari sudut akidah, ibadah, akhlak, berkeluarga, mampu mengawal diri dan mesti yakin bahawa masa depan di tangan Islam..

saya kata: bagus juga nikah khitbah ni, satu alternatif kepada sesiapa yang nak bercinta.em? :p... Apa kata kawan-kawan kat blog pula ? 

 **this is another source~ baru terjumpa..tajuk sama, tetapi kandungan dan isi lain. let's take a look  
http://ustaznazmi.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

2 comments:

Aisyah Khadijah said...

salam..

emm, komen, pandai kawen, pandailah tanggung..
huhu

wallahu a'alam

mysa said...

yes, u got it :)

click to donate=)