assalamualaikum semua....
harap semua sihat...^_*..terima kasih kerana sudi lagi melawat blog saya ni..nak bagi hadiah ni..hehe..tarra!!
:
sile2..hehe...[nsb baik bkn bulan puasa lagi....hehe]
ok2..serius ye...
pada suatu hari, ayah sedang memandu kereta. Saya dan ayah je masa tu dalam kereta..kitorang nak pergi mana entah..tak ingat..oleh sebab kesunyian dan ingin mengisi waktu lapang, ayah saya pun tekan butang, teet...buka radio..tekan2 lagi, sampailah kpd frekuensi 91.5 ..radio ikim..[ masa zaman bile ni, tak ingat....]
semasa tengah syok dengar nasyid2 yang diputarkan oleh juruhebah @ deejay tu, saya pun tak tahu masa ni fikiran saya kat mana..merawang2..selalunya tengok pemandangan di luar tingkap kereta la..sedang syok sorang2 tu, deejay tu pun, berceloteh la..bla bla bla bla bla....tup, dia cakap sesuatu yang pelik.. aik..apesal deejay ni cakap macamni, betul ke ape yang die ni cakap...aku salah dengar ke, ke tengah mimpi ni,....emm..terdiam sekejap
tibe2 ayah saya pun cakap macam ni, (macam marah sket..), em kalu ado deejay hok jenih gini, punoh malaysia ( dialek kelantan ) ( kalau ada ramai deejay yang macam ni, rosak Malaysia )
saya tak kenal deejay tu nama ape..yang pasti..perempuan..hoho
kawan-kawan nak tau tak, apa yang deejay tu cakap?
ok2..sekarang senyum dulu....sampai ke telinga..hehe
deejay tu cakap macam ni lebih kurang : ' kita mestilah berbuat baik dan beramal soleh .. buat kerja dunia dengan brsungguh2..kerja akhirat bersungguh2 juga..kena seimbangkan dunia dan akhirat..50-50'..dunia tu dunia la..akhirat, akhirat la..
ok..sapa setuju angkat tangan..ok..tak nampak..hehe
em macam tu la..yahudi da berjaya kuasai pemikiran kita, wahai muslimin dan muslimat..ada unsur sekular di situ..cuba kita tanya diri kita balik, kita kan tengah bekerja/buat pahala untuk survive akhirat kelak..supaya melepasi titian sirat tanpa kepayahan, supaya timbangan kebaikan kita lebih berat dari kejahatan...sekarang kita sedang menanam, membaja, berladang di dunia utk akhirat..bukan utk dunia ..50-50..bukan2...kita beramal, buat baik ni utk menambahkan pahala dan mencari keredhaan Allah...
ade yang berjuang menegakkan kalimah Allah, seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, ada yang bekerja berhempas pulas utk menaikkan ekonomi, mencari dana kewangan utk Islam, ( HPA, bank Muamalat ) ada yang menjaga kesihatan para pejuang Allah ( ehemm...insyaallah...), ada yang mereka bentuk bangunan utk dijadikan tempat beribadah kepada Allah, membina sekolah2, bangunan2 utk pelbagai syarikat. ada yang mereka bentuk cerita2 teladan dan kartun spt upin dan ipin ( ajar anak2 utk berpuasa, hormat org tua dan sbginya), ada yang jadi guru, supaya dapat didik anak bangsa utk kenal pencipta...dan macam2 lagi la..semua ini adalah perjuangan...perjuangan untuk mendapatkan keredhaan Allah..yang penting, niat tu mesti betul....niat tu utk berjuang w/pn kita ni kerja pun kdg2 orang tak pandang, tapi Allah pandang~ Allah akan memberi ganjaran setiap apa yang kita buat w/pn kebaikan itu hanyalah sebesar biji sawi ( perbandingan )
sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dgn balasan mereka akan beroleh syurga, mereka berjuang pd jalan Allah, maka di antara merka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan syurga sbg janji yang benar ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat dan Injil serta al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain Allah ? Oleh itu, bergembiralah dgn jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual beli seperti itu ialah kemenangan yang besar (at-taubah:111)
saya tak berhajat pun nak tulis panjang2..cukuplah sekadar menyedarkan dan membuka minda kita untuk berfikir lebih luas....
sebenarya pemikiran ini telah tersebar luas..buat sesiapa yang bercita2 utk menjadi seorang deejay, mind before u say anything..( sekurang2nya belajar lah..ade diploma syariah pun..alhamdulillah ) (jangan kuat bercakap perkara yang sia-sia )...coz..it will affect people; hurt people, inspire people, danger people,make happy, enlighten life..the most important one is you will create the way of people in thinking...
diam itu lebih baik dari berkata2..diam itu mengelakkan diri dari bertambahnya dosa...
trivia¬ sila jauhi maksiat hati ini...DENGKI
harga kereta termahal yang pernah dijual di dunia ialah 8.7 juta dolar usd..
Bugatti Royale Kellner Coupe
To the world you may be one person, but to one person you may be the world...
2 comments:
suke post ni.
kalau fikir2 balik.mmg betul pun pemikiran kebanyakan muslims dh dijajah.
semoga kita sentiasa diberi hidayah dr Allah
:)
to husna: amin..moga Allah sentiasa bagi petunjuk kat kita..supaya kita tahu tipu daya musuh yang tak pernah senang dgn Islam selagi kita tidak berfikir sprt mana mereka berfikir~
'dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yg aku sembah, untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku (alkafirun: ayat 4-6)
Post a Comment