Friday, 24 September 2010

Klinik 1 ( Belajar & Bekerja )

assalamualaikum semua :)

lama da tak update. hehe. alhamdulillah, dah empat hari aku belajar sambil bekerja di sebuah klinik swasta. Sebenarnya, aku tidak berniat pun nak bekerja kat situ. Oleh sebab salah seorang kakitangan klinik nak berhenti, jadi, doktor minta aku ganti tempat dia. hehe. jadi, aku pun bekerjalah. ( aku bertugas di semua bahagian kecuali bahagian pendaftaran; maksudnya aku akan bertugas di bahagian farmasi, bilik rawatan dan bilik doktor sahaja )

pada hari pertama, aku mendapat banyak kes. Aku 'try' la diagnosis sendiri. Kadang2, jawapan aku nak dekat-dekat sama la dengan diagnosis yang dibuat oleh doktor. cey, aku anggap itu satu kemajuan. selalunya kes kat klinik ni tertumpu pada bahagian kepala. Batuk, selsema dan demam la. da namanya klinik, kes-kes agak ringan, tidak sama jika dibandingkan dengan jabatan A & E di hospital ye:)

pesakit pertama pada hari itu ( 21 Sept ), namanya Alexandar. Bangsa cina. tapi aku tak tahu penyakit dia. Masa tu aku tengah sibuk berkenalan dengan staf. hehe. jadi, pesakit yang ketiga, barulah aku masuk ke bilik doktor. Doktor pun cakap kat aku: ' Maisarah bolehlah berdiri dekat sini dan tengok bagaimana untuk berhadapan dengan pesakit ( dalam buku psikologi ade ajar pasal 'doctor-patient relationship' ), cara bercakap dan cara rawat', 'em, ok doktor'. jadi, aku berdiri je la kat situ. Kadang-kadang, aku pergi bahagian farmasi, pastu terlepas beberapa orang pesakit. hehe. kan aku da kata, aku belajar sambil bekerja. Seimbangkanlah. hehe. aku tolong diorang ( staf ) susun ubat dan letak pelekat 'UBAT TERKAWAL' di setiap plastik bungkusan ubat. Em, banyaklah aku belajar pasal perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa di bahagian farmasi ini.

ok2, aku nak bercerita pasal pesakit ketiga sebenarnya. da tersasar beberapa darjah dah. hehe. em, pesakit ketiga ni, dia mengadu sakit bahagian leher. doktor pun cek. rupa-rupanya, dia pernah menghidap tonsillitis atau bahasa mudah, radang tonsil.( jadi, masa jumpa doktor ni, dia alami lai sekali radang tonsil, pity him. agak sakit gak benda ni. kalu makan, rasa sakit la masa nak telan tu. Korang bolehlah cari sendiri, kat wiki ke pasal ni. kalau korang berminat la . hehe )

The tonsils function as the first outpost of the body's immune defense system at the portal of easiest entry for germs into the body - the mouth. They lie just below and behind the soft palate, with a pillar of tissue just in front of (anterior to) them. The tonsils become enlarged for several reasons - infections, both viral and bacterial, as well as allergic stimuli. They become enlarged because immune cells (lymphocytes) take up residence there in response to infection or serious exposure to infectious or allergic stimuli.
If the tonsils are quite large, they can cause some respiratory obstruction, but no matter how large they seem, tonsils rarely cause obstruction to swallowing (unless the throat is sore, of course - that is an issue of soreness, not physical obstruction). Thus removing the tonsils just because they appear large to parents or grandparents is not advisable. 

 http://www.drhull.com/EncyMaster/T/tonsils.html

pesakit ni da teruk da tonsillitis die. da ade 'patchy figure'. 
( doktor tengok, aku tak tengok die nye tonsil, takut juga pesakit segan,lagipun, doktor tak ajak aku tengok tonsil pesakit, takut aku bertindak tak mengikut arahan. hehehe. Lepas pesakit keluar, doktor ambil kertas kecil, dan cerita kat aku sket2. doktor da membuka mata aku. aku tak berminat sangat sebenarnya nak belajar pasal tonsil. entahlah. sejak belajar tahun satu agi, aku rasa malas nak tahu pasal tonsil. tengok2, pesakit yang datang ni ade radang tonsil. ambik kau maisarah. eiii, dalam pukul petang-petang sket, 3 petang, aku pun balik. Kat rumah, aku terpaksa 'google' jap, cari pasal tonsillitis. jumpa la gambar ni. jadi, puncanya adalah disabkan oleh bakteria ke, virus? hehe. jawab2

  ok, murid :) jangan marah, aku gurau je

jawapannya, pesakit aku ni, radang tonsil die berpunca dari bakteria la. kan aku kata tadi, ade patchy
( sebelah kiri ni, ade patchy ( whitish spot ). ok?

ramai pesakit kat klinik ni. Sehari tu, ada lah mencecah 100 juga. Aku rasa macam aku kat hospital kecil je. Banyak kes dan tak bosan. hehe. ni baru sorang pesakit.
ok ek, chaw dulu. ada masa, aku bercerita lagi. aku shift pagi hari ni, 7.30 pagi- 3.00 petang..doakan Maisarah agar berjaya selama2nya. ok? banyak lagi aku perlu tahu dan belajar. Moga Allah memberkati dalam setiap langkah aku. Insyaallah.

ok, Assalamualaikum semua :)


trivia¬ haritu, aku mimpi buruk. aku bangun, air mata mengalir di birai mataku. Aku bangun, ambil wuduk dan solat ( Qiamullail ). Alhamdulillah, mungkin Allah nak tunjukkan kat aku, betapa banyaknya dosa-dosa aku selama ni. Aku syukur sangat. Moga kita sama-sama mendapat hidayah dari Allah ye. tanpa Islam, siapalah kita.....


2 comments:

izzahmohammad said...

kakmai keje katne??

selamat menunaikan kerja.. wish u olthebeshh.. <3

mysa said...

klinik swasta. kat Equine. Dekat dgn rumah je. tp still kena naik kereta la.hehe. umi yang hantar. saya da tak yakin nak bawa keta. xcekap :(

click to donate=)