Friday, 8 June 2018

Resepi Nasi Arab Paling Lengkap Dengan Ayam/Sos/Sup




Harini kopipes Dari blog
https://saidila.com/2016/06/resipi-nasi-arab-lengkap-dan-mudah.html/

Senang untuk rujukan

Cuma kabsah kat sini làin Dari kabsah Jordan. Kabsah Jordan masak ayam campur skli dengan nasi + sàyuran + nasi warna merah sikit. So yg ni resepi commoñ kalau kat Malaysia oràng cakap nak màkan nasi apa? Nasi Arab = Nasi Mandy = selalu oràng Arab Saudi màkan

Yang ñi NasiArab yg oràng Malaysia selalu màkan


Bahan-bahan
5 kg – beras Basmathi Mogul Faiza —> dibasuh dan ditos
1 tin besar – minyak sapi
1 bungkus  – kulit kayu manis
1 bungkus – bunga lawang
1 bungkus – buah pelaga
10 biji – bawang besar –> hiris sederhana nipis
1 ikat – daun pudina —> dikoyak kasar
1 ikat – daun sup —> dikoyak kasar
15 biji – cili api —> boleh dilebihkan jika suka
1 mangkuk – hirisan halia
2 bungkus atau lebih – kismis
2 bungkus atau lebih – kacang gajus
garam secukup rasa
air secukupnya
saffron atau pewarna kuning
Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi dalam kuali kemudian tumis bawang besar, kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga bawang agak layu.
2. Masukkan beras basmathi dan goreng sekali ldengan bahan2 tumis lebih kurang 5 minit.
3. Pindahkan beras yg sudah ditumis sebentar kedalam periuk nasi yg lebih sesuai.
4. Masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras yg disyorkan.
5. Masukkan garam dan perasa tambahan jika suka ,gaul sebati kemudian baru taburkan sahaja bahan lain seperti halia,daun pudina,daun sup dan cili api dan jangan dikacau.
6. Masukkan juga kismis dan kacang gajus baru tutup tudung periuk.
7. Nasi dah tanak baru titikkan pewarna , gaul perlahan tetapi sebati apabila siap sedia untuk dihidang.
Tips tambahan
-segala sukatan boleh dikurangkan mengikut kesesuaian
Resipi Ayam Kabsah
Bahan-bahan
1 ekor ayam – potong 4 dan rebus hingga 3/4 masak
4 atau 5 sudu besar – *rempah kabsah
10 sudu besar – madu
Secukupnya – garam
yogurt – jika ada dan suka
Cara-cara
1. Rempahkan ayam yang telah direbus 3/4 masak
2. Rempahkan dengan rempah kabsah , garam dan madu
3. Perap dalam 30 minit atau lebih
4. Goreng sehingga agak garing
5. Ketuk dan potong ayam mengikut saiz yang diingini
6. Siap dihidang dan makan bersama Nasi Arab
Tips Tambahan
-ayam yang dah siap dirempah boleh juga dipanggang jika rajin
-boleh guna resepi yang sama untuk kambing
Resepi Salad Salata Hara
Bahan-bahan
Timun —> buang empulur
Tomato –> buang biji
Lobak Merah —> buang kulit
Cuka
Garam Dan Gula
Cara2nya 
1. Timun , lobak dan tomato dibersihkan dan dipotong dadu
2.Gaulkan kesemuanya dengan cuka dan garam secukupnya
Resipi Sos Nasi Arab
Bahan-bahan
20 batang – Cili Hijau
5 batang – Cili Api Merah
5 batang – Cili Api Hijau
5 biji – Tomato
4 batang – Daun Ketumbar
4 helai – Daun Pudina
Secukupnya – Garam Dan Gula
Cara-cara
1. Kisar semua bahan sehingga 3/4 hancur
2. Rasakan garam dan gulanya sekali
Tips tambahan 
-boleh tambah lebih cili api jika suka pedas
-tomato tak perlu buang biji
Sup Nasi Arab
Bahan-bahanAir secukupnya
2 sudu besar rempah kabsah
Garam
Cara-cara1. Didihkan air secukupnya
2. Masukkan rempah kabsah dan garam
3. Siap untuk dimakan bersama nasi arab
Resepi Rempah Kabsah
Bahan-bahan
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Lada Hitam
Buah Pelaga
Cengkih
Serbuk Cili / Paprika
Serbuk Kunyit
Cara-cara
1. Sangan atau goreng tanpa minyak kesemua bahan kecuali serbuk cili dan serbuk kunyit.
2. Siap sangan sejukkan sebentar baru campurkan serbuk kunyit dan serbuk cili secukupnya.
3. Kisar semua bahan sehingga separuh halus dan boleh disimpan didalam bekas yang sesuai.
Selamat Mencuba  !!

click to donate=)