Tuesday, 27 January 2015

Homecoming Gathering 25.1.2015


Assalamualaikum
Pada 25/1/2015 haritu, aku n family ade buat homecoming gathering. Kecil2an shj. Jemput jiran, sedara terdekat, kawan2..aku janji dengan umi kol 7pagi.. tapi aku n hubby terlewat bangun, maka 7.30 la pg tu bertolak. Nak g pasar je pn kekeke..lepas hubby aku minum nescafe,aku pn makan roti peanut butter kitorang pun keluar rumah..aku duduk rumah ayah juga, ayah beli rumah sblh ni..so nnt lepas ni nak buat homestay dah rumah ni. Ayah aku trauma dah nk bg orang sewa..hoho..

Lepas tu kitorang bertiga, aku, umi n hubby (mmg bawa dia,senang angkat brg, peace ^_^) x kuasa aku nak bawa berkilo2 ayam segala..org laki la bawa, org perempuan masak.haa gitu.

Sotong, udang harimau, ayam, sayur-sayuran, rempah nak buat dalca semua masuk dalam bonet. Otw tu eh teringat pulak kiub ayam x beli lagi, lobak merah x cukup utk buat carrot cake, singgah pulak kt kedai. Sempat lagi jumpa kawan umi yg berniaga nasi lemak kt depan kedai. Kak Pah namanya. Moga jual lagi sokmo deh k.pah..rm500 tu untung bersih setiap hari. Gaji doktor pun rm3k je..hehe..

Sampai rumah terus siang semua benda, letak rempah &perap
Abdalrahman datang dapur Tunjuk itu ini. Ibu2 tak boleh alpa. Pisau di atas meja, kuah panas tu di dapur. Nanti menyelam tu dalam kuah.hoho.. 

Lepas siang sotong dengan mak sedara yg kebetulan ada kt rumah aku ni, sangatla cermat kerjanya. Aku 2 minit dah potong sepinggan udang, dia baru sebelah pinggan hehe. Aku campak je kot, or pisau lebih tajam :-) .. lepas tu, aku siap2 untuk buat kek lobak merah..pening kepala aku nak hias camne la kek ni..deko pun entah ape2, lgpn bahan x cukup. Gula aising x beli..sbb semua benda last minute..semalam baru bincang nak buat camne,menu, n nak jemput sape..hoho. Oh ya, kakak ipar aku yg due beranak bln 3 turut serta dlm acara masak memasak. Kikiki..tabik spring..

Kol 5 ptg, kawan baikku datang Alhamdulillah. Lama sangat2 tak jumpa dia. Mungkin sudah 6 tahun tak bertemu mata. Best sungguh borak. Semua citer keluar tp rasa lom habis lg nak cerita sbb lama sgt x jumpa. 

Homecoming Gathering Menu;

Nasi beriyani
Kuah dalca
Sotong, udang harimau, ayam bbq
Agar-agar
Kek lobak merah
Air sirap

Tq Abang n ira sbb banyak tolong dlm majlis ni
Tq ayah sebab belanja semua orang makan hihi :-) 
Tq umi n mak long, penat kat dapur tu hihi :-) 
Tq kepada semua yang hadir; kak zubaidah sekeluarga, en zulkarnain sekeluarga, kak ramizah sekeluarga, jiran2 yang disayangi..n maybe ade yg dtg tp terperasan hoho...tq semua :-) 
Tq Izzah bagi mainan. Dia suka tekan2 tu, x minat pakai hammer hihi..:-) 





Trivia: Abdalrahman tak tau ikut sape rambut kerinting, myb ikut bapa mertuaku :-) 
25/1/2015 juga adalah bersempena hari ulangtahun perkahwinan aku & Suami :-) 
Kek lobak merah dari blog resepi Azlita Masam Manis, best resepinya Cuma maybe dia tak tertaip utk letak baking powder.
Kek saya tak berapa naik sis hoho tp sedap sangat Alhamdulillah :-) 

Thursday, 1 January 2015

Resepi Lempeng Sayuran



Da makan, baru teringat nak update blog hii..yg ni lempeng last atas pinggan hihi



Lempeng Sayuran

Bahan Lempeng
300ml susu segar
3 biji telur
120gm tepung gandum
Garam

Bahan Inti
1 biji lobak merah-hiris halus
1/2 biji cili benggala hijau-potong panjang
1/2 biji bawang besar
4 sudu besar minyak --saya guna mentega
Mayonis untuk sapu kat lempeng
Tomato segar--saya tambah 
garam dan lada sulah

Campur semua bahan lempeng, sebatikan
Panaskan pan. Ratakan adunan. Biarkan garing dan angkat

Untuk inti. Panaskan minyak, masukkan bawang.. tumis hingga naik bau. Masukkan lobak merah, cili benggala, garam dan serbuk lada sulah. Masak sehingga sayur nampak lemhut. Angkat.

Ambil lempeng, sapukan dengan mayonis, lapiskan dengan tomato dan inti. Gulung kemas. Siap. :-)

Komen: kalau letak kunyit/pewarna kuning kat 
adunan lempeng, rasa lagi lawa skit :-)  

Ni la menu untuk en. Suami pagi tadi. 

Ringkaskan? kekeke. Jimat dan Sihat. Tak payah keluar duit beli karipap/donat kat kedai

Resepi dari majalah Rasa Mei 2009
Umi saya memang peminat majalah ni. Penuh almari dengan majalah Rasa kikiki

Trivia~ sedang habiskan buku Ustaz Pahrol, penulis kegemaran saya ^_^


Abdalrahman 13 Bulan



Assalamualaikum

Abdalrahman da nak masuk 13 bulan Alhamdulillah



http://www.ad-duha.org/html/flash_cards_.html
http://www.sheknows.com/kids-activity-center/print/flashcards-a-b

Kalau travel , senang pakai flashcard android je
Download kat google apps hee..kekurangannya anak tak brpe boleh nak pegang sendiri..kan dicampaknye pening kepala lak mommy

Sekarang ni Abdalrahman sangat aktif. Tinggal sekejap je kat ruang tamu. Dalam tiga minit dia boleh sepahkan dengan surat khabar, majalah, boleh tumpahkan air. Biasala budak umur masa ni memang suka meneroka perkara baru. Kena kontrol. Takkan nak biar je, wat derk je. Nanti klu bawa rumah orang, kan dia sepahkan pula..so kena ajar la. Simple je, sekarang aku cakap no no dia berhenti la buat. Tapi kadang tak makan saman gak haha..

Tak berapa minat main kereta-kereta mainan. Yang dia suka main tolak kerusi, angkat kerusi..kerusi plastik je, sekali angkat, dua sekaligus..kalau kerusi jatuh kt lantai, takley nak angkat dia marah2 lak kat kerusi tu..
Ngomel bahasa ape tak tau..bebel sorang2 kekeeke
Ada sekali tu, aku tolak kereta dia, dua buah ke arah dinding.. dia tengok je, masa tu dia tengah pegang harimau yang bunyi bep bep bep tu klu tekan..apabila dia tengok semua benda gerak sendiri sbb ada tayar, dia pun campak jugakla harimau tu..jauhlak tu..nak dekat kereta yg aku tolak tadi kekeh kelakar .gamaknya dia igt harimau pn ade tayar jugak

Lagi satu, dia suka tiru orang. Orang buang sampah, dia pun ambil ape2 nak masuk tong jugak.
Yang paling best sbg ibu, aku tak payah nak dodoi dia Tidur. Aku letak je atas katil dia, dia Tidur sendiri..sengih dlu kat aku..myb nak ckp saya nak Tidur dlu la tu agaknya.. dulu masa baby kena zikir, on Sleep instant, tepuk2 sikit dlu klu nak Tidur..mmgla zikir bagus..tak deny aspek tu hihi :-)

#update blog kat tablet je

Friday, 21 November 2014

Cadangan Menu Masakan Pada Musim Peperiksaan


assalamualaikum semua

selalunya korang makan apa pada masa musim periksa? Mesti tak care sangat kan pasal makanan kan? mehehei. Dulu masa aku kahwin dengan suami, dia tanya..kenapa ye awak ni kurus sangat? mungkin medik menjadikan awak kurus..haa ade dua makna tu..pertama study menyebabkan takde masa utk makan,,haa satu lagi malas masak?.. .eheh ye ke

kalau dulu, sebelum kahwin, masa musim exam, memang tak berapa nak masak. goreng2 je. pastu beli. banyak je restoran ustaz Indonesia kat Mesir ni. bagi aku, masak ni penat, ambil masa banyak, pastu kena tukar baju @ mandi sebab bau (klu x pakai apron), .ye la..tumis itu ini w/pn pki apron pun bau jugak..nak nak tumis udang kering ..oh semerbak baju kau eheh

haa tapi tu dulu sebelum kahwin, sekarang da lepas kahwin hari2 la masak..sbb hari2 masak, so aku nampak masak tu not a big matter..ala setakat 4o minit tu no hal la..masa kalau aku masak standard 1 jam....kalau masak chicken chop haa 2 jam stgh baru siap. lepas masak lenguh satu badan huhu. Masakan arab laks selalu ambik masa 2-3 jam..tapi itu daging la. tak pyh terperap kat dapur masa nak lembutkan daging tu..pegi la masuk bilik, baca buku ke, sembang ngan kawan2 kat fb ke gitu sambil2 tunggu kepulangan suami ke rumah.

well, setahun aku postpone tahun 5 dulu, banyakla ilmu masakan yang aku belajar..mostly through internet..ilmu rumahtangga, jadi isteri yang membahagiakan suami, cara pikat hati suami, cara berdiplomasi dengan suami,,semua aku baca..sampai sekarang kalau gaduh, cepat2 buka ustaz Azhar Idrus punye ceramah, bukan apa, aku takut syaitan datang cakap bisik benda bukan2..kalau dengar ceramah tu, sejuk sikit hati aku.da tergelak2 dgr ceramah tu, sejuk la hehe..setahun lebih baru kahwin, banyak lagi bendanya nak kena tahu.

okey back to the topic

Cadangan Menu Masakan Pada Musim Peperiksaan


okey yang pertama


mee kari

30 minit



mee sup

30 minit
(klu ada masa lg, cerai2kan la isi ayam tu
jgn hidang camni kt org ramai hehe)




Telur dan mentimun (lada hitam penambah perasa)

5 minit
breakfast




mee sup kicap

30 minit
(beza dgn mee sup, tambah je
lada hitam n kicap, just that..)



ayam masak kicap

30 minit



nasi goreng telur

15 minit




Kofta saute with tomato

20 minit 




Telur masak merah

20 minit



Kurma daging cincang

(guna dgg cincang utk jimat masa)
25 minit



Lempeng Coklat

15 minit
breakfast
(better buat pancake,
tak kisah American ke ape asalkan pancake
sebab lempeng tak berapa
masuk dgn rasa coklat, this is 
my first time making lempeng with choc)




Mee Bandung

40 minit


keledek lenyek untuk memekat dan memaniskan kuah..slurrpp 



Keropok dan chicken pane sebagai snek

10 minit
yg chicken pane ni pun ade MSG jugak
nak wat camne, hundreds of notes nak kena revise
no time to cook, but tummy said
I'M HUNGRY
and make funny sound inside oh oh




Kari ayam

25 minit



French Toast

5 minit




prinsipnya; 
1) masak banyak2, letak dalam tupperware ke or letak dalam periuk je, khas utk makan selama tiga hari..Letak dalam freezer klu nak makan utk minggu depan.. tapi aku tak buat berminggu2..setakat 3 hari je..tak suka sgt kalau makanan xberapa fresh...setakat 3-4 hari tu aku okey je :)
2) kau masak makanan yang kau suka dan kau pasti sedap..sampai kau boleh makan 2-3 hari.. masak makanan yang kau teringin sangat2 (untuk elakkan perasaan bosan)
bagi aku, masakan yang berkicap la..sbb kalau tinggal dgn suami, tak masak kicap la aku, sebab dia tak berapa suka..kalau 3 bulan, 3 bulan la aku tak makan kicap..tapi klu aku teringin sgt2, aku masak je la menu lebih sikit..menu aku n menu dia..tp tak best la bg aku gitu..cm tak sehati sejiwa je..sbb tu aku masak ape yg memang kitorang dua2 suka..haa adil n saksama gitu..ahakss
3) dalam masakan, jangan pernah lupa sayur...vitamin tuu..tak kisah...sekadar mentimun mentah pun okey
4) sediakan biskut, kekacang, coklat, air mineral dll bagi menemani hari-hari pembelajaran anda!!

masa di atas adalah anggaran

plus minus la :)


p/s: sebenarnya aku galakkan korang buat benda2 ni semua supaya kita semua tak terjebak dengan MAGGI. Maggi ni bahaya tau..banyak perasa..sedap kat lidah je.. kalau minum green tea pun, tak tau banyak mana kena minum utk nyahkan ia dari badanmu.sorry to say, but for me maggi is a silent killer (toxic), tapi ramai je kawan2 aku makan w/pn diorang tahu maggi tak baik untuk kesihatan..well nak wat camne kan..siapa lagi nak sayang diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan..


alhamdulillah

aku dah habis exam 13/11/2014
doakan2 kami tahun 5..insyaallah semua berjaya naik tahun 6!




have a nice day


beribadat seperti esok dah nak mati

tp bekerja seperti nak hidup seribu tahun 
okey :)

Tuesday, 28 October 2014

Anak Jiran



Assalamualaikum

Ini musim peperiksaan

sangat stress bila jiran meraung-raung terhadap anak kecilnya
seperti satu perumahan ni dia punya

memang anak dia nakal sikit
petang tadi hilangkan kunci rumah
mak dia cari2 korek pasir
lepas jumpa tu, naik masuk dalam rumah
dan si mak kurung anaknya
sebab aku dengar anak dia ketuk pintu kuat sangat
sambil nangis2 suruh bukakan pintu
adalah dalam 15 minit..then lepas tu okey

ada sekali tu aku pernah tengok,
dengan mata aku ni si mak tendang si anak kecilnya (masa ni study kat beranda)

bukan aku sengaja nak dengar
dah terang tang2, semua orang dengar
kuat sangat..suara mak, suara anak..2 kali 5 je

sebenarnya aku suka sgt study kat beranda

tapi lately ni, aku da tak tahan
tak ley fokus
da la semangat makin surut ni huhu
study dalam bilik lebih baik

bukan aku je yang rasa tertanggu
orang sekeliling pun

aku harap jiran aku ni mendapat hidayah
moga ada insan yang berjaya mengubahnya..

tiba-tiba terfikirkan anakku
bolehkah aku jadi ibu TANPA meraung dan membebel sebegitu rupa
terhadap anak yang tidak kenal ABC tu?

Para ibu jangan stress
didik anak anda dengan al-Quran
Amalkan selalu
Ia terapi jiwa dikala sunyi dan sepi
Dikala gembira dan juga duka

Aku harap aku akan jadi ibu yang terbaik
sabar
penyayang
dan segala2nyaaa
untuk Abdalrahman

miss u (:
Abdalrahman masa ni umur 9 bln. sekrg da 11 bulan. gmbr skype:)

   
               

                                                                           

click to donate=)