Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan
agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda
(yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan
dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak
hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang
menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat
menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat
at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu
(para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan
ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya
boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada
Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya,
lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan
dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis
riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai
semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya
kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
sumber: islam itu indah
No comments:
Post a Comment