Friday, 11 October 2013

Resepi Kushari ( Masakan Arab Mesir )


#Catatan 17/9/2013



Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni berjaya masak kushari. Semasa saya tinggal di Mesir saya selalu juga makan. Beli selepas habis kuliah. Tahun Satu la selalunya beli, lepas tu tahun Dua kureeng dah maybe boring, then-then selepas tu suka beli lagi, masa tahun Lima pun selalu juga makan. Kushari ni murah je, sebekas LE1.50, tapi tahun lepas kot start naik jadi LE2.00, LE2 ni kalau dalam RM baru RM1, so small matter la kann

Em masa berbual dgn teyta hubby dulu, dia kata kushari tak familiar di Jordan...masa tu barulah tahu yang kushari ni memang popular kat Mesir je. Dua tiga hari yang lalu, hubby drive ke satu kedai kushari kat Jordan, masa tu barulah tahu bahawa ooh ada juga kedai kushari katsini. Ingatkan takde langsung. Hubby beli satu bekas besar untuk papa. Memang papa suka sangat makan kushari. Hari-hari kalau boleh.

Bila masuk kedai tu, terkenang-kenang memori makan dgn kawan-kawan hehe, siap shopping brg2 rumah, pegi makan kushari sama-sama kat kedai...emm rindunya kat Mesir....tengok periuk besar penuh dengan makaroni dan bijiran, bahan untuk kushari..apabila hubby tanya abang penjual, berapa dinar klu kushari bekas kecil? dia kata JD 2.50...haaah.. what? JD2.50..emm just buy small plate k?..hoho terkejut sangat la kite ni..padahal bahan2 kushari sangat senang je k, cuma ambil masa la klu nak buat sendiri :)

Mahalnyeee... JD 2.50 x 4.5 = RM 11.25 = LE 22.50

oooo mak kau.. klu kat Mesir boleh beli 11 bekas kushari (dlm bekas saiz lbh kurang sama)..omomomo...

Walaupun mahal hubby beli jugak, yg bekas kecil satu utk kami ngaaap dalam kereta :), yg bekas besar tu memang papa dia pesan. 

Semalam hubby beli lagi untuk papa dia. Pastu tanya saya, "Do u want to eat kushari today?"
"No no, i dont want, let's buy ingredients of the kushari"
Hubby: "But we need time to cook it"
Me: I'll make it tomorrow, insyaallah. (yakin nih meheheii, sebab da google resepi kushari). klu kat egypt, beli jee senang, tp Jordan, boleh sengkek makan kushari nih.meheheii..


Okey sapa-sapa yang pernah merasa kushari pastu dok Jordan, meh belajo camne nak buek

Sumber: Miss Anthropist's Kitchen




Nasi
1 cawan lentil (hab)- byk jenis lentil, so kita guna yg kaler dark brown
1 1/2 cawan beras
5-6 cawan air*
1/2 cawan filini (shi'riyya)
1 SB jintan manis*
garam & lada hitam(serbuk)
red pepper flakes

1. *masak dalam periuk, masukkan lentil, rebuskan selama 15-20 minit
2. masukkan beras dalam periuk yang sama (yg ada lentil tadi),masukkan beras, kacau2, off heat apabila nasi masak (20minit)
3. goreng fi'lini sampai bertukar kaler, jadi warna coklat2 gitu, angkat
campuran beras+lentil, mix together with lada hitam+garam + fi'lini


Makaroni
utk makaroni, rebus je


Sos
2 1/2 SB bwg putih cincang
1 1/2 SB cuka
2 cans of tomato sauce (saya guna dlm 3 SB pes tomato)
air
garam+lada hitam (serbuk)
red pepper flakes

goreng bwg putih (1 minit), add tomato sauce, lpstu cuka
masukkan air (klu suka sos pekat, letak sikit je), kacau2 sikit, bila da masak, tutup api.


Bawang Goreng
1. Bawang besar, dalam 4 biji, kerat bentuk ring/strip, salut dgn flour+salt mix 
2. goreng sampai warna berubah jadi coklat, kalau nak rangup lagi, goreng 2 min more, jaga2 takut bwg hangus


lentil (hab) (atas), makaroni (kanan) dan fi'lini (kiri)


bawang besar yang da disalut campuran tepung & garam. Guna penyejat utk buang lebihan tepung. Sebelah tu tangkai cili api, saja nak bagi pedas sikit sos :)


bawang goreng dan fi'lini yang siap digoreng


Sos kushari


Nasi kushari, yg bulat comel tu lentil (hab). Warna nasi pun jadi coklat sikit2, mungkin sbb jintan + warna dari lentil


ambil pinggan, letak nasi dulu,lpstu makaroni, atas sekali bwg goreng,tabur fi'lini, siram sos,siap :)


Selamat Mencuba!! =)



p/s: suka makan kushari dengan potato chips. sedap :)



No comments:

click to donate=)