Wednesday, 19 February 2014

Resepi Kofta bersama Sayur





Assalamualaikum

hari ni saya nak share satu cara masakan yang saya kira senang sangat, sambil2 dodoi anak pun boleyh hehe
dah jadi mak-mak ni rase cam sesuai share resepi2 la kan haha
ni macam stew la, resepi reka-reka sendiri :)
sebenarnya nak masak sosej, tapi bila da habis stok kat kedai, beli je la kofta pun

Kofta (meatball) ni sejenis daging yang ready-to-cook..dengan kata lainnya da ade perasa.. kofta actually digoreng atau dibakar, dimakan bersama roti (kebab,..dll). Macam daging burger tu camtu, cumanya kofta ada pelbagai bentuk. Lonjong, kuboid, sfera..any, u just name it hehe..dan katsini saya guna yang bentuknya kuboid.





Bahan-bahan

Lada benggala hijau dan kuning
Ubi kentang
Terung
Lobak merah
Bawang merah
Air secukupnya
Minyak
Kofta (daging yang selalu org Arab grill@fry), goreng dulu ye ;)
pes tomato
parsely @ dlm bahasa Arabnya 'Baqdunis' (jual seikat2,tepi jalan banyak je mak cik2 yg jual sayur)

Cara-cara:
1. Masukkan minyak, dah panas, masuk bawang dan lada benggala. Masak sampai naik bau, layu sikit
2. Masuk sayur-sayuran yang lain, goreng dalam tiga minit
3. Masukkan air, air meliputi sayur-sayuran tadi, nak bagi lembut
4. Masukkan pes tomato. Kacau-kacau 
5. last sekali, masukkan kofta yang telah digoreng 
6. Masak dalam 6 minit atas dapur, nak bagi kuah nampak pekat & meresap ke dalam kufta, then bolehla gaul parsely, biar 2minit, tutup api

okey siap! dalam 20 minit je da boleh siap 
boleh hidang dengan nasi panas ;)


*sayur-sayuran ni banyak vitamin, banyak khasiat dan rahsia awet muda.
Jadi, banyakkan makan sayur :)

dan makan sambil tengok video ni
ahaksss :D






No comments:

click to donate=)