Tuesday, 22 June 2010

cerita cawan kosong dan ikan di laut


assalamualaikum, dah lama da x baca email..maka,best juga baca email..hehe ..especially yang pendek2 je :P [ padahal nye saya nak cari akaun millatfacebook saya..saya da delete ke..adoi..lupa maklumat akaun la..millat da jadi warna hijau da sekarang..aa tu baru betul..bukan biru *_^..warna islamik sket..macam warna syurga, masjid2 pun kebanyakannya warna hijau..ape la korg ni...pk lain ar tuhh...haha ]..em kena delete sket ni takut penuh. lagipun xbaik tau kalau x baca email kawan2 nih.hehe..ok2..tengah cari2 tu, baca la sket2, delete sket2..Em dalam banyak2 email, saya tertarik dgn kandungan email dibawah ini...
"Esok ada jamuan ringan di sekolah, murid-murid nanti bawa cawan kosong sendiri ya..." Pesan seorang guru kepada anak muridnya.

Keesokan harinya....( perbualan dua orang murid)

"Wana, awak bawa tak cawan kosong yang cikgu minta bawa semalam?"Mira bertanya.

"Saya tak bawa cawan kosong. Saya bawa botol air penuh. Malaslah nak bawa cawan. Saya nak minum air yang saya bawa ni saja. Tak perlu rebut-rebut ambil minuman nanti." Jawab Wana, sedikit angkuh.

Tibalah waktu dinanti, jamuan pun bermula.

"Baiklah, siapa yang bawa cawan kosong, letak di depan ni ya. Cikgu nak tuang satu air special ni. Air ni mahal sangat. Jarang sekali orang boleh minum. Sedap pula tu. Murid-murid semua bertuah tau..."kata cikgunya sambil memuji-muji kehebatan air itu.

Semua murid bangun dengan gembira untuk meletakkan cawan masing-masing kecuali Wana. Dia termangu sendiri. Dek kerana kesombongannya dan sangkaannya yang rendah terhadap permintaan cikgu untuk membawa cawan kosong amat dikesalinya.

Akhirnya, Wana tidak dapat menikmati air yang istimewa itu seperti sahabat-sahabatnya.

***********

Begitulah diibaratkan dengan menuntut ilmu, sahabat semua. Sebagai seorang yang sentiasa cintakan ilmu, kita seharusnya sentiasa menganggap diri ibarat cawan kosong setiap kali menuntut ilmu di majlis-majlis ilmu terutamanya. Dan, walaupun kita pernah mendengar sesebuah tajuk sebelum ini, jangan pernah merasa diri sudah cukup.

Setiap penyampaian ilmu itu akan berbeza penerimaan dan masukannya setiap kali. Mungkin didasari faktor pengalaman. Semakin kita menuntut ilmu, semakin kita harus merasakan diri semakin banyak yang kurang dan harus ditambah. Jangan pernah merasa cukup!

Jadilah ibarat cawan kosong, insyaAllah, kita akan merasakan cawan kita sentiasa bisa diisikan dengan ilmu baru. Jika kita merasakan diri sudah cukup seperti cawan yang penuh, maka kita tidak akan bisa merasakan diri penuh terisi. Bahkan, kita akan merasa rugi kerana cawan yang penuh tadi tidak dapat menampung air yang baru. Malah kita akan pulang dengan air yang sama tanpa sebarang perkembangan dan hal-hal baru.

Maka, ubahlah sikapmu. Jadilah rendah hati apabila bertemu dengan ilmu. Bawalah cawan kosong.

Mengapa ikan di laut?
Mengapa tidak burung yang bisa terbang tinggi di langit biru? Atau harimau yang terkenal dengan keberaniannya memburu mangsa? Atau kuda yang kencang berlari merempuh semua halangan di hadapan?
Mengapa ikan?

Ikan di laut, berenang penuh keyakinan mengeksplorasi laut dalam, berenang dengan penuh hati-hati menjelajahi laut dalam yang misteri. Sudah berapa banyak jenis khazanah yang dijejakinya. Sudah banyak batu karang dicermatinya. Sudah berapa kedalaman laut sudah diharunginya.

Masin laut sudah tegal biasa. Bahkan itulah yang dihirupnya, itulah tempat ia beristirehat, tempat ia tidur, tempat ia makan, tempat ia bernafas, tempat ia berinteraksi dengan dunia. Itulah tempatnya.

Masin laut, tidak pernah sesekali mempengaruhi hidupnya. Tidak pernah mengganggu konsentrasi mindanya, tidak pernah mencalar ketenangan jiwanya. Inilah rumahnya, inilah jalan kembaranya. Terus dihadapi dengan ceria dan penuh sukses.

Tidak sesekali ia mengeluh kerana terpaksa menghirup masinnya air laut. Tidak pernah merasa putus asa dengan apa yang di hadapannya. Pandangannya jelas, misinya jitu. Selalu hidup beramal jama'i. Berenang sekumpulan mencari rezeki yang terbentang dan tersembunyi.

Bagi kita manusia, ikan di laut sebagai perhiasan yang mencantikkan dan berkontribusi dalam keindahan laut. Beraneka macam ikan di laut. Ada yang bulat, ada yang leper, ada yang tajam dan ada yang panjang.

Namun, ia tidak pernah sesekali terlarut akan masinnya air laut. Bahkan masih bisa berkontribusi. Buktinya, kita terpaksa menambah garam untuk memasinkan ikan yang hendak digoreng. Betul?

Begitulah kita seharusnya. Walau kita berada di persekitaran yang tidak membina atau bukan dalam persekitaran yang solehah atau baik, jangan sesekali terlarut. Jangan sesekali menjadikan persekitaran sebagai alasan jika ada yang mengatakan "Kenapa anda sekarang sudah berubah?".

Tidak mengapa kalau berubah kepada yang lebih baik. Atau terpengaruh dengan persekitaran yang baik dan positif. Namun jika sebaliknya, awas! Anda tidak mengambil ibrah dari kejadian alam seperti ikan di laut. Banyakkan bertafakur, lihatlah hikmah yang terbentang luas di bumi Allah ini. Dan tidaklah dijadikanNya sesuatu itu sia-sia.

Jadilah 'agent of change' alias agen perubah. Yang merubah bukan diubah. Besar bezanya itu. Kerana saya, anda, kita, adalah khalifah, pemimpin yang seharusnya memimpin bukan terpimpin walau di mana sahaja kita berada.[ saya tambah ; kalau org tu lebih baik dari kita dan dia pemimpin kita, kena taat la..kalau ada salah apa-apa, kena tegur pemimpin ]

Awas! Jauhkan diri dari sifat si lalang. Rumput yang condong ke kanan jika anginnya datang dari arah kiri dan condong ke kiri andai anginnya datang dari kanan. Berpeganglah pada prinsip Islam. Tiada toleransi dalam hal-hal prinsip, syar'i dan hal-hal ketaatan. Kitalah yang bisa mengubah persekitaran, dengan keyakinan, hati-hati dan kebijakan penuh hikmah.

Semoga terus sukses menjadi manusia wajib yang dirinya ibarat ikan di laut, hidup di air masin namun isinya tetap tidak terkesan dan termasin akan air laut itu. Semoga energi sukses sentiasa menjadi milik kita. InsyaAllah!
ha, ok lah.setakat ni dulu. Assalamualaikum *-*


1 comment:

gigamegaluv said...

Ya Allah, kami teringin terpilih ke syurgaMu..
jika Sumayyah ke Syurga sebagai syuhada',
jika Asiah ke syurga dengan ujian dipenjara,
jika Masyitah ke syurga dengan pengorbanan dicampak ke kawah,
jika Siti Muthiah ke syurga dengan ketaatan pada suami hingga setiap hari sediakan rotan...
maka ya Allah, aku pula bagaimana??
Apakah yang harus kukorbankan untuk menjadi bidadari penyeri syurgawi...

mahar utk ke syurga sgt mahal...
hanya yg hebat akan ke syurga!
Ya Allah, tuntunlah kami ke jalan yg menuju ke syurgaMu~

click to donate=)