Sunday, 27 June 2010

Hang Tuah diaries

namaku Hang Tuah. hari ini, aku ada satu pertarungan yang aku kira amat sengit. Hang Jebat di sebelahku, Hang Lekiu di depanku, Hang Lekir di bahagian tenggaraku (eh..ade ke?)....Aku pantas mengucapkan kepada Hang Lekir, semoga berjaya atau Good Luck kalau dalam bahasa Benjamin Franklin..sebenarnya aku ucap dalam hati saja, kerana aku lihat dia sedang sibukmembuat persiapan untuk pertarungan ini...sebelum memulakan pertarungan, aku telah menghafal pelajaranku..langkah-langkah persilatan yang telah diasaskan sejak dahulu kala lagi...sebenarnya, aku kurang yakin dengan pertarungan ini. aku kurang persiapan..aku kurang berlatih...lagipun, memang aku kurang mahir dengan teknik-teknik persilatan yang telah diajarkan..maafkan aku wahai diri.jika aku terbunuh, maka tamatlah riwayatku..jika aku menang, maka keuntunganlah jawapannya...ya..aku ingin berjuang untuk mempertahankan negeriku..negeri yang penuh dengan orang Islam..dalam beberapa saat itu, aku tidak sempat untuk membaca ayat-ayat guruku..aku pun terus bertanya kepada Hang Lekir, eh..ingat tak glucosuria..x sempat lah nak ulang yang tu..Hang Lekir menjawab pertanyaanku...tetapi aku kurang dengar kerana dia memakai penghadang muka..penghadang muka ini baik untuk wanita..jauh dari fitnah dan selamat...aku pun terus tanya Hang Lekiu..Alhamdulillah...ok lah tu..dari tiada apa-apa..

maka berlangsunglah perlawanan sengit antara kami dan musuh-musuh itu..musuh datang menyerang hendap. aku mengelak...aku pandang sahabat-sahabatku..mereka amat leka bertarung. aku terus melawan bagaikan singa menemui lawannya. kadang2 aku penat..tetapi aku perlu terus bertarung. aku melayangkan pedangku. opss..aku tersalah..aku terus memotong...aku terlihat, Hang Jebat menggunakan liquid paper. tetapi,aku tidak membawa alatan itu. Aku hanya membawa telefon satelitku, sebilah keris taming sari dan juga 2 bilah pedang ini. Hang Jebat pun aku tengok memang tekun dengan pertarungannya..

sebenarnya, tidak sukar untuk melawan mereka, asalkan cukup ilmu di dada sudahlah..pada minit-minit pertengahan, aku terjelepuk jatuh..kakiku berdarah terkena pedang si musuh..adushh..calmodulin..sungguh kejam kau ya..aku terus melayangkan pedangku..walaupun tidak tepat sasaranku, aku harap kau rebah di depan mataku..tiba-tiba, satu lagi musuh datang menyerang..tidak lain tidak bukan, dia adalah glucosuria..ohh aku memerah frontal lobeku..mengingat kembali..teknik persilatan apakah yang akan kuhayunkan kepadanya...aduush...maafish hina..fiin aayaah? adusshh...arggghhh..sakitnya terkena mata pedang glucosuria..aku pun terus membalas serangan..serangan demi serangan, aku terpaksa berlari keluar dari medan peperangan dan menyorok di belakang satu pokok besar...

aaahh, sakitnya..kurang ajar..bermain dengan batu pula yaa...satu lagi musuhku..yaa dia yang bernama hemosidrosis..walau kau lari ke mana pun, akan ku tewaskan..tapi itu hanyalah kata-kata..aku mengaku, aku tidak mampu melawan hemosidrosis, calmodulin dan glucosuria dengan tepat..aku terus dihentak dan diseksa...seperti Bush merobek jiwa-jiwa anak-anak Palestin..sakitnya Allah sahaja yang tahu..aahhh bencinya aku kepada Ariel Sharon..kadang-kadang aku terfikir, muka Ariel ni seperti syaitan..haha..macamlah aku pernah melihat syaitan..hahaha..adushh..apakah yang akan terjadi..tiba-tiba, sudah pukul 1.00 petang..Alhamdulillah..aku terlepas dari mereka bertiga..tetapi aku akan terus mencari, ilmu apakah yang akan mengalahkan mereka bertiga..
walaupun aku gagal teknik ini, tetapi aku rasa musuhku tahu betapa aku ingin mengingati..tetapi itu lah..apabila tidak belajar dengan baik, maka, tidak bersedialah jawabnya..aku redha...



ini bukanlah pertarungn terakhir buatku..kerana ada satu lagi pertarungan yang hebat..untuk membolehkan aku menjadi manusia berjasa pada dunia...mungkin selepas 20 ogos..aku tidak kisah apa orang kata.tetapi ini adalah kemahuanku..aku ingin bertarung!! dan akan terus bertarung...bertarung dan belajar ilmu persilatan..supaya otakku tidak tumpul, badanku tidak cepat penat pada musim panas ini..dan senang juga aku ingin menang pertarungan jika aku sentisa berlatih, membaca dan membaca..diiringi do'a dan tahajjudku kepada tuhanku..Allah...nescaya aku akan menang dengan pelbagai asakan-asakan dan tindak-tanduk musuh kelak......dan akhirnya aku akan pulang ke tanah airku......juga akan meneruskan pertarunganku...

trIvia¬ selesai sudah diari Hang Tuah hari ini..emm maaflah kalau tak faham..ni adalah satu contengan2 semasa..kalau xde blog pun, saya suka tulis dalam kertas..ehh2, silap..kalau hamba tiada blog ini pun, hamba akan mencoretkan isi hati hamba di lembaran-lembaran kertas..assalamualaikum

I don't believe in taking right decisions..I take decisions and then make them right..No one has ever won a game of chess by moving forward alone..Sometimes you have to move backward to get a better step forward.. [Ratan Tata]~ dalam membuat keputusan, perlu dibuat istikharah..ok lah..Hang Tuah sudah penat..good bye rakyat jelataku..hahahaha


4 comments:

Anonymous said...

best... ada cadangan nk buat buku??

mysa said...

buku? huhu..1 of my dream is want to write a book. but not decide yet what genre it is

Naim said...

salam zirah maisarah
hehe
ni adebadek dr tanta

hu~~
nice crita bout pe y jd dlm dwan xm.heheheh

canggih2x
wink2x

ps-windu kome la.kem slm adk bradk len ye.rabbana yussahil fi imtihan.doakn kami jugak

mysa said...

igt kn spe Naim ni..terkjut sy..hehe..mmg pgl naim ke kt umh? kire mai kne pggl awk naim la lps ni? gtu? haha
rindu kome gak ;)

insyaallah.nt kem slm ..hehe

click to donate=)