Assalamualaikum..
Jom ketahui 6 kelebihan mandi sebelum subuh.. :)
6 KEBAIKAN
MANDI SEBELUM SUBUH
Menurut
kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.
oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda
mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan
kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit
lebih lembut dan halus
Pada waktu
pagi selalunya anda akan memasang water heater untuk mendapatkan
air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Jika anda memiliki
lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan
kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih
sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2.
Melancarkan peredaran darah
Jika
peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan
bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3.
Meningkatkan kesuburan
Kesihatan
tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada
waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon
estrogen untuk wanita.
4.
Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda
yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara
untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5.
Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang
sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat
anda yang mengalami tekanan/depression, inilah cara yang terbaik untuk anda
menghilangkannya.
6.
Meningkatkan sel darah putih
Mandi menggunakan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh
melawan virus. Insyaallah, badan anda tidak akan mudah dijangkiti
penyakit.
klu bilik air cmni, agk2 senang tak nak bangun sblm subuh?? |
No comments:
Post a Comment