Assalamualaikum
Tertarik dengan artikel ni
Jom baca!
------****---------
Graduan Mesir
September 14, 2013 at 5:26am
“Abang tahu tak, sekarang ramai orang duk komplen graduan Mesir bermasalah” ujar isteri kesayangan suatu hari.
“Kenapa?” Tanya saya kembali.
“Ada seorang tu, bla bla bla...” bebel isteri saya seperti selalunya.
Saya tidak pasti apa perasaan saya apabila perkara itu diutarakan kepada saya. Sedih? Bimbang? Marah? Pasrah? Secara jujur saya tidak berhadapan secara langsung, memerhati atau menyelia prestasi HO-HO yang dikatakan bermasalah ini memandangkan jabatan saya sekarang tidak ramai bilangan HOnya dan tiada pula dari Mesir. Namun menurut kata-kata dan bualan sahabat-sahabat memang menyebut bahawa graduan Mesir bermasalah.
Jadi, apa puncanya?
1. Prestasi : Takut untuk clerk kes, takut untuk buat procedure, takut untuk present kes.
2. Chipsmore : Sekejap ada kat wad, sekejap ada kat OT, sekejap ada kat pantry, sekejap ada kat bilik oncall.
3. Praktikal: Tidak reti pasang branula, tidak reti baca CVP, tidak ingat nama ubat.
4. Attitude: Melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang. Tidak bertanggungjawab. Lari/mengelak dari melakukan tugas.
Bercakap melalui pengalaman, saya akui sememangnya terdapat beberapa disadvantage yang saya rasakan jika dibandingkan diri saya sebagai graduan Mesir dengan rakan-rakan daripada local university atau negara lain tapi kebanyakannya dapat saya atasi apabila dapat menamatkan posting pertama saya di Medical. Bila mula posting kedua di O&G, saya dapat merasakan bahawa saya tidak berada jauh di belakang kawan-kawan sehouseman yang lain.
Semasa tagging first posting itulah hampir semua benda saya baru nak belajar. Dan sepanjang 4 bulan di posting pertama itu bermacam-macam sindiran yang saya terima hasil dari ketidakretian saya itu. Masih ingat seorang MO bertanya kepada saya pada hari ketiga tagging, “kau dah berapa hari dah tagging? Dah clerk kes belum? Nak tunggu berapa lama baru nak clerk kes?”
Saya pernah dimarahi kerana tidak prescribe ubat-ubat malah tidak baca pun clerking MO yang melihat pesakit MI di ED yang kemudiaannya dimasukkan ke CCU.
Saya pernah disuruh oleh MO untuk menulis sebuah buku kecil dan menyenaraikan semua common drugs yang digunakan di wad medical kerana asyik terlupa dengan ubat dan dose yang sepatutnya diberikan kepada pesakit.
Saya pernah diingatkan oleh MO bahawa pandangan MO terhadap saya akan sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan pakar untuk mengextend atau tidak posting saya di medical itu.
Melihat kepada pengalaman yang saya lalui sendiri, apa nasihat yang boleh saya berikan kepada adik-adik yang baru bergelar houseman ini?
Pada saya, kekurangan yang kalian ada itu sebenarnya tidaklah begitu teruk kesannya sekiranya kalian punya sikap dan attitude yang betul sebagai seorang houseman. Houseman posting adalah tempoh untuk kalian belajar dan bersedia menjadi seorang doktor yang selamat (safe doctor). Justeru bersedialah untuk itu. Sikap yang betul termasuklah:
1. Belajar dari kesilapan.
2. Menunjukkan minat melaksanakan kerja.
3. Bersungguh – sungguh bekerja.
4. Berkomunikasi dengan baik.
5. Berbaik-baik dengan rakan sehouseman, MO dan specialist
6. Tidak menyusahkan orang lain (kawan-kawan HO)
7. Tidak mengelat/mengelak dalam melakukan kerja.
8. Terbuka kepada kritikan.
9. Menggilap skill dari hari ke hari.
10. Dan yang paling penting, walau apa yang kalian lakukan, don’t jeopardise your patient’s life.
So, adik-adik. Saya percaya kalian takdelah teruk sangat. Cuma tempoh untuk kalian adapt dengan alam pekerjaan mungkin berbeza. Senior-senior kalian pun tak adalah perform sangat semasa zaman HO dahulu, cuma at the end, Alhamdulillah dan InsyaAllah kami berjaya menjadi MO yang baik dan mudah-mudahan at least a safe doctor. Apa yang penting berbalik kepada sikap korang la ya. So, selepas memberikan yang terbaik semasa zaman undergrad, berusahalah juga untuk memberikan yang terbaik di alam pekerjaan ini. Tak ramai yang dapat menolong kalian selain diri kalian sendiri. Selalu senior-senior sebut, “bila dah dapat survive kat Mesir, campak kat mana-mana pun insyaALlah boleh survive.” So buktikanlah yang itu insyaAllah.
Selain memikirkan kekurangan yang kalian ada, manfaatkanlah juga kelebihan yang kalian ada dari segi teori , kebolehan bercakap bahasa arab (akan dicari bila ada patient Arab admit/nak bersalin etc) dan kemahiran-kemahiran lain yang mungkin kalian dapat sepanjang berada kat Mesir haritu (berpersatuan/IT/bersukan/muzik/penyiaran dll) semuanya adalah nilai tambah yang kalian ada dan perlu pandai mencari channel untuk serlahkan dan tonjolkan dengan sebaiknya. So, don’t feel stressed, think positively and be happy insyaAllah.
Uish, teruknya tulisan saya kali ni. Lama tidak menulis, teramat kekok rasanya, apapun all the best untuk kalian dan moga dipermudahkan segala urusan.
Ps: Kalau refer case or notify case tu kene marah2 dengan Dr Kadir tu jangan simpan dalam hati la ya. Nothing personal :P. Tapi kalau kene marah dengan bini saya tu memang personal. Dia memang garang!
Sumber: https://www.facebook.com/tengku.kadir
No comments:
Post a Comment