assalamualaikum readers!!
akhir-akhir ni ramai yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. mungkin ade yang pilih kos ni sebab minat ,mungkin jugak sebab ibu bapa yang menyuruh mereka ambik kos ni ataupun sebab kerjaya ni nampak femes (famous)/ade peluang cerah/mudah dapat kerja. (banyak lagi sebenarnya kos best spt IT yang incomenye lbh besar berbanding jadi doktor,,doktor = kurang life)=)
sebenarnya sangat bagus kalau nak ambik kos kritikal macam ni dan negara pun amat memerlukan ahli perubatan. Antara cabaran yang akak (heee=) nampak sepanjang jadi pelajar perubatan ni bukannya mudah esp kepada sesiapa yang berminat sangat nak melanjutkan pelajaran ke Mesir. antara cabaran tu adalah dari segi bahasa, kemudahan dan kelengkapan belajar. bahasa tu takpe, kita boleh belajar la sikit2 lagipun pembelajaran dlm kelas mcm kat universiti zagazig/cairo/tanta/mansura/alex ni asing, kelas pelajar Melayu n kelas pelajar Arab.
Kemudahan n kelengkapan tu kurang la. teknologi die kurang. contohnye, nak belajar anatomy bahagian larynx kan. kat sini, kurang model-model patung untuk belajar anatomy tu,,tapi banyak yang betul-betul orang punye (cadaver-mayat). kekurangan belajar guna mayat ni tak nampak secara jelas n biasanye doktor akan ajar guna mayat utk bahagian abdomen, upper limb, lower limb,thorax..tapi untuk larynx takde..
lagi satu, mayat ni kuat la sikit bau formalin tu, kena pakai glove la for sure, n takley g sorang-sorang, boleh je,kalau berani..hehe
yang tu akak nampak kurangnye universiti di Mesir ni,,haa, satu lagi kurang praktikal..skil2 kurang dipelajari kat sini sebab tu pelajar Mesir sangat-sangat digalakkan untuk buat attachment semasa cuti musim panas di Malaysia.. emm kalau nak diagnose penyakit pun maybe tahun 3 tu da boleh ar sket2..insyaallah..
kelebihan kat Mesir ni, banyak belajar teori. kitorang pun kena hafal banyak benda jugalah n kalau boleh hafal sebijik macam buku...wehehei..esp subjek ringan seperti psikologi (tahun 2)..kalau tempat lain, tak kisah sangat psl sebijik mcm buku ke tak, asalkan konsep tu betul. tapi kalau akak sendiri, lebih suka guna nota masa lecture tu+buku yang dikeluarkan oleh universiti+international books
ok berbalik pada tajuk,
(pengalaman akak dulu2)
kalau nak datang melalui Kemeterian Pelajaran Tinggi Malaysia, perlulah skor dalam SPM sekurang2nya 8A dan sekurang2nya B untuk mata pelajaran sains (FIzik, Kimia,Biologi)..akak dapat 10A,2B- SPM 2007 (EST B sbb tak berapa minat, Fizik B sbb tertinggal soalan<*_*~>
lepas tu isi borang, dan proses ambil masa dalam 2 bulan jugak..calon2 akan dikaji/ditapis.. selalulah berhubung dgn pihak KPT, tanya apekah status anda skg, =)
kalau akak dulu akak isi borang melalui yayasan islam kelantan(YIK), bayar dlm rm300 kot untuk yayasan proses kan dan hantar kepada KPT. kalau kerajaan negeri lain da guna sistem MoU ,,tapi kalau YIK ni selalunya akan letak bawah program G2G (government to government)
ade kekurangan la kalau letak bawah G2G,sebabnya fail kita tu macam chipsmore. macam tak konfem betul ke awak dapat universiti yang da diberitahu oleh KPT Malaysia @ KPT Mesir..tapi kalau MoU nye program, da tentu fail u akan sampai kat universiti yang dimaklumkan tu,,tapi wallahu'alam la sebabnya urusan dgn pihak Arab ni agak susah sikit..huhu ..kelebihan G2G pulak,yuran dy berkali ganda murah berbanding program MoU.. selalunya agen kalau hantar diorang pakai MoU nye program la..which is rm29000 setahun..tapi kalau yuran tuk G2G lagi2 murah la..
bila da dapat surat dari KPT, (akak mmg dapat universiti Zagazig sejak dari Malaysia,dan KPT Mesir pun tak tukar akak ke mana-mana, so stay je Zagazig,,actually akak tak apply pun zagazig,,apply cairo,alex,mansura,,wahaha,,tapi maybe tempat tu da full,so kena datang sini la..
lepas tu, siap2 semua, akak tak dapat mana2 bantuan pengajian masa tahun 1, sebab YAKIN(associated with YIK) akan bagi bantuan pelajaran kepada orang yang betul2 susah je..ni masa akak gi interview,,orang katsana tanya "anak Encik Mahmood kan,yang keje kat bank tu? o da duit banyak kan?" huhu,,,senyum kambing je sambil jawab, encik, en mahmood tu memang ayah saya tapi bank tu bukan kami yang punyer..huhu..aku pun keluar bilik,, sugul dan keciwaa..actually masa ni aku stay umah nenek, tumpang keta uncle. uncle pecut laju gile dari tanah merah ke kota bharu semata-mata nak interview,,tapi tak pela,,nak wat camne, bukan rezeki aku, lagipun perlu ingat ramai lagi yang lagi susah dari aku...
bila tiket flight da dibeli,,gi la KLIA, waa ramainye orang..anak-anak kelantan (bawah YIK), medik n pelajar jurusan agama(dirasat),,diorang diberitahu pakai kot, aku plop gi pakai jaket sejuk warna pink,,huhu,,tak tahu la plak kena pakai kot..hurm
ok, sampai ke Mesir, maka katsini la bermulanya titik2 kehidupan..
aku tinggal selama sebulan dekat rumah kelantan di Mesir (RKB), dalam tempoh tu akak dan kawan-kawan yang lain pergi belajar kat universiti terdekat iaitu Ain Shams University .. sebabnya ape,kitorang G2G kan,,so fail kitorang dgr katanya belum sampai lagi (dari Malaysia ke MEsir) ..so tunggu la..dalam 2 minggu je akak belajar kat Ain Shams, (2minggu sebelum tu duduk saje2), dan lepas beberapa sesi perjumpaan dengan pimpinan KPKM(keluarga kelantan mesir),, akak dengan yakinnya =), dengan kawan, farah fateema =),, pergila ARMA, jumpa Encik Sulaiman..kitorang cek nama katsitu,, waa betulla,, nama kita memang kat uni zagazig, KPT Mesir pun tulis katsitu zagazig,,ok,tapi masa ni fail belum sampai tau..huhu..dengan tawakal nye, kitorang pun packing barang2, ustaz hantar ke zagazig,,(sebab kalau tak cofirm fail katmana, sebaiknya tak perlu pergi, kan bawa barang2 sume, tengok2 uni cairo ke an,,contohnye la, tak pasal2 ke hulu ke hilir pulak)
akak smpai zagazig dalam bulan 11 ,akhir, 2008..hurm..masuk kuliah,,wuish memang banyak giler da diorang study dan bermulalah kehidupan kitorang katsini...selepas seminggu lepas tu, barulah Izyan, Ikah, Inirah dan Tema (also under YIK) sampai ke zagazig. Selepas dalm sebulan camtu, semua fail pelajar YIK sampai kecuali fail akak, punyela bedebar..diorang da siap buat visa sume, akak lom ade lagi...debar je, tapi wat2 cool..senior cakap aku ni pendatang haram.haha..akak call ayah, ayah call KPT, KPT kata belum sampai, fail naik trip yang lain sebabnya fail akak orang terlepas pandang,, hampir2 tak dikumpulkan bersama fail2 lain yang akan dibawa ke Mesir!! dalam bulan 4 ke, baru sampai fail aku...final exam bulan 4-5 la start..wahaha..sebelum bayar yuran pengajian utk tahun 1, banyak kali akak tanya officer kat syuun tulab (pejabat yang uruskan pelajar2), "betulke da sampai fail saya? ( وقد وصلت ملفاتي
(actually sukar utk dipercayai fail ni da sampai,, sampai la tahun 2, urusan result aku n segala urusan nampak ok, so akak assume mmg fail tu mmg da ade la kat uni zagazig,,hehe)
sebelum sampai fail akak tu, akak study je, akak bersama 6 pelajar YIK yang lain kitorang study giler2 time ni sebab kejar slibus n also akak, belum ade ape2 bantuan pengajian for sure la study hard jgk..alhamdulillah result tahun 1 ok, jayyid jiddan (8 markah ag nak mumtaz :p), dapat JPA, dan tahun 1 tu lembaga zakat selangor bagi zakat rm5000, tahun 2 zakat bagi pulak dalam rm ribu jgk, tak ingat..skgni JPA je, no more zakat la =)..alhamdulillah dan hari kemudiannya akak da tak stress pasal duit belajar..wew, haru tau sbb masa tahun 1 tu, akak apply jadi part time writer/typist kat sebuah syarikat ni dan diterima la..whehei,,tapi aku tny ape tugas aku, puan tu cakap, takpe,nanti tugasan akan diberi,,sampai sekarang dy tak bagi2 lagi tugasan ..wheheii..tapi aku syukur la sangat, ape yang allah da bagi kat aku selama ni..thank you Allah =))
 |
| shopping complex @cairo |
 |
| sertai dikir barat, cuti tahun 1 (2009) kat rumah kelantan Mesir |
 |
| otw masuk negeri: sharqiah, ibu negeri: zagazig |
p/s: disini dinasihatkan agar adik-adik junior yang teringin belajar kat Mesir khususnya datanglah dibawah kerajaan negeri/yayasan/KPT sebabnya anda akan kurang terbeban dgn masalah kewangan. kadan-kadang kesian dgr cerita adik-adik junior yang datang melalui pihak tertentu terbeban dgn masalah duit. Proses untuk datang ke Mesir tidaklah semahal mana, tak sampai rm6-7ribu pun..huhu..
datanglah ke Mesir dan kutiplah segala ilmu disebalik debu-debu mesir
kat mesir ni ade 2 je benda, sama ada nak jadi seperti nabi atau fir'aun
..dan kerenah-kerenah Arab yang kadang2 akan membuatkan anda ketawa, sedih, rasa nak marah sangat2, terharu, dan macam2 lagi lah...mim sod ro,, musibah sabar redha~ negara yang satu dalam seribu =)