Sabda Rasulullah S.A.W :-
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
Dunia dan segala isinya makin rapuh dimamah usia,berbagai-bagai amaran yang didatangkan dari Maha Pencipta agar umat manusia membuka mata hati sedangkan manusia masih lagi lalai mengejar dunia yang tidak kekal.
Bencana alam yang sering berlaku sejak kebelakangan ini mengingatkan kita kembali sabda Rasul mengenai 10 petanda besar hari kiamat di mana salah satunya ialah gempa bumi di timur.
Jepun merupakan sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea, dan Rusia.
Pada Jumaat, 11 Mac 2011 satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun dan kemudiannya mencetuskan tsunami yang berkelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira pada pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Bagai jatuh ditimpa tangga, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu.
Jumaat 25 mac 2011,masih belum reda kerisauan kita terhadap isu di Jepun, gempa bumi di Myanmar pula menyusul. Gegaran 6.8 skala Richter di kawasan Segi Tiga Emas, berdekatan sempadan Thai, memusnahkan ratusan bangunan, meragut puluhan nyawa malah gegaran tersebut turut dirasai di bumi Thai.
Masih ‘buta’kah mata hati kita dalam menilai percaturan dunia yang sedang memberi tanda-tanda bahawa dia sudah tua dan penat..? Mati itu pasti, kiamat itu pasti dan janji Allah itu PASTI...! Sudah bersediakah kita..? Tepuk dada, hisablah diri, tanyalah iman masing-masing.. Selamat beramal.