Friday, 18 October 2013

My Preggy Note; 33 Weeks :)



Assalamualaikum

Alhamdulillah, 33 weeks preggy mom now :)
Syukur da sampai tahap ini.
Ada ibu-ibu yang mengandung, keguguran, banyak alahan, perubahan warna kulit yang teruk, mengidam yang pelik2 dan macam-macam lagi

Aku?? stretch mark kat perut..ni normal ni klu ade marks. 
Seharian hari ni google produk2
Sebelum2 ni aku ada sapu cocoa butter by vaseline..
tapi bagi aku takdela jelas sangat perubahan kulit...
bila cocoa butter + sapu minyak zaitun, baru macam nampak perubahan
berdasarkan pembacaan, stretch mark akan hilang beransur-ansur, sama ada hilang sepenuhnya @ makan masa yang lama adalah bergantung pada genetik... btw, kita boleh rawat je guna losyen2 yang ada di pasaran
cth: Palmer's Cocoa Butter (ada krim urut, losyen, sabun pun ada)
yang ni la yang ramai ibu-ibu guna dan menjadi :) dgn izin Allah..

semalam aku & hubby jalan-jalan kat Majdi Mall, sebenarnya nak keluar makan malam dan tengok2 baju bayi, aku mengiyakan je sbb memang penat semalam.. (ada tetamu dtg beraya), apabila masuk Carrefour, teringat nak beli itu ini.
Barangan bayi; baby wipes, diaper cream, etc aku da beli semalam..lega sikit sbb memang kami tak beli ape2 pun lagi, kat sini raya haji lama la jugak dlm 5 hari diorang sambut, so nak shopping baju bayi lepas raya ni insyaallah

bengkung, set bersalin yang letak kat perut, food supplement/vitamin for new mommy alhamdulillah aku da order dari Malaysia hehe

*aku jumpa je Palmer product kat satu kedai ni, kedai Khalifa tingkat dua Majdi Mall, JD 13++, tapi bila aku ambil, hubby aku kata tak perlu produk, guna je coca butter+minyak zaitun,, tapi2 lagi sekali aku pegi aku nak beli jugak w/pn agak mahal.. hari ni aku baca Kate Middleton pun guna Palmer, rugi betul tak grab terus semalam *_$

Lepas tu aku beli jugak sotong kat Carrefour; setengah kilo dapat JD 2.50 (lebih dari RM10) tapi aku beli jugak sbb lama da tak makan..bukan fresh sangat pun, just okey, hubby aku bisik, kita beli sotong ni, kita masak kat rumah la..SAVE BUDGET  hehe
aku okey je sbb kalau makan kat luar paling koman JD 6.00, so kena save ye..

balik tu, aku rehat jap, then masak sotong goreng & sotong bakar.. rendam sotong dgn air limau dlm 5 minit gitu, bubuh rempah; serbuk jintan manis, bwg putih tumbuk, daun ketumbar, cili kering kisar, letak marjerin sikit, salut2 then bakar & goreng habis citer..aku makan ngan nasi sbb aku org melayu, dy makan dgn roti sbb dy bangsa lain haha... aku makan dgn sambal nasi lemak aku buat hari tu+telur rebus+lettuce, kenyang, tidur pun nyenyakk~...

masa aku kat Carrefour, aku rasa macam perut aku nak terburai je, sbb sekarang kadar pertumbuhan bayi sangat cepat n up to the max org kata..
baby pun banyak bergerak, kalau tengok perut, bergerak2, goncang, kadang-kadang rasa sakit sebab baby kick kita punyer tulang (ribs), sekarang ni dia macam da besar, w/pn dia tak sepak2, kdg2 rasa sakit juga sbb dia gerak-gerak dan tekan organ dalaman..haa camtu la cter dia. aku tak merungut ni, cuma aku cerita je k, sharing kan hehe

well ni fast entry, disorganize.. pasni nak study, ade exam :(

I have 6 subjects for this 5 months semester (sgt pendek sem ni), klu aku tahu aku tak regist utk Economics huhu


hari ni jugak aku search pasal postpartum massage sbb penting utk ibu angkat peranakan & kembalikan bentuk badan asal. Pastu2 pasal pemakanan (postpartum nutrition) selepas melahirkan bayi pun kena tahu juga (Pantang). Oleh sebab aku kat Jordan, negara yang kurang ikan :(, jadi website ni blh membantu  http://mamabirthing.com/recovery-from-childbirth-postpartum-food

Foods to avoid postpartum

AVOID the stuff people tend to want to nourish you with. Including:

lasagnas
other heavy casseroles
baked goods: muffins (my favorite nii)
breads
ice cream
frozen soups or stews
caffeine
refined sugars and flours
dairy (other than raw dairy)
The foods are not part of the postpartum diet is because they are difficult to digest and extract nutrients. You want to simplify this process of digestion and absorption as much as possible. Otherwise, you may develop a slew of postpartum symptoms including: bloating, constipation, postpartum depression, insomnia, irritability, and cravings for poor food
choices. Furthermore, your baby may become colicky, irritable, or develop thrush. The stakes are high on what you eat for the first 42 days postpartum.


Klik: Palmers product


Selamat la sapa-sapa yang rancang utk mengandung lepas2 ni hehe

kawan kat med school aku ramai yang membina bait muslim pada tahun ni alhamdulillah

antaranya; kak Aiman, Zaty, Ana, kak Sha dll yang akan hehe

tapi sayang aku takleyh nak gi huhu :(



Friday, 11 October 2013

Resepi Kushari ( Masakan Arab Mesir )


#Catatan 17/9/2013



Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni berjaya masak kushari. Semasa saya tinggal di Mesir saya selalu juga makan. Beli selepas habis kuliah. Tahun Satu la selalunya beli, lepas tu tahun Dua kureeng dah maybe boring, then-then selepas tu suka beli lagi, masa tahun Lima pun selalu juga makan. Kushari ni murah je, sebekas LE1.50, tapi tahun lepas kot start naik jadi LE2.00, LE2 ni kalau dalam RM baru RM1, so small matter la kann

Em masa berbual dgn teyta hubby dulu, dia kata kushari tak familiar di Jordan...masa tu barulah tahu yang kushari ni memang popular kat Mesir je. Dua tiga hari yang lalu, hubby drive ke satu kedai kushari kat Jordan, masa tu barulah tahu bahawa ooh ada juga kedai kushari katsini. Ingatkan takde langsung. Hubby beli satu bekas besar untuk papa. Memang papa suka sangat makan kushari. Hari-hari kalau boleh.

Bila masuk kedai tu, terkenang-kenang memori makan dgn kawan-kawan hehe, siap shopping brg2 rumah, pegi makan kushari sama-sama kat kedai...emm rindunya kat Mesir....tengok periuk besar penuh dengan makaroni dan bijiran, bahan untuk kushari..apabila hubby tanya abang penjual, berapa dinar klu kushari bekas kecil? dia kata JD 2.50...haaah.. what? JD2.50..emm just buy small plate k?..hoho terkejut sangat la kite ni..padahal bahan2 kushari sangat senang je k, cuma ambil masa la klu nak buat sendiri :)

Mahalnyeee... JD 2.50 x 4.5 = RM 11.25 = LE 22.50

oooo mak kau.. klu kat Mesir boleh beli 11 bekas kushari (dlm bekas saiz lbh kurang sama)..omomomo...

Walaupun mahal hubby beli jugak, yg bekas kecil satu utk kami ngaaap dalam kereta :), yg bekas besar tu memang papa dia pesan. 

Semalam hubby beli lagi untuk papa dia. Pastu tanya saya, "Do u want to eat kushari today?"
"No no, i dont want, let's buy ingredients of the kushari"
Hubby: "But we need time to cook it"
Me: I'll make it tomorrow, insyaallah. (yakin nih meheheii, sebab da google resepi kushari). klu kat egypt, beli jee senang, tp Jordan, boleh sengkek makan kushari nih.meheheii..


Okey sapa-sapa yang pernah merasa kushari pastu dok Jordan, meh belajo camne nak buek

Sumber: Miss Anthropist's Kitchen




Nasi
1 cawan lentil (hab)- byk jenis lentil, so kita guna yg kaler dark brown
1 1/2 cawan beras
5-6 cawan air*
1/2 cawan filini (shi'riyya)
1 SB jintan manis*
garam & lada hitam(serbuk)
red pepper flakes

1. *masak dalam periuk, masukkan lentil, rebuskan selama 15-20 minit
2. masukkan beras dalam periuk yang sama (yg ada lentil tadi),masukkan beras, kacau2, off heat apabila nasi masak (20minit)
3. goreng fi'lini sampai bertukar kaler, jadi warna coklat2 gitu, angkat
campuran beras+lentil, mix together with lada hitam+garam + fi'lini


Makaroni
utk makaroni, rebus je


Sos
2 1/2 SB bwg putih cincang
1 1/2 SB cuka
2 cans of tomato sauce (saya guna dlm 3 SB pes tomato)
air
garam+lada hitam (serbuk)
red pepper flakes

goreng bwg putih (1 minit), add tomato sauce, lpstu cuka
masukkan air (klu suka sos pekat, letak sikit je), kacau2 sikit, bila da masak, tutup api.


Bawang Goreng
1. Bawang besar, dalam 4 biji, kerat bentuk ring/strip, salut dgn flour+salt mix 
2. goreng sampai warna berubah jadi coklat, kalau nak rangup lagi, goreng 2 min more, jaga2 takut bwg hangus


lentil (hab) (atas), makaroni (kanan) dan fi'lini (kiri)


bawang besar yang da disalut campuran tepung & garam. Guna penyejat utk buang lebihan tepung. Sebelah tu tangkai cili api, saja nak bagi pedas sikit sos :)


bawang goreng dan fi'lini yang siap digoreng


Sos kushari


Nasi kushari, yg bulat comel tu lentil (hab). Warna nasi pun jadi coklat sikit2, mungkin sbb jintan + warna dari lentil


ambil pinggan, letak nasi dulu,lpstu makaroni, atas sekali bwg goreng,tabur fi'lini, siram sos,siap :)


Selamat Mencuba!! =)



p/s: suka makan kushari dengan potato chips. sedap :)



click to donate=)