Friday, 29 April 2011

Sebelum Isya', aku taip..


Assalamualaikum semua

saya bajet nak mencoret kat sini dlm 10 minit gitu. sambil2 tunggu Isya' :)
alhamdulillah, pagi tadi, hari dimulai dengan SC naqibah. kol 7 pagi. bangun kol 6.30pagi. haha. tak pe la tu. terus berlari2 mengejar waktu yang aku (aku plop, tadi saya..xpe la..kata ganti nama pertama) kira dah cepat beberapa microsaat berikutan tsunami kat Jepun haritu.

back to the topic kan..bkn ade topik khas pun, cumanya saje2..suka2..

aku perasan, dalam fatrah ni, semua orang dok study..ye la..exam da nak dekat kan..aku pun sama..stat la baca balik apa yang tak faham semua, tulis nota sikit2..aku sibuk pun takdela sesibuk macam exco..ZAP, usrah adik2 aku ni dan kerja2 sampingan yang lain la yg berkaitan persatuan semua...

yang penting kena bahagi masa. best kalau kita rasa kita ni bermanfaat pada orang lain...tapi tak best gak klu orang kutuk kat belakang..tapi tak pe la. as u know what u are doing..

macam tenang je walaupun exam. kenapa ek? adoi la..tapi kalau tengok kawan2 sekelas study, agak jeles gak..hoho..

cakap pasal jeles2 ni, teringat tadi bincang pasal perkara yang mana kita boleh hasad/jeles/dengki dalam kekayaan (harta untuk yang hak dan kebenaran) dan juga ilmu (dgn ilmu -diajar dan dgn ilmu juga kita boleh menyelesaikan masalah antara 2 pihak)

faham? hehe..terbelit2 plop..ada orang miskin, zaman Nabi dulu, dia jeles dengan orang kaya sbb orang kaya derma banyak2, tapi dia tak dapat nak wat gitu.so, katsitu bolehla ada perasaan jeles/dengki..(sapa2 yg kaya, blhla derma Tabung Kasih Sayang,TKS..hehe)..dan juga ilmu. boleh ada perasaan dengki untuk berlumba2 mencari ilmu..gitu la cter die..

da azan la. setakat tu la dulu.
aku harap dgn benda alah ni, aku boleh la buat kerja2 baik. soh orang buat baik dan yang baik2. aku harap aku berubah ke arah yang lebih baik.

sama-sama ubah diri sendiri ke arah yang lebih baik.

trivia ¬ untuk adik2 usrah aku tadi. aku buat exam hari ni. untuk fisiologi. saje test power. alhamdulillah. ade improvement. diorang pun selalu datang usrah ni. Ni yang aku sayang ni. haha. xley cakap lebih2, klu diorang baca ni, kembang semangkuk laks.haha. i like :)

aku jeles dengan uda sebab kek dia sedap. moist, lembut, dan aku mmg suka coklat.. JOM beli kek uda ni..DI's cottage..tempah2. cupcake pun ade. cari kat FB nama DI's cottage. lap top stuck. tak ley nak letak link. hehe

Ya Allah, beri aku ilham dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk semua suruhanMu dan dapat mengetahui semua laranganMu. Berikanlah kepadaku Ya Allah, kefahaman yang mendalam dari para nabi dan kefasihan hafalan para Rasul dan cepatnya ilmu para Malaikat yang dekat denganMu dan kurniakanlah kepadaku ya Allah dengan cahaya ilmu dan cepat dalam memahaminya. Keluarkanlah aku dari keraguan. Bukalah untukku semua pintuu rahmatMu dan ajarkanlah aku rahsia hikmahMu, wahai Tuhan semesta alam..amin





No comments:

click to donate=)