Thursday 4 June 2015

Macam Kurus Sangat je Anak Awak



Assalamualaikum


hari ni macam biasa, balik rumah tengok whatsapp, pastu tadi ade beli pisang. bagi Abdalrahman makan n snap pic satu, hantar kat daddy dia.


daddy dia cakap abdalrahman kurus.


hurmm



kurus.


ramai je kawan-kawan cakap dia kurus +/- tinggi. badan meninggi tak melebar.


hurm

memang saya akui dia kurus. tapi kalau dukung lebih berat daripada saya dukung dia pada bulan lepas.




bilik sy kecil je,sbbtu kena susun gitu tu huhu
so kurus kan?
em kena pergi farmasi ni beli susu utk tumbesaran (growth milk)

sebenarnya umur kanak-kanak sebaya Abd Al-Rahman ni secara normalnya akan kurang berat sikit sbb diorang aktif, banyak main..(sbbtu bila org cakap dia kurus saya cool je..tapi ramai sgt yg cakap, risau juga hati ni..)
pastu sibuk sangat main klu masakan tak kena dengan citarasa, tak mahu makan. jadi sebagai ibu ni, kena la pikir anak aku ni nak makan apa sebenarnya; roti, pasta, ke nasi? camtu la hari2... tapi alhamdulillah sekarang ni boleh terima sikit2 makan sup, makanan melayu..selalunya macam daddy dia la, nak red sauce@ cream je tahu.. ahli bait semua org melayu, semua masak melayu. malay dishes lover hehe. mommy pun kalau daddy awak dtg, tak makan sup la mommy. so, kita makan sup ye nak, ^_^ hehe

u know what, besarnya jasa ibu kita dia akan fikir apa yg kita akan buat dari kita buka mata sampai tidur. makan, minum, poo, pee, tantrum, apa yg kita suka dan tak suka, nak pakai seluar biasa 1 minit je, tapi tak nak diam2 kaki nak tendang orang jadi 5 minit pakai seluar sahaja. pastu yang parah sikit, separation anxiety. Sampai ke tandas ikut mommy padahal mommy nak berus gigi je, bukan nak tinggal dia.

sekarang ni Abd Al-Rahman ada loose stool da 2-3 hari, dlm 2 kali sehari. bukan diarrhea pun dlm medik. tak cukup kriteria utk dipanggil diarrhea. tapi orang luar panggil je diarrhea.. so untuk tak nak melarat, aku da bagi ORS. harap2 esok okey. diarrhea ni boleh menyebabkan dehydration (juga boleh kurangkan berat badan) itu yg bahaya tu. so cegah dari awal. website ni maybe boleh hilangkan risau ibu2 yg mcm aku. tapi awas ye, klu baby nampak tak larat sgt, ada muntah2, demam, baik la pergi jumpa doktor ye :)
http://patient.info/health/toddlers-diarrhoea


tadi kan aku dok bimbang betulke anak aku ni ada masalah tumbesaran
kalau nak tahu, kena cek percentile

ni contoh:





mudah kan?
guna pembaris kayu je ukur panjang dia haha

alhamdulillah tak payah dah risau bila tgk graf ni :)

WHO charts for baby
http://www.infantchart.com/

bolehla cek anak masing-masing ye hehe

No comments:

click to donate=)