Resepi Salad Caesar
Bahan-bahan
300g salad
10g potongan dadu roti bakar
10g ikan bilis goreng
Perasa
1/2 cawan sos caesar
1 Sb serbuk keju
Resepi Sos Caesar
Bahan-bahan
10g pes ikan bilis
1 biji kuning telur (kalau mengandung tak payah letak takpe. takut jangkitan laks sbb ini penyediaan mentah. tak masak. ganti dgn mayonis. sedap pun sedap)
3 ulas bwg putih
2 cwn minyak zaitun
Bahan A (campur semua sekali)
1/2 sk garam
1/2 sk lada hitam
1 sk biji mustard
2 sb serbuk keju
2 sk cuka putih
~cara buat sos caesar
cincang bawang putih, masuk dlm bhn2 A, pes ikan bilis dan kuning telur--> pukul rata
tuang minyak zaitun perlahan2, pukul hingga melekit
Cara Penyediaan Salad Caesar
daun salad direndam dlm air selama 5-10 minit. Tos dan sajikan dalam pinggan. Taburkan ikan bilis goreng dan potongan dadu roti bakar
sebelum makan tu, boleh siramkan sos Caesar dan tabur serbuk keju ke atas salad
selamat mencuba
*ikan bilis boleh ditukar dengan isi ayam rebus. sedap pun sedap jugak hehe
buat sendiri lebih baik sebab ade restoran dia letak daun banyak, ayam ciput je huhu. Restoran Cook Door cwgn zagazig. dia letak 3 ketul je ayam. frust tahu tak
*orang putih pun guna je ikan bilis dlm masakan diorang. kalau kat Mesir, 1 tin kecil ikan bilis dah RM 4-5 dah. jadi hargailah ikan bilis kehkehkeh
p/s: gambar takde ye sorry..
sumber rujukan: buku Pasta Tauke; Makanan Itali