HAI semua
harini nak tulis tentang homeschool anak
sebenarnya tak senang untuk tarik budak2 belajar. Kemampuan anak-anak ni untuk fokus lebih kurang 10 minit sahaja lepas tu da bosan. Mommy pun kena belaja supaya kelas tu lebih ceria sikit. bukan garang haha
setakat ni homeschool untuk AR belum istiqamah lagi sebab mommy sibuk sikit + adjust dari ibu yang bekerja sebelum ni sepenuh masa kepada homemaker :)
waktu terbaik homeschool adalah selepas dia sudah bangun, mandi dan makan, agak2 dlm pukul 10 pagi macam tu baru blh mula kelas.
sebelum ni AR masuk tadika tetapi selalu tak boleh nak bangun awal. Tadika 8.30 pagi, selalu sampai kol 9.30-10
++ mommy pun tak berapa sanggup kejut awal2 sbb waktu tidur dia pun tak menentu. main sampai kol 11 mlm, macammana nak bangun awal. takpela. baru 5 tahun. tahun depan kena lagi serius. mommy da tak kerja so bolehla mommy ajar kamu nak. Mungkin tahun depan masuk tadika balik. Mommy pun bukan sangat pandai mengajar ni.
lepas belajar 10 minit, kena tukar aktiviti. mula2 warming up kelas mewarna dulu. ambil mood hehe...
kadang2 straight kepada subjek utama. tapi macam mommy kata la tak senang anak nak anggap kita cikgu tadi jadi mommy je .. sekarang cikgu pula.jadi manja la sikit...anak sorang lagi pula suka nak join sekali jadi mesti sediakan kertas warna untuk dia jugak supaya diorang tak bergusti berebut kertas warna.
takde kawan2 satu hal. nak je aku ajak budak2 taman ni meh sini aunty ajar semua.. tapi takut aku pulak yang tak boleh kawal budak2 tu nanti + safety. bab keselamatan ni tambah2 banyak kes pengasuh la itu ini tak. takpe. nanti kita set up kalau betul nak ajak orang lain sekali (im talking to myself,, pardon me :)
haa berbalik pada homeschool boleh tgk link ni.
best
ada buku warna ABC blh download free je. best jgk yg tu
yang oxford early learning pun ada
tak ingat link kat mana. blh google.
banyak sangat sumber2 kalau nak buat kelas kat rumah
tambahan pula anak2 tak jadi nak pegang phone, tgk2 kertas terus cakap
mommy nak colour nak colour
AB suka sangat kereta. beza sangat dengan AR, AB tak minat tengok kartun. 5 minit tgk lepastu main kereta 2 jam |
first time keluar makan dgn suami &anak2 slps suami dpt kerja baru kat shah alam. |
mommy panggil senyum2 je. main air kt luar rumah |
pertandingan mewarna plaza metro kajang |
sambutan hari raya Puncak saujana kajang |
ok nak study dulu
mommy ambil feqah muamalat dengan sirah je utk sem kali ini
ni anak dua mmg mencabar utk study
masak lagi, kemas rumah...
kalau stay up sampai pagi insyaallah boleh study beberapa bab
oh ye online bussiness pun masih buat cuma tak seaktif dulu
lepas final exam ni insyaallah
No comments:
Post a Comment