Kebanyakan ulamak termasuk ulama empat mazhad antaranya mazhab Syafie mengatakan bahawa arak itu najis kecuali al-Muzani (seorang alim dalam mazhab tersebut) menyebut bahawa arak itu tidak najis. Ia hanya diharamkan sahaja pada hukumnya.
Kebanyakan ulama menyatakan bahawa arak itu najis dan jika terkena pada pakaian hendalah dibasuh pakaian itu.
Judi juga termasuk dalam amalan najis dan diharamkan oleh Allah walaupun ia tidak berbentuk ('ain') seperti arak, ia berupa perbuatan.
Melihat nasib juga adalah diharamkan oleh Allah kerana ia suatu yang keji dan melihat nasib itu atau perkara akan datang atau perkara ghaib adalah milik Allah SWT.
Nabi s.a.w memberitahu perkara akan datang mengikut apa yang diberitahu kepadanya oleh Allah SWT. Appa yang Allah Taala tidak memberitahunya maka Nabi s.a.w tidak akan mengetahuinya.
Ini adalah keistimewaan yang ada pada Nabi s.a.w. Apakah ahli nujum itu lebih mengetahui daripada Nabi s.a.w?
Disebuat di dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, "Adalah bohong apa yang diberitahu oleh ahli nujum sekalipun bertepatan dengan apa yang diberitahunya."Kebanyakan ulama menyatakan bahawa arak itu najis dan jika terkena pada pakaian hendalah dibasuh pakaian itu.
Judi juga termasuk dalam amalan najis dan diharamkan oleh Allah walaupun ia tidak berbentuk ('ain') seperti arak, ia berupa perbuatan.
Melihat nasib juga adalah diharamkan oleh Allah kerana ia suatu yang keji dan melihat nasib itu atau perkara akan datang atau perkara ghaib adalah milik Allah SWT.
Nabi s.a.w memberitahu perkara akan datang mengikut apa yang diberitahu kepadanya oleh Allah SWT. Appa yang Allah Taala tidak memberitahunya maka Nabi s.a.w tidak akan mengetahuinya.
Ini adalah keistimewaan yang ada pada Nabi s.a.w. Apakah ahli nujum itu lebih mengetahui daripada Nabi s.a.w?
Itu hanya kebetulan sahaja dia tidak mengetahuinya. Yang Maha Mengetahui ialah Allah SWT. Haram hukumnya seseorang itu bertanyakan kepada ahli nujum.
Sementara permainan judi diharamkan bukan sahaja menghabiskan harta dan meruntuhkan rumah tangga bahkan dia melalaikan seseorang dari beribadah kepada Alllah termasuk meninggalkan sembahyang dan perkara yang diwajibkan oleh Allah yang lain.
Mereka sentiasa mahu mencapai kemenangan sehingga habis segala harta dipertaruhkan. Firman Allah yang bermaksud, " semua itu adalah dari mengingati Allah adalah diharamkan. Apa sahaja permainan yang menyebabkan perintah Allah ditinggalkan maka ia diharamkan.
Walaupun berjudi tetapi masih mengerjakan sembahyang, hukumnya ia tetap haram, walaupun tidak meninggalkan sembahyang.
Adapun permainan itu menghiburkan hati jika melalikan sehingga meninggalkan sembahyang ia diharamkan.
Kalau tidak melalikan ia hanya makhruh sahaja mengikut pendapat setengah ulamak. Sementara setengah ulama yang lain berpendapat, ia adalah haram, ada juga yang mengatakan harus.
Adapun permainan yang memberi kekuatan kepada orang Islam, maka ia disunatkan oleh Islam. Bahkan ada masanya diwajibkan oleh Islam kerana ia berkait dengan jihad, perjuangan untuk mempertahankan Islam.
Antara belajar memanah, menggunakan senjata moden, mempertahankan diri, berenang dan seumpamanya, ini adalah perkara yang disuruh oleh Islam.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "ajarlah anak kamu memanah dan berenang."
Berenang untuk membina kekuatan umat bagi berjihad mempertahankan Islam suatu perkara yang mustahak dan diperlukan. Jangan pula bermain dengan permainan yang melalaikan atau melekakan daripada mengingati Allah SWT.
Semua permainan, judi dan sebagainya yang melalaikan itu adalah daripada amalan syaitan. Firman Allah yang bermaksud, " maka jauhkan kamu darinya supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Maidah : 90)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa seorang lelaki badawi datang menemui Nabi s.a.w untuk memberi hadiah arak di atas satu bekas lalu Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Adakah awak mengetahui bahawa Allah telah mengharamkan arak?" Kata badawi tersebut, 'tidak'."
Lalu badawi itu menyuruh kawannya menjual arak tersebut. Nabi s.a.w bersabda lagi, "sesungguhnya jika diharamkan meminumnya maka diharamkan menjualnya."
Ini menunjukkan bahawa menjualnya diharamkan juga. Ini termasuk mengilangnya, memberi lesen atau kelulusan untuk mengilang arak, reda dengan perbuatan minum arak dan reda dengan orang yang melesenkannya. Semua yang berkait dengannya diharamkan oleh Allah SWT.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud "mengapa kamu tidak mengambil kulitnya dan bersihkannya (samakkannya), kamu boleh mengambil manfaat daripadanya."
Kulit binatang dikecualikan daripada hubungannya dengan penyembelihan. Ertinya tidak diharamkan mengambil kulit binatang yang mati tidak disembelih untuk dimanfaatkan kulit tersebut sama ada binatang yang haram dimakan (kecuali babi dan anjing serta keturunan kedua-duanya) atau binatang yang halal dimakan.
Kulit berkenaan boleh dipakai sembahyang dan boleh dijual walaupun bangkainya najis (haram dimakan) tetapi kulitnya tidak haram, dihalalkan secara khusus oleh Nabi s.a.w.
-hindari permainan yang melalaikan~
No comments:
Post a Comment