Pada hari Sabtu, 17 April 2004 kerajaan haram Israel sekali lagi   mengejutkan dunia dengan pembunuhan pemimpin HAMAS, Dr Abd Aziz   Ar-Rantisi selepas sebelum itu mereka juga telah membunuh As-Syahid   Ahmad Yasin hanya beberapa bulan sebelumnya. Jika As-Syahid Ahmad Yasin   dibunuh setelah keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh, Dr   Abd Aziz ar-Rantisi dibunuh setelah menunaikan solat Maghrib di   al-Ghafri, utara Ghaza.
 
 Selepas hanya tiga tahun, suasana politik di dalam bumi Palestin berubah   sama sekali; HAMAS berubah daripada gerakan pembangkang kepada  penguasa  yang memaksa dunia untuk berinteraksi dengan mereka dengan  cara yang  lain dari sebelum ini. Sebahagian dari penduduk Palestin  menyandarkan  kejayaan ini (selepas menyandarkannya kepada Allah) kepada  kedua-dua  syahid.  
 Berikut adalah terjemahan petikan temubual Ikhwan Online dengan   isteri as-Syahid Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, Rasya al-Adluni yang dilakukan   sempena mengingati tiga tahun pemergian as-Syahid.
Rasya:
Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
  
Rasya:
Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
 “Di antara orang-orang yang beriman itu terdapat pemuda-pemuda yang   membenarkan janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang telah   menyempurnakannya dan ada yang masih menunggu. Mereka tidak sekali-kali   mengubah janji mereka.” (Al-Ahzab: 23)
  Di sana terdapat ramai  syuhada’ yang telah pun pergi menemui Allah  lalu mendapat ganjaran yang  lebih baik dan lebih kekal bagi mereka.  Yang lain, saudara-saudara  mereka masih lagi setia terhadap janji  mereka dan tidak sekali-kali  mengubahnya. Allah mentakdirkan mereka  menang di dalam pilihanraya di  peringkat parlimen. Allah mentakdirkan  mereka berjaya membentuk kerajaan  dan berada di kedudukan yang mulia  ini. Walau pun menghadapi pelbagai  konspirasi, kerajaan HAMAS tetap  berdiri teguh dan akan terus berdiri  teguh. Di masa yang sama mereka  masih lagi kekal berpegang kepada manhaj  yang telah mereka pilih  bersama-sama saudara-saudara mereka dan mereka  berjanji akan terus  berpegang dengannya hingga mereka bertemu Allah.
  Inilah pandangan saya terhadap suasana sekarang. Saya berdoa  kepada  Allah agar Dia membantu semua saudara kita di dalam gerakan HAMAS  yang  masih tidak merubah janji mereka. Agar Allah membantu mereka di  dalam  perjalanan mereka di atas jalan ini sehinggalah Palestin  keseluruhannya  dibebaskan dan risalah saudara-saudara mereka yang telah  pergi dapat  disempurnakan.
 Ikhwan Online: 
 
 Bagaimanakah Puan melihat HAMAS sekarang dan sebelum mereka menjadi  kerajaan?
 Rasya: 
  Semua orang perlu  mengetahui bahawa HAMAS adalah pertubuhan yang  berdiri di atas prinsip  syura di antara ahli-ahlinya. Apa yang  dilakukan oleh saudara-saudara  kita sekarang hanyalah kesinambungan apa  yang dilakukan oleh  pahlawan-pahlawan kita yang telah pergi. Manhaj  mereka sama dan jalan  mereka juga sama. Oleh kerana itu, ketika  saudara-saudara kita memasuki  medan politik pada hari ini, itu bukanlah  satu pengalaman baru buat  mereka. Syeikh kita yang mulia, Ahmad Yasin  pernah melakukan perjanjian  genjatan senjata yang panjang dengan pihak  Zionis. Beliau telah merangka  plan untuk melakukan islah dan perubahan  sebelum beliau dan Dr Abd Aziz  menemui syahid. Dengan itu  saudara-saudara kita tidak lain hanyalah  meneruskan jalan  saudara-saudara mereka yang telah pergi.  Saudara-saudara kita di dalam  HAMAS berjuang berdasarkan maslahat rakyat  Palestin. Mereka berlegar di  mana maslahat tersebut berada.  Permulaannya adalah pada jihad. Ketika  mereka berlegar di sekitar  operasi jihad, mereka tidak menjauhkan diri  mereka dari aktiviti  politik. Sebaliknya kita mempunyai pimpinan  politik sejak bertahun  sebelum ini di dalam dan di luar Palestin.
  Untuk  menyempurnakan peranan amal politik, mereka mencalonkan diri  di dalam  pilihanraya peringkat parlimen dan berjaya membentuk kerajaan.  Tetapi  mereka tidak meninggalkan perjuangan asal. Dengan itu saya  menegaskan  bahawa mereka berada di atas jalan yang sama yang  ditinggalkan oleh  saudara-saudara mereka yang telah pergi. Mereka tidak  mengubahnya dan  tidak juga menukarnya. Mereka akan terus begitu  sehinggalah mereka  bertemu Allah sebagai syuhada’ dengan izin Allah.
 Ikhwan Online: 
 
 Adakah rumah Dr. Ar-Rantisi kehilangan  tetamu dan pencintanya sesudah  beliau menemui syahid atau adakah  rumahnya masih lagi sibuk seperti  ketika beliau masih lagi hidup?
 Rasya: 
  Dengan limpah kurnia Allah, saya dan  anak-anak berjanji untuk  berjalan di atas jalan yang sama. Kami berdoa  agar kami menjadi  sebaik-baik pengganti kepada sebaik-baik manusia yang  telah pergi.  Risalah ini menjadi tanggungjawab kami untuk  menyempurnakannya. Rumah  ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin  menziarahinya. Dengan  limpah kurnia Allah juga kami masih lagi berhubung  dengan sesiapa  sahaja yang menziarahi dan berhubung dengan Dr Abd Aziz  ar-Rantisi. Apa  yang kemungkinan kurang adalah wartawan-wartawan yang  sebelum ini  datang dalam jumlah di luar jangkaan kami. Ini kerana Dr.  Abd Aziz  mempunyai personaliti yang menarik perhatian media.
 Ikhwan Online: 
 
 Bagaimana layanan anggota HAMAS kepada  anak-anak pimpinan besar dan pengasasnya selepas mereka menemui syahid?
 Rasya: 
  HAMAS dengan limpah kurnia Allah  adalah pergerakan yang kuat  ikatannya. Apa yang wajib ke atas mereka  ketika pimpinan mereka masih  hidup tidak berubah sesudah pimpinan itu  meninggal dunia. Bukan sahaja  kepada anak-anak pimpinan tetapi juga  kepada semua ana-anak pengikut  HAMAS yang telah meninggal dunia. Mereka  melayannya dengan cara yang  sama. Mereka memelihara anak-anak itu.  Bagaimana tidak, sedangkan  mereka telah berjanji akan menjadi pengganti  pejuang-pejuang itu bagi  keluarga mereka. Dengan limpahan Allah, HAMAS  yang berjanji untuk  melaksanakan Islam secara syumul tidak pernah  meninggalkan walau pun  satu kewajipan. Di antara kewajipan tersebut  adalah memelihara  anak-anak syuhada’ samada mereka anak-anak pimpinan  atau tidak. Begitu  juga dengan anak-anak tahanan.
 Ikhwan Online: 
 
 Siapakah tokoh-tokoh yang masih berhubung  dengan keluarga Puan sehingga ke hari ini?
 Rasya:
Semua tokoh HAMAS masih berhubung dengan kami tanpa kecuali seorang pun. Di antara tokoh yang paling menonjol yang masih berhubungan dengan kami adalah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri, Dr. Ahmad Bahr, Dr. Ismail Ridhwan dan tokoh-tokoh lain; menteri-menteri dan barisan pimpinan yang biasa kita lihat di kaca televisyen. Tidak ada hari keraian yang mereka tidak bersegera menemui kami. Kesibukan mereka tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak syuhada’ dan tahanan.
Ikhwan Online:
  
Semua tokoh HAMAS masih berhubung dengan kami tanpa kecuali seorang pun. Di antara tokoh yang paling menonjol yang masih berhubungan dengan kami adalah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri, Dr. Ahmad Bahr, Dr. Ismail Ridhwan dan tokoh-tokoh lain; menteri-menteri dan barisan pimpinan yang biasa kita lihat di kaca televisyen. Tidak ada hari keraian yang mereka tidak bersegera menemui kami. Kesibukan mereka tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak syuhada’ dan tahanan.
Ikhwan Online:
 As-Syahid adalah seorang peribadi yang menonjol. Adakah Puan atau   sesiapa sahaja terfikir untuk menulis tentang riwayat hidupnya? Adakah   terdapat mana-mana badan yang berminat untuk menulis? Atau adakah ada   mana-mana pelajar yang diketahui ingin menulis tesis di peringkat   Sarjana atau PhD berkenaan as-Syahid?
Rasya:
 Rasya:
 HAMAS sedang mengumpulkan bahan tentang ini. Mungkin saya tidak   begitu mengambil peduli hal seperti ini dan menyerahkannya kepada HAMAS.   HAMAS lebih layak untuk menjaga anak-anaknya dan HAMAS lebih lama   bergaul dengan as-Syahid daripada kami. Dengan itu saya atau anak-anak   dan ahli keluarga kami tidak mengambil peduli hal ini. Saya berdoa   kepada Allah yang maha berkuasa agar kisah riwayat hidup ini terbit   tidak lama lagi.
Ikhwan Online:
  
Ikhwan Online:
 Walau  pun terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Zionis  yang  bertanggungjawab membunuh suami Puan,kenapa Puan sehingga hari  ini masih  tidak mengemukakan dakwaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa  agar  mereka dihadapkan ke mahkamah sebagai penjenayah perang?
Rasya:
 Rasya:
 Adakah kamu menjangkakan bahawa kami akan  menuntut sedemikian?  Sedangkan kita tahu dengan penuh kepastian bahawa  yang memberi bantuan  dan sokongan kepada penjenayah perang tersebut  adalah mereka walau pun  mereka berselindung di sebalik Mahkamah Keadilan  Antarabangsa dan  slogan hak asasi manusia. Ianya jelas seumpama cahaya  matahari dan  inilah hakikat sebenar. Adakah kita mahu memperbodohkan  diri kita  sendiri?
 Ikhwan Online: 
 
 Adakah  budaya cintakan mati syahid sebagai mana yang menjadi  keistimewaan  rakyat Palestin itu yang menghalang Puan melakukan  demikian?
Rasya:
 Rasya:
 Pada kadar yang begitu banyak, semua  anak-anak bangsa ini menunaikan  fardhu jihad. Kita tahu bahawa harga  untuk kebebasan Palestin adalah  darah rakyat Palestin. Apabila kita  kiaskan itu dan segala perkara yang  wujud di atas bumi nyata, kita akan  tahu secara pasti bahawa merekalah  yang memberikan senjata kepada Zionis  untuk membunuh pahlawan-pahlawan  itu. Pembunuhan pejuang-pejuang itu  dengan menggunakan senjata siapa?  Ia adalah senjata Amerika dan Eropah.  Dengan itu saya mengulangi  kata-kata saya: “Hakikat adalah jelas.” Jika  sekiranya mereka benar,  kami cuma meminta supaya pertubuhan-pertubuhan  itu mengangkat  perlindungannya kepada Zionis dan tidak memberikan  bantuan kepada  mereka.
 Ikhwan Online: 
 
 Pada peringkat individu dan kehidupan dalam masyarakat, apakah Puan  rasai kehilangan sesuatu setelah pemergian as-Syahid?
 Rasya:
Bercakap tentang kehilangan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, saya katakan di sini bahawa saya tidak kehilangannya cuma selepas beliau menemui syahid. Kami pernah kehilangannya ketika dia di dalam tahanan. Kami pernah kehilangannya ketika beliau dalam buruan. Kemudian kami kehilangannya selepas beliau menemui syahid. Tetapi, walau pun kami kehilangan jasad Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, ruhnya sentiasa berlegar di sekitar rumah kami. Kami tidak merasai bahawa ruhnya meninggalkan kami. Dengan itu kami tidak mencari penggantinya. Bahkan sebagaimana yang saya katakan kepada kamu bahawa ruh as-Syahid sentiasa berlegar di dalam kehidupan kami; di dalam dan di luar rumah.
 Bercakap tentang kehilangan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, saya katakan di sini bahawa saya tidak kehilangannya cuma selepas beliau menemui syahid. Kami pernah kehilangannya ketika dia di dalam tahanan. Kami pernah kehilangannya ketika beliau dalam buruan. Kemudian kami kehilangannya selepas beliau menemui syahid. Tetapi, walau pun kami kehilangan jasad Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, ruhnya sentiasa berlegar di sekitar rumah kami. Kami tidak merasai bahawa ruhnya meninggalkan kami. Dengan itu kami tidak mencari penggantinya. Bahkan sebagaimana yang saya katakan kepada kamu bahawa ruh as-Syahid sentiasa berlegar di dalam kehidupan kami; di dalam dan di luar rumah.
Ikhwan Online: 
 
 Lari sedikit dari isu politik, bagaimana  kehidupan as-Syahid sebagai  suami? Adakah kedudukannya sebagai pimpinan  HAMAS memberi kesan kepada  peranannya terhadap anak-anak Puan?
 Rasya: 
  Sesungguhnya akhlak beliau menyamai akhlak  Rasulullah s.a.w. yang  pernah bersabda: “Akulah yang terbaik terhadap  keluarganya.” Saya  menjadi saksi bahawa Abu Muhammad (ar-Rantisi) adalah  sebaik-baik  suami, sebaik-baik ayah, sebaik-baik datuk dan sebaik-baik  pemimpin.  Kerana Allah beliau tidak takut celaan orang-orang yang  mencela. Tidak  ada tapak yang dipijaknya kecuali akan menyakiti hati  musuh. Hasil  perkongsian hidup bersama-samanya saya dikurniakan empat  orang anak  perempuan; Inas, Samar , Aasia dan Asma’. Juga dua orang anak  lelaki;  Muhammad dan Ahmad. Peranan saya ketika hidupnya adalah peranan  seorang  wanita muslim yang memahami risalahnya dengan baik; risalah  Islam dan  risalah dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Risalah inilah  yang  menjadikan saya berdiri teguh di belakang Dr. Abd Aziz.
 Ikhwan Online: 
 
 Adakah Puan masih ingat bagaimanakah  bermulanya perkenalan antara Puan  dan Dr. ar-Rantisi? Adakah Dr.  Ar-Rantisi aktif di dalam amal politik  pada waktu itu?
 Rasya: 
  Hubungan saya dengan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi  sama seperti mana-mana  keluarga Palestin muslim yang lain. Hubungan  biasa. Beliau menemui  keluarga saya untuk meminang saya dan kami  menerima pinangan tersebut.  Saya telah dapat merasai wujudnya peranan  yang akan dimainkan oleh  seorang wanita muslim secara umum dan peranan  isteri seorang pegawai  perubatan dan ahli politik secara khusus. Tugas  saya bukan sekadar  untuk berpakaian cantik dan berhias. Tetapi saya  telah pun menyediakan  diri saya untuk memainkan peranan yang akan  dituntut dari saya. Abu  Muhammad adalah seorang pegawai perubatan. 
 Beliau sibuk berulang alik  dari hospital ke klinik dan wad kecemasan.  Saya tidak pernah  mencemuhnya jika dia tidak berada di rumah sebaliknya  saya menganggap  itu semua sebagai jihad. Saya mesti bersabar dan  menyediakan kerehatan  dan kebahagian ketika beliau masuk ke rumah dan  bukannya mencemuh atau  membebel. Pada waktu itu, Dr. Abd Aziz belum  bergiat aktif di dalam  amal politik. Beberapa tahun selepas itu beliau  bergabung dengan HAMAS  dan seluruh waktunya selepas itu adalah untuk  amal politik. Saya  mengambil tanggungjawab mentarbiah anak-anak. Peranan  yang saya mainkan  ini banyak meringankan beban Dr. Abd Aziz ketika  beliau di dalam  tahanan, dibuang daerah, di dalam buruan dan selepas itu  menemui  syahid.
 Ikhwan Online: 
 
 As-Syahid ar-Rantisi pernah dibuang daerah dan menjadi buruan sebelum   menemui syahid. Moga-moga Allah merahmatinya. Itu adalah kehidupan   seorang mujahid yang dipenuhi dengan ujian. Bagaimana dengan keadaan   ketika beliau di dalam tahanan?
 Rasya: 
  Ketika beliau di dalam tahanan, kami sentiasa berhubung dengan  beliau.  Samada dengan menziarahinya atau melalui surat-surat yang  dikirim  melalui persatuan Palang Merah atau melalui pemuda-pemuda yang   dibebaskan dari tahanan. Ini sama seperti tahanan-tahanan yang lain.   Beliau mengingatkan saya prinsip 
 “Berilah peringatan sesungguhnya   peringatan itu bermenfaat bagi orang-orang beriman.”
  (Az-Zariyyat: 55). 
 Sesungguhnya itu memainkan peranan yang besar kepada saya untuk terus   teguh mendidik anak-anak. Saya tidak pernah selama-lamanya berasa   terputus dari dunia Dr. Abd Aziz.
 Ikhwan Online: 
 
 Apa perasaan Puan selepas satu cubaan membunuh ar-Rantisi gagal sebelum  ini?
 Rasya: 
  Kamu bertanya kepada  saya tentang perasaan saya. Percayalah, pada  waktu itu saya menyiapkan  perasaan saya untuk menghadapi apa yang akan  berlaku selepas itu. Saya  tidak berhenti setakat melihat peristiwa itu  sahaja. Berita itu sampai  kepada saya di tempat kerja. Pengurus  menghubungi saya selepas  mengetahui kisah tersebut dan bertanya: “Apa  yang Puan mahu kami lakukan  untuk Puan?” Saya menjawab: “Saya mahu  pulang ke rumah dan menyambut  orang ramai yang akan datang mengucapkan  selamat.” Dengan keyakinan diri  yang tinggi, itulah yang saya lakukan.
 Ikhwan Online: 
 
 Bagaimana dengan detik pertemuan semula dengan Dr. Abd  Aziz selepas cubaan membunuh tersebut? 
 
Rasya: 
  Ia adalah pertemuan yang biasa. Ini kerana saya yakin bahawa apa   yang akan menimpa saya tidak akan meleset dan apa yang ditakdirkan tidak   menimpa saya, ia tidak akan berlaku. Keimanan yang sedemikian   menjadikan kita tidak bergembira berlebihan. Kita mengetahui bahawa itu   adalah ketentuan Allah dan wajib ke atas kita untuk mensyukuriNya. Saya   tahu bahawa ketika Allah menyelamatkan suami saya, itu hanyalah untuk   satu tempoh waktu yang terlalu pendek dan untuk menyiapkannya memikul   peranan yang akan dipikulnya. Dia mesti menyempurnakan risalah tersebut   sebelum ajal menemuinya. Percayalah perasaan ini menjadikan diri saya   kuat. Ini tidak bermakna bahawa kewujudan dan kehilangan Dr. Abd Aziz   tidak memberi kesan kepada diri saya. Sebaliknya ini adalah keimanan   kepada takdir Allah.
 Ikhwan Online: 
 
 Ar-Rantisi menemui syahid selepas cubaan membunuhnya kali ketiga.  Bagaimana perasaan Puan ketika hari nahas tersebut?
Rasya:
 Rasya:
 Berkaitan dengan peristiwa pembunuhan  tersebut; Allah memilih Dr.  Abd Aziz untuk menjadi syahid. Kamu bertanya  kepada saya tentang  perasaan saya. Saya katakan di sini bahawa saya  cukup terkesan. Saya  tidak mengatakan bahawa jiwa saya keras. Saya cukup  terkesan ketika  saya mengetahui bahawa suami saya berada di ICU dan  ketika saya tahu  bahawa peluru itu ditujukan kepada Dr. Abd Aziz. Tetapi  saya telah  menyiapkan diri selepas saya tahu bahawa beliau adalah  sasaran serangan  tersebut dan beliau sekarang ini berada di ICU. Selepas  itu saya tidak  mengambil sikap menunggu sahaja berita kematiannya.  Sebaliknya saya  mengambil wudhu’ dan memakai pakaian yang sesuai untuk  menyambut orang  ramai yang akan datang menenangkan saya. Saya menunaikan  sembahyang  Isyak dan berdoa kepada Allah agar meneguhkan saya dan  anak-anak di  atas syahidnya Abu Muhammad.
Ikhwan Online:
  
Ikhwan Online:
 As-Syahid ar-Rantisi tidak pernah hilang dari  ingatan. Apakah kenangan bersama as-Syahid yang paling Puan ingati?
 Rasya: 
  Kehidupan Dr. Abd Aziz  keseluruhannya adalah kenangan. Apakah ada  kesakitan yang akan dirasai  lebih dari perasaan kehilangan suami kamu  ketika dia di dalam tahanan;  samada ketika penjajahan atau di zaman  pemerintahan Pihak Berkuasa  Palestin? Saya masih ingat di dalam salah  satu siri penahanan yang  berlaku kepada Dr. Abd Aziz. Ketika itu dia  dalam perjalanan balik ke  rumah. Kebiasaannya dia akan menalipon saya  dalam perjalanan balik ke  rumah dan memberitahu bahawa dia sekarang  berada di tempat sekian  sekian. Ketika dia sampai pintu rumah, saya  tidak menyedari bahawa  ketika itu pihak berkuasa sedang menunggunya.  Waktu ketika itu adalah  pukul 11 malam. Mereka menahannya. Mereka tidak  memberinya peluang  langsung untuk masuk ke dalam rumah untuk  memberitahu saya bahawa dia  akan dibawa ke tahanan. Ini bukanlah satu  pengalaman yang mudah bagi  saya.
 Ikhwan Online: 
 
 As-Syahid dikenali  sebagai seorang yang sungguh periang. Bagaimana dengan kenangan manis  bersama Dr. Abd Aziz?
 Rasya: 
  Dr.  Abd Aziz adalah seorang yang periang dan ceria. Nampak  keceriaannya  kepada sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya. Maka  sudah tentulah  ia juga dirasai oleh ahli keluarganya. Pada satu hari  saya menghukum  anak saya perempuan setelah saya bersungguh-sungguh  memintanya untuk  melakukan sesuatu. Saya memukulnya dengan tepung yang  diuli. Pukulan itu  tidak kuat tetapi ia meninggalkan kesan psikologi  pada anak perempuan  saya. Ketika Abu Muhammad pulang, saya menceritakan  peristiwa itu. Saya  memintanya untuk merawat perasaan anak kami. Kami  duduk bersama  sekeluarga. Dr. Abd Aziz mula menjernihkan suasana.Beliau mengarang  satu syair secara spontan:
 Jangan hairan wahai saudaraku
Dengarlah kisahku ini
Akulah akulah
Orang yang kulitnya disaluti tepung
Dengarlah kisahku ini
Akulah akulah
Orang yang kulitnya disaluti tepung
 Sumber :
 www.dakwah.info
It doesn't matter what people sayAnd it doesn't matter how long it takes
Believe in yourself and you'll fly high
And it only matters how true you are
Be true to yourself and follow your heart
So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe..


 
No comments:
Post a Comment