Wednesday, 12 September 2012

how to make tomato shake

resipi jus tomato  (homemade)

assalamualaikum readers =)
today after I come back from sending waffles (I sell waffle today), I drop by mak cik who sell vegetables, fruits..bcz I want to try something on tomato..hehe..also, actually I'm thinking of nowadays I suffer from malnutrition bcz lack in taking of fruits after meal..need something look fresh..no boiling, not under heat, 

 for our healthy , try to eat a lot of veg n fruits

so jeng jeng jeng







 1 tomato, or just quarter of it (I use 2,, but not so good if u're beginner, tomato=sour :(
choc chips
ice-cream
fresh milk
sugar 
can add choc syrup@orange juice (to fit your taste=)


hey u in the blender(@_@)



Instruction
1. first, blend tomato + milk + sugar
2. pour the mixture in a glass
3. on top: ice-cream+choc chips
 4. if u not like the taste, put together orange juice@choc syrup@both

*actually, 2 tomatoes are not good idea.. half of tomato is enough..


*important tips to stay healthy n younger =))





jus tomato . tomato shake/juice




so,, how your juice? okey? hehe=))

trivia~
Syeikh Raed (SR): Rakyat Palestin yang tinggal di Palestin 1948 telah melalui pelbagai fasa kesusahan dan keperitan seperti penindasan kaum dan tekanan agama yang dijalankan oleh institusi Israel (beliau tidak menggunakan istilah kerajaan Israel kerana tidak mengiktirafnya). Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, institusi Israel telah merampas tanah-tanah kami sehingga tanah yang masih kami miliki hanya tinggal 3%. Tanah waqaf kami yang dianggarkan 16% daripada tempat bersejarah turut dirampas. Mereka telah merobohkan ratusan rumah-rumah kami, bahkan mereka juga telah memusnahkan kampung-kampung kami keseluruhannya seperti yang sedang berlaku di daerah Naqab.
Pada tahun 1940an, institusi Israel telah menghancurkan lebih 1200 buah masjid, manakala puluhan masjid yang tidak dihancurkan ditukar menjadi restoran, pusat minuman arak, muzium dan pusat ternakan binatang ternakan seperti kambing dan lembu. Inilah yang menyedihkan sekali.
Di samping itu, kami juga menghadapi ancaman untuk dihalau keluar dari Palestin 1948. Terdapat beberapa pimpinan Israel yang secara rasminya telah mewar-warkan dalam televisyen mereka bahawa antara agenda mereka yang terdekat adalah untuk mengeluarkan kami dari rumah dan tanah kami. Mereka sedang menanti situasi atau keadaan dunia yang sesuai untuk melaksanakan perancangan ini.
TI: Boleh Syeikh ceritakan lebih lanjut tentang agenda ‘tarhil’ ini? (Tarhil bermaksud mengeluarkan atau menghalau rakyat Palestin dari bumi Palestin 1948)
SR: Sesetengah pemimpin Israel menyebutnya terus-terang dalam wawancara di televisyen Israel. Mereka berkata, menjadi kewajiban mereka untuk mengambil peluang jika berlaku perang di tempat lain yang seluruh dunia tertumpu pada perang itu. Mungkin dalam perang itu akan berlaku banyak pembunuhan, ramai yang cedera dan banyak bandar dihancurkan. Katanya lagi, di saat itulah masa yang paling sesuai untuk Israel menghalau rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka ke negara-negara lain, sama seperti yang pernah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada tahun 1948.
Ketika itu, mereka telah mengeluarkan seluruh rakyat Palestin dan yang tinggal hanyalah 100 ribu orang. Institusi Israel mahu mengulangi ‘nakbah’ ini sekali lagi, akan tetapi kami akan terus bertahan di rumah dan tanah kami dan tempat kesucian ini sehingga bertemu Allah.
TI: Berapa ramai rakyat Palestin yang tinggal di Palestin 1948?
SR: Bilangan mereka mencecah 1.2 juta orang dan umumnya mereka tinggal di 4 bandar iaitu Bandar Al-Jalil, Musallas, Naqab dan bandar-bandar tepi laut seperti Acre, Haifa, Yafa, Lod dan Ramla.
TI: Bagaimana dengan kehidupan seharian mereka?
SR: Alhamdulillah, ringkasnya kami ada sekolah khas untuk anak-anak kami, masjid-masjid yang kami solat padanya namun kami tetap menghadapi kezaliman yang amat dahsyat yang dilakukan oleh institusi Israel. Mereka melayan seperti kami ini orang buangan di tanah kami sendiri.
Pada tahun 2000, institusi Israel telah membunuh sekumpulan pemuda kami kerana mereka telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap Ariel Sharon yang mengepung Masjid Al-Aqsa. Sehingga sekarang setiap tahun mereka akan membunuh pemuda-pemuda kami dengan alasan yang bodoh. Dengan cara itu mereka telah menjadikan darah dan nyawa kami halal di sisi mereka.
Oleh itu ramai di kalangan rakyat Palestin yang ditangkap dan dimasukkan ke penjara. Saya memberi contoh diri saya sendiri, saya telah keluar masuk penjara banyak kali tanpa sebab melainkan kerana ingin memastikan hak umat Islam dan hak rakyat Palestin terbela. Institusi Israel tidak menghiraukan perkara ini. Mereka mahu tutup mulut kami dan hilangkan suara kami dengan uslub yang menakutkan melalui gertakan polis. Inilah keadaan yang kami hadapi sekarang.
TI: Bagaimana rakyat Palestin menghadapi semua keadaan yang memeritkan ini?
SR: Kami yakin bahawa kami wajib kekal berada di sana demi mempertahankan rumah dan tanah kami walaubagaimanapun kesukaran yang terpaksa kami hadapi. Kami teguh dalam keadaan macam mana sekalipun untuk mengelakkan berlakunya ‘nakbah tarhil’ baru seperti yang telah berlaku pada 1948. Oleh itu satu strategi yang kami sepakati bersama adalah strategi ‘sumud’ (kekal bertahan) iaitu strategi untuk bertahan sehingga bertemu Allah di atas tanah kami. Kami tidak akan lari keluar dan tidak akan mengalah. Kami tidak akan meninggalkan rumah dan tanah kami. Kami akan tetap menolak kezaliman Israel. Inilah titik asas yang kami pegang dalam kehidupan kami.
TI: Bagaimana pula dengan Masjid Al-Aqsa?
SR: Pertama, kita mesti mengetahui satu perkara yang penting iaitu Masjid Al-Aqsa dalam bahaya. Mengapa? Bahaya kerana ia berada di bawah jajahan Israel dan bahaya ini akan hilang hanya apabila penjajahan Israel dihentikan. Jika tiada penjajahan maka Al-Aqsa selamat. Penjajahan jika menurut sejarah selalunya melibatkan kezaliman dan kemusnahan, oleh itu apa lagi yang kita jangkakan daripada penjajahan Israel?
Israel kini menguasai semua pintu masuk masjid dengan meletakkan tentera mereka di situ. Tentera yang lengkap bersenjata itu akan memeriksa setiap orang yang mahu masuk ke dalam masjid. Kadang-kadang mereka menghalang. Israel juga meningkatkan keselamatan kepada rakyatnya yang datang ke Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan sembahyang agama Yahudi di dalam masjid. Mereka mendakwa mereka akan menunaikan sembahyang sehinggalah Al-Aqsa dipecahkan kepada dua bahagian, untuk orang Islam dan orang Yahudi. Pembahagian ini salah tetapi mereka tetap mahukannya seperti yang telah mereka lakukan terhadap Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil.
Sehingga hari ini, Israel masih menjalankan penggalian terowong di bawah Masjid Al-Aqsa sejak tahun 1940an. Al-Aqsa dalam bahaya kerana disebabkan terowong-terowong ini telah berlaku keruntuhan sehingga menyebabkan wujudnya lubang-lubang besar dan dalam di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.
Disebabkan oleh terowong ini juga maka pokok-pokok bersejarah yang tinggi dan akarnya berada di bawah masjid telah tumbang. Ruang pembelajaran di bahagian selatan masjid juga hampir runtuh.
Masjid Al-Aqsa juga dalam bahaya kerana Israel terang-terangan merancang untuk membina ‘Haikal Sulaiman’ di kawasan masjid. Semua keadaan ini menyeru seluruh umat Islam di dunia ini supaya beraga-jaga dan bersatu. Al-Aqsa yang diancam bahaya memanggil kamu semua!







6 comments:

sakina said...

mai awak kat m'sia eh?

mysa@blog said...

salam sakina,, kite kt mesir,,hehe
awk kt mne tu? uni ke rumah?

izzahmohammad said...

tomato dah sihat dah, but I wonder about the topping.. hehe :P

mysa@blog said...

hehe,, can replace the topping with low calorie ice cream @ youghurt..=))

sakina said...

rumah, esok baru pegi jengka. tahun ni awak tak balik m'sia eh?

mysa@blog said...

salam sakina,,aa'a kite tak balik malaysia pun,, klu kita balik,,da lama da kita roger2 awak =)

click to donate=)