Saturday, 31 August 2013

60 Minit Bersama Saya =) [As-Saff]


Assalamualaikum semua

Insyaallah pada 2 September 2013, pukul 5.00 petang waktu Malaysia

saya akan menyampaikan sedikit ilmu :)
*kalau ada perubahan dari segi masa, insyaallah saya akan beritahu nanti

Berkenaan dengan tafsir sebuah surah


Sesiapa yang kurang sibuk, dijemput untuk meluangkan sedikit masa bersama saya hehe :)


klik: Kelas Surah As-Saff


Penyertaan adalah percuma


Jangan lupa temujanji kita


Beberapa siri akan menemui anda semua


Haa, awak semua pun boleh diskus @ bagi pendapat nanti

sama-sama kita share ilmu k!! =)

P/s: ini adalah salah satu khidmat masyarakat (kat universiti). KM online je yang saya boleh buat setakat ni. 

Saya decide nak mengajar secara online, bukan mengajar pun cuma kongsi ilmu je. Nak buat kat luar, penat, sukar, panas lagi...online lah senang hehe


from Productive Muslim


Monday, 26 August 2013

Psyduck

assalamualaikum 

Alhamdulillah


Free untuk seketika sbb 12.9 ni da start sem 2


Bolehlah merayau2 sekejap hehe..


Masa final exam hari tu, aku stress la jugak. Sape tak stress kn klu exam mehehe. Pagi tu cam biasa siap-siap untuk ke exam center. Hari tu hubby hantar aku. Naik teksi cam biasa, sampai je dia tanya aku nak balik kol bape. Aku dgn ringkasnya cakap dlm 11.30. Aku pun terus masuk ke bilik periksa sbb da lewat masa tu. 


Semasa aku jawab paper yg kedua, aku baru perasan jam da pukul 11. Mesej hubbylah. Paper kedua ni, bahasa arab 1jam 45minit. Aku ingatkan 1jam 15minit gitu je..
Paper kedua ni pn start lambat jugak.ade je yg tak kena.


------*******---------------*********--------------



Maisarah, your husband is here,"kata petugas peperiksaan. Dia minta aku keluar sekejap.


Eh hubby aku tak baca mesej ke??


Hubby ajak aku balik..eh, aku ade exam lagi la.. tak habes lg camne nak balik.aiyo


Da la masa tu aku stress dgn exam aku ni, susah tau tambah2 bab idhafah..


Hubby cakap takkan dia kena tunggu 1jam lebih lagi sbb nt dia kena pergi ke sebuah syarikat lepas ni.. aku stress dia pun stress. Dia sempat pergi mall, beli sayur, telur, dll brg rumah, sbb naik teksi smua benda pgg kt tangan...(Mmg teksi pengangkutan utama, 


Aku da tak betul da ni..

Air mata bergenang je masa tu
Aku letak tapak tangan, depan telinga pegang kepala
Pstu jalan laju2 masuk tandas.
Aku biar je pintu terbuka sbb hubby aku ade je kt luar tu
Muka da merah. Adoi tenangkan diri.. u know, skgni sensitif sket sbb ade baby dlm puyot:-) 

Hubby aku pun muka cam serba salah kot,.entahler ke muka blurr. Why you crying?? .....

Dia berdiri je kat situ. Aku da takley tgk muka dia da masa tu. Mood swinging. Kalau aku tengok,aku rasa nak nangis lagi mehehei..
Aku dgr sayup2 je dia cakap nanti sejam lg dia dtg ambik
Aku masuk balik bilik, jawab soalan exam yg berbaki 34 soalan lg aiyooyo

Balik rumah malam tu

Hubby aku cakap awak tahu tak awak macam sape?
Awak ni psyduuuckkkk la hahaha

Gelak2kan aku


Ape ke benda la pulok toklaki aku ni

Saidak ,,ape die

La,, popular cartoon... u dont know???


Okey let me search for u

Dia tunjuk kat aku video psyduck

Meh 

Eish youuu!!

Hahahaha

(Both  :D)

Bila stress, dia letak tangan mcmni

takpela
you , = husband of psyduck :P

Wednesday, 14 August 2013

Eh..Siapakah Dia?



Assalamualaikum 


Sedang berbual-bual dengan suamiku pada malam tu, suamiku kemudiannya mencapai sebuah buku kecil lantas diselak satu persatu halaman buku dengan penuh minat. Penulisnya Ibn Taimiyah. Suamiku menceritakan bahawa Syeikh Ibn Taimiyah merupakan seorang ulama' besar dalam dunia Islam. Ilmu beliau sangat luas. Dia digelar Syeikhul-Islam.


Emm, pada masa itu, aku bukanlah berminat sangat-sangat untuk mengetahui siapakah beliau...


Buku pengajian di universitiku "A Summary of Islamic Jurisprudence" banyak menyebut kata-kata atau ungkapan beliau..Syeikhul-Islam Ibn Taimiyah


Gelaran untuk beliau..masyaallah..besarnya..

terdetik rasa kagum di hatiku.... hebatnya dia, luas ilmunya!!


Beliau merupakan salah seorang guru kepada Syeikh Ibn Qayyim.


Sebelum ini, aku pernah baca buku yang ditulis oleh Ibn Qayyim, sangat hebat tulisan beliau. Jika Ibn Taimiyah guru kepada Ibn Qayyim, maka ilmu Ibn Taimiyah memang tidak dapat dinafikan kehebatannya.


Bagi aku, lebih baik kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang sejarah orang-orang dulu...

lebih bermanfaat...


daripada update news feed kat facebook

meheheii


dan berita gembira untuk sape2 yg nak baca tentang beliau tetapi tak minat sangat baca-baca ni.....I tell you ade full movie heeii ^_^


kalau nak rajin lagi boleh baca biografi beliau di SINI







Sunday, 11 August 2013

Hari Raya (Short post)



Assalamualaikum

Selamat menyambut Syawal kepada semua sahabat2 blogger, pembaca, follower..


Maaf zahir dan batin


Moga tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas

Moga kita tetap amalkan amalan2 yg baik kita semasa Ramadhan yg lepas
Moga...
Moga...
Moga...... (tambah sendiri k? ;)

:)



trivia~ kalau sape2 teringin nak belajar masakan Lubnan, klik link di bawah. Menurut suami saya, masakan Lubnan adalah masakan yg paling sedap antara negara2 Arab. Yang keduanya, Syria..tryla..
pilih resepi yg senang n agak2 sedap je ;) lagipun bahan2 mudah nak cari berbanding bahan2 utk buat masakan Malaysia. So, suka tak suka kena belajar jugakla masakan arab ni meheheii (: ~~

http://homemade-recipes.blogspot.com/2012/10/lebanese-chicken-recipe-how-to-make.html

Aktiviti hari raya nanti nak upload lepas exam
Hari raya ketiga da kena buka buku T_T

Friday, 2 August 2013

Simple Facial & Knee Treatment Before Raya


Assalamualaikum semua

1 Syawal da semakin dekat dengan kita. Rasa sedih, pilu, frust pun ada sbb Ramadhan bulan yang diberkati perlahan-perlahan meninggalkan kita. Hari ni Jumaat da 24 Ramadhan...ada beberapa hari saja lagi kita berpuasa. Jomla kita banyakkan amal sblm terlambat :))

Okeyla.. back to the topic..
Kalau beraya mesti nak baju baru, kasut baru...aku da beli da alhamdulillah ..tahun ni abaya dari Arab Saudi menjadi pilihan hehe (sebenarnya berkenan jubah Turki tapi tapi mahal 11 dinar dari abaya :(,, lawa tau jubah turki...kiut miut je designnya, siap ade reben dan skirt dy besar kat bawah...sesuai utk orang mengandung.. lawa sangat222

Muka pun mestilah ceria dan berseri2 time beraya. tambah2 ni kali pertama aku raya bersama si asben <3 font="">

takde asben pun takpe, buat utk diri sendiri k..klu kita tak jaga muka kita, sapa lagi nak jaga kaaan..

Mudah je cara-caranya... Buat kat rumah :)) Tak perlu pergi spa pun :)




Bahan-bahan yang diperlukan:

air panas + towel (mangkuk biru)

mentimun + yoghurt (ala-ala masker)

lemon (lutut & siku) + air suam + moisturizer

cleanser

tisu muka


mula2 kita start dgn air panas dulu. Tunggu sejuk sikit sbb takut melecur plak muka nanti. Then, ambil tuala yg agak-agak tebal letak atas kepala, tundukkan badan, jarak muka dgn air dlm 7-10cm gitu dari air panas.. Tutup mangkuk tu skali yep dgn tuala yg kt atas kepala tu. Kiranya awak tutup kepala dgn muka at one time supaya air panas kekal panas dan berwap. Kalau nak best lagi, letak minyak zaitun sket dlm mangkuk air panas tu :) p/s: klu panas sangat n rasa cam terbakarrr, jangan stay aje, relax2 dlu okeyy.. (kelebihan: buka pori-pori muka, keluarkan kotoran dari pori-pori)

dah siap tu, sapu cleanser @ klu takde, guna air sejuk (untuk basuh muka & menutup semula liang pori-pori)
cleanser ni klu sapu, biarkan dlm beberapa saat then ambil tisu muka, lapkan.. tengok bape banyak hasil ternakan korang hehe

untuk mentimun + yoghurt, buat cam pakai masker je... sapu yoghurt dulu ke seluruh wajah. masa ni rasa best sbb da rasa bersih giler muka mhehe..okey2...baring, letak mentimun..

Okey siap untuk muka

sape2 yg rajin untuk buat rawatan untuk lutut n siku,( sebelum letak yoghurt kat muka tu), ambil lemon, gosok-gosokkan lemon ke bahagian warna badan yg tak sekata, cthnya lutut dgn siku..siku kot yg lasak lg dr lutut..buat menahan muka di kala mengantuk time study khaaann..... lemon ni boleh hilangkan sel kulit yg mati dan bagi vitamin C. Biarkan 10 minit gitu ye.. Masa ni boleh letakla yoghurt + mentimun tu... Lepas 10 minit, bersihkan lutut n siku dgn air suam. Guna tuala yg direndam dgn air suam pn okey... pastu letak body moisturizer ...siap!! kita klu buat extend timing smpi 20 minit, pstu basuh lutut,siku n muka sekali je heee:)

Senangkan ??

Bolehla cuba nanti, amalkan selalu =)))

I buat ni lepas masak2 kat dapur je..rasa relax, segar dan kembali bertenaga !!! =)

Time duk melayan diri macam ni boleh aje baca buku kisah tauladan nabi dan para rasul ke....aku takde so aku capai buku neurology kt atas katil...rindu ohhh kt neuro, cerebrum, spinal paraplegia, hemisection injury segala bla bla bla (doakan keamanan Mesir yep)


red velvet cake. sedap sgt3. ade jelly in-between. sblm raya nk g rembat bbrp pieces bt hidgn di pagi raya @Frisco Bakery


kuih tradisional Jordan. Qatayef. Nenek hubby kirimkan. sedap. lembut & creamy:)


trivia~Bisnes kuih raya aku kurang dapat sambutan T__T.. pelajar Malaysia kat sini da nak balik ke tanah tumpah darah mereka. aku pun da tutup tempahan da bbrp hari yg lalu.., skg tumpu final exam je. lepas raya yoo aku exam..tapi yg peliknya tak stress pun ehh?? *_*



click to donate=)