Wednesday, 24 June 2020

post kedua




Okey ni post kedua :) :)

Bukan senang ni nak cari masa update blog ni.. sekarang ni aku stay da nak 4 pagi semata-mata nak throwback life aku dulu-dulu ekeke. 

Sebenarnya aku nak update gambar aku pergi pulau perhentian haritu. kenapa la aku baru pergi ya allah masyaallah aku rasa macam best sangat.. sebelum ni aku rasa macam serabut banyak masalah je, pergi sana terus  lupa masalah tu, rasa macam hidup kembali seusai sampai di Selangor balik haha over betul kak mai.

Memang betul-betul refresh.

Korang pergi laa kalau belum pergi lagi oh yaa aku pergi lepas habis pkp .. musim coronavirus kan haritu duduk rumah je semua orang tak boleh rentas negeri kecuali dengan surat keizinan dari pdrm

lepas tu berpanjangan sampai ke bulan puasa pkp masa tu, suami aku punya stress tahap max kot sebab niaga kurma banyak order alhamdulillah .semua orang beli online je, pkp kan, rumah aku pennnuh dengan stok kurma. suami aku install aircond takut kurma rosak sebab panas, kurma kena stay in cool and dry place, peti sejuk memang penuh kurma sampai aku stress nak letak lauk pauk sayur-mayur kat mana adakah aku tak perlu memasak lagi? adakah aku perlu bercuti tak payah masak ekeke.. itu adalah mimpi (housemaker mana ada cuti :P)

  takleyh keluar rumah lepastu raya pun kat rumah jugak ya rabbi ujian betul .. tak meriah tak happy sangat .. berkurung je dalam rumah

habis je pm tan sri muhyiddin umum dah boleh rentas negeri aku tak ingat bila ..aku rasa 12 jun, suami aku terus tempah 14 jun 2020 pulau perhentian resort dan bot by seven seas company. 

Walla

Pantai bersih dah la takde orang resort baru je buka, normal price rm450 semalaman tapi aku dapat rm270-rm290 tak sure, of kos la duit suami kan ekekee.. mat salleh ada la dua tiga family tak ramai alhamdulillah.. terjaga mataku..

Laptop aku ni agak kuno sikit processor lambat
Nanti la bila2 aku letaak gambar pulau perhentian

Boleh tengok dasar laut . sangat cantik airnya masyaallah







Throwback 2018-2019






Hai assalamualaikum 2020

Ini adalah post pertama saya di blog hehe. Sebabnya aktif di Instagram dan facebook pula jarang-jarang jugak.

Beberapa tahun yang lepas ni nak throwback, selepas pulang ke Malaysia saya melahirkan Ab dan bermula perniagaan Bersama nurraysa dan seterusnya sendayu tinggi sampai sekarang, nurraysa tu da berhenti, st masih on. Lepas setahun menunggu aactually lambat apply 😊 dapat merasa jadi doctor aka houseman dekat hospital di bandar dekat KL. Atas nasihat suami dan keadaan masa tu suami suruh aku berhenti, so dengan tak berapa rela sangat aku berhenti ☹. Suami masa tu berniaga syawerma dan falafel dah sebelum tu berniaga jus.. niaga syawerma dan falafel ni agak lama juga so kami berdua sangat sibuk, dua-dua balik malam. Pity on kids ☹ berterusan sampai 7 bln jadi doctor so aku berhenti.. tak lama kemudian suami aku pulak berhenti niaga oleh sebab masalah bisnes ada naik turun, masalah tempat niaga sebab suami aku non Malaysian. Arab kan. So procedure tak berapa nak senang..ada je yang dengki.. suami aku cakap masa dia masak syaawerma dia perasan ramai mata-mata yang sedang memerhati,, keesokannya orang tu pula pergi buka gerai depan dia niaga syawerma jugak, ya allah dengki betul.. suami aku niaga pasar malam la, pernah jugak niaga depan masjid hasanah kat bangi tu,, kenangan betul.

Sepanjang tahun 2018-2019 suami aku asyik apply kerja dan kena reject/accept, banyak kot hantar resume kat arab Saudi. Malaysia ada je dapat. Bila gi onterview la awak arab ke,,,susah kot sbb nak Malaysian je..melayu je, malay speakers ..suami aku start lama dah cakap melayu masa jual falafel haritu lagi tapi tak fasih la. Dapat jugak interview dari Arab Saudi tapi bila tahu suami warganegara Jordanian susah jugak nak dapat. Ada dapat susah pulak nak gi interview nk dapat visa dan sebagainya, masa ni aku rasa ya Allah kenapa la perit sangat hidup kami ni.. macam life is too hard. Sbb aku niaga online je, suami pula kerja tak tetap…ada la syarikat arab ambil kerja dekat Malaysia tapi diorang pun tak berapa stabil..masa ni gaji husband aku rm2300-rm3000 jugak, tapi dah sewa rumah pun rm1000 nak kata ape kan.. foreigner pula kena cas macam2 double price, imigresen sahaja selalu je ada bayaran yang kena bayar. Masa ni family husband aku ada bantu dari sudut kewangan alhamdulillah

Masa aku niaga online (instagram.shopee) suami kadan-kadang tolong hantar parcel, masa tu dia dah berhenti kerja,, dia kata why not dia pun niaga online jugak..selepas beberapa bulan dia pun start la sampai sekarang.

Sekarang ni aku rasa lebih bahagia walaupun biasa- biasa je alhamdulillah. Bisnes suami aku makin okey bisnes aku pun makin ok. Lagipun aku da nak masuk 30 an. Suami aku dah 30 an haha, padahal dia 6 bln je tua dari aku. Nak juga kata muda lagi dari husband haha



AR book


masa ni belum beli meja makan lagi

Ab dengan pak cik dia



masa ni tak igt berapa bulan skrg ARU dah berumur 1 tahun

ni hasil nukilan baba diorang

selain bisnes aku ngajar kelas al-quran, anak murid 10 org je lbh kurang tp skrg da stop utk fokus bisnes dan sbb covid jgk


ni raya 2019 punya gambar dekat cameron highland



 ingat nak attach banyak lagi gambar kat sini tapi sebab hang pulak dah phone, nanti kita update lagi :)

tu la serba sedikit throwback buat masa ni

plan aku nak buat master tu aku tak buat pun

priority untuk anak-anak dan bisnes je buat masa sekarang


alhamdulillah

click to donate=)