Hai assalamualaikum 2020
Ini adalah post pertama saya di blog hehe. Sebabnya aktif di
Instagram dan facebook pula jarang-jarang jugak.
Beberapa tahun yang lepas ni nak throwback, selepas pulang
ke Malaysia saya melahirkan Ab dan bermula perniagaan Bersama nurraysa dan
seterusnya sendayu tinggi sampai sekarang, nurraysa tu da berhenti, st masih
on. Lepas setahun menunggu aactually lambat apply 😊
dapat merasa jadi doctor aka houseman dekat hospital di bandar dekat KL. Atas nasihat
suami dan keadaan masa tu suami suruh aku berhenti, so dengan tak berapa rela
sangat aku berhenti ☹. Suami masa tu berniaga syawerma dan falafel dah
sebelum tu berniaga jus.. niaga syawerma dan falafel ni agak lama juga so kami
berdua sangat sibuk, dua-dua balik malam. Pity on kids ☹
berterusan sampai 7 bln jadi doctor so aku berhenti.. tak lama kemudian suami
aku pulak berhenti niaga oleh sebab masalah bisnes ada naik turun, masalah
tempat niaga sebab suami aku non Malaysian. Arab kan. So procedure tak berapa
nak senang..ada je yang dengki.. suami aku cakap masa dia masak syaawerma dia
perasan ramai mata-mata yang sedang memerhati,, keesokannya orang tu pula pergi
buka gerai depan dia niaga syawerma jugak, ya allah dengki betul.. suami aku
niaga pasar malam la, pernah jugak niaga depan masjid hasanah kat bangi tu,, kenangan
betul.
Sepanjang tahun 2018-2019 suami aku asyik apply kerja dan kena
reject/accept, banyak kot hantar resume kat arab Saudi. Malaysia ada je dapat. Bila
gi onterview la awak arab ke,,,susah kot sbb nak Malaysian je..melayu je, malay
speakers ..suami aku start lama dah cakap melayu masa jual falafel haritu lagi
tapi tak fasih la. Dapat jugak interview dari Arab Saudi tapi bila tahu suami warganegara
Jordanian susah jugak nak dapat. Ada dapat susah pulak nak gi interview nk
dapat visa dan sebagainya, masa ni aku rasa ya Allah kenapa la perit sangat
hidup kami ni.. macam life is too hard. Sbb aku niaga online je, suami pula
kerja tak tetap…ada la syarikat arab ambil kerja dekat Malaysia tapi diorang
pun tak berapa stabil..masa ni gaji husband aku rm2300-rm3000 jugak, tapi dah
sewa rumah pun rm1000 nak kata ape kan.. foreigner pula kena cas macam2 double
price, imigresen sahaja selalu je ada bayaran yang kena bayar. Masa ni family
husband aku ada bantu dari sudut kewangan alhamdulillah
Masa aku niaga online (instagram.shopee) suami kadan-kadang tolong hantar
parcel, masa tu dia dah berhenti kerja,, dia kata why not dia pun niaga online
jugak..selepas beberapa bulan dia pun start la sampai sekarang.
Sekarang ni aku rasa lebih bahagia walaupun
biasa- biasa je alhamdulillah. Bisnes suami aku makin okey bisnes aku pun makin
ok. Lagipun aku da nak masuk 30 an. Suami aku dah 30 an haha, padahal dia 6 bln
je tua dari aku. Nak juga kata muda lagi dari husband haha
AR book |
masa ni belum beli meja makan lagi |
Ab dengan pak cik dia |
masa ni tak igt berapa bulan skrg ARU dah berumur 1 tahun |
ni hasil nukilan baba diorang |
selain bisnes aku ngajar kelas al-quran, anak murid 10 org je lbh kurang tp skrg da stop utk fokus bisnes dan sbb covid jgk |
ni raya 2019 punya gambar dekat cameron highland |
priority untuk anak-anak dan bisnes je buat masa sekarang
alhamdulillah
1 comment:
Post a Comment