Saturday, 8 January 2011

miss miss miss

assalamualaikum semua..


day by day, i live on this beloved, fascinating world..if moved far away from Him, so, no matter, will lost Him from ur heart..I wish no..no and never ever..

2,3 days..raining in my heart..don't know what to say..like lost somebody in life...

miss..
yup..miss her..

when i stirred the cereal mixed drink, want to study a little,perhaps...i rememberred u..

last few years, we studied together, ate together, walked to school together, cried and laughed together, shopping, solat, read mushaf, did prank and almost doing things together..

u..my roommate, my schoolmate, my soulmate....


trivia~kalau ada pesakit angina, jgn bagi nitrites, tapi bagi nitrates..sbb nitrites mghasilkan metHb. nitrates hasilkan juga, tapi tak sebanyak nitrites. Nitrites blh bagi jika keracunan cyanide. okeyyh..semoga diberi kejayaan pd semua thn 3 yg nak exam patho..haritu, batal..alhamdulillah. mcm mati hidup semula..sbab banyaaaak sgt x stdy ms tu.harapnye aku pd diriku, studylah mai..ohho..kang mati tak hidup2..ahhakhs..ok. pls keep on track..

kata2 berbahasa inggeris di atas tu khas buat sahabat yg berada di UPM skgni, yg ambil kos biomedik tu. =)..harap ley jwb exam. doakan sy juga~


Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda, " solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agama"

selamat tahun baru. Moga tahun ni lebih bererti dari tahun2 lepas


walk and walk and walk. stand still.
feel the wind
carry leaves...
the insects flying in front of me...

fly2 freely...what make u don't get boring in this life?( ye ke..entah2 diorg boring juga..mereka berzikirlah! mereka mewarnai alam..ish :] )

antara cita-cita dan cinta, semestinya kau akan pilih cita-cita
hati berkata dan jiwa berfikir

remaja.remaja.remaja..antara harapan, perjuangan, dan impian yang besar....berhati2, kerana di sepanjang jalan itu, ada cabaran dan halangan yg akan mengujimu..

-kata2 utk diri sendiri-

=)

-best kata2 ust Zaidan semasa mesyuarat nuQaba' Khamis lepas- sgt bermakna~:l

Monday, 3 January 2011

Hormati Perbezaan Pendapat



Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan.


Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.
Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".
Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.

Perumpamaan
Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.
Itulah kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.

What you see is what you get
Cerdik pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.

Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu.
Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.

Kesimpulan
Jadilah manusia yang  cerdik dalam  memberi pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat.
Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.
Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.
Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.

Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.

*Ikhtilaf - perbezaan pendapat


sumber:iluvislam.com

trivia~Baru-baru ini kita semua dikejutkan di Youtube tentang pengakuan gay yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang begitu berani mengaku beliau adalah gay. Beliau juga mempersoalkan golongan ini juga perlu diberi hak sama rata seperti manusia biasa, padahal mereka telah lari dari fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah swt.
Yang paling penting adalah pemimpin-pemimpin perlu bertindak lebih serius dalam hal ini, kerana ia adalah satu ancaman tersembunyi yang bakal merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia. sebagai umat Islam kita perlu berikhtiar dalam menyelesaikan permasalahan ini walaupun amat sukar. Namun setiap jihad yang dilakukan umat Islam pasti mendapat pahala yang setimpal dari setiap apa yg mereka kerjakan, Insya Allah.

Thursday, 30 December 2010

Ciri-ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak bersendirian dengan lelaki yang boleh dikahwini
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya punca rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukan faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Tidak mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.”
(Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca mushaf Al-Quran dan sebagainya.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak. Ramai wanita yang terpedaya dengannya. Bukan itu saja, malah syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita solehah.

sumber: lupa nak copy link..hehe [ubah sikit2, artikel yg asal mcm guna Bahasa Indonesia je..] 

trivia¬"sahabat sejati bukanlah orang yang selalu membenarkan kata-kata kita,tapi orang yang selalu berkata benar kepada kita"..

sama2 kita berusaha jadi orang yg lebih baik dari hari ini dan semalam
P/s: saya agak sukar nak berubah setiap hari, jadi utk saya, minggu depan insyaallah lebih baik dari minggu ini.. :)

Tuesday, 21 December 2010

Kelas, Ubat dan Sila Datang Kelas :P

beg bermotifkan 'save Earth' dari my bestfren :)




gambar2 semua ni saje2 je tangkap. Ubat2 kat bawah tu utk sahabat saya yg demam, em ade infection juga lah. Acute bronchitis

sepanjang 3 hari kena inject. macam tak munasabah pun ada. ada 2 jenis ubat intramuscular, 1 jenis ubat intravenous. 1 oral dose, Brufen

yang nayanya, kena inject sendiri. Doktor bg prescription, dan kita sbg pesakit kena inject sendiri. masalahnya, kalau orang yang tak tahu menahu psl inject2 ni mcmana? tetapi itulah sistemnya di sini. (teringat kat Malaysia..huhu)

saya tengok prescriptions. ah? IV, IM?? sape yg akan buat semua ni? lepas ambil surat MC kawan saya tu, terus pergi tanya doktor. nak oral dose. kan senang :)


saya: doctor, can u give me the oral dose medicine?
doctor: why? em, where is ur friend? (saya suruh kawan saya duduk kat ruang menunggu, so dia xde masa ni)
saya: coz no one can give her IM, IV
doctor: u're sttudent from faculty of medicine, right? ni la yg saya malas ni nk ckp
saya: but it is too dangerous
doctor: ok. you can ask doctor in your faculty@pharmacist@bla..bla..bla...
saya:(em, ye tak ye jugak..hehe)..ohh, ok doctor. syukran

*syukran to k.najwa sazali and k.hana rahmat. mereka datang rumah saya malam ni utk injection tu.hehe
tp...for the next 2 days...sape yg akn buat?
adoi, takut juga nak buat without supervision from doctor...huhu
izzaty+ma dpn Lab m.biology-xpnh lg msk lab ni act ^^*

jom kita cucuk2 :P
 insyaallah, saya akan cuba kalau diminta. dan kalau kawan saya tu yakin dgn saya.. (mana blh bt kerja, klu org tak yakin dgn kerja kita)..hehe
suka beli ubat&g hospital*adakah sy dilahirkan utk menjd seorg doktor? :)


saya akan exam tak lama lagi. doakan kami tahun 3 semua.. utk exam carry mark ni..ade orang tak nak pergi kelas microb. sikit je tinggal kat kelas. korang pergi la ye.best da bab2 bacteriology, virologi...rugi tak datang~ kelas  bukan ke kita dtg Mesir ni nak belajar? aiyoo~Bahasa Arab pun sikit juga. orang yang da habis hafaz al-insaan, hafaz al-mursalat pula..jiran surah al-insaan tu je. banyak juga perkataan baru yg ustaz ajar. a'war=buta
ha idh(huruf to)=dinding...etc...ustaz ade cter pasal Musailamah Al-Kazzab ( muslim tetapi pada akhirnya kafir, kerana mengaku dirinya nabi ) 

ok lah, stop typing

saya belum tidur lagi. mungkin bahang pilihanraya kot. semangat sampai tak ley nak tidur. ;P   


ok, bye2. ad jodoh, type2 lagi :)


*jangan lupa utk doakan kesihatan sahabat saya tu~

assalamualaikum  

1 genih+ ubat dlm botol kaca 'ampoule'

sulbin
bilik kt jabatan parasitologi

pandai parasite mksdnye blh mguasai dunia ye adik2 :P

buku kecil yg padat

         rajinnye awak! :) *tgh bc microb*-syifak sakir-




Sunday, 19 December 2010

subhanallah..bermusafirlah







cantikkan tempat2 ni. subhanallah. kalau dunia cantik, syurga berkali ganda lagi

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu. -Ar-Ra'd: 2

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. - Al-Anbiya': 33

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." - Fusshilat : 11
 
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Fusshilat: 12  

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. - Al-Anbiya' : 31

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, - An-Naba' - 6

dan gunung-gunung sebagai pasak?, - Al-Anbiya' : 7

Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. - Al-naml :88

dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.- A-Hijr : 22

Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur). - Az-Zukhruf :11

trivia¬ cuba teka, tempat ni kat mana ye agak2? hehe..:) klu: pernah dijajah oleh negara Rusia

Thursday, 16 December 2010

Muslimat PAS Gesa Kerajaan Tambah Doktor

Muslimat PAS gesa kerajaan tambah doktor

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah doktor perubatan yang meletak jawatan.

Justeru, ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap kerajaan mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan dari tempoh 2007 hingga September lalu.

Katanya, DMPP melihat jumlah 884 orang adalah jumlah yang agak kritikal bagi kategori golongan profesional seperti doktor perubatan.

Menurutnyha, meskipun pelbagai faktor diberikan seperti menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ianya tidak boleh menjadi sandaran.

Kerajaan, ujarnya perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan.

“Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas.

“Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini,” ujarnya.

Ini, tambahnya tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stress, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang.

Justeru, DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

Beliau berkata, untuk mengikat doktor perubatan dengan kerjaya mereka, seharusnya insentif yang berpatutan diberi kepada mereka.

“Elaun tambahan, serta kenaikan gaji selaras dengan kelayakan mereka perlu dipertimbangkan semula,” katanya lagi.

Katanya, kebanyakan doktor perubatan di hospital kerajaan meletak jawatan hanya kerana mereka menerima peluang kenaikan gaji dan pangkat yang jauh lebih tinggi di hospital swasta.

Bahkan, ujarnya ramai doktor terpaksa melakukan kerja tambahan di klinik lain bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, katanya kerajaan wajar menggalakkan mahasiswa beramai-ramai mengambil kursus kedoktoran bagi menampung jumlah pegawai perubatan di Malaysia.

“Dengan biasiswa, tajaan selain memudahkan sistem pembelajaran akan menyuntik motivasi mahasiswa untuk menceburi bidang ini.

“Kewujudan kampus serta fakulti yang menawarkan ijazah kedoktoran boleh menambah bilangan doktor di negara ini,” ujarnya.

Secara realistik, tambahnya para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10 hingga 15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.


trivia~ jika rindukan saya, doakan kejayaan saya ya sahabat2. hehe :)



click to donate=)