Sunday 28 November 2010

Klinik 3 ( Belajar & Bekerja ) + First Aid Course ( CPR ) ( FIESTA PCZ 2010 )

semalam alhamdulillah, niat yg dah lama dah tersimpan di hati akhirnya terlunas juga. Unit Kebajikan PCZ sempena FIESTA PCZ telah menganjurkan program selama 2 jam lebih iaitu First Aid Course di dewan kat hospital Zagazig. Saya da belajar buat CPR. da lama da nak belajar benda ni. Saya percaya ramai dah orang kat luar sana belajar tertamanya yang kat Malaysia la an. Saya tahun 3 baru nak belajar.huhu..tp xpe..anyway, it is interesting to know wt we don't know. :)

dulu, saya pernah buat attachment kat klinik swasta. Dr Rohaya ajar saya bagaimana nak buat palpation to check any inflammation in any organ in abdomen ..pesakit tu polis dan pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan spleen dan juga pancreas ( klu tak silap saya la ). Saya nampak ada kesan-kesan luka di bahagian perut ( untuk bekalkan insulin kpd encik polis ni ). muka dia agak nampak garang la. tapi saya cool je sebab dia macam baik je.dia berbual2 la sebelum tu dgn Dr Rohaya. Dr Rohaya pun cakap kat saya,'em,cuba buat palpations macam saya buat tadi. Encik, dia ni student', sambil tersenyum. saya pun tanpa melengahkan masa, terus take part. hehe. masa saya tekan-tekan dan cari any abnormal organ kat dia punya abdomen tu, tiba-tiba dia jerkah saya. wooo!!

pastu dia tergelak. saya macam biasa la. cool je..hoho..sebab saya kalau fokus kat 1 benda, saya tak ingat sangat dah kat dunia sekeliling. ngeh2.. dia jerkah saya tu saje die je...nak memeranjatkan saya kononnya..haha..tapi saya cool je kan..tak jadi la dia nak usik saya lagi lepas2 tu..huhu. Dr Rohaya pun cakap, 'eh, die nak belajarla, nak main2 pulak,' hehe...

sebenarnya setiap pesakit itu mengajar seseorang doktor tu untuk menjadi lebih baik

trivia¬ agak cuak bila assist doktor bagi rawatan kat pesakit lelaki dewasa. kanak-kanak dan bayi lelaki tak pe. huhu

agak semput juga buat CPR. Senior yang ajar tu dari Medical Science Club of Zagazig University. Compress more deeper. 4-5 cm. saya takut juga.takut mematahkan ribs patung itu. huhu. alasan..padahal semput. ye la. chest compression kena buat 30 kali, semalam buat baru 20 kali, da semput da.huhu...

bolehkah kita menyertai mana-mana sahaja persatuan? kaji dan selidik dulu pembawakan, objektif dan misi sesebuah persatuan itu dulu. barulah sertai. bolehke banyak-banyak persatuan diwujudkan? kebanyakkan ulama' mngatakan haram. kenapa? sebab ia membawa kepada perpecahan. kalau misalnya persatuan itu khusus, seperti persatuan wanita, persatuan orang kurang upaya, tak pe. tapi ini persatuan yang sudah ada di Mesir secara rasminya yang membawa fikrah Islam hanyalah PMRAM dan bagi pelajar sains kesihatan ialah PERUBATAN. kalau PMRAM tu memang da lama da kat Mesir, sangat mantap dalam memperjuangkan kebajikan anak-anak Melayu di Mesir, jadi, kenapa cari yang lain lagi? berpeganglah dengan syari'at yang sebenar-benarnya. Bukankah kita dianugerahkan akal untuk berfikir. Berfikirlah dengan berpandukan agama, agar tidak menyerong dan tidak tersasar ke mana-mana.
p/s: persatuan yg dimaksudkan di sini bukan macam persatuan2 di sekolah :)

5 comments:

izzahmohammad said...

persatuan=jemaah.
sekian.

kat mesir ada pmram. kat australia? ada apakah?

a'in_farahin said...

maaf ye..nk betulkan term cket..bukan palpitation..tp palpation.. =)

mysa said...

hehe. persatuan pelajar xde ke jah?

mysa said...

heart owner > bru tahu farahin ade blog :) yQ tegur..palpitation tu mksdnye gigil..huhu...tQ2

mysa said...

ok. da betulkan :)..hehe..

click to donate=)