Friday 25 May 2012

Tokoh Muslim Yang Berpengaruh @ Perubatanonline =))


Reformasi dalam dunia Islam dan dunia Barat adalah dua pengalaman yang berlainan. Bagi dunia Barat, reformasi telah melahirkan suatu keperluan mendesak bagi memisahkan agama dari dimensi dunia. Justeru, perjuangan reformis-reformis agama Kristian seperti Martin Luther, John Calvin dan Thomas Aquinas umpamanya, sedikit demi sedikit telah menghasilkan konsep sekularisme iaitu 'separation of church (agama) and state (negara)' . Namun, reformasi yang Islam alami bukanlah berlandaskan pengalaman yang sebegitu rupa. Reformis-reformis Islam, seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, mahupun Hasan al-Banna sendiri kesemuanya berkongsikan manhaj reformasi Islam yang serupa; iaitu kembali kepada risalah yang satu iaitu Islam itu sendiri. 
Dalam sejarah Islam lagipun, Islam tidak pernah rugi dengan sebarang usaha-usaha reformasi sebegini, selagimana usaha tersebut jujur kepada tradisi dan disiplin ilmu yang berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah. Umpamanya, di dalam perbincangan kita tentang falsafah Barat, pengamalan ilmu mantik (logik) dari tamadun Greek, beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, dan juga konsep takdir dan usaha, kebanyakan pemahaman yang kita terima hari ini adalah hasil daripada pemahaman kritis dan kreatif oleh reformis-reformis Islam seperti Ibn Hazm Al-Andalusi, Imam Al-Ghazali dan Ibn Rusyd. Mungkin sahaja dari aspek pemahaman yang kita capai bukanlah serupa sebulat dengan para Sahabat, tetapi dari aspek ruhiah dan penghayatan, ia tetap selari dengan mabadi' (prinsip) Islam.
Ironinya, sebarang usaha yang cuba menyimpulmati Islam, beserta sikap fanatik kepada mana-mana individu ataupun pihak, itulah faktor-faktor yang membutakan masyarakat daripada keindahan Islam. Justeru, sebagai tanda penghargaan kepada golongan-golongan yang sentiasa berjihad untuk menyampaikan Islam dalam bentuk yang senantiasa segar, berikut merupakan senarai tokoh-tokoh reformis Islam kontemporari zaman kini :

ahmad tayyebProfessor Dr Syeikh Ahmad Muhammad Al-Tayeb

Ditabalkan sebagai Syeikh Al-Azhar pada Mac 2010, Syeikh Ahmad Tayeb merupakan Presiden Universiti Al-Azhar selama 7 tahun. Beliau sebelum itu, merupakan Mufti Mesir selama 2 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai dekan di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Aswan dan Fakulti Teologi di Universiti Islam Antarabangsa Pakistan. Syeikh Ahmad Tayeb juga memegang ijazah PhD di dalam bidang Falsafah Islam dari Universiti Sorbonne.
Atas kapasiti beliau sebagai Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayeb banyak menggalakkan usaha untuk kembali kepada akar umbi Islam dengan membuat keputusan menyediakan pengajian berkenaan kesemua 4 mazhab utama Islam di Universiti al-Azhar. Beliau juga mengkrtitik golongan Islamis yang terlalu mementingkan aspek luaran seperti amalan menyimpan janggut dan cara pemakaian Muslim tradisional sehinggakan mengabaikan pembangunan ruhiah Muslim yang lebih utama. Di samping itu, beliau tidak menggalakkan amalan pemakaian niqab kerana berpendapat ia bertentangan dengan ajaran Islam

Recep Tayyip Erdoğan

Recep Tayyip Erdoğan

Recep Tayyip Erdogan merupakan Perdana Menteri Turki sejak 2003. Walaupun Turki terbina atas ideal sekularisme sejak kejatuhan Empayar Uthmaniah, Erdogan banyak menerajui reformasi ekonomi dan sosiopolitik Turki di dalam usahanya untuk menegakkan negara Islam yang demokrasi sesuai dengan kerangka politik Turki yang sekular.
Graduan Fakulti Ekonomi dari Universiti Marmara pada 1981, Erdogan sebenarnya merupakan bekas pemain bola sepak semi-professional sehingga 1982. Ketika memenangi jawatan Datuk Bandar Istanbul pada 1994, ramai rakyat yang bimbang bahawa beliau akan memaksa hukum Islam keatas masyarakat yang dominannya beridelogi sekular. Tetapi, Erdogan menunjukkan aspek pragmatik beliau dengan memfokuskan kearah masalah-masalah yang lebih kronik ketika itu seperti masalah kekurangan air, pencemaran, dan trafik.
Ekonomi Turki dibawah beliau, menyaksikan rizab negara meningkat dari 26.5 billion dolar pada 2002 kepada 92.2 billion dolar pada 2011. Inflasi negara pula menurun dari 34.9% kepada 5.7%. Erdogan paling dikenali di atas kritikan beliau ke atas tindakan Israel yang menyerang flotila kemanusiaan ke Palestin pada 31 Mei 2009 ketika Forum Ekonomi Dunia 2009.

Sheikh Ali Jumah 2Syeikh Dr Ali Juma'ah

Syeikh Ali Juma'ah merupakan Mufti Mesir selepas Syeikh Ahmad Tayyeb. Merupakan salah seorang cendekiawan Islam mutakhir ini, beliau bertanggungjawab menguruskan Dar Al-Ifta Al-Masriyyah, sebuah badan kajian undang-undang Islam di Mesir. Sebelum menjadi mufti, Syeikh Ali Juma'ah berkhidmat sebagai professor bidang Usul al-Fiqh di Universiti Al-Azhar.
Syeikh Ali Juma'ah mula mendapat populariti dengan kemunculan beliau di media massa yang meluas, khususnya melalui rakaman-rakaman ceramah beliau. Syeikh Ali Juma'ah juga menghidupkan kembali amalan halaqah ilmu di Masjid Al-Azhar serta membuka sesi soaljawab selepas Khutbah Jumaah yang disampakan beliau di Masjid Sultan Hassan. Syeikh Ali Juma'ah terkenal dengan kritikan beliau terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menyimpulmati Islam dengan sebarang pembaharuan atau penyelewengan tanpa mengambilkira tradisi dan thaqafah Islam itu sendiri
Sejak berkhidmat sebagai Mufti Mesir, Syeikh Ali Juma'ah telah melakukan modernisasi pada sistem penfatwaan negara. Beliau telah mengangkat Darul Ifta kepada sebuah institusi dinamik yang mempunyai capaian antarabangsa dan sebuah kaunsel fatwa beserta sistem 'checks and balances'. Fatwa-fatwa Darul Ifta' kini boleh didapati samada melalui telefon mahupun internet. Syeikh Ali juga lantang akan isu alam sekitar serta pernah menyuarakan idea tentang menjadikan Madinah sebagai bandaraya hijau Islam yang pertama.

Dr Mohammed Badie

 11.Muhammad al-Badia
Dr Mohd Badie merupakan Mursyidul Am gerakan Islam Ikhwanul Muslimin (IM) yang ke lapan selepas Mahdi Akef turun dari posisi tersebut pada tahun 2010. Beliau merupakan professor Patologi di Fakulti Veterinar di Universiti Beni Suef di selatan Mesir. Beliau pernah dinamakan sebagai salah seorang 100 saintis Arab teragung di dunia pada 1999.
Pelantikan Dr Mohd Badie sebagai Mursyidul Am IM menandakan suatu peralihan konservatif di dalam kepimpinan IM memandangkan latarbelakang beliau yang berorientasikan pendidikan dan pendirian beliau yang konservatif. Namun, di dalam ucaptama beliau, Dr Badie menekankan perlunya sebuah reformasi Islam yang berdasarkan dialog dan pendekatan yang lembut. IM di bawah beliau, banyak menjuarai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Mesir dan keterlibatan politik. Malahan IM mengambil pendirian yang unik di dalam isu kebebasan agama dengan menyatakan perbuatan murtad tidak dikenakan hukuman, tetapi dibenarkan ke atas semua Muslim.

amr khaledAmr Khaled

Amr Khaled merupakan pendakwah dan aktivis sosial yang sangat berpengaruh di Mesir. Beliau pernah dianugerahkan sebagai "World's Most Influential Muslim TV Preacher" oleh majalah New York Times dan juga "13th Most Influential Person in The World" oleh Majalah TIME. Beliau banyak berkomunikasi dengan masyarakat melalui rancangan TV beliau dan juga kempen-kempen di Internet dengan jumlah hits video Youtube melebihi 2 juta pada 2010.
Tarikan Amr Khaled sebahagiannya berasal daripada penampilan beliau yang 'dekat' dengan masyarakat. Beliau umpamanya, mempunyai latar belakang pendidikan yang akademik iaitu sarjana dalam bidang akauntan. Beliau tiada pendidikan agama secara formal, memakai tie serta blazer dan bukannya jubah, serta janggut yang bercukur. Penampilan 'orang biasa' ini menyebabkan beliau sangat popular terutamanya dengan golongan muda. Laman web beliau diterjemahkan kepada lebih 20 bahasa, dan mampu memberi saingan terhadap laman web Oprah Winfrey dari segi trafik pengunjung
Amr Khaled juga merupakan peneraju di dalam bidang hiburan Islam dengan produksi program realiti TV Muslim yang pertama bertajuk 'Mujaddidun' di Dubai. Program tersebut menampilkan 16 peserta muda dari seluruh negara Arab berentap untuk menghasilkan usaha-usaha yang membantu ke arah pembangunan moral masyarakat mereka.

Yasmin Mogahed

yasminonelegacy
Yasmin Mogahed (Mujahid) merupakan penulis wanita Islam yang sangat terkenal di Amerika. Merupakan sarjana dalam bidang psikologi dan pemegang Masters dalam bidang jurnalis dari Universiti Winsconsin-Madison, Yasmin merupakan kolumnis di Huffington Post dan juga suhaibwebb.com . Penulisan beliau banyak berkisar tentang pembangunan spiritual dan peribadi muslim. Beliau juga banyak memberi ceramah dan berkongsi pendapat tentang isu feminisme di dalam Islam. Baru-baru ini, beliau menduduki tempat pertama di dalam senarai "Top 40 influential Muslims under 40" (kategori wanita) anjuran majalah MBMuslima.

Dr Tariq Ramadanramadan 450x3001

Tariq Ramadan merupakan cendekiawan Islam yang berpangkalan di Switzerland. Beliau memegang dua PhD iaitu dalam bidang Pengajian Islam dan Arab dari Universiti Geneva serta pengajian intensif (one-on-one) bersama ulama'-ulama' dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Merupakan cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hasan al-Banna, Dr Tariq Ramadan kini bertugas sebagai profesor bidang Pengajian Islam Kontemporari di Fakulti Pengajian Oriental di Universiti Oxford.
Membesar di Eropah, Dr Tariq Ramadan menerajui pendapat akan perlunya pengamalan Islam yang berlatarbelakangkan sejarah dan konteks budaya Eropah sepertimana terdapatnya Islam yang berlatarbelakangkan Afrika dan Islam yang berlatarbelakangkan Asia. Bagi beliau, Islam sebagai ar-risalah memberi makna bahawa masyarakat Islam perlu mengambil pendekatan universal bersama masyarakat dari golongan yang lain dan menunjukkan solidariti mereka kepada dunia. Antara pendirian beliau yang kontroversial adalah pendapat beliau yang menyeru semua negara-negara Islam untuk mengadakan suatu moratorium ataupun penangguhan terhadap pelaksanaan hukum hudud selagimana aspirasi dan hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, hak berfikir, peluang pendidikan dan pekerjaan yang setaraf belum dicapai.
Kini merupakan Presiden bagi European Muslim Network yang berpangkalan di Brussels, Dr Tariq Ramadan juga berperanan sebagai penasihat agama kepada European Union.

issue 62 watch this faceSyeikh Dr Muhammad Afifi Al Akiti

Dr Afifi Al Akiti adalah cendekiawan muda, teologis dan ahli falsafah Islam. Beliau merupakan pensyarah di dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi di Universiti Oxford. Beliau memperoleh PhD dalam bidang Medieval Arabic Philosophy dari Universiti Oxford pada 2008 hasil tesis beliau yang merupakan, buat pertama kalinya, koleksi tulisan ahli-ahli falsafah Islam beserta manual yang kritis dan dinamik. Tesis beliau tersebut dinamakan sebagai 'Major Madnun'
Berasal dari Perak, Malaysia, Syeikh Afifi mendapat pengiktirafan dunia apabila mengeluarkan fatwa "Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians" bersempena tragedi pengeboman London pada 7 Julai 2005. Di dalamnya, beliau mengkritik golongan pelampau dan ekstremis Islam yang mensasarkan orang awam di dalam 'peperangan' mereka melawan Barat. Fatwa tersebut dipuji oleh ramai cendekiawan-cendekiawan Islam dan mendapat pembacaan yang meluas di Internet.

Dr Taha Jaber Al-Alwanitaha jabir

Dr Taha Jaber Al-Alwani merupakan Presiden di Universiti Cordoba. Mendapat PhD dalam bidang Perundangan Islam dan Usul Fiqh dari Universiti Al-Azhar, Dr Taha telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1983.
Di Amerika, pemikiran Dr Taha menjadi lebih terbuka. Beliau menekankan kepentingan bagi masyarakat Islam di Amerika untuk berintegrasi dengan masyarakat Amerika secara umum. Beliau banyak menerajui pemikiran dan idea-idea baru yang segar, yang mana banyak daripadanya telah berkembang menjadi disiplin-disiplin ilmu dalam bidang pengajian Islam itu sendiri. Beliau juga telah merangka Fiqh al-Aqalliyyat iaitu sebuah disiplin fiqh yang khusus untuk Muslim yang menetap di negara-negara yang mana mereka merupakan golongan minoriti.
Di dalam bukunya, "Al-Tadabbur", Al-Alwani membincangkan bagaimana untuk memahami al Quran menggunakan al Quran itu sendiri berbanding untuk bergantungharap kepada mufassirin-mufassirin. Pendirian beliau ini berakar daripada kepercayaan bahawa mufassirin al Quran tersebut mungkin mempunyai latarbelakang hidup yang berbeza yang memungkinkan penafsiran al Quran yang kurang sempurna.

Muhammad-MursiDr Mohamed Mursi

Dr Mohamed Mursi merupakan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan, juga merupakan bekas ahli Maktab Irsyad Ikhwanul Muslimin (IM). Mendapat PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, beliau pernah mengajar di universiti tersebut, sebelum pulang ke Mesir untuk berkhidmat di Universiti Zaqaziq dalam fakulti yang sama. Dikenali ramai sebagai ahli akademik yang kuat bekerja, beliau banyak terlibat dalam kajian dalam bidang kejuruteraan terutama di dalam keterlibatan beliau bersama National Aeronautics and Space Administration (NASA) di dalam projek pembangunan enjin kapal angkasa ketika awal 80-an.
Beliau banyak mengkritik tindakan kerajaan despotik Husni Mubarak. Beliau telah ditangkap ketika 28 Januari 2011 (semasa revolusi 25 Januari) waktu pagi Jumaat Kemarahan. Ketika blok-blok penjara dirosakkan oleh rusuhan banduan ketika revolusi 25 Januari, ramai banduan telah mengambil peluang dan keluar dari penjara mereka. Namun, Dr Morsi enggan keluar dari penjara beliau. Sebaliknya, beliau menghubungi stesen TV satelit dan agensi berita untuk memaksa badan berkanun supaya mengumumkan sebab sebenar beliau bersama beberapa pimpinan IM ditangkap.
Dalam peringkat negara, Dr Mursi memainkan peranan aktif beliau sebagai ahli parlimen. Malahan, beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen terbaik bagi tahun 2000-2005 pada peringkat antarabangsa. Di dalam pilihanraya parlimen Mesir 2005, Dr Mursi telah memenangi jumlah undian yang terbesar antara semua, meninggalkan pencabarnya yang terdekat dengan margin yang besar. Tetapi pengiraansemula undi menyaksikan kemenangan beliau dibatalkan, suatu keputusan yang ramai penganalisis politik gambarkan sebagai tindakan penyelewangan badan pilihanraya. Dr Mursi banyak menyumbang kepada reformasi sosiopolitik IM bermula dengan 2004, kemudian pelancaran program politikal IM pada 2007, diikuti dengan operasi politikal ketika pilihanraya parlimen 2010. 

Reformasi Yang Disalaherti

Sempit untuk kita mengutuk sebarang usaha reformasi di dalam kerangka Islam kontemporari. Lebih-lebih lagi dalam konteks umat Islam masakini. Dari segi ekonomi contohnya, GDP keseluruhan negara Islam, walaupun dengan segala kekayaan bahan mentah, minyak dan hasil agrikultur, GDP kita hanyalah 5.2% daripada GDP dunia. Dalam aspek sosio-politik, cuma 4 daripada 52 negara Islam merupakan negara yang benar-benar bebas dalam erti kata sebenar. Lihat pula markah negara-negara Islam di dalam "Corruption Perception Index". Hanya 6 negara Islam yang mendapat rating 5 (sederhana), manakala 6 daripada 10 negara yang paling korup adalah negara Islam (yang mana 3 yang teratas daripadanya adalah negara Islam). 
Tiada sesiapa mampu menafikan perlunya ada reformasi dalam agama ini. Namun, subjek reformasi tersebut bukanlah Islam sebagai ad-din, tetapi penganut Islam itu sendiri. Lagipun Islam sebagai ad-din, bukan itu suatu reformasi cara hidup ?  

No comments:

click to donate=)