Saturday 2 June 2012

Destinasi Cinta




Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Lagu ni bagus rupanya
banyak kali saya dengar kat asrama dulu-dulu
tapi tak dengar betul-betul
mungkin sebab terlalu 'immune' dengan lagu nasyid dulu
setiap hari, setiap petang dengar lagu nasyid yang sama, kecuali ada orang beli kaset baru dan rajin pergi pasang kat bawah.
kalau nak kejut subuh pun, pasang lagu nasyid, pastu pasang kuat2,, ohh
tapi itulah tarbiyah yang aku dapat dari maahad
bila da jadi senior sikit,, tlg Exco Ibadah,, oit2 bangun2 sambil ketuk pintu unit (dorm) kuat-kuat
bangun2, subuh doh subuh doh (yang ni laung kot tingkap kaca)
 
bestnya sekolah
boleh sinsing lengan baju
boleh cakap n gelak kuat-kuat (ni perangai jahat, jangan tiru B)
boleh berlari-lari kat koridor
ye, sebab sekolah murid semua perempuan
ramai sek2 kito maahad
2000 lebih
kalau pak cik tanya
kenal tak aini (bukan nama sebenar) tingkatan 5
pastu geleng kepala tak kenal sebab ramai sangat, blok lain-lain, aliran lain-lain
minta-maaf dan berlalu dari situ cepat-cepat

tapi itu dulu la
sekang rasa nak kenal je semua orang

status FB malam ni,,ehemm >>
bila dengar lagu Destinasi Cinta dari Mestica kat ikim malam ni ,,teringat kat asrama luar (2) maahad..banyak kenangan kat situ..peranagi keanak-anakkan, jahat baik semua ada,,astaghfirullah walhamdulillah dgn nikmat dewasa yg lebih matang dan bererti~~
cc: teringak ko syida bila dgr lagu ni ,,hehe,, lagu adam hawa pun,, igt dulu wt persembahan ramai2..ooh memori sungguh~

untung Encik Azlan malam ni,, dalam banyak-banyak mutiara kata kat FB, DJ Izam (ikim.fm) pilih untuk baca mutiara kata dia...fewwit~
nak tahu tak ape dia mutiara kata dia tu?
esok ok saya pos =))


ok2 lah,,ni kata2 dia
>>>
 Sahabat yang disayangi :
✿~ Cubalah ambil masa untuk DEKAT dengan Allah..
✿~ Cubalah ambil masa untuk SIBUKKAN diri dengan Allah..
✿~ Cubalah ambil masa untuk mencintai Allah dengan sepenuhnya..
✿~ Cubalah ambil masa untuk merenung DOSA-DOSA yang belum diampunkanNya..
✿~ Cubalah ambil masa DEMI DIA..

Kerana amat KURANG PERHATIAN kita kepadaNya, kita LEBIH BANYAK menghabiskan masa berjam-jam berbual dengan sahabat kita, LEBIH BANYAK meluangkan masa untuk BERGEMBIRA dengan insan yang kita sayangi..lalu apakah TUJUAN kita diciptakan di dunia? Hati yang terpaut untuk MENCINTAINYA merupakan satu NIKMAT yang amat jarang diperolehi oleh hamba-hambaNya..maka, ambillah waktumu untuk BERBICARA denganNya, kelak dirimu akan BERBAHAGIA..

>> TANYA DIRI SENDIRI :
"KELMARIN, SEMALAM dan HARI INI..apa yang telah aku lakukan untuk DEKATKAN DIRI dengan Allah?"

p/s : CINTAILAH Dia, AKRABLAH bersamaNya sentiasa..kelak dirimu akan DICINTAI DAN DILINDUNGI olehNya..TERIMA KASIH Allah

ok,,assalamualaikum 

No comments:

click to donate=)