Tuesday 24 December 2013

HO routine




copy paste ;))

"Doktor, cepat la sikit!"

***

Rutin harian di wad bermula seawal 5 pagi lagi. Pada waktu inilah, vital sign seperti tekanan darah, suhu badan akan mula dicatat. Pada waktu ini jugalah, ujian darah akan diambil, sekiranya perlu.

Kemudian pada pukul 6 pagi, kebiasaannya pada waktu ini, ubat-ubatan akan mula diberi.

Pada jam 7 pagi, adalah waktu yang paling sibuk di hospital. Ketika ini, pertukaran shif bagi doktor dan jururawat berlangsung. Memang sering berlaku senario doktor berebut fail pesakit dengan jururawat. Doktor, perlu memulakan reviu pagi. Jururawat pula, perlu pass report sesama mereka. Pada waktu ini jugalah, Penolong Perawatan Kesihatan (PPK) akan kalut menukar bedsheet pesakit. Kain-cadar dilunggukkan di atas meja pesakit (dipanggil Cardiac Table). Pada waktu ini jugalah, diet sajian breakfast akan diedarkan. Tray makanan ini akan diletakkan di atas Cardiac Table juga.

Pada ketika ini jugalah, cleaner datang mahu menyapu. mengemop lantai wad. Kipas ditutup suisnya. Tinggal lah houseman cabuk dalam kepanasan sedang reviu pesakit, tanpa meja untuk menulis. Reviu mestilah dilakukan secara bedside. Tak boleh memeriksa dahulu, kemudian datang ke meja kaunter hadapan dan menulis. Pemeriksaan, menulis, semuanya mesti dilakukan dihadapan pesakit. Sesetengah jabatan, amat pantang kalau reviu tidak dilakukan secara bedside. Seorang houseman boleh di-extend jika terkantoi didapati reviu tidak di bedside.

Apa yang berlaku ketika reviu? Pada ketika inilah, keadaan pesakit diperiksa. "Puan rasa batuk-batuk tu macam mana sekarang, berbanding semalam?" Oo..batuk dah berkurang. "Patient claim cough reducing compared to yesterday." Perkembangan keadaan pesakit ini penting untuk seseorang doktor mengubahsuai rawatannya. "Saya rasa batuk makin teruk lah doktor, saya tak boleh tidur semalaman!". Maka houseman itu akan meletakkan dalam plannya, "KIV to start syrup benadryl (ubat batuk) after discuss with MO", contohnya.

Pada waktu reviu pagi ini jugalah, keputusan-keputusan darah yang diambil awal pagi tadi, akan dilihat. Hemoglobin rendah? Maka houseman akan check kalau2 ada berlaku pendarahan di mana-mana, "Berak ada keluar darah ke, encik?" Ada rasa penat, sakit dada? - tanda komplikasi kekurangan darah perlu ditanya. Kalau perlu Pemeriksaan PR (per rectal) dilakukan. Kalau pesakit lelaki, takde isu pun doktor perempuan buat PR. Maklumlah, yang jadi isu kat Malaysia ini cuma doktor lelaki conduct delivery je. "KIV for blood transfusion later after seen by Mo/specialist." - plan rawatan ditulis didalam fail pesakit.

Semua ini perlu dilakukan dengan pantas. Paling optimum, 10 minit. Kalau complicated case, boleh sampai 20 minit. Kalau cincai, 3 minit pun boleh. Kalau seseorang houseman perlu in charge terhadap 10 pesakit,maka sepuluh lah yang dia kena reviu pada pagi tersebut. Ramai sebenarnya houseman yang cuma sekadar menyalin reviu yang dilakukan pada hari sebelumnya, kerana nak cepat.

"Apa yang engkau dokumen didalam fail pesakit, make sure engkau faham!" Pesan seorang MO ketika saya di jabatan ortopedik. Kenapa kena start antibiotik ini, tidak antibiotik itu? Kenapa kena monitor paras gula (dxt) setiap empat jam sekali? Saya personally, cukup tidak suka bertaqlid buta menyalin sahaja reviu oleh houseman sebelum saya.

Semua reviu pesakit ini, perlu habis sebelum jam 8 pagi. Kerana ketika itu, MO-MO sudah habis breakfast di kantin dan mula datang ke wad. "Mana keputusan darah FBC pagi ini?" "Kenapa pesakit ini still on IV Drip?" MO juga perlu round dan review seluruh wad. Dan disebabkan bilangan MO yang sedikit berbanding HO, maka round akan berlangsung dengan cepat. "Ada apa-apa masalah, pesakit ini?" Maka HO lah akan menceritakan segala progress dan perkembangan pesakit ini. Kalau HO tak mention/ tak tahu, maka MO pun tak tahu. Sebab itulah morning reviu oleh HO adalah sangat penting.

Selesai round, pukul 9 pagi, specialist pula akan round. Yang ini lagi slow. MO pula akan present case-case pesakit kepada Specialist. Specialist akan order arahan-arahan baru berdasarkan perkembangan pesakit pada hari tersebut. Ooo..hemoglobin rendah, pesakit bagitau kata ada berak berdarah, houseman buat PR pagi tadi pun katanya ada melenic stool. "Schedule for OGDS (scope), in the meantime, transfuse 1 pint blood pack cell. Do one ECG also.", order Specialist. Siapa yang akan buat order ini? Siapa lagi kalau bukan houseman.

Round dengan specialist, disebabkan lagi sedikit (satu specialist per ward), biasanya pukul 11 - 12 jugalah baru habis.

Ada pesakit yang sudah stabil, sudah tamat rawatan, pada ketika ini jugalah akan diberikan kebenaran untuk pulang (discharge). "Encik, kita tengok demam dah tak ada, pernafasan juga dah tak ada batuk-batuk, antibiotik yang kita bagi pun dah cukup lima hari, jadi kita bagi pulang lah hari ni ya!" Tersengih-sengih pesakit. "Tetapi tengahari sedikit lah ye, kita perlu siapkan surat discaj,preskripsi ubat dsb."

Bagi jabatan-jabatan tertentu seperti OnG dan Pediatrik, turn-over-rate untuk pesakit sangat lah tinggi. Maksudnya, dalam sehari, ada belasan/puluhan new admission, dan belasan/puluhan discharge. Secara puratanya pesakit ada didalam wad cuma sehari dua.

Oleh sebab itu, pada hari tertentu, boleh ada belasan discharge perlu diselesaikan selepas tamat round dengan Specialist (sekitar jam 12 - 1 tengahari). Ramai pesakit/waris yang tak habis-habis bertanya di kaunter - "Isteri saya tak boleh balik lagi ke doktor?"

Anda kena faham, isteri anda sudah sihat walafiat. Anda sudah sihat walafiat. Sedangkan pada ketika itu jugalah, houseman sedang menguruskan pesakit lain yang belum sihat. Ada OGDS yang perlu di schedule, ada blood yang perlu di transfuse, ada ECG yang perlu dilihat. Houseman yang ada cuma sekerat itu sahaja. Kalau ada 3-4 orang HO di sesebuah wad 30 katil, itu sudah dikira mewah. Ketika saya di Jabatan Perubatan dahulu, pernah bertugas cuma dua orang untuk satu wad. Dua orang kami lah yang akan buat discaj, carry out order by specialist/MO, atau clerk new case (ya, ketika ini jugalah new case sudah mula datang berduyun-duyun).

Tentulah kami lebih prioritikan pesakit yang perlukan rawatan, berbanding anda/isteri anda yang sudah sihat walafiat menunggu surat discaj.

Pernah, seorang suami berpeluk tubuh dihadapan saya, menunggu saya membuat surat discaj isterinya. Matanya merenung, intimidate saya kononnya agar saya dapat siapkan discaj isterinya cepat-cepat.

Reaksi saya mudah, lagi dia buat macam tu kat saya, lagi slow saya akan buat discaj isteri beliau. Saya sengaja ambil dan buat discaj orang lain dulu. Kalau anda ada hal - nak balik kampung cepat ke, ada urusan lain ke, sila bagitau dan saya boleh consider. Tapi kalau setakat nak intimidate macam ni, sorry, saya bolayan je.

"Doktor, cepat la buat discaj isteri saya, saya nak balik solat jumaat ni!" Tegas seorang suami dalam sebuah kes berasingan. Jam menunjukkan pukul 1 tengahari, hari Jumaat. Saya membalas dengan senyuman, "encik tunggu di katil isteri dulu ye, dah siap nanti kami panggil."

Padahal dalam hati,

"Amboi-amboi, hang ingat hang sorang je kena solat Jumaat. Patut aku blah tinggal je surat discaj, balik dari solat jumaat petang ni baru aku buat. Bini hang boleh balik lepas Asar satgi. Buat surat discaj bini hang ni bukannya darurat sangat sampai nak aku skip solat jumaat. 3,4 orang lagi duk tunggu surat discaj jugak, bukannya hang sorang."

No comments:

click to donate=)